CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummyhakim

[MERGED] ALL ABOUT : Kembar/twins & multiples

  [Copy link]
Post time 25-7-2006 05:04 PM | Show all posts
hi kawan-kawan  semua

skrg ni dane dah masuk 17wks, fraternal twins.  ni nak tanya masa korang pregnant tu, korang cepat letih tak?  sebab kalo dibandingkan dgn 1st pregnancy tu, kali ni mmg dane selalu/cepat letih.  kalo dah rasa letih tu, mesti dane kena baring & rehat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


spidernfly This user has been deleted
Post time 26-7-2006 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by danielly at 25-7-2006 07:04 PM
hi kawan-kawan  semua

skrg ni dane dah masuk 17wks, fraternal twins.  ni nak tanya masa korang pregnant tu, korang cepat letih tak?  sebab kalo dibandingkan dgn 1st pregnancy tu, kali ni mmg dan ...


hmm my morning sickness lasted the whole 1st trimester. i was then admitted to the hospital for 3 days & put on drips. second & thrid trimester dah ok dah. tak rasa penat pun. cuma yup... i had to have 2 hours of bed rest. you could join up a twin club in bangsar i you like. its run by bristish expats.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 09:34 AM | Show all posts

Reply #65 spidernfly's post

another problem is i feel bloated.  actually masa 1st pregnancy dulu, itu juga problem i the whole 9 months.  

hehehe...aku duduk kat sabahlah...rasanya tak dptlah join twin club kat bangsar tu hehehe
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 26-7-2006 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by danielly at 26-7-2006 11:34 AM
another problem is i feel bloated.  actually masa 1st pregnancy dulu, itu juga problem i the whole 9 months.  

hehehe...aku duduk kat sabahlah...rasanya tak dptlah join twin club kat bangsar tu  ...


oh yes... bloating tu right up to the end. try not to eat so much at one time.

hehehehe tak perasan la you duduk sabah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:19 PM | Show all posts

Kembar Siam

JENIS-JENIS KEMBAR SIAM

Kembar siam ini terbahagi kepada banyak jenis. Orang-orang Greek menggunakan perkataan pagos, bermakna tempat di mana mereka bercantum.

Dianggarkan terdapat lebih tiga dozen jenis kembar siam yang dikenal pasti. Berikut adalah klasifikasi asas yang berdasarkan kes-kes individu.

* Craniopagus: Percantuman pada kepala sahaja, hampir dua peratus daripada keseluruhan kembar siam.

* Pygopagus: Percantuman pada bahagian punggung, ia meliputi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kembar siam.

* Thoracopagus: Percantuman pada dada, ia merupakan jenis yang paling kerap ditemui dengan anggaran sebanyak 35 peratus. Ia biasanya melibatkan perkongsian jantung.

* Cephalopagus: Percantuman pada bahagian atas tubuh di mana wajah kedua-dua bertentangan pada kepala yang bercantum.

Kes-kes seumpama ini jarang berlaku. Ada kalanya, ia melibatkan perkongsian jantung.

* Parapagus: Percantuman pada bahagian bawah tubuh. Kes-kes seumpama ini melibatkan lima peratus kembar siam. Ada kalanya kembar siam ini terpaksa berkongsi jantung.

* Ischopagus: Percantuman pada separuh bahagian bawah tubuh. Dianggarkan enam peratus kembar siam daripada jenis ini ditemui.

* Omphalopagus: Percantuman pada bahagian depan tengah tubuh. Hampir 30 peratus kes-kes kembar siam seumpama ini ditemui.

* Kembar parasit: Kembar siam tidak simetri di mana salah satu kembarnya bersaiz kecil, tidak terbentuk dengan sempurna dan terpaksa bergantung kepada kembarnya.

* Fetus in fetu: Keadaan di mana janin yang tidak terbentuk dengan sempurna ini terkandung dalam tubuh kembarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:20 PM | Show all posts

sebuah artikel lama + info

Keunikan kembar siam - Kehadiran mereka sering mencuri perhatian masyarakat
Oleh: NAJIBAH HASSAN ([email protected])

CUBA anda renungi sejenak kejadian diri anda. Ketika anda melakukan rutin harian seperti bangun daripada tidur, berjalan, makan atau minum, keluar bekerja, berinteraksi atau sebagainya segalanya dilakukan secara bersendirian.

Kita mungkin tergolong di kalangan individu yang dilahirkan keseorangan dan akan meninggalkan dunia ini juga keseorangan.

Sebaliknya, apa yang kita alami ini mungkin ada pengecualian bagi segolongan yang lain - mereka adalah kembar siam.

Keakraban pasangan kembar siam ini bukan sekadar dilihat daripada hubungan fizikal mereka yang melekat atau bercantum antara satu sama lain.

Malah, sukar untuk menelah perasaan sebenar `dua jiwa satu hati' ini yang tidak dialami oleh insan normal lain.

Kewujudan mereka semakin menakjubkan apabila ada antara mereka bercantum di kepala, dada, punggung, pinggul dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut berkongsi organ penting antara satu sama lain seperti otak, jantung, hati, perut, usus kecil atau besar, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya.

Sesungguhnya, mereka sememangnya dijadikan oleh Tuhan dengan penuh keistimewaan dan unik.

Sejak berabad-abad lamanya kewujudan kembar siam telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Berdasarkan sejarah awal kembar siam di Eropah, salah satu daripada kembar siam yang julung kalinya berjaya didokumentasikan ialah Mary dan Eliza Chulkhurst.

Mereka juga lebih dikenali sebagai `si gadis sunti Biddenden'. Kembar siam yang dilahirkan pada tahun 1100 ini hidup hingga usia 34 tahun di Biddenden, County of Kent, England.

Meskipun kembar ini digambarkan seolah-olah melekat pada paha dan bahu, kembar siam ini sebenarnya melekat pada punggung dan bahagian bawah belakang.

Menurut sejarah, kembar siam yang sanggup sehidup semati ini telah mendermakan 20 ekar tanah pada sebuah gereja tempatan.

Bersempena memperingati kemurahan hati kembar siam ini, gambar mereka dicetak di atas biskut dan kek untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin pada setiap Ahad Easter.

Menariknya, selepas 900 tahun kematian mereka, si gadis sunti Biddenden masih tetap diraikan dengan khidmat unik ini.

Isu yang dibangkitkan mengenai kembar siam ini ialah bagaimana istilah ini diwujudkan?

Penggunaan istilah `kembar siam' ini diperoleh daripada kembar siam yang sebenar, Chang dan Eng Bunker.

Mereka adalah kembar siam pertama yang ditemui dalam sejarah yang mana penggunaan istilah ini kekal dalam frasa bahasa Inggeris sehingga hari ini.

Pasangan ini dilahirkan di Siam atau kini lebih dikenali sebagai Thailand pada 11 Mei 1811.

Chang dan Eng melekat pada dada dan mereka berkongsi hati.

Seperti manusia lain, kembar siam ini tidak terlepas menghadapi ujian getir kehidupan yang begitu mencabar.

Tawaran yang diterima daripada Kapten Abel Coffin ke Amerika Syarikat telah banyak mengubah kehidupan kembar siam ini dan keluarga mereka.

Keunikan bentuk fizikal mereka menjadi punca rezeki. Mereka mula menempa nama dengan meraih populariti.

Kembar siam ini berjaya menarik keluarga diraja dan pakar-pakar perubatan di England untuk mengkaji keunikan mereka.

Seperti manusia normal lain, Chang mengakhiri zaman bujangnya memilih Adelaide Yates manakala Eng memilih Sarah Anne sebagai pasangan hidup masing-masing.

Khabarnya, Chang dan Eng yang memilih untuk menjadi warganegara Amerika Syarikat memiliki 21 orang anak.

Mereka meninggal dunia ketika berusia 63 tahun.

Dengan kejadian mereka yang luar biasa ini, terlalu banyak mitos dan legenda dikaitkan dengan kembar siam.

Dahulu mereka terlalu `dihormati' kerana dianggap sebagai tuhan atau `ditakuti' sebagai raksasa.

Tidak kurang yang mengaitkannya sebagai satu sumpahan sehingga keluarga yang mempunyai anak kembar siam dipulau masyarakat atau diancam untuk dibunuh.

Bukan semua pasangan kembar siam bernasib baik dapat hidup sehingga dewasa, jika ada sekalipun mereka turut dipinggirkan daripada masyarakat atau dibuang negeri.

Dengan bentuk fizikal mereka yang agak unik, ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan kembar siam sebagai `daya tarikan' atau persembahan sampingan memeriahkan sarkas.

Hari ini, ramai kembar siam yang bernasib baik. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini, pelbagai prosedur pemisahan kembar yang semakin sofistikated dapat dilakukan.

Dengan wujudnya tenaga pakar perubatan terlatih, harapan dan impian ibu bapa dan keluarga mereka untuk melihat anak kembar siam mereka menjadi seorang individu normal bukan lagi satu khayalan.

Secara umumnya, kembar terbahagi kepada tiga iaitu kembar seiras, kembar tidak seiras dan kembar siam.

Kembar tidak seiras terjadi apabila dua telur disenyawakan oleh dua sperma yang berbeza.

Kembar tidak seiras mewarisi gen ibu bapanya yang berbeza berbanding kembar seiras.

Kembar seiras berlaku apabila telur disenyawakan (zigot) terbahagi kepada dua individu. Biasanya, mereka mewarisi gen yang sama.

Kembar siam atau kembar yang melekat berlaku apabila zigot tidak membahagi secara sempurna.

Pada peringkat awal, embrio yang berkembang ini terpisah kepada kembar seiras. Bagaimanapun, ia terhenti sehingga menyebabkan telur terbabit matang dan terus membesar menjadi janin yang melekat.

Kejadian kembar siam ini dipercayai lebih kerap berlaku pada bayi perempuan berbanding lelaki.

Bagaimanapun, insiden kembar siam ini jarang terjadi iaitu satu dalam setiap 200,000 kelahiran hidup.

Pembentukan kembar siam ini dipengaruhi oleh faktor genetik atau persekitaran yang menyebabkan mereka gagal terpisah selepas 13 hari persenyawaan.

Apabila kembar siam dilahirkan, secara automatiknya ramai beranggapan mereka perlu dipisahkan.

Rata-rata beranggapan, pemisahan ini bertujuan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

Isu pemisahan kembar siam ada kalanya mengundang kontroversi apabila salah seorang kembar terpaksa `dikorbankan' semata-mata untuk memberi peluang kepada kembarnya meneruskan kehidupan.

Masalah ini bertambah rumit apabila kedua-duanya berkongsi organ penting.

Sesetengah berpendapat, melihat kepada beberapa contoh kembar siam yang hidup sehingga dewasa, maka pembedahan pemisahan bukan pilihan yang terbaik bagi setiap kes.

Ukuran kejayaan pembedahan memisahkan kembar yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu juga berbeza-beza.

Ada yang berjaya dan sebaliknya, bergantung kepada jenis mereka.

Terbaru, bayi kembar siam perempuan yang melekat di kepala berusia setahun dari Guatemala berjaya dipisahkan.

Kembar terbabit, Maria de Jesus Quiej Alvarez dan Maria Teresa bercantum pada tengkorak kepala dengan muka pada arah bertentangan ini turut berkongsi pembuluh darah.

Nasib menyebelahi mereka kerana mereka memiliki otak yang berasingan.

Pembedahan ke atas mereka mengambil masa lebih 22 jam dan lima jam tambahan untuk salah seorang daripada mereka kerana menghadapi komplikasi yang serius.

Di negara ini, kembar siam Ahmad dan Muhamad Rosli yang melekat pada bahagian dada ke bawah berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa selepas pasangan suami isteri dari Essex, George dan Lisa Henry yang terlibat dalam kerja-kerja amal membawa kedua-duanya ke England untuk pembuatan kerusi roda.

Sebaliknya, rancangan awal mereka untuk membuat kerusi roda khas berubah apabila kembar siam ini mendapat tawaran untuk pemisahan mereka.

Kedua-duanya kini di bawah pengawasan hospital kanak-kanak Great Ormond Street Hospital, London dan sepatutnya dijadual menjalani pembedahan pemisahan pada 11 September ini.

Kos hospital dan rawatan mereka mencecah hingga 150,000 pound sterling.

Pembedahan pemisahan ini yang akan menjadikan kedua-duanya individu yang berbeza, termasuk pembedahan pemisahan hati dan usus besar.

Bagi membolehkan mereka berjalan, kaki palsu akan dipasang di pusat kaki palsu terkemuka dunia di Roehampton.

Bagaimanapun mereka kemudian berlepas ke Riyadh pada pukul 4 petang (waktu England) untuk memenuhi tawaran daripada Putera Abdullah dari Arab Saudi.

Putera Abdullah menawarkan supaya mereka dibedah di bandar perubatan King Abdul Aziz, Riyadh dan akan membiayai sepenuhnya kos pembedahan.

Sesungguhnya, kelahiran mereka di dunia ini telah menambahkan kefahaman kita tentang keunikan kejadian manusia.

Hari ini, dengan kejadian mereka yang luar biasa itu kita telah mampu menerima kehadiran mereka, sekali gus mengerti ikatan perasaan yang mereka miliki.

Rakyat Malaysia memanjatkan sekalung doa dan harapan agar pembedahan yang bakal dijalankan ke atas kembar siam Ahmad dan Muhamad berjaya. Mudah-mudahan, sama-sama kita doakan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2006 03:22 AM | Show all posts
berdebar2 tunggu masa nak bersalin twin ni....
Skg dah 37 weeks 4 days..................
hopefully dapat bersalin normal......
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 18-8-2006 07:08 AM | Show all posts
Originally posted by ReDroSe! at 18-8-2006 05:22 AM
berdebar2 tunggu masa nak bersalin twin ni....
Skg dah 37 weeks 4 days..................
hopefully dapat bersalin normal......


gud luck!! i dulu 36 weeks dah bersalin.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 08:19 AM | Show all posts
wah bestnyer mon dgr kengkwn yg dpt twin..
mon pun teringin nak dpt twin..
che abg mon pun..
sbelah family mon mmg byk dpt twin..
even mon pun ade adik kembar sepasang..
lelaki & pompuan..
sbelah ayah pun ade & sbelah mak pun ade..
tapi family che abg mon mmg xde kembar..
abg pun ckp kalo kitorg dpt twin mmg pecah rekod..
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 18-8-2006 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by MISS_montel at 18-8-2006 10:19 AM
wah bestnyer mon dgr kengkwn yg dpt twin..
mon pun teringin nak dpt twin..
che abg mon pun..
sbelah family mon mmg byk dpt twin..
even mon pun ade adik kembar sepasang..
lelaki & pompuan.. ...


actually i tak terfikir pun nak ada twins or will have twins. tak ambik tau pun that my family ada history of twins or not but alhamdulillah ... ive got them.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by spidernfly at 18-8-2006 07:08 AM


gud luck!! i dulu 36 weeks dah bersalin.....


tu la kan.....biasa twins bersalin awal....

skg ni rasa x sabar betul nak deliver....x larat nak bawak dah.....
tersadai kat rumah je ni ha.......doc dah bagi cuti......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by MISS_montel at 18-8-2006 08:19 AM
wah bestnyer mon dgr kengkwn yg dpt twin..
mon pun teringin nak dpt twin..
che abg mon pun..
sbelah family mon mmg byk dpt twin..
even mon pun ade adik kembar sepasang..
lelaki & pompuan.. ...


berpotensi la nak dapat ni....
doa banyak2.....
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:52 AM | Show all posts
Originally posted by ReDroSe! at 22-8-2006 01:35 AM


tu la kan.....biasa twins bersalin awal....

skg ni rasa x sabar betul nak deliver....x larat nak bawak dah.....
tersadai kat rumah je ni ha.......doc dah bagi cuti......


actually boleh bawak sampai 40 weeks.... coz tak rasa any contractions or any other pain. tapi gynea kata, dia scan from week 34-36, my babies takde perubahan in weight. thus she fears that the placenta may be too mature for the babies. so dia suruh i pick a date to deliver. so i chose 13 august...(friday the 13th... ada ong... ekekekeke).
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 09:47 AM | Show all posts
lucky ada this thread

nez dah 2 months pregnant. doc sahkan baby nez tiwn
skrg ni muntah teruk. asal mkn jer sume tak kena. paling lama pun boleh tahan sejam jer pastu sume keluar balik. pastu asik sakit belakang jer
mak ckp lepas 3 bulan muntah ni akan stop. harap2 begitu la sebab tak larat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by spidernfly at 22-8-2006 06:52 AM


actually boleh bawak sampai 40 weeks.... coz tak rasa any contractions or any other pain. tapi gynea kata, dia scan from week 34-36, my babies takde perubahan in weight. thus she fears that the ...


hai kak
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 22-8-2006 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by hanezz at 22-8-2006 11:48 AM


hai kak



hai hanezz!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 09:58 AM | Show all posts
org ckp klu ppuan peknen tak leh mkn durian sebab panas. last time masa kat kg tering sesangat nak mkn durian. mak kata jamah la seulas. puas hati la konon dapat merasa. masa on the way balik kl, asik muntah jer. perut rasa senak sangat :geram:
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 22-8-2006 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by hanezz at 22-8-2006 11:58 AM
org ckp klu ppuan peknen tak leh mkn durian sebab panas. last time masa kat kg tering sesangat nak mkn durian. mak kata jamah la seulas. puas hati la konon dapat merasa. masa on the way balik kl, a ...


ekekekek dulu i pun teringin sgt makan durian... walhal tak suka durian pun. nways, my hubby tak belikan pun. lagi satu i teringin makan fresh cherries...nasib baik my dad kat germany on the way back to m'sia. terpaksa dia naik flight gi dubai to get me the cherries sbb germany tak de musim cherries....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by spidernfly at 22-8-2006 10:01 AM


ekekekek dulu i pun teringin sgt makan durian... walhal tak suka durian pun. nways, my hubby tak belikan pun. lagi satu i teringin makan fresh cherries...nasib baik my dad kat germany on the wa ...


nez bukan la jenis hantu durian yang pantang tgk durian .... tapi bila peknen ni perasaan nak makan durian tu membuak2 sgt. asben pun ckp mkn seulas jer. takut jugak kan sebab baru lagi masa tu hehehe

la ni tgh mkn buah rambutan dgn longan :bgrin:
both of this buah pun mak nez ckp tak boleh mkn byk2. rasa sikit jer. tp dlm hati nez ckp rasa sikit mana cukup sebab yg nak mkn dlm peyut ni 2 org :nerd:
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 22-8-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by hanezz at 22-8-2006 12:08 PM


nez bukan la jenis hantu durian yang pantang tgk durian .... tapi bila peknen ni perasaan nak makan durian tu membuak2 sgt. asben pun ckp mkn seulas jer. takut jugak kan sebab baru lagi masa tu ...



i tak suka rambutan. dah la leceh nak makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060463 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list