CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Adakah Hukuman Yang Dikenakan Pada Pelajar Bermasalah Terlalu Keras

[Copy link]
 Author| Post time 26-7-2007 10:12 PM | Show all posts
Siasatan guru tampar 22 murid ke kementerian
26-07-2007
  
KOTA KINABALU:  Hasil siasatan berhubung kes guru besar wanita menampar 22 murid di SK Gayang, Tuaran minggu lepas sudah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, kata pengarah pelajaran Sabah Normah Gagoh.

Beliau berkata perkara itu kini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menentukan bentuk tindakan yang dirasakan sesuai.

"Kita ada peraturan sedia ada atau tatacara perlakuan penjawat awam, dan biasanya tindakan yang diambil adalah berdasarkan jenis kesalahan, termasuk dipindahkan ke sekolah lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Festival Buku dan Kempen Membaca Sabah di Tanjung Aru Plaza, hari ini.

"Bagaimanapun, kita perlu dengar penjelasan kedua-dua pihak termasuk murid sekolah sebelum membuat sebarang keputusan, kerana guru besar juga adalah manusia biasa yang ada kelemahan dan kadangkala tidak dapat mengawal emosi," tambahnya.

Festival buku itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pada 18 Julai lepas, guru besar wanita SK Gayang itu dilaporkan menampar murid berkenaan kerana tidak membawa bersama buku sivik ke sekolah, dan ekoran kejadian, guru besar berkenaan digantung perkhidmatan selama dua bulan bergaji penuh sementara menunggu hasil siasatan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Masidi berkata kejadian menampar murid di SK Gayang itu merupakan kes terpencil yang tidak mencerminkan kelakuan dan keupayaan kesemua guru besar di Sabah.

"Pada keseluruhannya, kita bangga dengan sumbangan guru besar di Sabah yang dedikasi mendidik murid atau pelajar sekolah," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menampar murid itu wajar atau sebaliknya, Masidi berkata terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan "saya tidak fikir menampar itu salah satu yang dibolehkan".


"Harus diingat guru besar juga adalah manusia yang ada emosi dan masalah. Kadang-kadang kalau masalah itu sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh dibendung maka inilah (kes menampar) yang akan berlaku," kata beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2007 11:11 PM | Show all posts
Slapped for going on a date

PUTRAJAYA: For befriending a girl, smoking and wearing a pair of shorts, a 19-year-old student was "punished" by a lecturer which landed him in hospital.




Kolej Universiti Islam Selangor second-year student Mohd Nur Syafiq Maheran claimed that the lecturer, a head of department, slapped him many times on Friday after he refused to admit he had taken a girl, also a university student, out for a date.

He, however, confessed that he did wear a pair of shorts and was smoking while washing his motorbike at the university抯 hostel in Bandar Putra, Bukit Mahkota, about two weeks ago.

Speaking from his hospital bed at Serdang Hospital yesterday, he said he was summoned to the lecturer抯 office after an examination about 10am last Friday and was reprimanded for wearing the pair of shorts and smoking.

At the same time, he said, he was asked by the lecturer whether it was true he had taken a girl out about a week ago. The complainant, a university staff, was also present.


"I told him (the lecturer) that we did go out together with some other friends in broad daylight, not at night. We were out for lunch.

"He came up from behind and slapped me many times on my right ear. I was also hit at the back. I felt dizzy but I did not complain. He hit me so hard that his wrist watch slipped from his hand," he said.


"I went back to the hostel and felt searing pain in my ear. I called my mother and related the incident."

Nur Syafiq, who is doing a diploma in Tahfiz Al-Quran (Quran studies), said his mother informed her brother who lived in Kajang. "When my uncle came on Sunday, he took me to the Kajang police station to make a report."

As the pain worsened, his uncle took him to the hospital the next day and he was warded for observation. "The doctor told me that I suffered 30 per cent injury to my ear drum. I am now on medication."

Ketereh MP Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, when met at the hospital, said he could not accept the punishment meted out on his adopted son and had sent a letter, seeking an explanation, from the university抯 rector, Datuk Adnan Isman.

"Yesterday, Adnan called me and apologised over the incident. He also said the lecturer had been suspended and that his service would be terminated pending completion of an internal inquiry."


Meanwhile, in Pasir Putih, Mohd Shahrul Bani, a Year Four pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki Pasir Putih, was slapped by a teacher for failing to answer a question during a lesson on Tuesday.


His mother, Esah Mat, 49, said her son抯 left cheek was swollen when he returned home about noon.


"He related the incident only after I pressured him. There was a similar incident in March involving the same teacher but we kept quiet about it," said the housewife from Kampung Tebing Tinggi, here.


Following the incident Shahrul, accompanied by Esah, lodged a report at the district police station. She said she did not lodge a police report over the first incident as her husband Ramli Ismail, 48, was away working in Port Klang.


District police chief DSP Mohd Kamal Zainal said the 39-year-old teacher had been called to the station to give a statement


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

wow  yea -  kena slapped many times sampai hampir deaf
adakah dengan buat begitu pada 19years old  mengajar dia
supaya tidak lakukan lagi ??

kadang2 nak tunjuk the right path -  show with wisdom -
tak payah sampai nak abused  macam tu pulak --

mungkin punishment yang boleh buat dia rasa malu dengan perbuatan
dia seperti merokok dan pakai shorts (mungkin undang2 college
tak benarkan benda2 camtu  as well bawa anak dara orang gi dating etc)
dan tak akan ulang lagi --  mungkin beri nasihat  panggil parents --
minta parents juga involve untuk nasihatkan anak mereka and give
co-operation to the college as well --
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:34 PM | Show all posts
DALAM HAL INI,BANYAK PIHAK TERLIBAT DAN BERTAMBAH RUMIT SEKIRANYA TIDAK DIPANTAU DARI AWAL LAGI.

PADA PENDAPAT SAYA,ZAMAN SEKARANG NI,PELAJAR,IBUBAPA,GURU,KERAJAAN DAN MEDIA TERLALU KECOH.

PELAJAR SEKARANG TERLALU MANJA DAN PANTANG DI TEGUR SIKIT,MESTI MENGADU PADA IBU BAPA.

IBU BAPA PLAK X BOLEH ANAK MEREKA DICUIT SIKIT DAH KECOH DAN MENGGELABAH.MEMANG PATUT MEREKA MENGGELABAH APABILA ANAK MEREKA TERCEDERA/DIPERLAKUKAN SEBEGITU.SEPATUTNYA IBU BAPA PERLU MEMANTAU AKTIVITI ANAK MEREKA DAN TIDAK MENYERAHKAN BULAT2 KEPADA ORG GAJI,PENGASUH DAN SBG NYA.

GURU2 PLAK DAH HILANG SEMANGAT NAK MENDIDIK ANAK BANGSA,KEBANYAKAN GURU2 MASA KINI BUKAN MEMINATI PROFESIEN INI TETAPI MEMANDANG IMBUHAN GAJI YANG TINGGI.MERKA INI MENGAJAR HANYA KERANA TUNTUTAN KERJA DAN GAJI SEMATA2.PADA HEMAT MEREKA UNTUK APA SUSAH2 MENGAJAR ANK ORG SAMPAI PENAT2,BIARLAH MEREKA BODOH,YG PTG BULAN2 GAJI MASYUK.KEKADANG GURU2 INI TERUTAMA NYA WANITA SUKA MELAMPIASKAN MASALAH MERKA KEPADA PELAJAR.GURU BOLEH MEMUKUL PELAJAR HANYA UNTUK TEGURAN SEPERTI MEROTAN DITEMPAT YANG TELAH DITENTUKAN,TETAPI BUKAN LAH BERMAKNA SEHINGGA MENCEDERAKAN MURID.GURU YANG BERMASALAH INI SEPATUTNYA MELALUI PROSES KAUNSELING AGAR DAPAT MENGAWAL PERASAAN MEREKA.

SEPATUTNYA IBU BAPA DAN GURU BEKERJASAMA DALAM MENANGANI MASALAH INI BERSAMA2.SEBAB ITULAH ADANYER PIBG.TETAPI MATLAMAT X TERCAPAI JIKA MASING2 MENEGAKKAN BENANG BASAH MASING2. TANGGUNGJAWAB IBUBAPA DI RUMAH DAN DIBANTU OLEH GURU DISEKOLAH PASTI DAPAT MELAHIRKAN ANAK DAN PELAJAR YANG CEMERLANG.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 26-7-2007 10:12 PM
Siasatan guru tampar 22 murid ke kementerian
26-07-2007
  
KOTA KINABALU:  Hasil siasatan berhubung kes guru besar wanita menampar 22 murid di SK Gayang, Tuaran minggu lepas sudah diserahkan  ...



Teringat masa sekolah rendah dulu tahun 90'an.....

satu kelas kena jemur kat padang sambil angkat kaki sebelah,tangan plak kat pegang kepala,dahlah time tghari,panas woo..

nasib baik bukan sekarang,kalau x cikgu tu mesti dah masuk paper kan .

balik umah ngadu ngan mak bapak bukan nyer nak kesian, bukan dapt kesian ,katanya ' padan muka ko,ader lah yang salah tu korang buat kat sekolah"

xder plak diorang repot polis dan lapor media...tapi itulah beza dulu dan sekarang,guru dulu membentuk kita betul2 dan anggap kita sebagai anak,kalau jumpa kt luar

pun hormat lagi.

sayang cikgu...tima kasih cikgu sedey plak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by dang_oniey at 24-7-2007 12:03 PM
Mak sedara aku yang jadi cikgu sekolah menengah cakap. Skang ni guru2 kat sekolah dia malas nak amik tau masalah murid2 nih. Ko tak nak buat keje skolah ke... ko nak ponteng ke... ko punyer passa ...

ehhh... makcik aku pun ckp mcm gini tau.. tambah lak dia pun dah masuk DG44... kalo buat hal dgn budak2 umur belasan tahun yg tgh gatal2 ni... kena lak ada parents bangsa parasit... tak psl2 rekod perkhidmatan dia tercemar... tugas guru2 adalah mengajar aje... yg mendidik tu mak bpk budak2 tu... kalo anak dia org jadi hantu.. jadilah diaorg  mak bapak hantu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 02:00 AM | Show all posts
honestly....tell me wat shud i do if i was confronted wif tis kind of issue?

[ Last edited by  dexa at 27-7-2007 06:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2007 05:33 AM | Show all posts
tak setuju...mmg tak keras langsung...bdk2 skrg ni, jgn diberi muka sgt...kurang ajar satu hal..rasa aku, siorang ni takkan serik..tunjuk hebat sgt..buang sekolah terus n blacklist kan nama dia di semua sek kat mesia ni...biar gelap masa depan...ahahaaa!!!!geram aku...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 06:04 AM | Show all posts
Originally posted by Bugger at 27-7-2007 02:00 AM


honestly....tell me wat shud i do if i was confronted wif tis ...



if you still unsure what u should do
perhaps u can read some of the replies in this thread
and get those opinion and then i am sure you have your
own views about it --  do what you think that is right by you -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 06:22 AM | Show all posts
ler.. kes budak 19 tahun masuk paper jugak ka? setahu kalau dah masuk kolej/uni.. lantak ko la nak buat apa, who care!! ko nak dating ker, tak mo dtg kelas, tak siap tugasan ker, suka hati ko la. lepas tu kena tendang, padan muka.. hehehehehehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 06:44 AM | Show all posts
Budak 19 taun tu biar je dia...buat pe la susah2 nak jaga anak orang ni...benda2 macam ni la yg buat cikgu / pendidik malas ambik pot dah. Pedulik la orang kata makan gaji buta, bila dedikasi sgt pun susah gak...cukup bulan dpt gaji sudah. Sebab tu skrg 3gp remaja sumbang melambak2 ngalahkan vcd lucah mat saleh. Sendiri renung2 kan la...adakah anak2 kita cukup baik dan perfect dan kita yakin 100% dia tak akan terjerumus ke lembah itu?

Muka masuk2 paper semua innocent je...sama gak macam muka dlm 3gp...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 06:59 AM | Show all posts
慚aafkan kami cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 08:51 AM | Show all posts
cuba korang bayangkan apa tindakan yang harus diambil oleh guru jika murid tiap2 hari xbawak buku n xbuat kerja sekolah...kaunseling dah dibuat...jadi apa lagi tindakan yang wajar....guru tidak dibenarkan memarahi murid cuma menegur...malah jeling pun dah di kira salah...

generasi kita akan datang mungkin maju dari segi akademik tapi dari segi sahsiah,.....hancur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 11:00 AM | Show all posts
Pada pendapat aku..

Jadik cikgu mmg susah.. Lelagi kalau dapat murid perangai hantu, n mak pak pulak jenis bela membabi buta (sbb anak2 ni ramai yg pandai pura2 baik depan parents... dan ramai juga yang pandai buat2 cerita)

Pasal kes rendam dalam kolam tu, aku rasa kes kecik je dan they deserved it...  Bebudak tu bukan tak tau yg sanitary pads tak leh dibuang dalam toilet bowl.. Tapi, kalau dah species degil dan selfish dan pengotor.. dia buang jer ikut suka hati mak bapak dia.. Elok la kalau seme kena hukum sebab tak de yg nak mengaku sebab dengan cara ini, yang membuat kesalahan tu akan insaf dan tidak mengulangi.. zaman aku dulu, pernah jadi kes buang sanitary pad dalam toilet bowl, dan since takde sapa yang mengaku, semua pelajar tidak dibenarkan untuk pakai sanitary pads.. kitaorang kena pakai good morning towel instead.. mmg aku sumpah seranah betul sapa hamba allah yang bodo lagi sengal yang menyebabkan semua orang kena... tapi well, sedangkan Allah sendiri turunkan bala untuk semua.. walaupun yg buat onar tu sebilangan kecil jer.. kan?

Mak pak yang melenting tak tentu pasal ni mmg akal pendek.  Kalau derang mendidik anak2 dengan betul, tak de la anak2 derang tu sampai kena bedal kat sekolah.  Derang patut rasa malu.. patut fikir.. apa silap aku mendidik anak sampai anak aku tak leh bawak diri di sekolah, menimbulkan masalah etc..  PAda pendapat aku, kita boleh andaikan sekolah tu sebagai satu dunia kemasyarakan anak2 kita sendiri, they learn to socialise there sebenarnya.   Itu adalah gambaran kecil, bagaimana anak2 kita nanti bila mereka dah besar dan membina hidup sendiri...  Sampai bila parents mampu nak protect anak2 derang???

Aku dapat lihat... daripada pengalaman aku, anak2 yg mendapat didikan baik daripada parents biasanya tak menimbulkan masalah.  Nakal tu biasa la.. tapi TAK PERNAH KURANG HAJAR dengan guru or kawan2...  and they are positif.. kalau salah, mereka akan terima hukuman dengan hati yang terbuka.  

Pernah sekali aku sebat tangan bebudak yg tak siapkan kerja sekolah.. seorang budak lelaki ni siap datang kat aku tunjuk tapak tangan dia sambil sengih2.. "merah tangan saya cikgu"  selamba jer.. aku geleng2 kepala jer kat dia..  dia mmg budak baik.. cuma malas jer..

Bagi aku, cikgu mmg takde masa nak hukum pelajar ni..  actually, lebih senang utk ignore, kepala tak sakit.. tapi, ada yg pilih untuk hukum because they care...  Cuma, of course, hukuman mesti setimpal dan tidak membahayakan pelajar (contohnya, sebelum aku hukum pelajar aku akan beritau kenapa dan aku akan baca bismillah dulu, ingat allah, takut terlajak dan so far, they are ok)

Untuk parents yang kononnya SAYANGKAN anak derang tu... pastikan dengan KASIH SAYANG yang TERAMAT sangat tu.. derang takkan HUMBAN KORANG masuk ke rumah orang2 tua in the future.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by suargh at 27-7-2007 08:51 AM
cuba korang bayangkan apa tindakan yang harus diambil oleh guru jika murid tiap2 hari xbawak buku n xbuat kerja sekolah...kaunseling dah dibuat...jadi apa lagi tindakan yang wajar....guru tidak d ...



Kalau berterusan camni, kita akan lahirkan generasi yang jahat (sebab cikgu tak de kuasa nak didik dan parents pulak dok protect) tapi lembik (kena hukum sikit dah nangis), selfish (tak fikirkan orang lain), egoistik (tak leh ditegur), mundur (tak nak ke depan, cikgu mau pimpin, dia tak nak) lagi bodoh (ye la, gi sekolah tapi tak nak belajar)...  hanya sesuai jadik species hamba..

Mintak2 dijauhkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 11:05 AM | Show all posts
Peserta2 PLKN tu takmo saman gomen ke?  Bukan ke derang pun selalu bermandi lumpur masa aktiviti?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 11:07 AM | Show all posts
selalunya guru2 dipaksa jd warden sekolah.. terutama yg single.... sbb tu ramai guru yg tak sanggup.. kerja mengajar kat sekolah pun dah melambak lambak... ini pulak kerja menanti lps waktu sekolah... mana ada masa rehat... elaun warden sekolah RM240.00 sebulan... maksudnya RM8.00 sehari upah warden tu jaga 200 pelajar.. WAJAR  ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2007 11:05 PM | Show all posts
Student may be suspended for strangling his teacher
28-07-2007  
By FARIK ZOLKEPLI  

KOTA TINGGI: A secondary school student may face suspension for strangling his teacher.

On Thursday, a 28-year-old teacher was strangled by the 17-year-old student at SMK Bandar, Kota Tinggi, after she told him to do squats as punishment for being noisy in the school's toilet.

The victim was teaching in her class at 10.25am when she heard a group of students causing a commotion in the school toilet.

She went there and told nine male students to come out.

However, she was met by jeers and taunts by the suspect when they did came out.

The teacher then decided to reprimand the student and three others by telling them to do squats 10 times but the same student ignored her orders and went back inside the toilet.

She grabbed his wrists but he brushed her hands away and shoved the teacher against a wall.  

He then strangled her before other students came to break up the scuffle.

Kota Tinggi OCPD Supt Osman Mohamed Sebot said the teacher suffered bruises on her neck and other minor injuries.

State education director Mokhy Saidon said that the department would investigate the matter to determine the right course of actions to be taken.

"We will investigate and see whether there is a need to suspend the student," said Mokhy when contacted here yesterday.

Mokhy said the department would also arrange a meeting between the teacher and the student's parents before deciding on further actions.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2007 02:39 AM | Show all posts
Cekik guru: pelajar dibuang sekolah

KOTA TINGGI 28 Julai _ Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan hampir menolak jatuh gurunya dari tingkat dua bangunan sekolah dikenakan tindakan dibuang dari sekolah berikutan masalah disiplin.

Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar itu, Daud Nordin, 19, bagaimanapun menafikan perbuatannya kelmarin itu bertujuan mencederakan gurunya sebaliknya ia merupakan satu tindakan spontan dan salah faham.

Menurut bapa kepada pelajar tersebut, Nordin Narkam, 56, dia nyata terkejut dengan tindakan pihak sekolah untuk serta-merta membuang anaknya dari sekolah tanpa mengadakan sebarang perbincangan.

揂pa yang saya kesalkan saya dipanggil ke sekolah hari ini semata-mata untuk diberi surat buang sekolah dengan anak saya tidak diberi sebarang peluang untuk membela diri atau berbincang.

揥alaupun anak saya nakal, berilah peluang untuk rayuan, lagi pun tinggal beberapa bulan sahaja sebelum dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 02:55 AM | Show all posts
yang mane satu korang nak pecaye......laporan guru ke...laporan pelajar tu ke ..atau laporan akhbar.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 08:37 AM | Show all posts
mak pak ponnnnn....jgn nanti bila tua anak tu cekik kita pulak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.109137 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list