CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hyree_hybrid

Siapa jawab dia terer.

[Copy link]
Post time 19-10-2009 12:47 PM | Show all posts
ini betul tapi zat ...the word zat tu refers to ...?

apa definition zat tu
sebab i confuse terms lah zat in sati bidang means ...something satu lagi means ..

zat = sifat ker?
mbhcsf Post at 18-10-2009 20:10


Zat tu dalam istilah mudah ialah sesuatu yang dapat dibuktikan melalui pancaindera manusia.

Sains adalah cabang ilmu berkaitan zat ciptaan Allah. Sains tak akan dapat membuktikan perkara Ghaib, contohnya Zat Allah, Zat Malikat, zat-zat berkaitan masa (berkaitan Taqdir)

Namun, Allah itu Maha Adil, Dia Tidak menzahirkan Zat-Nya, tetapi Dia Menzahirkan Kudrat-Nya untuk kita mengenali-Nya

wAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 04:48 PM | Show all posts
Tuan dah kaji Al-Quran tentang kisah Ibrahim AS dengan bapanya?

Takpalah... dalam forum ni banyak orang nak senang tanya pastu nak jawapan...harapnya semua ikhlas mencari kebenaran...WAllahu a' ...
mnm77 Post at 19-10-2009 12:41


Apa tuan benar2 mengkaji maksud umum ayat yg tuan tulis tentang "bapa" nabi irahim a.s.?
Saya cukup terkilan tentang perkataan begini digunakan tentang asal usul Rasul yg dikatakan musyrik....begini rendah kah pandangan saudara terhadap Rasul S.A.W.

Tidak seperti yg lain , keturunan Rasul yg mulia hingga ke Adam adalah org yg bertauhid kepada Allah. Nur Muhammad S.A.W tidak akan ditempatkan kedalam tulang belakang atau rahim2 yg tidak suci.

Terdapat 2 pandangan tentang Aazar
1)Bapa saudara nabi ibrahim
2)Bapa tiri selepas kematian bapanya Nabi Ibrahim yg bernama Tarukh.

Terdapat contoh2 dimana perkataan bapa digunakan secara umum didalam Quran
Albaqarah - 133 - Or were ye present             when death came to Jacob, when he said unto his sons: What will ye             worship after me ? They said: We shall worship thy God, the God of             thy fathers, Abraham and Ishmael and Isaac, One God, and unto Him             we have surrendered.

Didalam ayat
ini, hujah saya tentang perkataan Ismail sebab menurut quran, bapa nabi yakub adalah nabi ishak dan ismail adalah bapa saudaranya...

Saya harap ini dapat membantu kita dari menuduh nasab nabi yg kita cintai adalah musyrik. Nauzubillah. Begini keturunan Rasul...

Adam - . Shis -  Anoosh -  Qinaan -  Mahlaael  -  Yaarad -  Akhnook -  Mutto Syeikh -  Lumuk - Noah - Saam - Arfakhad - Shale - Aabir - Taligh - Abraghoo - Sharoo  - Taaboor - Tarukh - Ibrahim A.S - Ismail - Qidaar - Haml - Salamaan - Bunt - Al Hamis - Al Yasa - Awwad - Adnan - Ma'd - Nizaar - Musar - Ilyas - Madreka - Khazima - Kinaana - Nasir - Malik - Fehr - Ghalib - Luwai - Ka'b - Murrah - Kilaab - Qusai - Abd manaf - Hashim - Abdul Mutalib - Abdullah - Muhammad S.A.W

Selawat......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 05:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2009 17:48
Apa tuan benar2 mengkaji maksud umum ayat yg tuan tulis tentang "bapa" nabi irahim a.s.?
Saya cukup terkilan tentang perkataan begini digunakan tentang asal usul Rasul yg dikatakan musyrik....begini rendah kah pandangan saudara terhadap Rasul S.A.W.

pendakwa Post at 19-10-2009 16:48


Inna lillaahi wa inna ilaihi roji'uun...

Kenapakah kata saya yang buat kesimpulan macam itu? Baiklah. Sekarang saya anggap kamu seperti TOK GURU saya. Sila terangkan ayat Al-Quran berikut, dari segi bahasa:


(Surah Al-An'aam, ayat 74)

Apa maksud "Qaala Ibrahima liABIIhi Aazar" ?
Apa maksud "Dhalaal-im-Mubeen"?

Dan tafsir mana yang kamu pakai untuk menafsirkan ayat di atas. Silakan....dengan segala hormatnya...

saya tak pernah anggap mana-mana Nabi pun rendah martabatnya
dan
saya yakin akan kebenaran ayat Al-Quran, apatah lagi ia memang jelas


Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, dia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (At-Taubah, 114)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by Gravedigger at 19-10-2009 22:59
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2009 17:48



Inna lillaahi wa inna ilaihi roji'uun...

Kenapakah kata saya yang buat kesimpulan macam itu? Baiklah. Sekarang saya anggap kamu seperti TOK GURU s ...
mnm77 Post at 19-10-2009 17:44


Satu isu yang sangat-sangat baik untuk dibincang dan dibahaskan.
Selama ini kita hanya mendapat satu pandangan saja tapi nampaknya ada juga pandangan lain yang berkaitan dengan isu siapakah bapa nabi Ibrahim yang sebenarnya mengikut perspektif lain pula.
Jika bapa nabi Ibrahim seorang Musyrik maka ini bermakna bahawa nabi Muhammad itu tidaklah terpelihara kesuciannya berdasarkan keturunannya dari Nabi Ibrahim. Ini tentu juga disokong oleh pandangan yang biasa didengar bahawa bapa nabi Muhammad itu sendiri pun masuk neraka dan tentu saja menolak kesucian sepenuhnya kehidupan nabi Muhammad saaw. Ada golongan yang mengatakan bahawa Nabi muhammad itu tidak maksum sepenuhnya dan hanya apabila menerima wahyu saja... justeru beranggapan bahawa nabi muhammad itu juga hanyalah sebagai manusia biasa saja yang tidak terkecuali daripada melakukan dosa.
Ayuh...mari kita lihat dari pandangan yang lain pula dan buatlah penilaian sendiri.
Mari kita korek kubur dalam-dalam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:58 PM | Show all posts
Tumpang baca dulu... nampak ilmiah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Gravedigger at 19-10-2009 22:59
Jika bapa nabi Ibrahim seorang Musyrik maka ini bermakna bahawanabi Muhammad itu tidaklah terpelihara kesuciannya berdasarkanketurunannya dari Nabi Ibrahim.
Gravedigger Post at 19-10-2009 22:52


Apa kaitannya? Kalaupun bapa Nabi Ibrahim seorang Musyrik, kenapa tidak terpelihara kesucian Nabi Ibrahim pula? Iman tak dapat diwarisi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2009 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2009 17:48



Inna lillaahi wa inna ilaihi roji'uun...

Kenapakah kata saya yang buat kesimpulan macam itu? Baiklah. Sekarang saya anggap kamu seperti TOK GURU s ...
mnm77 Post at 19-10-2009 17:44


Saya tidak pernah mengangap saya pandai atau cuba berlagakpandai dan saya bukanlah layak dipanggil tok guru. Saya hanya cuma memberiperspektif hasil dari pandangan saya setelah menilai keterangan-keterangan ygjelas dan nyata.

Berbalik kepada topic tadi, maaf, saya bukanlah terlaluarif, mungkin saudara adalah seorang ahli hafiz.

Namun demikian, surah tersebut dengan jelas digunakanperkataan “Ab” dimana dalam bahasa Quran Ab mempunyai maksud yg berbeza danbukan bermaksud “Walid”. (Ayah kandung). Ab juga mempunyai maksud bapa saudaraatau bapa tiri seperti yg saya terangkan didalam posting saya.

Rasul S.A.W bersabda,
“Allah menghantar aku kedunia ini didalam tulang belakang Adam danmemindahkan aku ke tulang belakang Ibrahim A.S dan dia terus memindahkan akudari tulang belakang yg diangkat dan terkemuka rahim yg suci murnihingga diamencipta aku dari bapa dan ibuku yg tidak pernah terjumpa sama sekali sesuatuyg tidak halal”

Ini dibuktikan lagi dengan ayat didalam surah asyuraa

وَتَقَلُّبَكَفِي السَّجِدِينَ
“Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud”(26:219)

Nabi Ibrahim sendiri berdoa untuk bapa kandungnya serta org2yg beriman didalam surah Ibrahim, ternyata menunjukkan bapanya bukanlahmerupakan seorang menyembah berhala. Perkataan “Walid” didalam ayat tersebutmenunjukkan maksud ayah kandung Nabi Ibrahim A.S.

رَبَّنَااغْفِرْ لِي وَلِوَلِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ini dibuktikan lagi dengan para pengkaji sejarah sepertiTabari didalam buku-bukunya.
Saya rasa Tuan pasti adalah salah seorang yg membaca tentangsirah Tabari, maaf, saya tak dapat memberikan halamannya tetapi didalam bukuTafsir Tabari, ada disertakan sirahnya Nabi Ibrahim A.S.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:41 PM | Show all posts
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَلِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Surah Ibrahim (14/41)Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2009 22:02
Saya tidak pernah mengangap saya pandai atau cuba berlagakpandai dan saya bukanlah layak dipanggil tok guru. Saya hanya cuma memberiperspektif hasil dari pandangan saya setelah menilai keterangan- ...
pendakwa Post at 20-10-2009 12:33


Baiklah.... mari kita rungkaikan satu-persatu secara ilmiah... apa pun saya masih menghormati tuan sebagai seorang yang berilmu...

Dalam merungkai masalah mengenai AQIDAH (KEPERCAYAAN), disiplin yang kita kena patuh berkaitan sumber:
1.        Dalil yang paling kuat adalah Al-Quran itu sendiri
2.        Hadith yang diakui kesahihannya

Mari kita lihat hadith yang saudara bawa:
Rasul S.A.W bersabda,
“Allah menghantar aku kedunia ini didalam tulang belakang Adam dan memindahkan aku ke tulang belakang Ibrahim A.S dan dia terus memindahkan aku dari tulang belakang yg diangkat dan terkemuka rahim yg suci murni hingga dia mencipta aku dari bapa dan ibuku yg tidak pernah terjumpa sama sekali sesuatu yg tidak halal”


1.        Boleh beri rujukan kesahihan hadith tersebut, dan apa kata para muhaddithin berkaitan hadith di atas?
2.        Saya belum jumpa riwayat sedemikian melainkan bersumberkan dari kitab Maulid, yang mana kesahihannya dan sanadnya saya tidak temui. Jikalau tuan ada silalah bawa ke sini.
3.        Kalaupun diterima hadith di atas, ia masih tidak membuktikan bapa Nabi Ibrahim itu orang yang beriman, apa yang disebut ialah perpindahan kesucian Nabi Muhammad dari Nabi Adam AS ke Nabi Ibrahim AS, tiada kena mengena dengan bapa Nabi Ibrahim


Dengan mengambil kira kenyataan tuan sendiri:
aku seorang Sunni dan sedikit pun tidak gentar tentang kebenaran yg hakiki
pendakwa Post at 9-9-2009 08:50



Sekarang mari kita lihat Hadith Sahih Bukhari:

The Prophet said, "On the Day of Resurrection Abraham will meet his father Azar whose face will be dark and covered with dust.(The Prophet Abraham will say to him): 'Didn't I tell you not to disobey me?' His father will reply: 'Today I will not disobey you.' 'Abraham will say: 'O Lord! You promised me not to disgrace me on the Day of Resurrection; and what will be more disgraceful to me than cursing and dishonoring my father?' Then Allah will say (to him):' 'I have forbidden Paradise for the disbelievers." Then he will be addressed, 'O Abraham! Look! What is underneath your feet?' He will look and there he will see a Dhabh (an animal,) blood-stained, which will be caught by the legs and thrown in the (Hell) Fire."

1.        Hadith ni sejajar dengan Al-Quran yang menyebut bapa Nabi Ibrahim ialah Azar.
2.        Bapa Nabi Ibrahim bukannya seorang yang beriman


Surah Ibrahim (14/41)Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
pendakwa Post at 20-10-2009 12:41


Ayat Al-Quran yang tuan bawa di atas adalah selari dengan hadith yang disebut di atas menunjukkan Nabi Ibrahim pernah mendoakan kepada bapanya. Dan lebih terang lagi dijelaskan oleh ayat Al-Quran yang telah disebut pada post #83:
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, dia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (At-Taubah, 114)

Nabi Ibrahim berjanji berdoa untuk bapanya, dan Nabi Ibrahim tunaikan janjinya. Setelah nyata bapanya tidak mahu beriman juga, maka Nabi Ibrahim tidak lagi memohon keampunan untuk bapanya kerana Para Nabi dilarang memohon keampunan bagi orang yang tidak beriman.

Ada banyak ayat Al-Quran berkaitan Nabi Ibrahim dan bapanya, cukup saya bawa beberapa rujukan supaya sesiapa pun boleh rujuk sendiri:
Al-An'am: ayat 74
At-Taubah: ayat 114
Az-Zukhruf: ayat 26
Al-Mumtahinah: ayat 4

Tuan masih belum lagi memberi jawapan kepada soalan saya pada post #83, sebaliknya tuan membawa pula takwilan Kalimah 'bapa' menjurus kepada maksud bapa saudara dan lain-lain. Tafsiran ini saya tidak nampak dapat membantah dalil-dalil Al-Quran dan Hadith yang cukup jelas menyatakan bapa Nabi Ibrahim adalah Azar

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2009 22:30

Surah Maryam


Dan bacakanlah di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. (41)
Ketika dia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?. (42)
Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (43)
Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. (44)
Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam Neraka. (45)
(Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa. (46)
Nabi Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (47)


Nabi Ibrahim pernah berjanji berdoa untuk bapanya, dan benarlah perbuatan Nabi Ibrahim AS menunaikan janji memohon keampunan untuk bapanya.

Dan sedikit mengenai bahasa Arab, bila berdoa disebut walidain (kedua ibu bapa) - ketika bukan di hadapan mereka, dan bila seru bapa dengan perkataan 'wahai ayahku' - secara berhadapan, panggilan yang lembut bukankah disebut  يَـٰٓأَبَتِ ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2009 22:02
Mari kita lihat hadith yang saudara bawa:
Rasul S.A.W bersabda,
“Allah menghantar aku kedunia ini didalam tulang belakang Adam dan memindahkan

mnm77 Post at 20-10-2009 21:39


ni hadith dari tareqat yang ada pasal nur muhammad kot?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:21 PM | Show all posts
Apa kaitannya? Kalaupun bapa Nabi Ibrahim seorang Musyrik, kenapa tidak terpelihara kesucian Nabi Ibrahim pula? Iman tak dapat diwarisi...
hyree_hybrid Post at 20-10-2009 12:28


Jangan buru-buru sangat membuat konklusi tu Pak!
Perbincangan masih belum tamat lagi dan MNM baru saja membentangkan fakta2 yang diketahuinya itu. Itu pun hanya dari pandangan zahiriyah saja lagi yang tidakpun dikaitkan dengan pemikiran falsafah mahu pun sejarah yang telah berlangsung dahulu. Sabar ya....kerana ada ruang2 yang boleh dihujjahkan lagi dan jika mahu ada juga sandaran2 hadis dan quran yang akan menyusul mengapa Bapa kandung Nabi Ibrahim bukannya seorang musyrik. Ini penting untuk menjaga kemuliaan dan kesucian Nabi dari dicemari oleh pemikiran-pemikiran songsang yang secara tak langsung menghina nabi kita juga, yang kononnya keturunan beliau ada juga yang menyembah berhala dan kononnya juga bapa dia sendiri seorang kafir yang sekarang berada di neraka....waduhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-10-2009 22:02



Baiklah.... mari kita rungkaikan satu-persatu secara ilmiah... apa pun saya masih menghormati tuan sebagai seorang yang berilmu...

Dalam merungkai ...
mnm77 Post at 20-10-2009 21:39


Sori...mencelah sikit boleh kot?
Nak tanya satu jer.....jika benarlah bahawa yang memelihara nabi Ibrahim itu adalah bapa sedaranya atau bapa tirinya dan dipanggil pula oleh nabi Ibrahim sebagai bapa....adakah ia menyalahi kata2 literal dalam al-quran tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:27 PM | Show all posts
ni hadith dari tareqat yang ada pasal nur muhammad kot?
ibnur Post at 20-10-2009 22:54


Awatnya cek Ibnur...phobia dengan tariqat ka??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 02:27 PM | Show all posts
adakah ia menyalahi kata2 literal dalam al-quran tersebut?


Itulah yg saya fikirkan tetapi di sebabkan takde modal @ peluru lagi, maka saya tidak mahu mencelah sehinggalah saya menemui pendapat yg lebihkuat& rajih.

kalau semuanya hanya menurut secara literal, apakah abu hurairah itu bermaksud bapak kpd kucing?
dan apakah AlQuran itu tiada unsur-unsur balaghah (sastera) sepertimajaz, metafora, kiasan, perumpamaan, gelaran dll sehingga semuanyamesti difahami secara zahir &literal semata-mata?





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 03:10 PM | Show all posts
90# mnm77

Salam Tuan,

Terimakasih diatas kesudian tuan membuka mata saya menambahilmu-ilmu. Banyak yang saya akan belajar hasil daripada perbincangan ini, berdasarkanprinsip kesaudaraan, luar dari emosi yg kurang menyenangkan demi mencarikebenaran. Mudah-mudahan Tuan sentiasa mendapat lindungan daripada Allah hasildrp masa yg tuan luangkan tentang topic yg dibincangkan.

Saya tahu, tuan pasti sibuk didalam menjalankan urusan harian,kerja dan sebagainya dan saya adalah salah seorang dari SR, yg membaca topik2yg tuan lontarkan didalam perbincangan tuan dengan forumer yg lain2. Saya haraptuan faham maksud saya.

Benar apa yg tuan katakan tentang disiplin kita iaitumenggunakan dalil yg kuat, sekiranya ayat telah jelas, makan tidak perlu kitapertikaikan lagi.

1) Al Quran
Namun demikian, saya bukanlah orang yang mampu memberikantafsir serta penerangan tentang asbabun nuzul – saya tidak akan mampumenerangkan tentang bila ayat quran diturunkan, samada diwaktu siang ataupunmalam, ketika tempat berhentinya Rasul yg mulia atau sewaktu beliau didalamperjalanan, dipadang atau dibukit, mengenai siapakah ayat diturunkan, untuk orgyg beriman atau untuk munafik dan apa yg dimaksudkan Allah tentangnya danadakah ayat itu umum atau pun khusus.

Apa yg mampu saya lakukan adalah mengambil tafsiran daripadaulama-ulama dan ahli tafsir kita yg muktabar. Kita bentangkan yang pertamaiaitu ayat2 quran sepertimana yg tuan postkan seperti dibawah.

وَإِذْقَالَ إِبْرَاهِيمُ لأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًاآلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ
Lo! Abraham said to his father Azar: "Takest thou idolsfor gods? For I see thee and thy people in manifest error." (An’ Am 74)

وَمَاكَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلاَّ عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّاتَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَاهِيمَلأوَّاهٌ حَلِيمٌ
And Abraham prayed for his father's forgiveness only becauseof a promise he had made to him. But when it became clear to him that he was anenemy to Allah, he dissociated himself from him: for Abraham was most tender-hearted,forbearing.(At-Taubah 114)

وَإِذْقَالَ إِبْرَاهِيمُلِأَبِيهِ وَقَوْمِهِإِنَّنِي بَرَاء مِّمَّا تَعْبُدُونَ
Behold! Abraham said to his father and his people: "Ido indeed clear myself of what ye worship: (Az- Zukhruf 26)

قَدْكَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْقَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَاء مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِاللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُوَالْبَغْضَاء أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَإِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَاأَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ

مِن شَيْءٍ رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَاوَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
There is for you an excellent example (to follow) in Abrahamand those with him, when they said to their people: "We are clear of youand of whatever ye worship besides Allah. we have rejected you, and there hasarisen, between us and you, enmity and hatred for ever,- unless ye believe inAllah and Him alone": But not when Abraham said to his father: "Iwill pray for forgiveness for thee, though I have no power (to get) aught onthy behalf from Allah." (They prayed): "Our Lord! in Thee do we trust,and to Thee do we turn in repentance: to Thee is (our) Final Goal. (AlMumthahinah 4)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 03:10 PM | Show all posts
Dan akhir sekali ayat yg saya postkan didalam posting saya yg terdahulu.


أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاء إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُو
نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Were ye witnesses when death appeared before Jacob? Behold, he said to his sons: "What will ye worship after me?" They said: "We shall worship Thy Allah and the Allah of thy fathers, of Abraham, Isma'il and Isaac,- the one (True) Allah. To Him we bow (in Islam)." (Al Baqarah – 133)

Jelas ayat2 quran yg tuan bawakan menerangkan maksud bapa (namun bukan bapa kandung) sebab perkataan Ab / Abi juga merujuk kepada bapa saudara.
Yang jelas ayat ini adalah umum sebab sekiranya perkataan Ab itu merupakan bapa kandung, maka ayat diatas tidak dapat digunakan kerana ianya juga menerangkan keadaan dimana Nabi Yaakob hanyalah merupakan anak saudara Nabi Ismail. Jelas sekali. Sekiranya tuan menyatakan ab hanya sebagai bapa, saya berharap tuan dapat menerangkan bagaimana kedudukan Nabi Ismail didalam ayat ini.

Namun demikian, ayat ini رَبَّنَااغْفِرْ لِي وَلِوَلِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"(Surah Ibrahim – 14/41)




Menerangkan secara khusus dimana perkataan Ab digantikan dengan perkataan Walid
Yg menunjukkan hanya kepada seorang (khusus) dan menjadi lumrah untuk para2 Nabi berdoa siang dan mlm untuk kesemua org2 yg beriman serta ibubapa. Tuan tentu lebih arif didalam bab ini.

Cuba tuan perhatikan ayat yg dibawah ini

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ
عَن وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
[031:033] “Oh you people! Fear your Lord and dread that day when a father would not make amends for (the sins of) the son, and the son would not atone for (the sins of) his father. Allah’s promise is indeed absolutely true! Do not let the life of this world dazzle you! Do not let that great deceiver (Shaitan) mislead you about Allah!”

Ayat ini jelas khusus digunakan kepada ibubapa dan perkataan Walid digunakan untutk menerangkan yg bapa kandung pun tidak dapat menolong anaknya dihari yg dijanjikan.

Cuba kita renungkan ayat dibawah ini……

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِ
هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاء إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

[Quran 9:28] O ye who believe! The idolaters only are unclean. So let them not come near the Inviolable Place of Worship after this their year. If ye fear poverty (from the loss of their merchandise) Allah shall preserve you of His bounty if He will. Lo! Allah is Knower, Wise.

Ternyata org2 kafir penyembah berhala dalam ayat ini adalah najis baik dari segi kepercayaan mahupun fizikal. Nauzubillah, secara mantiknya, layakkah Nur Muhammad S.A.W yg kita kasihi berada didalam lingkungan najis?

Kita sendiri didalam menjaga kesucian Al-Quran, kita meletakkannya ditempat yg tinggi, berwudhu sebelum menyentuh, menjaga dengan penuh adab dan sopan, inikan pula Nur nya Muhammad S.A.W ciptaan Allah yg suci, mana mungkin Allah tempatkannya ditempat yg tidak suci?


Tentang hadis yang saya bawa, saya ada terbaca berserta reference nya, malangnya saya lalai dan tidak simpan linknya. Namun begitu, insyaallah, saya akan berusaha mencari semula hadis2 yg shahih yg menyokong ayat yg telah saya bawa. Insyaallah. Kepada SR yg mungkin tahu tentang hadis yg saya sebutkan dan sekiranya anda terbaca, sila post kan disini.

Tentang sirah, tuan boleh lah merujuk

History of al-Tabari, v 1 muka surat 119
Tafsir Tabari, oleh Ibn Jarir al-Tabari, v 7 muka surat 158

Tuan, tentang hadis Bukhari yg tuan terangkan disini, saya amat menghargai sekiranya tuan memberi saya halamnnya. Mari kita lihat hadith yang saudara bawa:

Dibawah adalah link dimana saya terbaca tentang topic yg kita perbincangkan.
http://www.sunniport.com/masabih/showthread.php?t=7013

Saya akan copy saja artikel dari laman tersebut, supaya senang untuk tuan membacanya dan tuan mungkin boleh terus ke link tersebut.

Wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 21-10-2009 15:16
Dalam merungkai masalah mengenai AQIDAH (KEPERCAYAAN), disiplin yang kita kena patuh berkaitan sumber:
1.        Dalil yang paling kuat adalah Al-Quran itu sendiri
2.        Hadith yang diakui kesahihannya


Saya setuju dgn disiplin dalil yg pertama tetapi tidak dgn dalil yg kedua yakni hadis saheh.

menurut disiplin aqidah islam, hadis yg layak dijadikan aqidah hanyalah HADIS YG BERTARAF MUTAWATIR SHJ.
bukan HADIS SAHEH kerana hadis yg bertaraf mutawatir jauh lebih tinggi tingkatannya serta memberikan keyakinan yg lebih berbanding hadis yg bertaraf saheh semata.

sedangkan setiap hujjah, dalil &bukti itu maseng-maseng memiliki tingkatan kekuatan maseng-maseng.
makanya dlm masaalah aqidah, wajib menggunakan kaedah MUTAWATIR asalkan ianya tidak menyalahi AlQuran.
itu shj.

so, jika anda mahu menegakkan hujjah anda di bidang aqidah, anda harus menggunakan hadis yg bertaraf mutawtir.
barulah hujjah anda di anggap kukuh di sisi disiplin aqidah islam.



Sekarang mari kita lihat Hadith Sahih Bukhari:

The Prophet said, "On the Day of Resurrection Abraham will meet his father Azar whose face will be dark and covered with dust.(The Prophet Abraham will say to him): 'Didn't I tell you not to disobey me?' His father will reply: 'Today I will not disobey you.' 'Abraham will say: 'O Lord! You promised me not to disgrace me on the Day of Resurrection; and what will be more disgraceful to me than cursing and dishonoring my father?' Then Allah will say (to him):' 'I have forbidden Paradise for the disbelievers." Then he will be addressed, 'O Abraham! Look! What is underneath your feet?' He will look and there he will see a Dhabh (an animal,)
blood-stained, which will be caught by the legs and thrown in the (Hell) Fire."


Soalan saya ialah:

apakah hadis ini bertaraf MUTAWATIR?

tolonglah jelaskan kpd kami wahai saudara mnm dgn segala hormatnya....





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 03:35 PM | Show all posts
Salam. Minta maaflah tentang font yg kdg2 kecik besar semua. Tak pandai....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 03:49 PM | Show all posts
91# ibnur

nanti saya check semula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.288949 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list