CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tangopapa

Orang Asli di Pahang............

[Copy link]
Post time 30-5-2008 08:38 AM | Show all posts
Beri peluang Orang Asli berpersatuan

KUALA LIPIS 29 Mei - Kaum Orang Asli di Jelai dekat sini mahu kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan.

Menurut mereka, pendedahan seumpama itu dapat melatih mereka memahirkan diri dalam aspek pengurusan selain merebut peluang ekonomi untuk mengubah kehidupan pada masa akan datang.

Pendedahan seumpama itu, kata mereka, bagi mengelakkan kaum tersebut terus tercicir daripada arus pembangunan.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Dusun Pak Senang, Amin a/l Akau, 31, berkata, belia kaum itu perlu lebih banyak diberi peluang dalam aspek pengurusan dan kemahiran seperti belia di tempat lain.

''Jangan pandang kami sebelah mata. Kami boleh menggerakkan persatuan asalkan diberi peluang dan bantuan kemahiran secukupnya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menghadiri Kursus Pengurusan Persatuan Belia Orang Asli pedalaman Hulu Jelai di Kem Edutourism Jeram Bechung, Kuala Medang dekat sini hari ini.

Program sehari anjuran Pejabat Belia Lipis, Majlis Belia Lipis dan Persatuan Belia 4B Kuala Medang itu disertai 40 belia Orang Asli Kampung Dusun Pak Senang, Kuala Koyan dan Kerayong.

Hadir sama Penolong Pegawai Belia Lipis, Mohd. Badri Dainial, Pengerusi Remaja 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Cameron Highlands, Alias Abd. Rahman.

Amin berkata, kebanyakan belia Orang Asli yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu digembleng dengan kemahiran tertentu termasuk latihan vokasional agar tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Seorang suri rumah Orang Asli Kuala Koyan, Yuniza a/p Hussain, 31, meminta pihak tertentu tidak memperlekehkan kebolehan kaum minoriti itu sebaliknya memberi lebih peluang untuk bergiat dalam bidang tertentu.

''Kami tidak lagi malu atau takut bergaul dengan masyarakat luar. Itu cerita zaman orang tua dulu. Sekarang, kami sudah berpelajaran," katanya.

Kerajaan dan NGO, tegas Yuniza, perlu kerap turun padang ke perkampungan Orang Asli untuk menjelaskan peluang yang wujud di luar.

Seorang lagi penduduk Kuala Koyan, Sabri a/l Sigon, 33, berkata, pendedahan kepada program tertentu membolehkan Orang Asli bercampur dengan kaum-kaum lain.

''Kami tidak mahu lagi dieksploit oleh pihak tertentu untuk mencari sumber hutan dengan bayaran tidak seberapa. Kami mahu bergiat sendiri dalam bidang pertanian dan vokasional yang boleh menjamin kehidupan lebih baik," tegasnya.

Justeru, Sabri berkata, belia Kuala Koyan akan menubuhkan persatuan untuk membuktikan mereka setanding belia di tempat lain.

Bagi remaja Kuala Koyan, Norsamira a/p Tap, 18, pendedahan kursus pengurusan persatuan memberi banyak manfaat kepada Orang Asli untuk menggerakkan persatuan di kampung masing-masing.

''Kampung saya mempunyai ramai belia berusia antara 18 hingga 40 tahun yang perlu digembleng untuk lebih aktif dalam persatuan," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Koyan itu berkata, persekolahan tidak menghalangnya berpersatuan malah akan membabitkan secara serius apabila tamat belajar.

Sementara itu, Penggerak Rakan Muda Pejabat Belia Lipis, Khairul Irwan Abdul Khalid berkata, kursus pengurusan di kalangan belia Orang Asli merupakan perintis kepada penubuhan persatuan belia kaum itu di Jelai.

''Kami dan Majlis Belia Lipis akan membantu Orang Asli menubuhkan persatuan bagi mempercepatkan bantuan tertentu dan melaksanakan banyak kegiatan untuk mereka," katanya.

Beliau menambah, beberapa siri kursus pengurusan dan kemahiran akan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli di sini supaya memahirkan mereka dalam bidang-bidang tertentu.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 30-5-2008 10:25 AM | Show all posts
koi  tingat mase skoloh dulu ade sorang budak pompuan nih baru tukar ke skoloh aku.... datang skoloh naik bas.. besenye sampai skoloh bile budak2 lain (termasuk la aku) dah start batur dpn kelas... time die nak lalu (dr jauh arr tuu) sume org dah toleh ke belakang...sbb
bising!! beg die penuh ngan keychain... tak ubah cam org nak menjual... die lalu mesti kitorg gelak..
kdg2 ade yg siap kuarkan duit konon2 cam nk beli..( bkn aku ek..)
skrg dgr citer die dah jd dj radio... mmg patut pun sbb kalau die dah bckp macam bertih goreng... heh..heh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:26 AM | Show all posts

Post time 1-6-2008 09:17 AM | Show all posts
Baru balik dr BERcuti kt Taman Negara.Dlm package ada program?Melawat ke Perkampungan org asli.xsangka pulak masih ada yg TERuk..tapi dorang sendiri yg xnak TERima PERubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 10:04 AM | Show all posts
Bertumbuk pasal petrol naik

KUANTAN - Gara-gara sindir menyindir semasa berbual mengenai isu kenaikan harga minyak, seorang lelaki Orang Asli disimbah minuman panas dan ditumbuk mukanya oleh rakannya di Bukit Ibam, Rompin petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Supritendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berumur 37 tahun sedang minum dengan beberapa rakannya.

Katanya, mangsa kemudian didatangi suspek berumur 43 tahun bersama isteri dan memesan minuman panas untuk minum bersama sebelum memulakan perbualan mengenai kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan.

Semasa berbual, katanya, suspek berpendapat kemungkinan harga makanan akan turut naik selepas kenaikan harga minyak dan kemudian menyindir mangsa dengan berkata, "Orang Asli makan ubi kayu pun tak mengapa."

Menurutnya, mangsa yang tersinggung kemudiannya membalas sindiran itu dengan berkata, "Orang itu (suspek) pun peluk orang yang makan ubi kayu (isteri suspek adalah Orang Asli) juga tiap malam."

"Marah dengan sindiran mangsa, suspek kemudian bertindak menyimbah minuman panas dan menumbuk muka mangsa sehingga cedera di bibir," katanya ketika dihubungi semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:52 AM | Show all posts
Projek pembangunan bersepadu Orang Asli

BERA Kerajaan akan terus berusaha menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menyediakan pelbagai prasarana melalui projek pembangunan bersepadu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan, Mohd. Fadzil Osman berkata, antara projek yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu ialah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di beberapa perkampungan Orang Asli bagi memastikan mereka mendapat kediaman yang lebih baik.

Katanya, JHEOA juga akan menaik taraf jalan kampung, membina balai raya, dewan serba guna, bekalan air paip dan elektrik di perkampungan Orang Asli yang berhampiran dengan kampung tradisional atau tanah rancangan Felda.

''Kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat Orang Asli, malah mahu lebih ramai kalangan anak-anak dan belia mereka diberikan pendidikan serta latihan kemahiran seperti yang dinikmati kaum lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Mari Ke Sekolah anjuran JHEOA di Sekolah Kebangsaan Rancangan Felda Triang Satu, di sini semalam.

Tegas Mohd. Fadzil, semua pihak terutama ibu bapa Orang Asli perlu menghantar anak mereka ke sekolah kerana segala kemudahan pembelajaran diberikan percuma oleh kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan melaksanakan projek perumahan seluas 40 hektar berhampiran Felda Tembangau, dekat sini bagi membantu penduduk dan pekerja Felda Plantation di kawasan berkenaan memiliki rumah sendiri.

Katanya, mereka yang terpilih akan diberi rumah dengan bayaran bulanan paling minimum dan tidak membebankan.

Kerajaan negeri, jelasnya, prihatin dengan masalah pekerja Felda Plantation yang masih tidak mempunyai rumah sendiri.

''Kerajaan negeri tidak memilih bulu dalam usaha memberikan kemudahan kepada rakyat, malah berhasrat menyediakan pelbagai prasarana terbaik kepada mereka.

''Saya berharap mereka yang terpilih nanti dapat menjaga rumah dan tanah itu dengan baik dan tidak menjualnya kepada pihak lain," katanya.

Beliau menambah, proses memilih peserta projek itu telah selesai dan mereka yang berjaya akan dihubungi tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2008 07:49 AM | Show all posts
Beri peluang Orang Asli berpersatuan

KUALA LIPIS 26 Jun - Kaum Orang Asli di Jelai dekat sini, mahu kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan.

Menurut mereka, pendedahan seumpama itu dapat melatih mereka memahirkan diri dalam aspek pengurusan selain merebut peluang ekonomi untuk mengubah kehidupan pada masa akan datang.

Pendedahan seumpama itu, kata mereka, bagi mengelakkan kaum tersebut terus tercicir daripada arus pembangunan.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Dusun Pak Senang, Amin a/l Akau, 31, berkata, belia kaum itu perlu lebih banyak diberi peluang dalam aspek pengurusan dan kemahiran seperti belia di tempat lain.

''Jangan pandang kami sebelah mata. Kami boleh menggerakkan persatuan asalkan diberi peluang dan bantuan kemahiran secukupnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menghadiri Kursus Pengurusan Persatuan Belia Orang Asli pedalaman Hulu Jelai di Kem Edutourism Jeram Bechung, Kuala Medang dekat sini, baru-baru ini.

Program sehari anjuran Pejabat Belia Lipis, Majlis Belia Lipis dan Persatuan Belia 4B Kuala Medang itu disertai 40 belia Orang Asli Kampung Dusun Pak Senang, Kuala Koyan dan Kerayong.

Hadir sama Penolong Pegawai Belia Lipis, Mohd. Badri Dainial, Pengerusi Remaja 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Cameron Highlands, Alias Abd. Rahman.

Amin berkata, kebanyakan belia Orang Asli yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu digembleng dengan kemahiran tertentu termasuk latihan vokasional agar tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Seorang suri rumah Orang Asli Kuala Koyan, Yuniza a/p Hussain, 31, meminta pihak tertentu tidak memperlekehkan kebolehan kaum minoriti itu sebaliknya memberi lebih peluang untuk bergiat dalam bidang tertentu.

''Kami tidak lagi malu atau takut bergaul dengan masyarakat luar. Itu cerita zaman orang tua dulu. Sekarang, kami sudah berpelajaran," katanya.

Kerajaan dan NGO, tegas Yuniza, perlu kerap turun padang ke perkampungan Orang Asli untuk menjelaskan peluang yang wujud di luar.

Seorang lagi penduduk Kuala Koyan, Sabri a/l Sigon, 33, berkata, pendedahan kepada program tertentu membolehkan Orang Asli berintegrasi dengan kaum-kaum lain.

''Kami tidak mahu lagi dieksploit oleh pihak tertentu untuk mencari sumber hutan dengan bayaran tidak seberapa. Kami mahu bergiat sendiri dalam bidang pertanian dan vokasional yang boleh menjamin kehidupan lebih baik," tegasnya.

Justeru, Sabri berkata, belia Kuala Koyan akan menubuhkan persatuan untuk membuktikan mereka setanding belia di tempat lain.

Bagi remaja Kuala Koyan, Norsamira a/p Tap, 18, pendedahan kursus pengurusan persatuan memberi banyak manfaat kepada Orang Asli untuk menggerakkan persatuan di kampung masing-masing.

''Kampung saya mempunyai ramai belia berusia antara 18 hingga 40 tahun yang perlu digembleng untuk lebih aktif dalam persatuan," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Koyan itu berkata, persekolahan tidak menghalangnya berpersatuan malah akan membabitkan secara serius apabila tamat belajar.

Sementara itu, Penggerak Rakan Muda Pejabat Belia Lipis, Khairul Irwan Abdul Khalid berkata, kursus pengurusan di kalangan belia Orang Asli merupakan perintis kepada penubuhan persatuan belia kaum itu di Jelai.

''Kami dan Majlis Belia Lipis akan membantu Orang Asli menubuhkan persatuan bagi mempercepatkan bantuan tertentu dan melaksanakan banyak kegiatan untuk mereka," katanya.

Beliau menambah, beberapa siri kursus pengurusan dan kemahiran akan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli di sini supaya memahirkan mereka dalam bidang-bidang tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 10:16 AM | Show all posts
Perkampungan Orang Asli tidak dipinggir

BERA 5 Julai
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-7-2008 04:39 PM | Show all posts
10 perkampungan Orang Asli dapat air paip RM2.1j

Oleh ALI MAHMOOD

TEMERLOH 10 Julai - Lebih 2,000 penduduk di 10 perkampungan Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak bakal menerima bekalan air paip tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.1 juta bagi melaksanakan projek membekalkan air bersih kepada perkampungan Orang Asli Lubuk Wong dan sekitarnya.

Peruntukan itu, katanya, bagi membina saluran paip dari Kampung Lubuk Wong sepanjang 10 kilometer hingga ke Kampung Terboi dan projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja Jabatan Bekalan Air (JBA) melantik kontraktor.

''Bekalan air paip itu bagi memenuhi permintaan masyarakat Orang Asli di perkampungan terbabit walaupun mereka sebenarnya mendapat bekalan air bersih percuma yang disalurkan dari bukit oleh Jabatan Kesihatan Daerah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis meletak batu asas pembinaan surau masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Wong hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipetua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP). Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Menurut beliau, permintaan masyarakat Orang Asli yang ingin mendapat bekalan air paip yang disalurkan oleh JBA membuktikan taraf kehidupan mereka semakin baik kerana sanggup untuk membayar bil bulanan.

Tambah beliau, masyarakat Orang Asli di DUN Jenderak kini semakin maju kerana mencapai banyak kemajuan yang boleh dibanggakan terutama dalam bidang pendidikan.

Misalnya, kata beliau, kejayaan Sekolah Kebangsaan Penderas yang dipilih sebagai sekolah terbaik di kalangan pelajar Orang Asli berdasarkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, Mohamed memberi jaminan kerajaan akan meningkatkan prasarana secara berperingkat-peringkat di kawasan terbabit sebagaimana yang terdapat di kampung tradisional lain.

Beliau turut bangga apabila masyarakat Orang Asli Parlimen Kuala Krau kini mampu memperoleh pendapatan antara RM750 hingga RM1,000 sebulan hasil projek pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah, kebun pisang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Katanya, sebahagian besar penduduk di kawasan itu kini sudah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta, motosikal, televisyen, radio dan perabot rumah.

''Anak-anak mereka pula mendapat pendidikan peringkat menengah dan rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dan Sekolah Kebangsan Penderas," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 04:40 PM | Show all posts
Kebajikan Orang Asli sentiasa diberi perhatian

BENTONG 10 Julai - Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan 56,000 Orang Asli di Pahang dengan melaksanakan pelbagai projek infrastruktur sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara projek yang dirancang termasuk menaik taraf kemudahan asas di perkampungan Orang Asli walaupun kerajaan perlu berjimat-cermat akibat berdepan dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

''Kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan masalah Orang Asli di negeri ini menerusi tok batin dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK)," katanya pada majlis perjumpaan dan dialog dengan 120 Orang Asli di Kampung Hulu Pareh dekat sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerajaan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek perumahan, pelajaran, kesihatan dan kebajikan bagi mengubah taraf hidup kaum minoriti itu di 243 pos pedalaman di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan terpelajar dan usahawan di kalangan Orang Asli membantu masyarakat mereka terutama dalam mengubah sikap dan minda kaum itu.

Katanya, kaum Orang Asli kini mempunyai ramai golongan ramai cerdik pandai yang menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan selain usahawan berjaya di bandar.

Golongan itu jelasnya, perlu memberi motivasi kepada kaum mereka ke arah meningkatkan usaha merebut peluang dalam pembangunan khususnya ekonomi dan pendidikan.

''Saya percaya mereka yang berjaya boleh membantu kerajaan melaksanakan pembangunan di kawasan ini dan menyuntik perubahan sikap agar seiring dengan kaum lain di negara ini.

''Pengalaman dan kemahiran yang diperoleh boleh membantu Orang Asli mengubah kehidupan masing-masing menerusi pelbagai peluang pembangunan," katanya.

Menurutnya, Orang Asli tidak perlu selesa dengan pendapatan hasil bekerja di ladang dan hutan sebaliknya memberi tumpuan dalam bidang pelajaran sehingga ke peringkat lebih tinggi serta bergiat dalam sektor pertanian komersiol.

''Sudah sewajarnya Orang Asli terutama generasi hari ini merebut peluang berkenaan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing bagi keselesaan dan kejayaan anak-anak mereka pada masa akan datang," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045458 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list