|
masih tunggu sambungan... |
|
|
|
|
|
|
|
2 ler....dah brape ari aku menunggu ni |
|
|
|
|
|
|
|
montot shah dh jadik leper dah nie...siang malam duk jea kat kusi nie, nunggu
klu ada janggut dah lama tumbuh milan oiiii
huahahhahah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 13
"Abang Mirul, jom la... takkan dah penat. Alia nak naik Roller Coaster lagi, and then Spinner pulak. Lepas tu Lia belum naik Rolling Thunder Mine Train ngan Pirate Ship. Jom la Abang Mirul" Alia merengek. Tangannya menarik2 lengan Amirul yg sudah kelelahan di bangku. Tangan Amirul tergawang2, nafasnya memburu.
"Nanti lepas main kat Outdoor Theme Park ni kita masuk dalam SnowWorld nak tak abang? Or maybe kita try Genting Sky Venture ker, X-Pedition Wall ker"
"Lia, abang penatlah. Dah semput dah ni. Bagila abang bernafas dulu. Roller coaster tu dah 3 kali dah kita naik tau. Tak puas2 lagi ker?"
"Apa la Abang Mirul ni, muda2 lagi dah semput" Alia mencebik, geram bila keinginannya dihalang. Dia menghempaskan punggungnya di bangku yg sama diduduki oleh abangnya. Panjang muncung Alia, masih tak puas hati.
"Abang dah 32 tahun tau. Apa pulak mudanya" balas Amirul, wajahnya ditadahkan pada sang mentari dengan mata terpejam. Cuaca dingin di Genting menyapa halus wajahnya, hingga tak terasa hangatnya mentari yg menyinar.
"Sapa suruh ajak Lia datang sini. Siap cakap main kat Sunway tu mainan budak2. Kat sini pun sama la" Alia mengejek. Tangannya menyapu seluar yg melekat dengan pasir, sementara Amirul dilihatnya masih memejamkan mata.
"Abang Mirul..." Alia menyeru abangnya. Ada sesuatu yg ingin ditanyakan pada Amirul, namun sedikit gusar dengan penerimaan abangnya.
"Emm..." Amirul masih tidak membuka matanya, hanya telinganya saja dipasang.
"Err.. apa rancangan abang pasal Kak Mila tu?"
Soalan yg berjaya mengganggu-gugat ketenangan yg baru saja diselaminya sebentar tadi. Amirul mengerling pada adiknya, menarik nafas panjang dan dikeluarkan satu keluhan yg maha berat.
"Nak buat apa lagi? Abang dah tak tahu nak buat apa. Mila tu sikit punya degil. Abang layan dia macam mana pun, dia pun derk jer... buat tak tahu aja. Makin geram abang dibuatnya" luah Amirul.
"Itu la, kira Lia pun naik respek jugak la kat Kak Mila tu. Kita buat apa pun dia cuma tau nak sengih jer. Abang tak rasa ke yg Kak Mila tu baik jer orangnya?" Alia cuba menduga hati milik abangnya.
Direnungnya wajah tampan abangnya, wajah yg sering menjadi kegilaan teman2nya, juga mana2 wanita. Memang pelik kalau nak dikira, betapa abangnya itu seorang lelaki yg amat setia. Bukan sekali dua Amirul mengadu tentang kekasihnya pada Alia, hinggakan Alia sudah menjadi penasihat cinta rasmi untuk abangnya itu. Cuma sejak dia masuk ke Uni, abangnya sudah jarang menceritakan perkembangan hidup padanya. Hinggalah ketika Mila muncul dalam keluarga mereka.
"Lia ni, macamlah tak tahu siapa yg abang nak"
"Tahu, Lia tahu sangat. Tapi inikan kira jodoh dari Allah jugakkan. Mungkin memang jodoh abang dengan Kak Mila. Sejauh mana pun abang lari, akhirnya pada Kak Mila juga abang akan kembali"
"Ah, pandailah Lia ni. Saja jer nak menambahkan sakit hati abang ni. Dah, jom balik. Kita makan dulu. Nanti kita sambung balik main" pantas Amirul bangun dari bangku tersebut dan melangkah meninggalkan Alia yg kembali menarik muncungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 14
"Lepas ni awak nak ke mana?" soal Dani, merenung wajah Mila sesuka hatinya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia begitu tertarik pada gadis itu sejak mereka berkenalan di pantai Morib. Cuma dia terus2an mengingati Mila. Kadang kala terasa rindu untuk menatap wajah bersih itu. Kerana itulah dia tanpa segan silu memandang wajah Mila dengan terperinci. Geram, makin geram dibuatnya. Pipi Mila sentiasa kemerahan. Segan dengannyakah? Ah Mila, kau tak tahu betapa kau telah memikat hati ini.
"Tak ke mana. Nak naik ke bilik"
Dani mengerut dahi. Datang ke Genting Highlands semata2 nak makan dan tidur jer ker? Pelik la budak ni. Bagi Mila pula, hanya itu jawapan yg dapat diberikan. Takkan dia nak berjalan2 seorang diri kat Genting ni. Kalau sesat macam mana? Takpun, mesti mamat ni dok mengekor jer. Eh, perasannya aku.
"Kita ke theme parkla. Naik spinner ker, roller coaster ker, nak?"
Mila menggeleng, tersenyum. Dia bukannya budak2 nak main benda2 macam tu. Malulah. Bukan macam si Amirul, dah tua2 pun nak naik benda2 macam tu. Kalau ajak aku takpe gak.
"Waterpark?" Geleng lagi.
"SnowWorld?" Kali ini Mila tak jadi menggeleng. Bunyinya sungguh menarik. Dari dulu juga dia teringin nak tengok salji. Inilah peluangnya.
"Err... macam best... tapi..."
"Dani?" suara itu menghentikan perbualan mereka. Dani mendongakkan mukanya, menatap seorang pemuda yg sedang berdiri di meja mereka.
"Mirul?! Eh, kau buat apa kat sini?" Dani segera bangun dan berjabat tangan dengan Amirul. Amirul senyum, matanya mengerling sekilas pada Mila yg kembali menatap makanannya. Hati Mila kecut sebenarnya dengan pandangan Amirul itu. Entah apalah yg akan difikirkan oleh lelaki itu.
"Hey, that抯 supposed to be my line" ucap Amirul, segera mengambil tempat di antara Mila dan Dani tanpa mengendahkan Mila yg diam dari tadi. Mila kembali meneguk jus epalnya dengan penuh minat.
"Ala... kau ni. Kacau daun la, aku baru jer nak usha si cantik manis ni" Dani ketawa sambil memerhatikan Mila. Pelik bila dilihatnya sedikitpun gadis itu tidak mengangkat wajahnya. Segan dengan Amirulkah? Pemalunya...
"Kau tengah nak ngorat Mila ni ker?" suara Amirul kedengaran agak keras pada pendengaran Mila.
"Kau kenal Mila?" Dani sedikit terkejut, tidak menyangka temannya itu mengenali gadis yg sama.
Ooppsss... terlepas cakap pulak. Aduh, macam mana nak terangkan pada si Dani ni? Habislah, rahsianya akan terbongkar. Amirul mula menggelabah.
"Sebenarnya Mila ni kakak angkat Alia" entah dari mana Alia datang dengan senyum dibibirnya. Amirul senyum pada Alia, dalam diam mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.
"La, Lia pun ada kat sini ke? Korang ni tengah bercuti ke apa?"
"Yup, tengah bercuti la ni. Abang Dani buat apa kat sini? Nak ngorat Kak Mila ek" usik Alia. Amirul mengertap bibir, memandang adiknya. Alia pura2 tak nampak, terus duduk di sebelah Dani.
"Tak salah kan? Lia tolong la abang Dani sikit, promote abang kat kakak Lia ni, boleh tak?" bisik Dani pada Alia. Alia mengerling ke arah abangnya, mahu melihat reaksi Amirul. Amirul hanya menjeling tajam pada Dani namun tidak disedari oleh temannya itu.
"Itu kena la tanya pada abang Mirul" Alia lepas tangan. Tiba2 dia ingin benar nak menyaksikan drama abangnya kali ini.
"Kenapa plak nak tanya mamat ni. Dia kan dah ada Sya. Eh, lupa pulak aku. Syalinda dah balik KL tau. Dia ada call kau?"
Kata2 Dani itu menyentakkan Amirul. Mila juga.
"Sya dah balik KL? Mana kau tahu?" Jelas benar perhatiannya kini beralih pada Dani.
"Dia ada call aku semalam, tanya pasal kau. Dia takut kau still marah kat dia"
"Emm..." |
|
|
|
|
|
|
|
sabo je lah..
ko ni kan milan.. memang kejam:@ |
|
|
|
|
|
|
|
can't help it la Juh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyyyooooooooooo...apa pendek sgt..nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
makin ari makin best cite ni
tp apasal pendek jer...argggg nk lg |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lah sambung skit sangat...kesian kat kitorang tau |
|
|
|
|
|
|
|
terseksa sungguh aku ngan milan nih tau....huhuh....sambung laa panjang2 skit.....huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
nape pendek sgt......
sambung le panjang2....... |
|
|
|
|
|
|
|
chantry, wanni, lailies, infinity & purnama - bukan niat di hati milan yg suci murni ni nak postkan pendek2. korang marah ler kat thydiva yg bg entry pendek2. korang psikokan jer minah tuh ok. milan takde halangan ... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lah panjang2 skit..puas kami membaca..tak lah kami ternanti2..terseksa jiwa raga kami tau....huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
tgh pk cara nak saiko thydiva... hehehhehhe |
|
|
|
|
|
|
|
chantry ko saiko la thydiva tu hehe
:geram: x sbr la .... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|