CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

ORANGBESI BERDAILOG DGN TIM

[Copy link]
tiM This user has been deleted
Post time 3-9-2006 03:41 PM | Show all posts

OK no problem.

Kenapa tetiba black out?. Ada masalah penyelenggaraan sesco ker? atau rumah u tak bayar bil tuuuu? hihihihih! Awak ni cikgu kannnn? bolehlah buat di sekolah esok kalau begitu. sayapun out station esok. alhamdullilah tak ada masalah black otu di sini. TNB boleh dipuji bulan ni. biasanya tiap2 bulan mesti ada black out juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 3-9-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 3-9-2006 02:36 PM


many years ago I saw Ehwal Islam (back in the days when it was a good show, now it's called Forum Perdana i think) on RTM, and they said there's no such thing as tipu sunat. a lie is a lie. the ...
alhamdullilah itu menunjukkan ada perkembangan melihat hakikat perbuatan. tapi zaman saya dlm pengajian dulu bermula dari form 6 isu ini selalu didebatkan dengan cikgu atau pensyarah (ustaz). Ini kerana kita tak boleh terima ada perbuatan jahat lagi hipokrit yg dikatakan perbuatan baik.
:setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 03:56 PM | Show all posts
salam

betul tu TIPU mana ada SUNAT
tipu adalah bohong dan sebenar benar bohong
jadi fahamlah apa istilah BOHONG
jangan kata dalam AGAMA apa pun
dalam hidup pun kita tak suka ORANG bohong kita

cuba try cx dlm BIBLE ka, KITAB yg lain ka
ADA TUHAN KATA BOLEH BOHONG????????

sambut hari kebangsaan???
merdeka gitu!!!!!!!!!
merdeka apa kalau cam ni
otak masih dijajah
cara kehidupan pun terikut ikut
agama pun hanya ikut suka hati
apakah itu erti MERDEKA??????

saya masih HAMBA......................
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 3-9-2006 04:35 PM | Show all posts
Ini bermaksud semua di sini bersetuju bahahawa semua bohong dan yg jahat itu adalah dosa? tapi tidak bermakna ia tidak baik bagi umat manusia bukan?? Contohnya Along menelefon ke rumah anda tanya " Bapa ada di mana?" Nak cakap benar? Anda terpaksa buat satu dosa di sana utk kebaikan/keselematan manusia(bapa sendiri). Tuhan tidak terlepas dari menilai perbuatan bohong itu dari perbuatan dosa.

Senario yg lain, manusia berdosa juga kerana membunuh penjahat (penjenayah). Tapi itu hukum manusia yg mana perlu digariskan oleh badan undang2 manusia. Hakikatnya tetap dosa tapi sekurang2nya akal kita gunakan utk mengimbangi nafsu (manusia) yg bercanggah dengan iman dlm hal ini. Tapi itu sama sekali kita tidak boleh dikembarkan dengan Kesucian dan kekuasaan Tuhan. Hukum ke atas manusia lain oleh manusia adalah perbuatan dosa. Ada dlm kisa Jesus diminta oleh org israel utk membaling batu pada seorg yg dituduh berzina. Jesus hanya miminta mereka yg tidak tercela dari dosa utk memulakan lontaran batu... Lalu seopgpun tidak berani memulakan hukuman itu. Kenapa? adakah semua org israel yg berada di situ berdosa? Bible sendiri yg mengakui Ibu Jesus adalah seorng perawan suci (tidak ada dosa) kenapa dia tidak memulakan lontaran kepada wanita itu???? Kerana Jesus pernah berkatan ampunilah! ampunilah! sesama umat manusia, kerana di akhirat Dia akan datang mengadili org hidup dan mati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 10:33 AM | Show all posts
salam

memang baik bermaaf maafan sesama makhluk
tetapi kalau dia dok cam tu jugak
jangan kata kena baling batu
mau dipijak pijak ajeeee
mungkin baru TERSEDAR sikit
dari berPERANGAI mengalahkan si setan

dan contoh yang terBAIK
tika berbincang disini
MASIHKAH SANGGUP MEMBAWA BERITA BOHONG DAN PALSU????????
sedangkan dlm apa AGAMA
BOHONG adalah HARAM dan termasuk perbuatan keji
sorry, pasal saya benci sangat BOHONG niiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:03 PM | Show all posts
dah lma rasanya tak menjenguk thread forum terutama dialog orgbesi n tim....sorryla yerk...kebelakangan nie saya agak sibuk dengan kerja dunia...sampai mana kita skrang nie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 5-9-2006 07:28 PM | Show all posts

Awak ingat kerja sini kerja syurga ker?

Di sinipun kerja dunia juga, dlm menemukan pendapat, fahaman dan pegangan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 07:45 PM | Show all posts
...sekurg kurgnya di sini kita boleh berbincang secara ilmiah n secara khusus...mmgla kerja itu satu ibadat...susah laa nak ckp dgn cik tim nie...lain yg kita ckp lain yg dia faham..huh

bg saya bila muslim bercakap dgn bukan muslim ttg perbincangan ttg sesuatu perkara itu adalah dakwah dan bukan kerja dunia...harap cik tim faham dengan pemahaman dan pegangan kami tue yerk..

[ Last edited by  helmetkebas at 5-9-2006 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 5-9-2006 08:35 PM | Show all posts

Awak berdakwah kerrr kat sini?

Awak akan kecewa satu hari nanti kalau sedar bahawa dunia alam maya bukun dunia yg nyata. Melainkan anda perlu mempunyai motif utk belajar, mendengar dan membangunkan diri. Lebih dari itu khususnya nak mengajar manusia tentang jalan yg benar, tidak akan kesampainan. Sedangkan di alam nyata (dimana 5 deria boleh guna) anda gagal membentuk manusia jadi baik apatah lagi alam maya sekadar pertembungan maklumat..

Pada saya adalah sekadar mengaktifkan pemikiran kritis dan analitik... Memberi pendapat sekadar utk melihat cara org memahami dan repond pada pendapat saya. Dari situ saya akan mengupas apa yg boleh dikembangkan atau alternatif lain cara kita boleh memahami sesuatu isu. Kalau takut dikritik atau pecah rahsiah kelemahan sesuatu kepercayaan karut. Bukan di sini tempatnya sipa ke M&M. Anda boleh tidur lena (ngantuk disorongkan bantal) dibuai mimpi2 di siang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:20 PM | Show all posts
bagi kami org islam...memperkatakan ttg sesuatu yg di ajarkan oleh nabi kpd org islam dan bkn islam dengan niat utk sama sama cari kebenaran masih di panggil dakwah...sama ada puas hati atau tak bukan soalnya...dlm sejarah nabi nabi kami, mereka berdakwah bertahun tahun tp hanya sebahagian yg mengikutinya..sama ada masing masing nak mempercayai hari di kemudiannya itu semua terpulang pd masing masing...setakat nie saya masih berpegang teguh pd kedatangan hari akhirat...

bukan membentuk org tue jd baik atau sesempurnanya...tp kalau ianya tak boleh diterima atau ditolak bulat bulat ..itu terpulang pd hak masing masing...sekadar cuma menyampaikan apa yg di sampaikan oleh utusan penyampai tuhan kami...tak dpt banyak..sikit pun jd...

alam maya ker alam tak maya....bukan jd persoalan cik tim...mana tau satu phrase boleh buat mereka berfikir...bukan ker setiap yg bermula dtgnya dr satu titik..begitu jugak satu kebaikan...bermula dgn yg kecik...insya allah akan jd besar ...terpulang mcm mana ianya di interpretasi kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:08 PM | Show all posts

Terima kasih

Originally posted by tiM at 3-9-2006 03:41 PM
Kenapa tetiba black out?. Ada masalah penyelenggaraan sesco ker? atau rumah u tak bayar bil tuuuu? hihihihih! Awak ni cikgu kannnn? bolehlah buat di sekolah esok kalau begitu. sayapun out station e ...


Entahlah susah nak cakap!!lagipun masa tu ujan lebat shock kot....umah x bayar bil?  laaaa...saya kat CC la, bukan kat umah kalau kat umah teruk la bil internet nanti... hari-hari mesti cheack internet....boleh tahan juga gila internet saya ni. ni save bawa balik ni.....nasib baik petang ada balik lektrik. panjang saya buat tau...hilang macam tu je..nak nangis rasa.

sekarang ni saya mungkin demam selsema...sedikit batuk. Huh.... 2 hari x leh tido. doakan saya cepat sembuh semua orang!!!. adui...keyboard ni dah hilang abjad.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:20 PM | Show all posts

Ampun kerana lewat gak sehari

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Mari mulakan...panjang tau

1) Dosa (apapun dosa) bukan semuanya tak elok bagi manusia. contohnya menipu pencuri supaya dia tidak mencuri. Ada org kata ia sebagai bohong sunat.


Hm
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:36 PM | Show all posts

second round

3) mengikut kepercayaan dan logik saya, nafsu bukan makluk. Ia dicipta oleh Tuhan utk melengkapi manusia ke atas muka bumi ini sesuai dengan firmanya 'beranak pinaklah kamu'.


Yang ni saya kerat sedikit dari persoalan tIM卻ebab saya nak buat penjelasan. Mengikut kepercayaan dan logik saya pula.....

Semua ciptaan Allah swt adalah merupakan makhluk Allah swt. Asalnya saya pun pelik tapi konsep ini saya mudah fahami apabila guru sains saya meminta saya menyenaraikan makhluk yang bernyawa(hidup) dan makhluk yang tidak bernyawa(tidak hidup).ketika darjah 5, saya belajar mata pelajaran Alam dan manusia dulu.

Salah satu kisah Rasulullah saw pernah mengambil batu dan di tunjukkan kepada sahabatnya, dengan izin Allah swt sahabat-sahabat Rasulullah saw ketika itu terdengar batu tersebut sedang berzikir(memuji-muji kebesaran Allah swt).

Kisah kedua ada sepohon tamar yang ditebang dan tinggal hanya tunggul mati sahaja, tunggul tersebut menjadi tempat kegemaran Rasulullah saw duduk ketika memperdengarkan ajarannya pada orang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:48 PM | Show all posts
4) Nafsu yg dlm cerita anda itu saya percaya adalah dirujuk pada saitan. Bukanya sifat manusia yg membuat manusia mewarisi dosa warisan di mana akibat dari perbuatan mengengkari larangan Tuhan di taman abadi Tuhan. Akal satu perkara yg boleh bersekongkol dengan nafsu atau boleh juga bersekongkol dengan iman. Tapi iman tidak boleh bersekongkol dengan nafsu. Andai bersifat nafsu ia adalah sifat2 keduniaan yg berbentuk dosadi sisi Tuhan. Kerana Di syurga para malaikat tidak ada nafsu, tidak ada usia mungkin juga tiada akal(tafsiran saya sahaja).


Maaf...nafsu dan syaitan saya dapat bezakan. Saya tidak merujuk nafsu itu kepada syaitan . sememangnya konsep Islam menerangkan ia sebegitu. Lagipun, jika bukan sifat manusia atau maksud saya kalau manusia itu sendiri yang tidak memilih membuat dosa kenapa pula manusia harus dihukum.... jadi kerana kesalahan manusia sendiri maka manusia itu dihukum(ini adalah logik paling mudah). Konsepnya amat jelas saya rasa ada terangkan secara x langsung sebelum ini. Iaitu....

Nafsu berfungsi sebagai pendorong manusia untuk inginkan sesuatu sama ada ia buruk atau baik, apabila ia mahukan sesuatu manusia terdorong untuk inginkan sesuatu tersebut.

Akal pula berfungsi sebagai suatu alat untuk membezakan antara baik dan buruk supaya manusia dapat mengenal sama ada apa yang di inginkan oleh nafsu itu baik atau buruk...

dan tugas manusia pula adalah untuk memilih sama ada dia mahu perkara yang baik atau buruk. Jikalau dia memilih keburukan maka keburukanlah yang diperolehi dan apabila memilih kebaikan maka manusia itu akan memperolehi kebaikan.

Oh ya! Jangan lupa syaitan pula berperanan memujuk manusia memilih keburukan.

5) nafsu nak makan?... Mungkin itu di luar skop nafsu (instinct). Soa makan ia cukup sekadar kerana lapar(keperluan) utk terus hidup dan sihat. Hendak tidur cukup sekadar kerana keperluan juga. Ilmu, saya setuju utk memastikan manusia boleh bertindak lebih rasional dan menggunakan akal pada tahap yg obtimum.

Hm... nampak selain kisah-kisah Adam dan Hawa , syaitan serta dosa warisan...kita masukkan juga nafsu dan tambahan naluri...

Soal makan memang kita hanya perlu makan sekadar perlu untuk hidup(itu juga konsep kesederhanaan dalam islam), pernah tak tIM mendengar tentang sesaorang itu mengalami masalah makan secara berlebihan? Atau pernahkah tIM tengok iklan Eno kat TV, dimana lelaki tu makan makanan sampai perut sebu(penuh)...pastu lega dengan cepat lepas makan Eno tu....saya katakan dia makan mengikut nafsu yang keterlaluan.

Untuk memahami nafsu dan naluri, kita harus lihat dari segi fungsinya dalam diri manusia sebab dari situ kita memahami mereka lebih baik.seperti mana yang saya katakan, mengikut pandangan diri saya .....

Nafsu berfungsi sebagai pendorong manusia untuk inginkan sesuatu sama ada ia buruk atau baik, apabila ia mahukan sesuatu manusia terdorong untuk inginkan sesuatu tersebut.

Manakala....

Naluri adalah suatu kemahiran/ kebolehan dibawah kesedaran luar minda yang bersesuaian dengan sesuatu makhluk hidup tersebut dan persekitarannya, yang mana ia tidak boleh dipelajari tapi tersedia dan berfungsi secara tidak disedari atau di kawal sepenuhnya sesuatu makhluk hidup bagi keperluan survival.(dipercayai terkandung dalam genetik)

Dalam islam. konsep nafsu luas, apabila manusia menginginkan sesuatu..itu nafsu. Mahu kereta, mahu isteri,mahu kasih sayang, mahu makan...semua itu nafsu. Ia merbahaya bila mahukan sesuatu itu melebihi kadar keperluan.

Baiklah tIM, untuk memahami lebih baik perbezaan Nafsu dan Naluri, saya pilih nafsu makan sebagai contoh kerana makan adalah perkara paling asas yang kita semua alami.situasi saya pilih bayi kecil telah lahir mengalami perasaan lapar yang pertama kali dan meminum susu ibu....

penerangannya....

Apabila bayi mengalami keadaan pengurangan nutrien didalam tubuh badan, badan manusia mempunyai kebolehan mengesan dan mencetuskan perasaan lapar atau kurang selesa yang mana ia mendorong manusia(berkeinginan = nafsu) untuk memenuhi keperluannya. Bagi seorang  bayi yang baru mengalami perasaan lapar, mengalami kesukaran kerana ia tidak mengerti apa itu lapar?, apa yang diperlukan sebenarnya? kerana tiada pengalaman (pengetahuan terdahulu) dan apakah yang perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak nafsu?, maka di sini naluri memainkan peranannya...apabila mengalami perasaan lapar pertama kali, bayi tersebut akan bertindak tanpa disedarinya dengan menangis(kerana tidak selesa perut kosong), apabila ibu menyuakan payu daranya mengenai bibir atau sekitar kawasan mulutnya..naluri secara automatik mengerakkan motor tangan dan mulutnya untuk menghisap payu dara ibu. Apabila bayi tersebut mendapati bahawa tindakkan  tersebut dapat memuaskan nafsu makannya...bayi tersebut akan mengingati pengalaman penting dan akan menyalin tindakan serta memproses pengetahuan tersebut menjadi sebahagian pengetahuan dalam perkembangan mindanya.(agar bila lapar nanti tahulah dia apa perlu dibuat).

Kesimpulannya Nafsu mendorong manusia mahukan sesuatu dan naluri pula membantu manusia secara kemahiran/kebolehan bagi mendapatkan apa yang di mahukan.kes naluri ini jelas berlaku apabila sesuatu makhluk tersebut tidak memiliki keupayaan dalam kemahiran/kebolehan yang telah diproses.

* tambahan
Errrr.......maafkan saya kalau bunyinya terlalu saintifik, semua ini adalah hasil pemikiran saya kebetulan pula saya ni terlibat secara langsung dalam bidang sains (lebih tepat fizik). Dan satu lagi...saya amat-amat sukakan budak-budak dan bayi, pemikiran saya juga berkait rapat dengan persekitaran saya yang ramai budak-budak dan bayi...itu corak saya.


Sementara bagi kristian musuhnya juga saitan yg mana Jesus berpesan sekiranya di tampar pipi kiri hulurkan pipi kanan, dan dia meminta ampunilah musuhmu walaupun terpaksa melakukannya berbanyak kali dalam sehari. (pendek kata tiada last warning). Soal akal... dia pernah juga mengingatkan bahawa ada bermacam2 cobaan dan pancaroba di dunia ini selepas pemergianan termasuklah kehadiran nabi palsu yg menyesatkan domba-dombaNya. Dan dalam suasana lain pula di pernah memberi peringatan barang siapa yg membalas kejahatan dengan pedang dia juga akan dihancurkan dengan pedang, sebaliknya barang sesiapa yg membalas kejahatan dgn kasih dan kemaafan maka baginya kemuliaan dan tempat di sisiNya. Tak kiralah Ia bersifat saitan cuma utk menjahanamkan pengikut Kristus di muka bumi ini atau nyawa. Kerana Jesus sendiri melaui kekejaman manusia di dunia....


Mestilah, bukankah asas islam dan asas kristian daripada sumber yang sama. Itu yang di beritahu kepada saya.

Barang siapa yang memaafkan kesalahan orang lain keatasnya maka Allah swt akan memaafkan kesalahnya ke atasNya, sesungguhnya Allah swt itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Dan barang sesiapa yang mengancam diri kamu, keluarga kamu dan Agama mu maka lindungilah ia dengan nama Allah swt. Sesungguhnya Allah swt itu sentiasa melindungi dan bersama-sama disisi mereka yang menjaga amanah suci yang Allah swt berikan.


Akhirnya..habis juga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 07:09 PM | Show all posts
good point there..
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 6-9-2006 07:48 PM | Show all posts

WAH!!!!

Ini ambil masa satu minggu nak view ayat demi ayat. Sorry no! saya baru tak sampai 10% yg saya telaah.
1) rahib.... saya tak sampai tahap rasional yg mereka pegang. Soal mereka menyeksa nafsu, saya rasa tidak. kerana jumlah yg menjadi amatlah kecil tidak sampai 1% dari jumlah padre yg ada. tidak hairan bagi saya kerana saya pernah jumpa org yg tidak ada nafsu seks, malah nafsu (emosi) keseluruhan mereka amat rendah. Sebenarnya nafsu diransang oleh kecenderungan akal, selain dari kelangsungan sistem biologi. Ada satu kajian yg pernah di buat mengenai kecenderungan golongan yg melupakan seks. 22% kerana ego, 35% kegagalan/kecacatan, 43% kerana fucus fungsi otak. Lebih kurang begitulah pecahan golongan ini. Kita tidak dapat tentukan yg mana yg sanggup menyerahkan hidup mereka sebagai rahib dan padre. Hakikatnya kita tidka boleh katakan bukan semua manusia ada nafsu (keinginan seks). Jesus sendiripun kita tidak mampu kartegorikan dlm unit yg mana. Yg kita pasti Jesus dan mereka (pelayan Tuhan) pemperhambakan hidup mereka 100% utk pelayanan Tuhan. Kalau nak kahwin dan nak melayan Tuhan secara sepenuh masah boleh juga tapi hakikatnya penyerahan yg total pada tanggungjawab itu dihalang oleh tanggunjawab keluarga. Contonhnnya keinginan utk mencari harta (utk anak isteri), menjaga kesihatan dan kasih sayang khusus pada anak isteri berbanding umat Tuhan. Lihatlah apa yg dibuat oleh Mother Teresa selama hidupnya, Pope John Paul dan banyak lagi dlm sejarah yg membuat penyerahan sepenuhnya pada kelangsungan iman dan umat Tuhan. Mereka adalah milik umat/masyarat. Tiada anak atau isteri yg memecahkan kasih dan tumpuan layanan pada umat.

Sementara perbangding yg saudara/i babitkan sebenarnya berbeza. ini kerana Seorng Isteri sollehah islam memperhambakan dan melayan suami dan anak sebagai perintah tuhan bukan!? 100% utk suami dan anak. Semenatar pelayan gereja yg memilih utk tidak berkahwin adalah 100% utk umat dan gereja. Golongan yg bersifat Isteri sollehah ini adalah umum pada semua isteri. Pemakainan itu hukum lain yg saya sendiri tidak mampu dan x berkesempatan lagi memdalami rasional dan falsafahnya bagi rahib. Yg pasti bukan seperti alasan bagi perempuan islam.  Mungkin ada yg boleh menjawab ini contohnya Sparrow, Wattt atau yg lain2 di C&C.

Nah! itu baru satu isu. berapa banyak lagi yg saudara/i ada di atas tuuuu.. tunggula satu minggu agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 6-9-2006 07:48 PM
Ini ambil masa satu minggu nak view ayat demi ayat. Sorry no! saya baru tak sampai 10% yg saya telaah.


hehehe ...adakah saya melampau.....?! tak apa ambillah masa..tak perlu terburu-buru.


1) rahib.... saya tak sampai tahap rasional yg mereka pegang. Soal mereka menyeksa nafsu, saya rasa tidak. kerana jumlah yg menjadi amatlah kecil tidak sampai 1% dari jumlah padre yg ada. tidak hairan bagi saya kerana saya pernah jumpa org yg tidak ada nafsu seks, malah nafsu (emosi) keseluruhan mereka amat rendah. Sebenarnya nafsu diransang oleh kecenderungan akal, selain dari kelangsungan sistem biologi. Ada satu kajian yg pernah di buat mengenai kecenderungan golongan yg melupakan seks. 22% kerana ego, 35% kegagalan/kecacatan, 43% kerana fucus fungsi otak. Lebih kurang begitulah pecahan golongan ini. Kita tidak dapat tentukan yg mana yg sanggup menyerahkan hidup mereka sebagai rahib dan padre. Hakikatnya kita tidka boleh katakan bukan semua manusia ada nafsu (keinginan seks). Jesus sendiripun kita tidak mampu kartegorikan dlm unit yg mana. Yg kita pasti Jesus dan mereka (pelayan Tuhan) pemperhambakan hidup mereka 100% utk pelayanan Tuhan. Kalau nak kahwin dan nak melayan Tuhan secara sepenuh masah boleh juga tapi hakikatnya penyerahan yg total pada tanggungjawab itu dihalang oleh tanggunjawab keluarga. Contonhnnya keinginan utk mencari harta (utk anak isteri), menjaga kesihatan dan kasih sayang khusus pada anak isteri berbanding umat Tuhan. Lihatlah apa yg dibuat oleh Mother Teresa selama hidupnya, Pope John Paul dan banyak lagi dlm sejarah yg membuat penyerahan sepenuhnya pada kelangsungan iman dan umat Tuhan. Mereka adalah milik umat/masyarat. Tiada anak atau isteri yg memecahkan kasih dan tumpuan layanan pada umat.



mengenai nafsu...
Untuk yang kekurangan nafsu seks, saya tak nafikan mereka ini wujud....tapi bagi umat islam bukan nafsu seks adalah semata-mata nafsu. Dalam islam konsep nafsu ialah sangat luas.....(mungkin awak tak sempat baca lagi bahagian tu...tak apalah). nafsu ialah suatu keinginan..ingin kaya,ingin makan, ingin seks...dan macam lagi. Nafsu memang ada kaitan dengan emosi dan minda. jika emosi dan minda dalam keadaan tidak seimbang atau terganggu maka ia turut menjejaskan nafsu sesaorang. jika kita sihat fizikal dan mental maka nafsu juga turut. Lagipun bagi saya, tidak wujud manusia tiada nafsu dalam istilah sebenar cuma kita tidak hiraukan saja.

Bukankan sudah saya terangkan nafsu cuma mendorong manusia inginkan sesuatu, jika manusia itu memilih untuk tidak menghiraukannya...apa bezanya keadaan dengan tiada nafsu. hm...demam masih tak hilang nih.Kita berhak memilih.

sebenarnya nak terang panjang lagi..tapi takut lari dari tujuan asal.


mengenai rahib..
Mungkin itu cuma pandangan saya saja mengenai rahib, walaubagaimanapun sudah saya katakan juga ketika menerangkan mengenai rahib ini bahawa islam juga mempunyai konsep hampir sama bukannya ia bererti sama.

Hmm...jika seorang ibu melahirkan seorang anak, ia memberikan kasih tidak berbelah baginya dan menyediakan satu keluarga yang bahagia dan membesarkan serta mendidik dengan kasih sayang dan ilmu yang berguna. Ia merupakan salah satu pahala yang sangat besar di sisi Allah swt..kenapa?.. anak itu adalah sebahagian umat manusia dimana sebahagian masyarakat jua. Ibu yang soleh akan melahirkan anak yang soleh dan anak-anak yang soleh akan melahirkan masyarakat yang baik. tIM... isteri solehan juga merupakan ibu mithali....jika menjadi isteri kerana Allah swt maka menjadi ibu kerana umat manusia...ibu bukan sahaja milik saya,ia juga milik masyarakat malah milik Allah swt juga.

"jika kita selamatkan seorang manusia, kita seolah-olah menyelamatkan seluruh umat manusia"

Walaupun mereka tidak terkenal seperti Mother Teresa atau seperti mana yang awak sebut dalam sejarah...tapi bagi saya dan umat islam yang lain, Ibu lebih mulia dan lebih kami kenali daripada mana2 orang lain dari dunia in,pengorbanan  mereka tak dapat kami membalasnya. Bagi saya apa yang seorang ibu telah lakukan untuk anaknya, tak dapat dibandingkan dengan mana perbuatan lain di dunia ini. saya rasa Mother Teresa mungkin setuju dengan kata-kata saya.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 10-9-2006 01:40 PM | Show all posts

Saya setuju dengan Istri soleha.

Nilai2 itulah yg antara missi setiap ibu dlm agama kristian. Tanggungjawab terhadap anak dan suami adalah amanah Tuhan pd wanita utk menjadi ibu. Sementara tanggungjawab rahib berbezasama sekali. Mereka abadikan diri mereka pada pelayanan Tuhan seperti juga antara nilai2 yg ada pada Jesus dlm HidupNya. Jesus tidak mempunyai isteri, tidak mempunyai anak. Dia menyerahkan 100% hidupnya pada pelayanan Kerajaan Tuhan di dunia. Bayangkan kalau dia ada anak, Implikasi kepada misinya, tanggungjawabnya dan implikasi lain yg melibatkan maruah dan halatuju isterinya dan anaknya (keturunannya) apabila dia selesai missinya dunia.... Cukuplah keturunan Israel yg menjadi bongkak terhadap perintah Tuhan, tiba masa akhir zaman dimana Dia menjadi penyampai watikah kerajaanNya kepada setiap bangsa sebagia umat yg dikasihi dan mewarisi akan gerejaNya. Tiada lain yg mengaku mereka lebih layak, lebih mulia dr umat yg lain semata2 kerana mereka dari keturunanNya. Itulah antara nilai tambahan yg boleh saya lihat dlm penyerahan 100% pada Tuhan tanpa bebanan/tanggunjawab duniawi/beranak pinak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 05:50 PM | Show all posts

Hm... Lupee..

Hahahaha...maaf, saya lupe soalan tunggal ni... masa demam memang susah nak perasan..tapi saya masih demam (dah tabiat demam saya mesti lama)

Menurut islam adakah nafsu dicipta selepas ciptaan bumi/dunia?


Soalan ni saya tak boleh nak jawab secara tepat, tapi apapun penciptaan nafsu berdasarkan turutan kisah adalah sebelum manusia di ciptakan akan tetapi roh manusia dicipta adalah sebelum nafsu dicipta lagi.so..

Roh dahulu di cipta....kemudian nafsu...dan akhirnya manusia....lebih kurang macam ini

tentang dunia, saya belum pasti sama ada ia sebelum atau selepas.


*tambahan
roh manusia telah di cipta lebih awal dari mana-mana penciptaan, malah lebih awal lagi dari penciptaan malaikat. Dalam kepercayaan islam, roh saya, roh awak tIM dan roh manusia sama ada yang telah hidup zaman dahulu,kini atau di masa depan sudah pun tercipta ketika peringkat awal sebelum dunia ini di ciptakan. Pernah saya berbincang mengenai klon manusia dengan sahabat saya,saya agak terkejut kerana dia mempercayai roh manusia akan berpecah kepada dua apabila manusia diklonkan.....memula saya gelak terbahak2,lepas tu dia cakap roh kitalah yang membuatkan jantung manusia berdenyut....saya rasa dia tak ambil biologi dulu saya gelak lagi....bukanlah nak hina dia dengan ketawa tu..tapi saya tengok konfiden betul dia cakap.Lepas tu terpaksalah saya terang satu persatu... nasib baik ada Ustaz baca komik masa tu bolehlaj dia sokong cakap saya.

nak citer lagi

Selepas Allah swt menciptakan makhluk-makhluk lain dan di tempatkan di bumi akhirnya tinggal manusia, maka Allah mengambil beberapa tanah berlainan jenis dan menghasilkan patung tanah berupa suatu lembaga(manusia) dan meniupkan roh manusia kedalam jasad maka dengan izin Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, manusia(adam) akhirnya di hidupkan.

Sebagai khalifah Allah swt, maka Allah swt mahu mengajar (adam)manusia ilmu-ilmu supaya manusia dapat mengunakan ilmu tersebut ketika menjadi khalifah di bumi nanti kerana hanya dengan ilmu sahaja barulah manusia yang mempunyai kudrat yang kecil dapat menguasai dan mentadbir bumi...oleh itu, Adam selepas diciptakan ianya tidak dihantar ke bumi segera tetapi tinggal di syurga dan di ajar bermacam-macam ilmu. Di dapati adam mampu belajar dengan baik dan sentiasa bersyukur kepada Allah swt dengan apa yang telah di kurniakan kepadanya.

Maka pada suatu ketika Allah swt pun memanggil semua para malaikat berhimpun dan memerintahkan malaikat-malaikat yang berhimpun supaya tunduk kepada Adam. walaupun kebanyakkan malaikat kehairanan kerana mana mungkin makhluk suci seperti malaikat yang di ciptakan daripada cahaya perlu tunduk kepada manusia yang dicipta daripada tanah namun semua malaikat patuh kepada Allah swt kecuali malaikat Izazil.

Malaikat Izazil terkenal dengan sifat yang kuat beribadat dan kemuliaannya, dan boleh di anggap malaikat paling mulia di kalangan malaikat-malaikat yang lain. Sememangnya malaikat Izazil berbeza dengan malaikat lain kerana ia tidak dicipta daripada cahaya tetapi di cipta dari punca cahaya iaitu api. Oleh kerana kemuliaannya malaikat Izazil menganggap dirinya yang terbaik dan mulia di sisi Allah swt dan kerana itu timbul lah sifat riak dan berbangga diri. Allah swt mengetahui akan hal ini dan sebab itu juga ia memerintahkan malaikat termasuknya tunduk pada Adam yang tiada apa-apa kelebihan berbanding malaikat supaya meninsafkan diri.

Malaikat Izazil enggan tunduk pada Adam walaupun di perintahkan oleh Allah swt, dengan alasan bahawa sepatutnya Adamlah yang perlu tunduk kepadanya kerana kemuliaannya. Maka Allah swt memurkai malaikat Izazil dan menghalaunya dari syurga supaya dapat hidup di dunia sehingga mati dan apabila dibangkitkan semula di akhirat malaikat Izazil akan tinggal di neraka buat selama-lamanya. Malaikat Izazil masih mengakui bahawa Allah swt penciptanya, maka Malaikat Izazil memohon pada Allah swt agar di panjangkan hayat sehingga hari kiamat agar dia dapat memujuk manusia melakukan kejahatan dan masuk ke neraka bersama-sama dengan mereka. sejak itu Malaikat Izazil di kenali dengan nama syaitan.

Selepas itu Allah swt pun, menyoal Adam dengan beberapa soalan dan dijawab oleh Adam dengan tepat. Malaikat-malaikat yang lain barulah mengerti mengapa mereka di perintahkan tunduk pada Adam. Ini adalah kerana Adam memiliki ilmu yang tidak mereka ketahui. Maka menjadi pengajaran dan peringatan buat semua mahkluk terutama manusia tentang balasan bagi mengingkari suruhan Allah swt.


nanti di akhir nanti saya akan cut paste semua kisah yang saya ceritakan ini pada satu jujukan...ini maksud saya bahawa saya akan ceritakan perlahan -lahan
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 13-9-2006 08:57 PM | Show all posts
Cerita tu lebih kurang samer jer dengan Bible. Sikit sebanyak diperincikan cerita2 make-up....
tapi yg paling atas tuuuu soal roh dicipta. Mengikut Kitab lama termasuk Bible (kata orglah) Roh bukan dicipta tapi dihembuskan oleh Tuhan kepada jasad yg dicipta sebagai Adam dari tanah. Begitu juga sekali lagi dia menghembuskan roh pada Hawa setelah diciptaNya dari tulang rusuk Adam. Hembusan Roh itu pada kiraan saya (sorilah Bible bukkanlah specification documents) adalah merangkumi nyawa, jiwa dan iman (roh). Bermaksud ia adalah warisan dari Tuhan.

Kesimpulan saya:
Adam mewarisi Entiti Tuhan, Kita mewarisi entiti Adam.... boleh gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056209 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list