wallahualam ..
ni saya share hadisnya :
أيما امرأة تُوفي عنها زوجها ، فتزوجت بعده ، فهي لآخر أزواجها
“Mana-mana wanita yang kematian suami, setelah itu dia berkahwin lagi, maka wanita itu adalah untuk suaminya yang terakhir (ketika di dunia).” (Dinilah Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ dan di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Al-Imam al-Tobarani meriwayatkan bahawa Mu’awiyah bin Abi Sufian pernah meminang Ummu al-Darda’ selepas meninggalnya Abu al-Darda’. Lalu pinangan Mu’awiyah itu ditolak dan dijawab oleh Ummu al-Darda’ dengan berkata:
إني سمعت أبا الدرداء يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول أيما امرأة توفي عنها زوجها فتزوجت بعده فهي لآخر أزواجها وما كنت لأختارك على أبي الدرداء
Mafhumnya: “Sesungguhnya daku pernah mendengan Abu al-Darda’ berkata yang beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang kematian suaminya, kemudian wanita itu berkahwin dengan suami yang lain, maka ia menjadi milik suaminya yang terakhir ketika di dunia. Maka aku tidak akan memilih engkau untuk menggantikan tempat Abu al-Darda’.” Lalu Mu’awiyah menjawab:
|