|
64:4. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi,
dan Dia mengetahui apa yang kamu merahsiakan dan apa yang kamu menyiarkan.
Allah mengetahui apa yang di dalam dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Maka jangan-jangan pula engkau, membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-'Ankabuut 29:69) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Selain dari itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
(Al-Balad 90:17) |
|
|
|
|
|
|
|
70:39. Sekali-kali tidak; kerana Kami mencipta mereka daripada apa yang mereka tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan ingatlah apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan hikmah pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
(Al-Ahzaab 33:34) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
(Ar-Ruum 30:7) |
|
|
|
|
|
|
|
67:6. Dan bagi orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka
ialah azab Jahanam - satu kepulangan yang buruk! |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
(Al-Mujaadalah 58:22) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:162) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
(Al-Hadiid 57:21) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan, maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan, maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan, Allah mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:282) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Nahl 16:115) |
|
|
|
|
|
|
|
"Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.."
Al-Ankabut : Ayat 57 |
|
|
|
|
|
|
|
58:22. Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang mempercayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan rasul-Nya,
walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka.
Mereka itu, Dia menuliskan (menetapkan) keimanan dalam hati mereka,
dan Dia mengukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri;
dan Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya.
Mereka itu golongan Allah;
sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang yang beruntung. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka, lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
(Yaa Siin 36:9) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku, atau Ia memberi rahmat kepada kami, - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
(Al-Mulk 67:28) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir; dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
(Al-Furqaan 25:50) |
|
|
|
|
|
|
| |
|