|
Datin Dera Amah: 14,000 Tandatangan Petisyen
[Copy link]
|
|
apa update lepas dah sign petition tu?
berkesan ke tidak petition itu?
kata terlepas hukuman berat sebab dah insaf
lepas tu tertekan mental katanya
tang mana hakim selidik keinsafan dia tu benar2 insaf atau sekadar lakonan
untuk mental mungkin ada doktor yang beri statement
adakah pendakwaraya tidak cemerlang dalam mempertahankan anak guam?
yang kata maid terima untuk settle luar mahkamah tu pun memainkan peranan dalam hukuman yang dijatuhkan?
aku tanya... |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 21-3-2018 04:43 AM
apa update lepas dah sign petition tu?
berkesan ke tidak petition itu?
kata terlepas hukuman berat ...
Hari ini katanya @maideen ada perkembangan baru kes ini
Kita nantikan |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 21-3-2018 04:43 AM
apa update lepas dah sign petition tu?
berkesan ke tidak petition itu?
kata terlepas hukuman berat ...
Cerita konon terima settlement luar tu so far tiada bukti. Hanya gossip gossip whatapps. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita hari ni datin n penjamin dah hilang..melesap kemane... |
|
|
|
|
|
|
|
hilang?
maksudnya?
me dok tgu update kes ni.. sbb petition bagai tu nak tahu keberkesanannya
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 21-3-2018 02:59 PM
hilang?
maksudnya?
me dok tgu update kes ni.. sbb petition bagai tu nak tahu keberkesanannya
Datin dah tak dpt dikesan....
Sepatutnya kena hadir mahksmah s.alam pg tadi..... |
|
|
|
|
|
|
|
buat malu dakies jah datin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
owhhhh
kisahnya dah melarikan diri takut kena hukuman lebih berat ye?
misteri betul profile datin ni
csi cari tak der kabor kah
hakim mokhzani tu apa cerita?
senyap tak berkutik orang pertikaikan hukuman beliau jatuhkan
|
|
|
|
|
|
|
|
dh lari duduk spork kut . senang nya boleh main sorok sorok plk. si tuan hakim yg arif tu dh sama menyorok ke jgk |
|
|
|
|
|
|
|
@gekkou
Upate:
Datin dah dapat di kesan
POLIS sudah berjaya menjejak wanita bergelar ‘Datin’ yang lesap selepas mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, usaha menjejak wanita itu dimulakan sejurus mendapat notis daripada pihak mahkamah, bagaimanapun tidak mendedahkan bila notis berkenaan diterima dan lokasi wanita itu.
"Kita guna kaedah tertentu untuk menjejaknya dan dia sudah beri persetujuan untuk hadir ke mahkamah.
"Jangan tanya bilakah dia akan ke mahkamah, tetapi Insya-Allah dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Ditanya mengenai status gelaran ‘Datin’ wanita itu, Mazlan berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan wanita terbabit mempunyai gelaran berkenaan.
"Sepanjang proses siasatan, wanita itu tidak pernah pun menyebut yang dia mempunyai gelaran Datin.
"Anda yang menggelarnya sedemikian," kata Mazlan.
Kelmarin, Rozita Mohamad Ali, 44, dan penjaminnya, gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak Selasa lalu untuk menyerahkan notis untuk hadir ke mahkamah, namun gagal.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.
Mahkamah turut memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan wanita itu.
Semalam, media melaporkan wanita terbabit juga sudah disenarai hitam untuk ke luar negara atas arahan mahkamah.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan wanita itu dipercayai masih berada dalam negara.
"Semakan dalam sistem mendapati dia masih berada dalam negara.
"Atas arahan mahkamah, dia tidak boleh meninggalkan negara ini kerana pasportnya sudah disenarai hitam," katanya.
Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Suri rumah itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).
Bagaimanapun, pelbagai pihak tidak berpuas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu lebih 70,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman lebih tegas.
Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tudong iTIk nampak tu mokcik..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
undang2 macam pondan. ada duit boleh settle
yang mendera dan membuli ni patut nya hukum sebat,
tak kira jantan betina,
baru dia tahu sakit nya macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
@Xim thread ni 5 tahun lepas... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan samakan status Datin dengan orang berbangsa Melayu biasa apalagi dengan pekerja dari luar negeri..Datin adalah status yang menunjukkan tingginya status level sosial yang bersangkutan.di depan hukum..X ada satupun legal enforcement yang boleh dikenakan. She is never wrong or guilty by the law. ..
Dan aturan ini juga berlaku kepada bekas PM, member parlimen, ketua party politik dan tentu saja semua mm enteri dan menter ini besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg India tu bunuh amah dilepaskan mcm tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Woah ringan nya hukuman.
Harap merengkok lah kat akhirat nanti. Sekali dengan ahli2 politik yang korup kat negara ni dan pemimpin2 raja2 yang tamak. |
|
|
|
|
|
|
|
siasat hakim tu sampai ke lubang cacing mcm hakim Nazlan |
|
|
|
|
|
|
|
Datin kehulu datin kehulir...ko datin kenapa tak.mintak tomy tomas tarik balik tuduhan masa dia jadi peguam negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|