|
assalamualaikum....
saya ini kurang ilmunya....tapi nak tanya...
bila saya baca tentang sunni dan syiah, banyak yang disebutkan ialah mengenai kezaliman atau hasad dengki satu pihak antara keduanya....atau senang crita salah faham antara manusia sahaja...yang menyebabkan bermulanya dua kumpulan ini...
namun bila disebut syiah, selalu saja digambarkan perbezaan akidah dan bila berbeza akidah, ia bukan lagi hal kecil???soalan saya, bagaimana boleh wujud pebezaan akidah sedangkan punca masalah hanyalah akibat kezaliman manusia...??? atau adakah tidak ada perbezaan akidah spt dijelaskan saudara yahya..???
yg ada hanyalah human error...???
maafkan lah kiranya soalan ini kurang sesuai...
budak baru blajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
tidak mengapa saudara ussoop "malu bertanya sesat jalan".....sebenarnya....hanya terdapat sedikit sahaja perbedaan aqidah antara syiah dan ASWJ.....iaitu Syiah yakin bahawa nabi telah menyatakan siapa peganti beliau selepas kewafatan beliau secara nas manakala ASWJ tidak mengakuinya...
Jika saudara ada soalan lagi bertanyalah kerana saya sudi menjawabnya...dengan ilmu yang sikit ini...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya....hanya terdapat sedikit sahaja perbedaan aqidah antara syiah dan ASWJ
Perkara AQIDAH ni bahaya...................:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 3-9-2006 05:29 PM
Perkara AQIDAH ni bahaya...................:geram:
Memang lah bahaya kalau kata Tuhan ada tangan, 2 kaki, 2 biji mata, wajah dsbnya. Ishk..ishk...
[ Last edited by antiQue at 4-9-2006 02:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kilas This user has been deleted
|
Originally posted by yahya at 18-7-2006 10:38 AM
salam.
semua kita tahu bahwa ahlulbait rasul allah menjadi sasaran dengki oleh ummat muhammad sendiri semasa malah selepas hayat beliau. mereka2 ini dihambat dgn fitnah dan cemuhan dari seluruh ceruk kampung dan daerah. tambahan pula selepas 'perdamaian' antara muawiyah dan saidina ali dlm perang siffin..maka muncullah pula kaum khawarij yg memberontak atas tindkan saidina ali. mereka ini telah bersumpah akan membunuh ali bahkan segenap keturunannya yg ada. adapun tempat berkumpulnya keluarga nabi ialah di madinah tetapi kerana fitnah dan bida'ah serta perselisihan antara ummat semakin kuat berlaku maka imam ali bersama kaum kerabatnya berhijrah dari madinah ke najaf, iraq. madinah sudah tidak aman lagi seperti dulu, byk perang saudara dan pertumpahan darah berlaku sesama muslim. kesemua ahlulbait rasul sudah tidak ada lagi dimadinah. pada zaman saidina ali, ramai pengikutnya yg taat, alim telah dibunuh dan kitab2 mereka dibakar. ilmu rasulullah pada masa itu hanya diwarisi oleh ali dan anak2nya shj. sehingga umar ra pernah berkata 'jika taida ali maka celakalah umar..' maka merekah tempat ummah membuat rujukan serta belajar. tetapi sejarah membuktikan kesemua anak2 beliau mati dibunuh, hasan diracuni oleh istrinya sendiri, husein dibunuh oleh yazid keturunan abu sufyan yg amat membenci keluarga nabi. maka para sahabat dan 'syiah ali' semuanya telah dibunuh oleh pemberontak pada waktu itu. maka yg tinggal hanya imam ali zainal abidin anaknya imam husein yg terselamat dari peristiwa karbala. beliaulah pelanjut keturunan rasulullah sampai kepada imam jafar seterunya al-mahdi. dari zaman ali ke zaman imam ali zainal abidin dan anaknya imam muhammad al-baqir tidak ada perselisihan mazhab dlm agama bahkan mazhab tidak wujud lagi pada masa itu. ummat muhammad pada zaman itu jika berlaku khilaf dlm hukum islam terus bertanya pada ahlinya yakni itrah rasul muhammad albaqir.
Assalamualaikum Warahmatullah..
Melalui tulisan tuan Yahya, saya tahu yang kita sama-sama sunni dan menentang aliran Syiah yang berasa diri diorang tu ahlulbait..Tetapi ada sedikit kekeliruan fakta dari sejarah yang telah tuan tuliskan di atas.
Umpamanya peperangan Sayyidina Ali Karamullahu wajhah dan Sayyidina Muawiyah r.a. serta kerajaan Bani Umayyah. Dikatakan Sayyidina Muawwiyah r.a. dan kerajaan Bani Umayyah memusuhi ahlul bait dan Sayyidina Ali r.a adalah tidak benar sama sekali. Kedua-duanya berperang hanyalah kerana menegakkan hujah (kebenaran) bukan kerana saling benci-membenci musuh-memusuhi. Cerita tuan di atas lebih menunjukkan sejarah Islam versi syiah yang sememangnya benci kepada semua Assahabi dan suka menabur fitnah di kala itu.
Contohnya, kematian Sayyidina Hussin r.a. bukan di bunuh oleh Sayyidina Yazid bin Muawwiyah r.a. tetapi dibunuh oleh puak-puak pemberontak. Puak-puak yang dikenali sebagai Syiah sekarang ni dan puak khawarij yang menabur fitnah sehingga timbul cerita-cerita pelik tersebut. Sila rujuk semula sejarah ini, kerana mereka-mereka yang terlibat itu adalah golongan Assahabi dan antara orang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah S.A.W. Sangat mustahil bagi golongan Assahabi bencii lagi memusuhi Ahlulbait.
Lagi satu kerajaan saudi yang kuat wahhabi sekarang bukan dari keturunan Sayyidina Abu Sufyan r.a. tetapi dari keturunan kerabat saud yang dipelopori oleh Abdullah bin Saud, atau dikenali sebagai ibnu Saud yang merampas kuasa dari pemerintahan Amir Mekah ketika itu.
Wallahu Alam.
[ Last edited by kilas at 6-10-2006 08:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kilas at 6-10-2006 08:16 AM
Assalamualaikum Warahmatullah..
Melalui tulisan tuan Yahya, saya tahu yang kita sama-sama sunni dan menentang aliran Syiah yang berasa diri diorang tu ahlulbait..Tetapi ada sedikit kekelirua ...
sy rasa Yahya tdk ada pendirian yg jelas...sebab dia masih dalam peringkat kajian cam dia cakap tu...sebb tu, pendapat dia kejap miring kekanan, kejap kekiri, kejap tegak jer....itu yg sy peratikan...
anyway, tq coz giving a good info..
welcome our newbie....:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
kilas This user has been deleted
|
Oh, macam tu ker..patutlah post dia kadang-kadang berat ke syiah, kadang-kadang berat ke sunni...entahlah..
Bagaimana pula dengan pendirian saudara/i?
Terima kasih, sila beri tunjuk ajar sekiranya ada salah dan silap... |
|
|
|
|
|
|
|
sebaiknya tunggu yahya sendiri jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Jika anda benar-benar bergaul dengan golongan Syed-Syarifah ini, sudah pastinya anda akan merasakan seperti itu. Dan, hal ini bukanlah bermaksud mereka seperti lalang, tetapi itulah I'tiqad mereka.
Pernah di dalam suatu majlis syarif, mereka ditegur kerana melupakan peristiwa Karbala.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kilas at 7-10-2006 03:56 AM
Oh, macam tu ker..patutlah post dia kadang-kadang berat ke syiah, kadang-kadang berat ke sunni...entahlah..
Bagaimana pula dengan pendirian saudara/i?
Terima kasih, sila beri tunjuk ajar sek ...
Sy berfahaman ASWJ bermazhab Shafei.
Pendirian sy insyaAllah jelas, sy diberi peluang utk memahami fahaman sy dari sudut dalil aqli dan naqli. Apapun pembelajaran perlu diteruskan kerana itu tuntutan agama. Tidak salah mengetahui fahaman lain dan sy berlapang hati dan akal dgn mereka ttg perkara2 furuk tetapi tidak perkara2 usul. Mempertahankan perkara usul dlm iktikad adalah WAJIB kerana itu pegangan sy.
Sy bukan arif utk memberi tunjukajar, hal iktikad ini perlu BERGURU untuk menjadi rujukan bukan setakat belajar dari BUKU atau org2 yg tidk kita kenal benar2 susurgalur ilmunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 7-10-2006 11:03 AM
Salam,
Jika anda benar-benar bergaul dengan golongan Syed-Syarifah ini, sudah pastinya anda akan merasakan seperti itu. Dan, hal ini bukanlah bermaksud mereka seperti lalang, tetapi itulah I'tiq ...
lain dengan pengalaman sy ler pipi....
golongan ahlulbait yg sy kenal, mereka tetap dgn satu fahaman, iaitu ASWJ.
Jika pipi mengambil masa dan peluang utk mengenal golonagn ini yg masih berada di Madinah, iaitu golongan Al Hasani dan Al Husani, pipi akan dapati mereka bukan Syiah atau Wahabi.
Cuba pipi buat kajian yg lebih mendalam lagi dan terus kepada golongan ahlulbait yg susurgalurnya dari RSAW masih kuat lagi dan boleh dibuktikan KESAHIHANnya, bukan hanya berdasarkan didepannya Syed atau Sharifah sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 7-10-2006 11:44 AM
lain dengan pengalaman sy ler pipi....
golongan ahlulbait yg sy kenal, mereka tetap dgn satu fahaman, iaitu ASWJ.
Jika pipi mengambil masa dan peluang utk mengenal golonagn ini yg masih b ...
Berapa ramai ahlulbait yang anda kenal?? Adakah dengan mengenali seorang maka anda boleh terus buat rumusan mengatakan seluruh ahlulbait di Mekah dan Madinah bermazhab ASWJ??
Untuk pengetahuan anda dengan keterbukaan pemerintah Hijaz sekarang ini, markas-markas ahlulbait telah ditubuhkan di seluruh bandar-bandar utama di Hijaz dengan berdaftar secara sah. Namun ahlulbait-ahlulbait ini semuanya bertaklidkan kepada Imam Ali Saestani di Najaf.
Macam mana saya tahu?? Sebab sudah ada rombongan ahlulbait yang melawat negara kita memberikan maklumat-maklumat tersebut. Justeru sesiapa yang nak melakukan haji mengikut cara ahlulbait maka mereka persilakan datang ke pejabat-pejabat yang disediakan di sana yakni termasuk di Mekah dan Madinah.
Untuk pengetahuan anda juga, seorang daripada 4 orang ahli syura di Hijaz adalah seorang yang bermazhab Syiah mewakili golongan syiah yang terdapat ramai di Timur dan Utara hijaz sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 8-10-2006 09:31 AM
Berapa ramai ahlulbait yang anda kenal?? Adakah dengan mengenali seorang maka anda boleh terus buat rumusan mengatakan seluruh ahlulbait di Mekah dan Madinah bermazhab ASWJ??
Untuk pengetahu ...
sy nasihatkan anda buat kajian dulu, sebelum terus buat provokasi dan melenting...jika anda bijak, tentu anda tdk akan mengeluarkan kenyataan di atas.
berfikir secara logik dan realistik bukan mengikut perasaan. sekian terimakasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-10-2006 10:05 AM
sy nasihatkan anda buat kajian dulu, sebelum terus buat provokasi dan melenting...jika anda bijak, tentu anda tdk akan mengeluarkan kenyataan di atas.
berfikir secara logik dan realistik buk ...
Sila sebutkan dimanakah kenyatan-kenyataan saya yang salah? Tidak seperti anda yang terus buat rumusan membuta-tuli berdasarkan rasa-rasa saja, kenyataan saya ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang saya dapat terus dari sumber-sumber utamanya. Bukankah saya sebutkan dah ada rombongan ahlul-bait yang datang terus dari Hijaz ke negara ini untuk menjalinkan silaturrahim dan memperkenalkan kedudukan markas-markas mereka di sana. Tak kenalkah sumber jenis apa ini?? Fakta-fakta ini bukanlah didapati dari mimpi seperti mimpi-mimpi Abuya walaupun tidoq di siang hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 8-10-2006 10:47 AM
Sila sebutkan dimanakah kenyatan-kenyataan saya yang salah? Tidak seperti anda yang terus buat rumusan membuta-tuli berdasarkan rasa-rasa saja, kenyataan saya ini adalah berdasarkan fakta-fakta ...
Sy tak der mood nak bermujadalah dgn awk...
Sy mahu awak layari website ini
http://www.asyraaf.com
di sana awk akan dapati apa maksud sy bila sy sebut keturunan alHusaini dan keturunan alHasani, keturunan ini adalah keturunan yg SAHIH bersusurgalur dari RSAW, di situ ada ditunjukkan nasab mereka yg direct dari RSAW, Ali, Fatimah.
Di situ mereka mengistiharkan diri mereka sebg ASWJ dan membela diri mereka dari diTUDUH dan DIFITNAH sbg Syiah atau Wahabi.
Hormatilah keturunan ahlulbait ini jika anda masih mengakui RSAW itu nabi kamu.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-10-2006 11:15 AM
Sy tak der mood nak bermujadalah dgn awk...
Sy mahu awak layari website ini
http://www.asyraaf.com
di sana awk akan dapati apa maksud sy bila sy sebut keturunan alHusaini dan keturunan ...
Saya pun tak ghairah nak melayan awak...
Cuma nak membetul ketaksuban yang memang dah dijangka hanya bersumberkan laman web saja. Sesiapa saja boleh menulisnya sedangkan saya sendiri dah berjumpa dengan rombongan ahlul bait yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Itulah yang nak dikatakan... sumber manakah yang lebih dipercayai?
Oooh satu lagi, bukankah anda sendiri yang mengatakan anda kenal golongan ahlulbait...rupa-rupanya dari laman web saja lah yer? Hehehee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-10-2006 11:15 AM
Hormatilah keturunan ahlulbait ini jika anda masih mengakui RSAW itu nabi kamu.
Jika mereka sendiri menghormati asal-usul keluarga mereka dan mencintai ahlulbait as yang dinyatakan oleh Rasulullah saaw maka pastilah saya akan turut menghormati mereka tapi jika mereka memusuhi ahlulbait as dan bersama dengan golongan nasibi yang memusuhi ahlulbait menyebelahi Yazid la maka samalah juga mereka dengan golongan itu.
Untuk pengetahuan anda...seperti tercatat dalam sejarah ada juga kalangan mereka yang mengkhianati golongan mereka sendiri yang terpilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 8-10-2006 11:28 AM
Saya pun tak ghairah nak melayan awak...
Cuma nak membetul ketaksuban yang memang dah dijangka hanya bersumberkan laman web saja. Sesiapa saja boleh menulisnya sedangkan saya sendiri dah ber ...
Alhamdulillah, sy berjumpa dgn beliau dan dapat mendengar kuliahnya, beliau boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Soerang engineer yg belajar sampai ke pringkat PhD, dan juga seorg syeikh tarekat As syazaliah, beketurunan Al Husaini dari madinah Munawwarah.
Grave, anda memilih jalan kekeliruan dan kesamaran, maka kaburlah mata anda utk melihat kebenaran.
Sekian, Sy tidak mahu lagi menyambung mujadalah dgn anda.
Sy kira forumners lain dpt melayari website tersebut dan memahami bahwa DAKWAAN mengenai keturunan ahlulbait yg bergfahaman SYIAH itu adalah PALSU.
Sedangkn golongn ahlulbait ini sendiri di dalam kitab-kitab mereka dan hadis2 yg mereka simpan, menafikan dan menyatakan dengan terang dan jelas bahwa itu adalah fitnah kepada AHLULBAIT.
Sy tdk berharap sdra GRAVE akan bersetuju ttp dia akan tetap membuat PROVOKASI kerana itulah sikap dia yg sebenar yg sy kenal dari dulu lagi, sikap segolongan islam yg suka membawa org lain ke dalam kesamaran dan was-was kepada agama sendiri. Itulah sifat beliau dan muga2 Tuhan memberi petunjuk dan hidayah kepadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-10-2006 01:30 PM
Alhamdulillah, sy berjumpa dgn beliau dan dapat mendengar kuliahnya, beliau boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Soerang engineer yg belajar sampai ke pringkat PhD, dan juga seorg syeikh tareka ...
Hehehee...masih ada ghairah lagi nak melayan saya rupa-rupanya.
Lain pula jawapannya kali ini yer!
Tapi sayangnya disebabkan sempitnya pemikiran akibat kesan-kesan kuliah abuya maka segala yang diterima walaupun oleh sesiapa saja yang mengaku dirinya keturunan ahlul-bait maka terus saja diterima bulat-bulat seadanya tanpa mengkaji dan mengetahui latarbelakang sesuatu permasalahan tersebut.
Lihatlah wahai orang-orang kampung! |
|
|
|
|
|
|
|
AQIDAH AHLULBAIT
AQIDAH DAN THARIQAH SALAF AL-ALAWIYIN
Habib Alqutbh Abdullah bin Alwi Al-Haddad, berkata:
"Hendaknyalah anda membentengi aqidahmu (imanmu), memperbaiki dan meluruskannya sesuai dengan jalan yang ditempuh oleh golongan yang selamat di Akhirat (Al-Firqah An-Najiah).
Golongan ini terkenal di kalangan kaum muslimin dengan sebutan golongan "Ahlus Sunah Wal-Jamaah".
Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan cara-cara yang dilakukan oleh Rasul Allah dan Sahabat-sahabatnya. Apabila anda perhatikan dengan fikiran yang sehat dan hati yang bersih nash-nash (teks-teks) Al-Qur'an dan Sunnah yang berhubungan dengan keimanan, kemudian anda pelajari perilaku para Salaf baik Sahabat maupun Tabi'in maka anda akan tahu dan yakin bahwa kebenaran akan berada di fihak mereka yang terkenal dengan sebutan Al-Asy'ariyah, yaitu pengikut Abul Hasan Al-Asy'ari, yang telah menyusun kaidah-kaidah (keyakinan) golongan yang berada di pihak yang benar serta telah meneliti dalil-dalilnya.
Itu pulalah aqidah yang telah disepakati oleh para Sahabat Nabi serta generasi-generasi berikutnya dari para Tabi'in yang saleh dan itu pulalah aqidah orang-orang yang mengikuti kebenaran di mana saja dan kapan saja.
Aqidah dan keyakinan itu juga dianut oleh semua ulama Tasawuf, seperti diriwayatkan oleh Abul Qasim Al-Qusyairi dalam risalahnya.
Al-Hamdu Lillah (segala puji bagi Allah) yang telah memberi kita taufiq dan menjadikan aqidah ini sebagai aqidah kita dan saudara-saudara kita semua Al-Alawiyin, para Sadah Al-Husainiyin (keturunan Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib R.A.) serta aqidah datuk-datuk kita sejak Rasul Allah hingga kini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|