CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Lagu Indon Lebih Sedap Didengar

[Copy link]
Post time 1-1-2007 10:24 PM | Show all posts
takleh nak salahkan sesiapa la dalam hal ni. itu hak masing-masing kan. ini hiburan kita takleh nak paksa-paksa. mana deria kita bleh terima, kita akan suka. macam aku tak suka lagu2 underground atau yang sewaktu dengannya. aku prefer lagu2 yang slow dan relax, tak kira la indon ke malay ke inggeris ke. tapi yang brutal2 tu aku memang tak minat langsung nak dengar. samala dengan lagu dangdut pun aku tak suka (walaupun dari indon, kenapa tak ramai pun yang suka?). hiburan, tiada paksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 03:41 PM | Show all posts
Bagi aku grup rock 80an Malaysia tetap best!

Dan bagi aku liriklagu Indon dengan Melayu sama aje jiwangnya cuma yang Indon tak mendayu sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 3-1-2007 03:41 PM
Bagi aku grup rock 80an Malaysia tetap best!

Dan bagi aku liriklagu Indon dengan Melayu sama aje jiwangnya cuma yang Indon tak mendayu sangat....


grup rock 80an dgn awal 90an best...
skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 03:53 PM | Show all posts
A'AH.. PUITIS HABIS....
Reply

Use magic Report

kiske_vescera This user has been deleted
Post time 26-8-2007 12:17 PM | Show all posts
Lagu indon sedap?... entahlah lain orang lain rasanya... Bagi aku biasa saja dan mungkin setahun dua lagi habislah jenisan muzik sebegini. Sekarang ni pun dah tepu dah orang malaysia dengan lagu yang bertunjangkan britpop ni.. Mmmm, semua lagu tonasi suara dan arrangement muzik sama.. tak ada identiti indonesia... baik dengar lagu britpop terus mcm oasis, travis etc. Cuma dewa 19 sahaja yang nampaknya ada identiti sendiri.

kalau kita dengar lagu-lagu kugiran search, wings, menterra, cradle, jinbara, kristal baru kita nampak jati diri muzik itu sendiri.. Tak perlu cedok lagu dari barat... rasa kemelayuannya... crisp & raw...

Just my 2 cent..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 09:22 PM | Show all posts
Lagu Indon Lebih Sedap Didengar


yup, setuju bangat... latest yg sedap....

ungu - kekasih gelapku
keris patih - tapi bukan aku, mengenangmu...

layanz....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2007 02:47 AM | Show all posts
kita ada banyak lagu yg bes zaman 90an dan sbelumnya. zaman skang ni lagu yang bes tak banyak yang menstream. walopon ada stengah band yg cube menstrem tapi lagu dierang tak jugak dapat femes contoh nya cam the times. ni sume pasal band2 indon yang mlambak masuk. kat indon banyak band ditubuhkan setiap tahun. kat setiap kampung mereke ada studio jamming. kalo kat msia stiap bandar 1 studio je ada. ada yang takde langsung studio.

aku pnah keje ngan indon. korang tau tak lagu ape yang dierang suka dgr. lagu2 zaman 90an jugak dierang suka. cam lagu uks, umbrella, spring, spoon, search, wings dll. dierang sendiri akui kenapa lagu melayu skarang tak bes cam lagu dulu2. kadang2 aku tekejut juga dierang bleh nyanyi lagu band malaysia yg aku tak nah dgr.

kesimpulannya aku rasa malaysia ketandusan band dan lagu. ramai orang malaysia pandai main alat muzik. tapi setakat pandai main je. nak cipta lagu asik mengharapkan komposer je. sebabtu lagu2 kita kedengaran sama je. buat band. blajar scale dan notasi. jadi kreatif cipta lagu sendiri.

[ Last edited by  AntagonisYgKeut at 29-8-2007 02:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:33 AM | Show all posts
aku setuju dengan tulisan diatas ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 01:04 PM | Show all posts
nuhha pun dok gile band indo...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:07 PM | Show all posts
:victory:  besh bangat sey...!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 02:48 PM | Show all posts
lagu indon semua sepesen ja.....
sama ja dok ulang benda yang sama....
baik layan lagu siam......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 09:12 PM | Show all posts
boleh dikatakan sekarang pemuzik Indonesia 'menguasai' industri muzik Malaysia.

kalau tak masakan syarikat2 besar berani taja konsert band2 power pop Indonesia yang masih mentah seperti Samsons, So7 dan juga artis bubblegum seperti Agnes Monica.

ini konsert okay, bukan showcase, bukan one-night show kat HRC...no, but KONSERT.

kebanyakan konsert tajaan syarikat besar Malaysia ni bukan membawa keuntungan pun seperti konsert Samsons yang disastrous tetapi masih ada yang berani menaja konsert artis Indonesia, paling terbaru Agnes Monica, which i heard was a failure.

artis Malaysia yang dah hampir 20 tahun di persada seni pun belum tentu dapat tajaan sesenang artis2 Indonesia ni.

paling aku terasa sewaktu menyaksikan persembahan Sheila Majid (first time in 10 years if i'm not mistaken) di Sunrise Jazz Fesitival baru2 ini. Sheila Majid masih seorang diva dan persembahan yang begitu professional dan bertenaga walaupun hanya showcase free admission tapi penonton rasa sangat terhibur. even Sheila Majid 'begged' to be sponsored for a concert.

adakah band2 Indonesia yang dianggap hingusan seperti Radja, Nidji, PeterPan atau Samsons ini hanya menerima tempias dari demam muzik Indonesia di Malaysia?
nope...band2 ini bukanlah one-hit wonders yang hanya menunggu demam reda...believe it or not, they are here to stay...these Indonesian bands will come and go and the flow will never stop.

muzik mereka berkualiti? sudah tentu.
muzik2 pop yang datang dari Indonesia sangat segar, unik dan catchy. Keaslian? sudah tentu tidak...kebanyakan muzik2 pop mereka diceduk dari stail muzik barat seperti Britpop, Power-pop dan lain2 tetapi diadun dengan citarasa Indonesia..dan itu yang membuatkan muzik mereka sangat hebat kalau nak dibandingkan dengan alunan muzik pop Malaysia.

akhirnya pemuzik2 Malaysia dipinggirkan di negara sendiri, ramai pemuzik berbakat menarik diri dari persada seni tanahair kerana periuk nasi dah ditutup oleh 'penjajah' Indonesia ini. Tak kurang dari itu, dicemuh dan diketawakan pula oleh masyarakat Malaysia yang sudah terpengaruh dengan muzik2 hebat dari Indonesia.

dari permasalahan diatas siapa yang harus dipersalahkan?

artis Indonesia? atau rakyat Malaysia yang tidak menyokong artis2 tempatan?

pada pendapat aku, semua kecelakaan ini berpunca dari eksekutif2 muzik kita sendiri

dari pemilik studio rakaman, ke bos syarikat rakaman hinggalah ke orang2 A & R...mereka2 ini yang harus dipersalahkan.

industri muzik Malaysia berada di kemuncak pada era pertengahan 70an hingga ke awal 90an.

music is music until they (music execs) turned music into corporate matters.

industri muzik Malaysia mula merudum pada pertengahan era 90an. Bermula dengan kegiatan cetak rompak yang diluar kawalan, bos2 syarikat rakaman mula risau tentang bisnes mereka. sejak dari itu kos penerbitan album dikurangkan hingga hampir 50%. Promosi dan publisiti tidak diuruskan dengan sempurna dan mulalah ketidakpuashatian antara artis dan syarikat rakaman.

maka disinilah bermulanya kejatuhan industri muzik Malaysia. Ramai artis berhenti dari menerbitkan album kerana kekurangan kos dan memberi perhatian kepada private function. Syarikat2 rakaman mula merekrut budak2 yang hanya pegang gitar 3 hari dan diberi kontrak artis rakaman. Kenapa jadi begini? kerana budak2 tak tahu apa2. Mereka dijanjikan dengan dunia glamour dan macam2 lagi. Mereka happy dengan dunia glamour mereka, syarikat rakaman happy dengan 'manufactured bands' mereka.

akhirnya tamatlah zaman kegemilangan industri muzik Malaysia. sejak dari itu dunia muzik Malaysia di'hiasi' dengan pemuzik2 taraf amatur dan lagu2 kualiti kelas ketiga. No offense to Eddie Hamid dan Saari Amri. mereka tak bersalah dalam hal ni.

Eddie Hamid dan Saari Amri berada di tempat yang betul dan pada waktu yang tepat (at the right place and the right time). memang rezeki mereka pada zaman tu. hasil seni mereka menjadi permintaan bos2 syarikat rakaman. they were doing at what they do best and they really made big bucks out of it.

pada zaman dimana tiada internet, tiada telefon bimbit, tiada perisian studio muzik dan tiada hubungan dengan trend peredaran muzik secara global menyebabkan gelombang variasi muzik yang sampai ke telinga rakyat Malaysia tersekat.

kebebasan menikmati muzik rakyat Malaysia dikawal oleh eksekutif2 muzik pada waktu itu. Masyarakat disumbat dengan apa sahaja disuap oleh syarikat2 rakaman ini. Hanya segelintir yang mendapat peluang mendengar muzik2 berkualiti samada dari dalam atau luar negara. Lama kelamaan masyarakat mula bosan dengan muzik2 sebegini, dari apa yang bermula sebagai kebosanan bertukar menjadi benci, menyampah. Lagu2 disamakan dengan sampah dan tidak membina minda dan mereka2 yang cenderung kepada lagu2 ciptaan Eddie Hamid dan Saari Amri ini dianggap sbg bermentaliti kampung.

bertolak dari situ juga rakyat Malaysia terutamanya remaja mula mencari alternatif baru dan ini memberi peluang exposure kepada pergerakan muzik underground tempatan dan begitu juga permulaan penerimaan secara total remaja Malaysia kepada muzik2 top40 Amerika.

kehadiran Siti Nurhaliza juga tidak memberi sebarang impak positif kepada industri. Syarikat2 rakaman menkapitalisasikan populariti Siti Nurhaliza dengan melahirkan lebih ramai penyanyi2 wanita klon Siti. Pattern absolute capitalization ini berterusan dan menjadi bertambah teruk dengan kewujudan rancangan realiti Akademi Fantasia.

Hasilnya artis2 Malaysia tak habis2 dengan eksploitasi glamour yang berlebihan tanpa sebarang kreativiti seni atau sumbangan kepada industri seni tanahair.

Industri muzik Indonesia dianggap sangat liberal tanpa sebarang kawalan dari eksekutif2 muzik dan syarikat rakaman. Artis2 direkrut atas dasar bakat dan mereka diberi sepenuh kebebasan dalam berkarya. Mereka (artis2 Indonesia) dipromosikan dan diuruskan dengan baik sehingga mereka mempunyai hubungan istimewa dengan peminat2 mereka. Mereka tidak takut untuk bereksperimen dengan sound2 baru dan mengambil risiko menengahkan idea2 pelik yang akhirnya berjaya memikat peminat baru. Mereka membuat keputusan sendiri tanpa pengaruh dari syarikat rakaman.

disinilah artis2 Indonesia mula men'jajah' Malaysia.

masyarakat Malaysia, terutamanya remaja mula terdedah kepada muzik2 indie pop Indonesia ketika band2 Indonesia ini mula meletup di negara mereka. Band2 yang berteduh di bawah payung syarikat rakaman antarabangsa cuba menembusi pasaran Malaysia berdasarkan statistik demografik antara rakyat Malaysia dan Indonesia lebih kurang sama (penggunaan lingua franca yang bunyi hampir sama). Alunan muzik indie rock/pop Indonesia mendapat tempat di Malaysia sehingga bermulalah mania band2 muzik Indonesia di Malaysia.

walaupun pasaran muzik tempatan sudah mula berubah dan bersifat terbuka, pemuzik2 Malaysia masih tidak mendapat tempat dan dianaktirikan. Band2 seperti Flop Poppy, Butterfingers dan OAG merupakan antara band2 yang bermula dengan pergerakan musik underground tempatan mula meneroka pasaran mainstream Malaysia. Musik mereka bagus, hebat dan setaraf dengan band2 Indonesia. Lebih hebat lagi kebanyakan lagu diadun oleh mereka sendiri, tanpa sebarang bantuan kewangan dari syarikat rakaman. Syarikat2 rakaman mula memberi perhatian kepada band2 underground tempatan, kontrak ditawarkan dan perjanjian rakaman album per kontrak diperkenalkan. Malangnya mereka dianggap sebagai copycat band2 Indonesia, tidak diberi peluang untuk menyebarkan musik mereka, lebih malang lagi peminat2 lama mereka sewaktu era underground mula menganggap band2 ini sebagai bandwagon jumper dan sell-out.

bagi aku, Malaysia mempunyai ramai bakat2 hebat, kreatif dan jujur dengan musik mereka. Cuma mereka tak diberi peluang oleh syarikat2 rakaman untuk mengenengahkan karya mereka. Rakyat Malaysia pula sudah serik dengan musik2 'sampah' yang terpaksa mereka dengar selama beberapa tahun maka tidak boleh dipersalahkan jika masyarakat mempunyai pandangan sinis mengenai band2 indie tempatan ini. Tapi keadaan sudah berubah, band2 indie tempatan sudah mula diterima. Kewujudan band2 indie tempatan dan transisi band underground tempatan ke pasaran mainstream menunjukkan perkembangan yang positif.

persoalannya disini kenapa syarikat2 rakaman harus menunggu kejayaan band2 muzik dari Indonesia di Malaysia dulu baru nak sign artis tempatan? kenapa tak perkenalkan band2 indie tempatan ini selaras dengan 'indie-explosion' di Indonesia? ini semua kerana tidak mahu ambil risiko. Seperti yang aku terangkan sebelum ini, industri muzik di Malaysia adalah 'corporate matters', 15% art 85% business. No money prospect, no contract.

so menjawab persoalan pembuka thread "Kenapa Lagu Indonesia Lebih Sedap di Dengar", berdasarkan hujah aku, kesimpulan yang aku boleh buat ialah seni muzik artis2 kita disekat kerana business decision, bakat2 yang sepatutnya diketengahkan tidak diberi peluang oleh syarikat2 rakaman. Evolusi muzik tempatan dikawal dan menyebabkan perkembangan muzik ditahap lama. Pergerakan muzik lebih terarah kepada pattern populariti semata-mata dan tidak kepada seni itu sendiri.

dan bila artis Indonesia 'menyerang' Malaysia, majoriti masyarakat Malaysia (terutamanya Melayu) yang sudah jelak dengan muzik yang sama dengan mudah menerima muzik2 dari Indonesia ini kerana ianya sesuatu yang baru. Sedangkan banyak band2 indie tempatan yang sudah bereksperimen dengan indie sound cuma malangnya tidak diberi peluang oleh mainstream authorities. Disebabkan artis Indonesia sudah terlebih dahulu bereksperimen dengan seni muzik, mereka mendahului kita hampir 10 tahun mengikut pasaran muzik mainstream. Walaupun seni muzik kita sudah menampakkan perubahan positif, kemungkinan band seperti Flop Poppy hendak mengatasi Dewa dari segi penerimaan musik, musical ability dan kreativiti adalah hampir mustahil.

sekian, terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 10:50 PM | Show all posts

Reply #92 king_kong's post

Komentar dan analisis yang mencerahkan ......

Selain kreativitas dan pembaruan yang terus menerus, faktor yang juga penting mendukung kemajuan industri musik adalah adanya kompetisi...

Maka saya heran jika ada pendapat dan usulan di forum ini dan juga media massa Malaysia agar kerajaan membatasi masuknya musik Indonesia di negara ini ...

Saya yakin jika usulan tersebut diterima, maka itu sama saja dengan Bunuh Diri .....

Biarkan beribu-ribu bunga berkembang sehingga kita tahu bunga apa yang paling indah ........


[ Last edited by  jf_pratama at 3-9-2007 09:53 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:40 PM | Show all posts
Bagi aku, muzik Indonesia nie tak lar bagus sangat pun... cuma aku tengok diorang pandai membuat lagu2 yg radio-friendly, serta inject byk unsur pop dalam lagu2 rock dan melakukan banyak musical experiment utk test market. Kat Malaysia diorang tak begitu berani kerana diorang tak yakin muzik yg dieksperimen itu meletup ataupun tidak. Org Indon byk gunakan sampling, dan amik2 contoh daripada muzik Barat. Contoh paling jelas, Letto... a creative copycat of western alternative music. Diorang tiru tak direct, tapi secara kreatif utk membentuk muzik yg marketable dan radio-friendly.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 11:26 AM | Show all posts
aku cuba sedaya upaya utk menyokong lagu2 melayu...tapi aku akui lagu2 indon memang best.....

tapi ada gak yg lagu indon aku tak suka cth cam letto- ntah apa2 ntah...

tapi sekarang ni yg paling aku suka dgr ialah lagu peterpan Menghapus Jejak mu...lagu best, video clip best....peter pan ni memang best la...

Nidji pun best..

tapi lagi satu yg aku sedar band2 indon ni diroang sanggup buat promosi kat sini..cth preview, showcase dsb nyer...bila diorang buat cam tu secara tak langsung dikenali....

lagi satu siaran radio kita ni asyik main lagu indon jer......jadi bila kita dgr lagu tu ulang2 jadi la best lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:52 PM | Show all posts
bagi pendapat peribadi saya pula
Memang lagu indon sedap dan berkualiti sebab album-album yang dipasarkan
di sini telah terlebih dahulu melalui tapisan atau saringan oleh company record.
kalau satu album semua lagu tak sedap, takkanlah company record nak pasarkan
di sini pulak. malahan pula lagi banyak lagu2 atau album2 yang tak sedap atau
tak best didengar berbanding lagu yang berkualiti di Indonesia. malulah diorang
kalau nak pasar album kat Malaysia

[ Last edited by  shidan76 at 6-9-2007 11:00 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #86 lipsofanangel's post

ho'oh lagu kerispatih pon sedap...aku sebenarnya dah lama dengar lagu mengenangmu degn tapi bukan aku...kira2 awal tahun nie...tapi baru sampai malaysia sekarang lagu tu.

ada satu lagi lagu indo yg aku dengar...lagu kertasband...KEKASIH TAK DIANGGAP...im sure u all pon akan suke lagu ni kalo dengar...lagu ni dah 2 bulan aku dengar...tapi prediction aku mesti beberapa bulan lg akan berkumandang di radio malaysia nih
Reply

Use magic Report

idiot_malay This user has been deleted
Post time 9-9-2007 11:05 PM | Show all posts
Bagaimana kes album terbaru Anuar Zain  ?  Album Indon atau Malaysia kah ?

CMIIW, majority album baru tersebut dibuat oleh composer/arranger dari Indonesia ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 09:42 AM | Show all posts
yape memang pun lagu2 indon sedap didengar.. tp yang peliknye kebanyakkan band suara vokalis lbh kurg aje.. but still nice to hear..
Reply

Use magic Report

1127lili This user has been deleted
Post time 29-9-2007 06:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.110852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list