CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kecuaian hospital - pernah terjadi pada anak2 anda?

[Copy link]
Post time 23-8-2007 04:14 PM | Show all posts
So adakah your cousin tu proceed dengan saman tu?

Memang patut saman, saman pengajaran orang panggil tu.
Kalau nak lagi berkesan minta ditarik lesen doktor tu.
Biar dia ingat sampai mati macam mana dia suka-suka hati 'tarik' nyawa anak orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by teddycomel at 22-8-2007 09:21 AM
kalau private pun bukan semuanyer baguih pun........ depends on doctor gak....... my son maser 1 1/2 years...complaint sakit peyot...... gi private hospital kat ..doctor kata diarrehea... but pel ...

di manakah lokasi spital nih teddy?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 08:39 AM | Show all posts

Reply #82 honeybee1802's post

kat Columbia Hospital, Seremban
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 08:43 AM | Show all posts
yg operation tu kat SJMC....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by teddycomel at 27-8-2007 08:39 AM
kat Columbia Hospital, Seremban



mmm byk dgr complain kat hospital nih....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 09:52 AM | Show all posts

Reply #81 Oshin's post

Sy x pasti..yg last sy tanya diorg kata ada pihak hosp ada buat perjumpaan. rasanya dgn pengarah hosp kot..maybe nak mintak maaf ker apa..xtaula

last few weeks ada jumpa my cousin,tp masa tu dkt umah makcik, anak sy pulak x ddk diam..smp x sempat mak dia nak bersembang.

tapi klu tgkkan both husband n wife tu..rasanya diorg x saman kot.yerla, mcm sy katakan..diorg ni x kuat semangat nak lawan..xder back up dr segi education n financial..n family mcm biasala..kurang support.."dah takdirkan, kita berserah pada Allah jer"

so, those yg ada back up..kuatkan semangat,bagi pengajaran kat org2 yg main2 dengan amanah nih..InsyaAllah, klu ada yg mulakan, kes2 mcm sekurang2nyer akan berkurangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2007 03:37 PM | Show all posts
Doktor cuai punca tangan bayi cacat
28-08-2007 03:30:31 PM  


PUTRAJAYA:  Terdapat unsur kecuaian doktor dalam kes bayi yang sel tangan kirinya mati akibat tersalah suntik oleh seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang awal bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Beliau kecewa dengan kejadian itu kerana doktor pakar yang bertugas ketika itu hanya memberikan arahan melalui telefon kepada seorang doktor pelatih untuk mengendalikan kes itu yang akhirnya membawa padah.

"Secara terbuka kami mendapati bahawa terdapat kelemahan dalam prosedur rawatan ke atas bayi itu. Tambahan pula bayi itu dilahirkan dalam keadaan pramatang dan ini menimbulkan kesulitan kerana rawatannya agak rumit.

"(Perbuatan mengarahkan) seorang doktor pelatih untuk jalankan rawatan itu tidak harus berlaku.

"Doktor yang bertugas sepatutnya datang melihat sendiri pesakit dan tidak memberikan arahan melalui telefon," katanya pada sidang akhbar selepas sesi dialog bersama pengusaha hospital swasta di kementeriannya di sini.


Tangan kiri bayi kelihatan biru akibat sel-selnya telah mati selepas tersalah suntik oleh seorang doktor pelatih. (foto The Star)

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan hasil siasatan jawatankuasa bebas mengenai kes itu yang dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Ang Kim Teng.

Awal bulan ini, lengan Lai Yok Shan, yang ketika itu baru berusia tiga minggu didapati tidak berfungsi setelah selnya mati akibat kecederaan ketika dirawat di HTAR dan menghadapi risiko terpaksa dipotong.

Bapa bayi berkenaan Lai Kian Khee, 24, telah menyuarakan hasratnya untuk menyaman HTAR dan doktor terbabit berikutan kejadian malang yang menimpa anaknya.

Dr Chua berkata kementeriannya kini sedang berbincang dengan pihak Peguam Negara untuk menentukan jumlah bayaran ex-gratia yang perlu dibayar kepada keluarga Lai berikutan kecuaian doktor berkenaan.

Semasa ditanya mengenai keadaan bayi tersebut, Dr Chua berkata keadaannya stabil.

Mengenai kedudukan doktor pelatih terbabit, menteri itu berkata doktor pelatih berkenaan masih boleh meneruskan latihannya di hospital itu.

Ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Mohamad Ismail Merican ketika ditemui pula mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas doktor terbabit ekoran berlakunya kecuaian.

Beliau juga berkata pihaknya mengadakan pertemuan khas hari ini dengan sekumpulan doktor pakar bagi membincangkan langkah selanjutnya supaya kes kecuaian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Dr Chua berkata kerajaan akan meminda Akta Perubatan 1971 bagi mewajibkan doktor yang bertugas di hospital swasta membeli insurans bagi menghadapi sebarang kes saman sekiranya terdapat sebarang kecuaian.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya berharap pindaan itu dapat dikuatkuasakan tahun depan.

"Pada masa ini doktor di hospital kerajaan tidak mempunyai masalah kerana kerajaan telah menyediakan insurans untuk mereka, tetapi swasta masih belum diwajibkan.

"Jadi, bila ada kes saman dan jumlahnya terlalu besar, doktor hanya membuat pengisytiharan muflis kerana tidak mampu membayarnya," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by seri06 at 21-8-2007 11:16 PM
anak saya yg 2nd sampai sekarang ada lagi parut kat dahi..masa bersalin dulu
saya kena potong, mungkin kena benda tajam..seorg pun tak mo mengaku.
yg paling saya tak boleh lupa..muka nurse yg m ...



apa ug dia kutuk.........apa hak dia mengutuk kan......:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 03:30 PM | Show all posts

Reply #64 Oshin's post

sorry tak perasan, epal di ayer keroh....
bitt keje kat ayer keroh kat mana tu? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 03:40 PM | Show all posts

Reply #71 jenglut's post

hhmmmm...kerjaya sebagai seorang doktor sepatutnya lebih mementingkan nyawa pesakit, bukannya soal bayaran.....but of courselah semua org pentingkan duit....walaupun gaji doktor gomen tak tinggi mcm swasta, tp komitmen dan tanggungjawab sepatutnya diberi keutamaan lebih-lebih lagi melibatkan nyawa pesakit...ianya tak boleh dijadikan alasan untuk buat keje sambil lewa atau asal boleh jer....hospital swasta pun ada jugak kekurangannya...tp sebab kita yg bayar dia, so kita lebih berhak dlm sesuatu perkara.....kalau kat gomen, cakap lebih sikit silap2 kena tengking....
epal dah byk pengalaman berurusan dgn hospital ni, dari gomen sampaila ke swasta.....gomen bukan tak bagus, cuma etika sesetengah doktor & nurse tu kadang2 menyakitkan hati, dia bercakap dgn kita mcm kita ni takde perasaan.......:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #87 Syd's post

ciannya bb neh...agak2 kalo buat oxygn teraphy  ke..sel2 kat tgn dia leh idup balik tak?mcm kene gangren dah tgn dia..ciannya..
aku paling tensen time aku ke anak aku ker tgh semput rs tak leh napas..tak kire le dr prebet ker dr gomen leh ckp...ok..your lungs sound clear..caitttt....tp aku seek treatment ngan dr yg ada pengalaman like dia ke anak dia ke yg ada asthma nehh baru ler dia ckp well..i think your lung is a bit inflamed...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 04:50 PM | Show all posts
kesian gak kat budak tu...
kes saya lain... masa tu anak saya baru berumur 2 bln...
doktor kata anak saya banyak lendir.... dan terpaksa masuk wad selama 5 hari.... tp selepas 5 hari di tahan wad, ledir anak saya masih ada lagi walaupun setiap hari buat suction....
doktor kata lendir akan hilang tapi terpaksa mengambil masa sikit...
tapi... selang beberapa minggu... lendir anak saya menjadi semakin banyak sehinggakan lendir tu blok salur nafas anak saya... dan terpaksa dimasukkan ke ICU.... masalahnya saya bukannya pergi ke hospital kerajaan yang banyak melakukan kecuaian tapi ni hospital specialist.... pon tak telatin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:53 PM | Show all posts
As salam. Looking for consumers who got cheated by insurance policy company (PENIPUAN TUNTUAN INSURANS), private colleges (PENIPUAN KOLEJ SWASTA), private hospitals (KECUAIAN PIHAK HOSPITAL ATAU BIL RAWATAN MELAMPAU), daily consumers' products (BARANGAN ELEKTRIK, ELECTRONIC GADGETS, PERABOT, PAKAIAN, ETC) and automobile cases (PENIPUAN JUAL/BELI KERETA) for a TV interview recording in an informative program on consumers' rights.

Program TV ini dalam Bahasa Melayu. Jika anda sudah buat aduan (tak kira masih dlm siasatan atau sudah selesai), kami mahukan pengalaman anda utk dikongsi bersama org ramai dalam menangani masalah penjual/peniaga yg tidak bertanggungjawab.
Kami mahu Suara Pengguna didengari. Tlg hubungi saya di [email protected] segera. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 03:09 PM | Show all posts
nak share gak pengalaman 5thn lepas yg masih segar dlm ingatan...

my son masatu umur 1 1/2thn kena selsema-batuk.. lepas seminggu xelok, bwk balik gi klinik yg memula tu. dr suspect something not right, suruh gi spital. ira direct gih SJMC bawak referral letter. ER sana x-ray ckp my son kena bronchiol pneumonia n dah oxygen dependant... kena warded immediately. coincidence SJMC & SMC takde bilik kosong. dia suh gi PPUM. sampai PPUM pukul 830mlm gih ER. tunggu turn sampai xtau apa nak kata dah. tanye banyak kali tapi nurse sana ckp org sakit jantung pun boleh tunggu. geram xbleh nak cakap dah walaupun ada referral letter dari SJMC dgn xray lagik.. dia xkasi masuk wad jugak. finally sampai turn pukul 1230mlm baru bleh jumpa doctor. itu pun dok dindong itu ini kena tunggu paed. lepas masuk jarum.. amik darah baru bleh masuk wad pukul 3pagi. kat sana pulak nurse/doc yg datang dok sibuk tanya sejarah sampai toknenek pastu tulis macam karangan cerita dongeng. sampai ke esoknyer takde apa jugak.. sekadar pasang oxygen je. kasi makanan plak nasi+kari ikan+sayur sawi.. ira sound ckp mana bleh budak 1 1/2thn makan tuh.. dia ckp nih utk ira. ira ckp.. saya bukan patient.. saya nak bubur. boleh plak dia jawab.. esoklah. dok tanya jiran2 katil.. rata2 dah dok sana 1-2minggu. xde sebarang ubat.. cuma gih timbang diapers ikut selang masa yg ditetapkan. for me.. apa kebende nak timbang diapers?? dari pagi memang non-stop call SJMC semula mintak masuk wad sana. petang baru dapat. tapi PPUM tak kasi discharge. dia kata my son oxygen dependant.. apape jadi dia xtanggung. ira ckp, nak discharge ira tanggung dan boleh sign apa surat dia nak.. itu pun tak kasi sbb tau ira nak gih SJMC. ambulans tranfer katanya only to HKL. finally tergerak hati call private ambulans. lps cerita condition, diorang ckp ok.. dia dtg n suruh i uruskan discharge. nurse kat wad mati2 tak kasi sampailah diorang tergamam 2 org dari private ambulans tu dtg dgn katil tolak n portable oxygen diorang, diorang ckp nak transfer my son. nurse tu ingat i tipu. then boleh discharge tapi diorang cabut jarum dan satu dokumen pun diorang xmo kasi.. katanya P&C, malas dah nak bertekak. alhamdulillah bacaan my son jauh lebih elok dalam ambulans tu berbanding kat PPUM.. medic kat ambulans tu pun ckp kualiti kat PPUM tak elok. sebelum sampai SJMC ambulans dah kasitau ER. lps sampai.. medic suruh i gi register. tak sampai 3minit register.. tgk my son kat ER dah siap salin baju & start drip. doc tanya apa ubat PPUM kasi.. ira ckp takde apa pun, drip pun xkasi. marah sungguh doc SJMC. terus start IV antibiotik dan masuk wad. kena nebulizer n suction every 3-4hrs.. memang seksa tengok, tapi kalo tak buat camtu susah nak baik. satu malam kat SJMC.. alhamdulillah my son dah jadi active dan mau nak makan.
kesian kat sesapa yg masih kat PPUM dan dok timbang diapers je tanpa ubat. mungkin mereka fikirkan kos. bil my son masa discharge dm 2k+... alhamdulillah company cover. tapi, kalau tak cover pun ira sanggup korek duit drpd biarkan gitu je.

satu lagi.. my son (yg sama gak tapi masa umur 5thn) lompat camne tah luka kat kepala. memula xtau pun luka.. dia cakap terhantuk je... disebabkan nangis gak ira tengokla kepala. nampak luka dlm 1 1/2 inci yg agak dalam.. darah meleleh je bila tekan. panic terus. tinggalkan anak2 lain kat umah SIL.. terus rush gi spital. disebabkan emergency, terpaksa gi spital paling dekat ngan umah.. KPJ Kajang. masatu dlm pkl 11mlm. sampai ER, register dan ckp situasi anak. dia suruh duduk dan tunggu giliran. ira dah start nak marah.. tapi cuba bersabar. sbb ader dlm 10 org kat ruang menunggu tu. majoriti mcm demam n sakit2 biasa. tak sampai 10 minit kesabaranku tercabar sbb org yg demam dia panggil masuk. tapi anak aku yg tgh meleleh darah dia biar tunggu. biasanya gi SJMC/Prince Court.. dia akan analyze semua patient lpstu ikut priority kes utk jumpa doc. nih KPJ ikut sapa dtg dulu. ira terus gih kaunter.. sound diroang. lpstu dia kasi masuk.. tapi suh anak baring je kat bilik tu. takde doc jugak. ira tak sedap ati.. anak ira dah nampak mcm lesu.. ira tanye.. mana paed oncall... dia ckp kes nih bukan paed handle. ira insist nak paed.. dia ckp takde paed utk mlmtu. doc on duty pun sorang je. seriously xbleh nak tahan marah dah.. sound giler2 kat diorang. kalau paed takde sapa specialist yg ada... dia kasi list. yg relevan adalah surgeon apa tah.. ira suruh panggil dia. nurse sana dah mcm takut kot sbb ira dah naik marah sgt.. then si surgeon tu baru datang. belek2 tengok.. dia ckp xperlu jahit.. boleh gam je. dia tanye kenapa lambat sgt sbb bahaya kalau kuman masuk. selamba je ira cakap dpn nurse2 yg ada sama doc tu.. kalau saya tak jerit tadi, esokla anak saya jumpa doktor. geleng kepala je doc tu. doc tu juga yg bersihkan luka.. pastu gam dan tampal selotep. dia ckp lps 2 hari dtg semula utk check. ira ckp saya nak buat follow-up check kat SJMC.. then dia bukak selotep.. sapu apa tah yg jernih.. pastu buh gauze n bandage besar. pelik... bila nak wat fllow up kat tpt lain.. dia wat lebih cermat pulak. geram je..

alhamdulillah my son ok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 08:24 PM | Show all posts


pohon selamat dari kecuaian. Amiiiin.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.186166 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list