|
aku nk citer jgk pngalaman sdih..dlm mase sthun aku khilangn wan,maklang n atok..selang 3 bulan je..ni adik n mak&abah blah mak aku...ni citer thn lps..famli aku pling close ngan smue aruah ni..setiap sorang punye citer b4 meninggal..al-fatiha tuk ke3-3 aruah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 ellisya's post
al-fatiha tuk aruah ayh u |
|
|
|
|
|
|
|
...
sedih aku baca kisah-kisah korang ni sob! sob! rasa nak keluar je air mata tapi krg kalo aku nangis heran plak kenkawan kat opis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akupun nak tumpang cerita, aku kehilangan abah tercinta pada Disember 2007 selepas dia berjuang menentang kanser selama 3 bulan. Kami berpuasa dan beraya di wad dan hospital. Merasalah aku menjaga dia selama dia sakit sebab dia duduk rumah aku. Sedikitpun tak terasa beban diahati ni dan diapun sentiasa jaga diri tak suka menyusahkan anak2, kalau ke bilik air dia gagah pergi sendiri, takmahu dia kalau org papah dia.
Pasal tanda2 tu, memang ada..bila aku baca cerita korang baru aku terfkir, masa hari dia nak meningal tu aku tengah buah kerja kat ofis tetapi hati aku dah sarat dan berat nak ke hospital PPUM, PJ untuk menhenguk dia sedangkan bukan giliran aku menjaga dia. Memang betul, aku sempat jumpa dia, minta ampun dan maaf halal makan minum sebelum beliau nazak. Bertallu2 aku dan adik beradik baca yasin untuk membantu dia masa beliau nazak untuk bantu dia pergi. Dia pergi dengan tenang dan penuh dignity sebagai lelaki bermaruah..tanpa sedikitpun mengeluh kesah dan meminta tolong kepada org lain.. Hingga kini aku masih ternampak2 dia berjalan2 mencari juadah berbuka puasa di Kamunting, Taiping untuk kami...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hurm...waktu arwah ayah aku kira cam nk pergi..
aku mmg tak dapat tido lena..kejap2 bangun 2-3 pg..
hati berdebar2 jer...hurm..tak sempat aku nk jumpa dia mlm tuh..
dia pergi dulu...sampai kat umah sempat tgk jenazaha arwah jer..
tp aku tgk dia mcm senyum jer..
al-fatihah utk arwah ayah aku..
masuk ni dah 3 tahun kira org beraya tanpa ayah...
baru2 ni plak..ayah mertua aku meninggal...
agak2 dlm 3minggu sblm posa kot...
masa dia masuk wad..mak mertua aku ckp 2 hari sblm dia pergi
peluh peluh kuat sgt...mata dia dah terbalik2...hurm..
wallahua'lam..org kata tanda dia nk pergi jauh...
then jugak..masa anak 1st aku lahir..(anak baru 3 bulan)
cucu2 sblm ni cukup susah utk bergambo dgn dia..
tp cucu yg latets ni nak dia amik gambo same.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas aku nye mmber meninggal accident, malam sebelum arwah meninggal aku ada terjumpa arwah kat petronas tp perangai arwah x macam biase.slalu kalo jumpe aku arwah mesti tegur,salam n sembang2 gurau2 ngan aku tapi malam tu arwah wat xtaw jek pastu wat muka bad mood..aku ni pelik la tapi wat xtaw jek, pikir dia ngah gado ngan awek dia kot.
sok nye aku kat opis ade call dr klinik bgtau arwah accident n aku terus pegi sana, on the way nak hantar ke hospital dia dah meninggal dunia..sedih aku time tu, sampai mcm nak pengsan..redha tu jek yg mampu coz dia kire baik sgt ngn aku n hubby..kehilangan arwah, aku terase sgt nak plak mak arwah nangis sgt2 dpan aku..sedih dan pilu sgt time tu..ape2 pun
ALFATIHAH.... |
|
|
|
|
|
|
|
tanda-tanda kat fizikal siapa tahu..seingat saya hidung mcm jatuh ke bawah..ada legi kat kaki pun mcm jatuh gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam korang...
Nenek teddy dah meninggal 2 hari lepas...smlm belah pagi dikebumikan...
Petang balik kerja tuh lepas berforum kat sini..sempatlah teddy jenguk dia...dan
mmg nampak makin banyak tanda2 yang korang bagitahu..dan malamnya masa
tgh nak sembahyang isyak kat masjid..adik teddy datang turut teddy ngn mak
bagitahu nenek dah meninggal pukul 815 pm...bergegas kitaorg balik tanpa
sempat sembahyang isyak..
Wajah nenek tenang sangat..dan seakan2 tersenyum...
nampaknya tahun nih kitaorag beraya tanpa nenek..teringat kata nenek..kalu
anak cucu tak balik jengah dia masa awal ramadhan tuh..raya nnti mmg tak dapat dah jumpa dia..
Al-Fatihah utk nenek..semoga roh nenek tenang di sana..dan ditempatkan
di tempat orang2 yg beriman... |
|
|
|
|
|
|
|
bertuahla org yg masih ada ibu+bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih nyer semua kisah2 korang...
kita semua doa kan roh2 org yg kita sayang di tempatkan bersama2 org yg mulia disisi Allah.
AMIN
dan kepada yg masih mempunyai kedua ibu bapa...
hargai lah mereka seada2nyer..semoga kita tak menyesal di kemudian hari...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
................................................i'm speechless. |
|
|
|
|
|
|
| |
|