|
[MERGED] All about 'Anak angkat' (Procedure & Etc)
[Copy link]
|
|
Originally posted by zacko_inc at 8-12-2007 10:12 AM
yes memang tak susah sgt.. bile kite terus kenal ngan mak bapak yang kite nak amik.. cume yang susah bile guna org ketiga... atau dari pusat. mereka ikut praturan tertentu n ikut giliran..onc ...
ooo mcm tu....aku igtkan di binti/bin kan nama bapak...kesian dorang kan..mesti org boleh tau........tp masa sblm dpt pengakuan ank angkat tu..mmg aku tgk la surat branak dia...mmg mcm tu la....tp bila dah dpt pengakuan tu...automatik surat beranak tu dorang ambik blk
just pakai pengesahan tu jelah utk apa2 urusan |
|
|
|
|
|
|
|
nde tak kisah sapa pun ibubapanya...
set dlm kepala baby tu suci...kita yg mencorakkannya
dlm famili nde ada 3 orang anak angkat sebegitu..
alhamdulillah kitorang menerima mereka seadanya..
tiada pilih kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...kalau la semua org berpikiran begini alangkah bagusnya ...
terbela juga nasib anak2 malang ini..
mereka sememangnya sgt suci dan bersih ...mengapa perlu mereka yg harus terima hukuman akibat dosa ibubapa mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
haku kalau anak2 aku dah beso sok..tetiba sunyi jek nak kelek baby balik
harus kot amik anak angkat...eheh.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama willy tunggu org jawab soklan ni...
orang bujang boleh amik anak angkat tak?
ada yg tau tak?pls
Originally posted by ilham_ryana at 7-12-2007 05:04 PM
aku x kisah tentang keturunannya....setiap bayi yg dilahirkan itu adalah suci ......
teringin gak nk amik anak angkat...tapi, dgr2 proses dia susah erk?...mesti pasangan yg dah kawin erk?org buj ... |
|
|
|
|
|
|
|
korang..ade tak yg nak sangat amek anak angkat? ni, ade org nak cari keluarga angkat utk baby yg baru lahir...URGENT.
die tak ckp pun nak kene bayar berape. tp mungkin hosp fee n duit kot. saye ni tolong sampaikanjek.. kalu ade berminat bole lah PM saye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 easy81's post
sy da reply kat awk.. ade ym tak? senang sket nk bercerita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by easy81 at 7-1-2008 04:17 PM
korang..ade tak yg nak sangat amek anak angkat? ni, ade org nak cari keluarga angkat utk baby yg baru lahir...URGENT.
die tak ckp pun nak kene bayar berape. tp mungkin hosp fee n duit kot. say ...
dah PM. |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg dapat bb tu ye.. leh tau takk... |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik ter"miss" jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Easy kata parents budak tu bg pd family cina!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran membesarkan anak angkat
SEBAIK sahaja membaca e-mel yang dihantar oleh Nurshima, saya terus menghubunginya. Pengalaman pahit yang dilalui bersama ibunya sungguh menarik dibaca dan yang penting boleh dijadikan iktibar kepada pembaca semua.
Katanya, ada kalanya terdapat pasangan suami isteri bertuah membesar anak angkat, bila dewasa dia mendapat balasan dilayan baik dari anak itu. Tidak kurang juga ada cerita yang kecewa dan merana yang terpaksa dilalui oleh ibu bapa angkat akibat tindakan anak-anak angkatnya. Inilah yang ingin diceritakan oleh Nurshima dalam e-melnya dan ketika penulis menghubungi beliau baru-baru ini. Untuk mengetahui kisah seterusnya, ikutilah cerita beliau ini.
憫Sebenarnya saya dan ibu amat meminati ruangan DCCK ini, kerana pada kami terutama saya, DCCK telah mendewasakan saya dalam mengharungi kehidupan yang amat mencabar dalam zaman yang serba canggih dan manusia yang serba moden.
憫Banyak cerita yang saya baca dan semuanya menjadi iktibar dan paling penting kita perlu bersabar, sambil banyak berusaha dan tidak lupa berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada menempuh perkara yang tidak kita ingini.
憫Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha dan berdoa, Allah menentukan. Inilah yang terjadi kepada ibu dan ayah saya. Mereka membesarkan dua anak angkat dengan hasrat membantu meringankan beban keluarganya. Bukan kekayaan wang ringgit diharap sebagai balasan, cukup sekadar tanda ingatan dan kasih sayang dari mereka, tetapi lain yang diharap, lain pula yang terjadi, sebaliknya hidup ibu tambah menderita dengan perbuatan mereka.
憫Anak angkat pertama ibu dan ayah adalah anak saudaranya, yang diambil beberapa jam setelah dia dilahirkan. Jarak usianya dengan saya kurang lebih tujuh tahun. Ayah beri nama manjanya Nozi.
憫Tujuan ibu dan ayah di samping membantu membesarkan anak saudaranya, dapatlah si anak ini menjadi kawan saya yang belum mempunyai adik. Kerana ibu tidak berpeluang melahirkan anak lagi. Anak angkat kedua ibu ambil beberapa tahun kemudian. Jarak usianya dengan saya lebih kurang 12 tahun. Bernama Nonie.
憫Kedua-duanya ayah beri pendidikan yang sebaik mungkin, kalau tidak masuk universiti atau kolej bukan salah ayah, sebab mereka yang tidak mahu berusaha. Bukan nak mengumpat tetapi kalau diri sendiri tidak mahu tak siapa pun boleh memaksa, semuanya datang dari kehendak sendiri.
憫Nozi belajar hingga tingkatan 5, lepas tu ayah beri dia peluang lagi melanjutkan pelajaran mengambil kursus kemahiran. Dan dia berjaya setelah dapat diploma tiga tahun kemudian. Lepas itu dia bekerja di KL. Tinggalkan kami di utara ini.
憫Tetapi apa yang saya nak ceritakan ini ialah betapa besarnya pengorbanan dan kesabaran terpaksa ibu dan ayah lalui untuk membesarkan Nozi. Kerana dia bukan anak yang senang dididik, terlalu banyak masalah yang datang bersamanya. Sejak kecil jiwanya sentiasa memberontak, serba tak kena dan terlalu berkehendak.
憫Nozi juga tidak suka berterus terang dan jujur atas apa yang dilakukannya kepada ibu dan ayah. Sebaliknya dia suka membandingkan kasih sayang ibu dan ayah kepada saya dan dia. Perbuatannya membuatkan ibu dan ayah sering susah hati. Kerana tidak puas hati, dia sering melakukan perkara-perkara yang tidak mahu kita lihat terjadi padanya.
憫Suka keluar malam dan balik sesuka hati. Berkawan dengan orang yang tak tentu hala. Dan dia tidak suka dengar nasihat. Setiap nasihat yang diberikan dia anggap sebagai memarahinya kerana dia anak angkat. Dan Nozi sering menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita memburukkannya. Sedangkan semua orang tahu dan semua orang nampak perbuatan sumbangnya balik tengah malam dan berkawan dengan orang tak tentu hala.
憫Kami tinggal di sebuah kampung kecil di pinggir bandar, tentulah semua orang tahu setiap pergerakan anak-anak jiran, dan tidak salah jiran menegur perbuatan anak jiran yang kurang elok pada penglihatannya. Bila ayah dan ibu tegur dan bertanya ke mana dia pergi, dia akan memberontak.
憫Kerana marah ditegur tentang tingkah lakunya dia jadi lebih agresif seolah-olah mencabar kami untuk memarahi dan menegurnya lagi. Dan dia sentiasa mencari jalan supaya kami membencinya. Macam-macam hal dia lakukan yang membuat kami hilang sabar.
憫Peristiwa tidak boleh kami lupakan akhir abad lalu dia terlibat dengan dua kemalangan jalan raya. Tetapi tidak pernah insaf. Semakin ditegur semakin menjadi-jadi. Akibatnya, dua kali dia terlantar di hospital.
憫Namun Allah masih menyayanginya, dia dipanjangkan umur. Kira-kira tiga tahun lalu dia melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihannya, yang katanya benar-benar menyayangi dan mencintainya.
憫Ayah gembira kerana dapat menyempurnakan majlis perkahwinannya, kata ayah, kini hutangnya dah selesai, dia sudah membesar Nozi, mendidik, memberi pelajaran dan akhirnya menguruskan perkahwinannya. Ayah fikir selepas ini tentu dia berubah jadi baik. Tidak lama selepas itu ayah meninggal dunia. Namun kepada kami yang tinggal ini kehidupan mesti diteruskan. Tinggallah saya dengan ibu dan Nonie. |
|
|
|
|
|
|
|
憫Setelah berkahwin tentulah kami fikir hidupnya lebih aman bahagia dengan pemuda pilihan hatinya yang amat dicintai dan disayanginya itu. Tetapi tidak seperti yang dijangkakan. Rupa-rupanya di sinilah bermulanya episod baru kehidupan Nozi.
憫Rupa-rupanya kesenangan dan kebahagiaan yang diharapkannya tidak berlaku seperti apa yang diimpi-impikannya selama ini. Kalau dulu dia mendakwa kami menyusahkan hidupnya kini barulah dia tahu suaminya pula menyusahkan hidupnya.
憫Setiap bulan saya akan terima panggilan telefon darinya yang meminta bantuan wang. Dia sentiasa dilanda masalah kewangan. Saya pun hairan dengan pendapatannya dekat RM2,000 dan suaminya mungkin lebih dari itu, dan dia masih belum punya anak, tetapi dia sering mengadu tak cukup duit. Kerana kesian saya hantarkan duit, maklum duduk di KL semuanya mahal seperti katanya bila mengadu.
憫Setelah mempunyai anak, hidupnya semakin susah, bantuan kepadanya setiap bulan menjadi wajib. Setiap kali telefon alasannya susu anak dah habis. Tak ada duit nak beli pampers. Sewa rumah tak berbayar, elektrik nak kena potong, pendek kata, ada-ada saja alasannya. Setelah berbincang dengan ibu, saya kirimkan juga seperti yang diminta. Ibu kata tolonglah dia susah.
憫Pernah juga saya cuba tanya apa masalahnya yang sebenar tetapi dia tak mahu jawab. Dia tak mahu berterus terang kenapa dia hidup begitu susah.
憫Nak jadikan cerita, kerana dah tak tahan hidupnya sentiasa dilanda derita pertengahan tahun lalu, dia telefon ibu dalam tangisan yang tak henti-henti memberitahu bahawa dia sudah tidak boleh tahan lagi tinggal bersama suaminya. Kalau selama ini dia menyembunyi dan merahsiakan masalahnya kini dia bercakap tanpa henti.
憫Katanya, Zul bukan suami yang bertanggungjawab, malah seorang kaki pukul dan panas baran. Dia sering kena pukul dan disepak tendang. Katanya, kalau dulu dia menyembunyi rahsia suaminya kerana malu takut ditempelak, kini dia tak tahan lagi, dia mahu pulang kampung, dia rela berhenti kerja dan lari dari Zul. Menurutnya, kalau dia tidak lari dia mungkin akan mati dipukul.
憫Katanya, dia tak tahan tanggung banyak hutang Zul dan duduk di KL. Sejak kahwin dia terpaksa bayar sewa rumah, pengasuh anak, ansuran kereta, ansuran kad kredit, ansuran perabot rumah dan macam-macam lagi hutang yang dibuat oleh Zul.
憫Kerana takut mati Nozi paksa emak bawa dia balik, nak balik sendiri tak ada duit. Kerana kesian kami bawa Nozi balik ke rumah bersama-sama lori yang kami sewa untuk membawa perabot rumahnya.
憫Kerana ada rezeki dan berkemahiran, dia dapat kerja dekat kampung kami. Tak sampai dua bulan lepas tu, kami dapat tahu dia berbaik semula dengan Zul. Kami tak kisah asalkan mereka bahagia. Sejak itu dia mula berubah sikap membenci kami pula. Dia langsung tidak menghargai pertolongan kami. Langkah pertama dibuatnya pindah rumah tak mahu tinggal dengan kami lagi, sedangkan Zul masih bekerja di KL.
憫Zul pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu hingga ibu menangis. Seolah-olah marahkan kami campur urusan keluarganya. Kami tak akan datang kalau Nozi tak panggil. Sejak itu Nozi pun jarang ke rumah, kecuali menghantar anaknya, kalau mentuanya tidak berkesempatan menjaga anaknya. Makan di rumah kami pun Nozi tak mahu.
憫Kami tak tahu mengapa Nozi takut makan di rumah kami lagi, mungkin dilarang oleh suaminya. Sejak itu kami tidak pernah mempelawa dia makan lagi. Dan hari-hari cutinya dihabiskan bersama keluarga suaminya, dia tidak mahu lagi datang apa lagi tidur semalam dua di rumah kami.
憫Pelik sungguh perangai Nozi, dulu dia berani, kini jadi penakut. Namun sikapnya kepada kami tetap sama, suka melawan cakap, tidak mahu dengar nasihat kami, dia juga terus membenci dan marah kepada kami tak tentu pasal. Kami seolah-olah jadi musuhnya. Tidak seperti keadaannya ketika tersepit dengan hutang dan sikap Zul.
憫Sebelum dia berbaik semula dengan Zul dia berubah jadi seorang anak yang cukup baik, dan mengadu setiap masalah yang dihadapinya kepada kami.
憫Kini bukan sahaja Nozi membenci kami, berlebih-lebih lagi Zul, dia menuduh kami menyibuk dan campur urusan keluarganya. Ibu bukan suka ambil tahu hal mereka, kalau tidak Nozi yang beritahu, dan sebagai ibu dia amat bersimpati terhadap anaknya. Itukan sudah jadi lumrah alam, tambahan pula bila tahu penderitaan anaknya.
憫Tak kiralah Nozi hanya anak angkat tetapi kerana ibu yang membesarkannya sejak tapak kaki selebar dua jari, ibu anggap dia macam anak sendiri. Cuma Nozi yang sering menganggap dia anak angkat yang dipinggirkan. Saya tak tahulah bila Nozi akan sedar. Dan kami tidak mahu lagi bertanya tentang kehidupannya sejak diberi amaran oleh Zul .
憫Apa yang saya amat pelik takkan Nozi tak bercerita pada Zul bahawa kami tidak masuk campur urusannya, sebaliknya dia sendiri yang memanggil kami menjemputnya balik ke kampung. Kami tak pernah meminta balik duit yang dipinjamnya setiap bulan seperti yang dijanjikannya. Kerana kami tahu sejak kecil lagi dia tidak tepati janji kalau meminjam.
憫Pada saya apa yang amat menyedihkan adalah ibu, beliau terlalu mengharapkan Nozi menjadi baik dan menghormati orang tua, tetapi tidak. Kasih sayang seorang ibu tiada penggantinya. Namun setelah kembali ke kampung hidupnya berubah kepada lebih baik sedikit, dia kurang meminjam. Mungkin juga dia malu. Atau takut pada Zul yang menegah dia mendekati kami.
憫Namun ibu sentiasa mendoakan dia bahagia bersama Zul. Saya juga sentiasa berdoa semoga kehidupan ibu di penghujung usianya dilalui dalam suasana indah dan damai. Dan saya tetap ingat setiap tindakan dan tingkah laku Nozi kepada saya dan ibu hingga ke akhir hayat saya. Perbuatannya amat perit dan amat sukar dilupakan,拻 demikian cerita Nurshima. Beliau mengharapkan apa yang dilaluinya sekeluarga menjadi panduan dan renungan kepada anda yang ingin mengambil anak angkat.
Namun seperti yang Nurshima katakan tidak semua orang mengalami nasib yang sama, ada juga anak angkat yang mengenang budi, malah menjadi pelindung dan penjaga kepada ibu angkatnya, melebihi anak-anak sendiri. Agaknya di mana silapnya? Adakah ini kerana dia tahu siapa dirinya sejak awal lagi hingga timbul perasaan iri hati? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak angkat oh anak angkat........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by heslini at 26-3-2008 09:12 PM
salam,
berita baik kepada golongan wanita berkemaluan nipis dan bersaiz kecil,
kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
yg mana DA'R'SITA menjadi model nya.
http://aycu12 ...
Tak habis2 ngan menda ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|