Kredit foto : Berita Harian
"Saya berterima kasih kepada PPZ-MAIWP, rasanya seperti sudah ada di syurga. Saya tak terfikir sampai macam ini orang mengambil berat terhadap saya.
Penyanyi To'ki, 53, yang tular baru-baru ini kerana dikatakan mengalami kesempitan hidup gara-gara tinggal bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof di pondok usang kecil, pinggir hutan Batu 12, Gombak telah pun menerima kunci rumah barunya iaitu flat tiga bilik di Taman Setapak Indah.
"Terima kasih memberikan saya sokongan untuk terus berkarya. Saya berjanji, setiap mesej karya saya nanti meletakkan Allah SWT di hadapan. Insya-Allah selagi hayat dikandung badan, saya akan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang," katanya seperti dipetik dari Berita Harian.
Kredit foto : Berita Harian
Kredit foto : Berita Harian
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ - MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri, To'ki tidak perlu membayar sewa rumah tersebut selama setahun selain disediakan keperluan asas seperti perabot untuknya dan isteri yang cedera akibat kemalangan jalan raya. - CARI |