CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 1-10-2017 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Phimi replied at 1-10-2017 12:10 AM
Maybe hukuman dia tahanan & buang keja,  normally yg duduk dalam tu samada dah kena hukuman ataupu ...

I see. Thanks ya. Memang tahanan tu a part of buang kerja juga la eh.

Apapun semoga keluarga arwah bertabah. Kesian juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 12:41 AM | Show all posts
Mana isamudinnn? Apa dia buat asyikk byk kes kematian bwh tentera ni? Bangsattt ni mcm semua ok2 jah bwh kementerian dia....adoiiiii!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 1-10-2017 12:29 AM
I see. Thanks ya. Memang tahanan tu a part of buang kerja juga la eh.

Apapun semoga keluarga a ...

Tak juga, ada yang tahanan saja tapi x buang keja, serious offence ja kena 2 hukuman..tahanan & buang keja

Kesian kat family lah, lg ada anak kecik, ibarat jatuh ditimpa tangga, kena buang keja satu hal pastu jadi mcm ni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:45 AM | Show all posts
Ada sesuatu yg tak kena dgn segala askar tentera bagaiiii ni, puakkk2 ni buat mcm kem isis shaithonirrajjimmmm! Yg bangsattttt menteriii pertahanan buat apa, bukan kes terpencilllll punnn....kesss mcm ni dr dulu lg cuma dulu dgn takde internetttt bagaiii dgn pemikirannn netizen pun tak berapa nak pertikaikan sgt apa2 redho je lah gittewww. Herann betul takde apa tindakan menteriiii pertahan sampaiii benda ni berlaku secara berterusannnn....makan gajiii harommm sgtttt bangsattttt2 menteriiii ni!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:49 AM | Show all posts
Menteriii sepatutnya klu ada benda2 tak betull berlaku bwh kementerian dia, dia betulkan bukannya ko biarrr mcm esokkkk masihhhh ada kekdahnya takde apa yg nak dikejarrrr, adoiiiiii mcm benda ni bukan serious cara menteriii ni, takde tanggongjwb langsonggg!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes berlaku tahun 2008

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang askar untuk berhenti daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) serta mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya berakhir
tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan misteri dalam lokap
tentera, kelmarin.

Kematian Prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie,
27, mencetuskan tanda tanya di kalangan ahli keluarga berikutan pegawai
tentera bertugas hanya memberi alasan dia meninggal dunia selepas sakit
perut, muntah dan terjatuh.

Lebih memeranjatkan apabila anggota
keluarga yang menziarah jenazah mangsa di bilik mayat Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini, kelmarin,
mendakwa melihat banyak kesan luka di pipi kiri selain parut di kepala.

Bapa
mangsa, Mohd Shafie Osman, 50, berkata dia hanya mengetahui kejadian
menimpa anak sulungnya itu selepas dihubungi pihak ATM kira-kira jam
2.30 petang kelmarin.


Dia yang menetap di Kuala Kangsar,
Perak, terkejut dengan kejadian itu berikutan Shahrizal sebelum ini
sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit berbahaya.

Saya
cuma dimaklumkan dia (Shahrizal) muntah dan terjatuh sebelum meninggal
dunia di Kem Sungai Besi di sini. Punca kematiannya amat susah untuk
saya percaya kerana anak saya berbadan tegap dan aktif.

Apa
yang saya tahu dia ditahan di bilik tahanan dalam kem tentera berkenaan
atas kesalahan tidak hadir bertugas sejak dua bulan lalu. Jika benar
itu kesalahan dilakukan arwah adalah tidak wajar dia dihukum secara
fizikal, katanya ketika ditemui di HUKM, semalam.

Shafie yang
juga anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Kuala Kangsar,
berkata anaknya pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu dan kini
dalam proses untuk berhenti daripada ATM.

Apa yang saya tahu
dia dalam proses menunggu MyKadnya siap untuk kembali menjadi orang
awam hujung April ini. Dia memberitahu tidak sabar pulang dan bekerja
sebagai polis bantuan di Bank Simpanan Nasional (BSN) serta berkahwin,
katanya.

Sementara itu suasana di luar Bilik Mayat HUKM tegang
seketika apabila ahli keluarga mangsa gagal mendapatkan keputusan
laporan bedah siasat selepas menunggu sejak jam 9 pagi semalam.

Kakitangan
HUKM dikatakan hanya membenarkan anggota keluarga melihat jenazah
Shahrizal sebelum dibawa keluar pada jam 2.30 petang dengan van jenazah
ATM.

Bapa saudara mangsa, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Sukan
Negara (MSN), Fahmi Omar musykil punca kematian Shahrizal berikutan
ahli keluarga tidak diberikan laporan bedah siasat oleh pihak HUKM.

Menurutnya,
ahli keluarga ingin mengetahui sama ada wujud unsur kecederaan fizikal
yang menyebabkan kematian mangsa, namun doktor di HUKM memberitahu
hanya akan menyerahkannya kepada keluarga selepas melihat lokasi
Shahrizal meninggal dunia.

Kami keliru dan tertanya-tanya,
malah bertambah pelik apabila saya melihat bengkak di perut dan dada
kiri sewaktu jenazahnya dimandikan.

Sebagai anggota keluarga,
kami hanya mahukan kebenaran terhadap punca kejadian. Adakah dia mati
akibat sakit atau dipukul dalam tahanan? katanya.

Menurutnya, anggota keluarga belum membuat laporan polis berikutan belum menerima laporan bedah siasat daripada pihak HUKM.

Ibu
saudara mangsa, Zaleha Ismail, 54, berkata dia sebelum ini sering
melawat mangsa ketika dalam tahanan dan mendapati dia sihat.

Biasanya
dia akan meminta mak cik menghantar sabun mandi, selimut dan ubat
nyamuk. Semua permintaannya itu akan segera mak cik penuhi mengenangkan
dia anak yatim selepas kehilangan ibunya, Julai tahun lalu akibat sakit
darah tinggi, katanya.

Mengulas kes itu, Ketua Polis Daerah
Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata kejadian itu
sudah dilaporkan kepada pihaknya.

Menurutnya, laporan penuh
bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa hanya akan
diketahui selepas siasatan lengkap dijalankan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2017 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Rentetan kes 2008 tu, tahun 2010 yang terlibat menyebabkan kematian arwah dikenakan hukuman penjara


Tujuh prebet Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian rakan mereka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata mahkamah tidak dapat menerima apa sahaja alasan mereka melakukan perbuataan mendera (ragging) menyebabkan kehilangan nyawa seorang pemuda tidak berdosa serta keluarganya hilang orang yang disayangi.

Beliau memerintahkan semua tertuduh itu menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan masing-masing.

Mahazir Hamad, Mohd Azman Jabri, Mazlan Awang Ngah, semua berusia 26 tahun, Shahrin Mat Rabu, Mohd Khairi Abdullah, Syabramallisi Shahidan, semua beruisa 28 tahun dan Mohd Bukhari Shawal, 25, dan ditahan dalam tempoh seminggu selepas kematian Mohd Shahrizal Mohd Shaffie, 27, pada April 2008.

Pada 22 April 2008, kesemua tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh tetapi mereka mengaku bersalah setelah pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di Mahkamah Tinggi semalam.

   

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Bilik Tahanan Pasukan, Unit 1 RAMD, Kem Tentera Sungai Besi, antara jam 11 malam pada 5 April 2008 hingga jam 1 petang 6 April 2008.

Mengikut fakta kes, mangsa telah dipukul, tumbuk dan diterajang pada 5 April 2008 kerana didakwa tidak pandai melipat pakaian dan perbuatan sama telah berulang pada keesokan harinya.

Mangsa juga dikatakan dilastik dengan getah pada kemaluannya serta salah seorang daripada tertuduh telah memijak bahagian belakang mangsa dengan kasut pepaku sehingga dia terkencing.

Mereka hanya memberhentikan perbuatan itu setelah ditegur seorang pengawal dan Mohd Shahrizal telah dikejarkan ke hospital HUKM dan disahkan meninggal dunia.

Tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(b) membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

   

Untuk rekod, pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi sebelum semua tertuduh ditawarkan dengan tuduhan pilihan.

Mohd Sofian menolak alasan peguam yang mewakili tertuduh bahawa perbuatan mereka akibat tidak dapat menyesuaikan diri mereka bersama RAMD walapun mempunyai pengalaman empat hingga enam tahun.

"Pada saya, RAMD mempunyai sejarah yang gemilang dan merupakan rejimen pertama sebelum Perang Dunia Kedua dan seharusnya kamu semua berasa bangga berkhidmat bersama RAMD," tegas Mohd Sofian.

Hakim tersebut berkata penderaan bukan satu cara untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh RAMD ataupun jalan  keluar daripada pasukan tersebut.

"Saya faham sepanjang perkhidmatan kamu, ada yang telah menerima anugerah ataupun pingat kecemerlangan, kini itu semua tidak bermakna lagi akibat tindakan kamu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Adalah lbh baik mati pertahankan tanahair dr mati yg tak tau nk ckp apa camni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aaz replied at 1-10-2017 01:01 AM
Rentetan kes 2008 tu, tahun 2010 yang terlibat menyebabkan kematian arwah dikenakan hukuman penjara
...

Ini clear case penderaan fizikal dalam tahanan, doktor yang buat post mortem pun tengok ada kesan cedera pd anggota badan , yg kes anggota tldm ni post mortem cuma bgtau kematian disebabkan pendarahan dlm paru-paru, which is banyak faktor cause lung bleeding...apapun tgu la report rasmi & siasatan, hopefully jumpa kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:14 AM | Show all posts
tahanan dalam tentera nih ala2 guardroom la.. ala2 bilik penjara untuk tentera2 nih.. bilik tahanan pun boleh.. kena sekirannya melanggar disiplin.. kalau dalam polis selalu kena double kawad la contoh kena berkawad ke, kena lari 10 round padang pakai boots berat tu ke, kena lompat pagar ke, kena lari atas batu tak pakai kasut ke.. haa gitu2 lah..

tapi dalam tentera nih hukuman bilik tahanan tuh satu, catu makanan lagi, denda fizikal lagi.. tu yang selalu lead to ragging bagai..

dalam kes nih, ada lah yang ter overdo nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:15 AM | Show all posts
Hak utk hidop di donia ni senang2 jahh di rampassss dlm kem tentera tu, dah mcm kem isis shaithonirrajjimmmm! Sherammmm! Kesian bayangkan penyeksaan yg dorg terpaksa laluiiii sebelum meninggallll tu! Org yg seksa org lain dgn kejam sampaiii matiii ni blh hidoppp tenterMmm ke jiwa dorg? Huh dlm tu ramaiiiii melayuuuuu.....betulllahh tak perlu tu tgh kaperrr bunohhh org Islam, org Islam selamba jahh bunohhh org Islam lainn, betulll2 mcm isis kem askarrr ni!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:16 AM | Show all posts
moonbug replied at 30-9-2017 11:57 PM
Thank you sis

Tunggu autopsy report yg arwah sorang lagi pulak

ye.. kita tunggu sama2..

cuma kesian yang satu tuh macam tak ada ahli family yang nak fight bising2 macam akak misi nih..

latest yang ai baca kat page PDRM, katanya salah sorang mangsa nih ada kes dadah..

makin menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:18 AM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 1-10-2017 01:15 AM
Hak utk hidop di donia ni senang2 jahh di rampassss dlm kem tentera tu, dah mcm kem isis shaithonirr ...

adik ai yang join tentera tuh pun dah meninggal sis..

muda lagi..

trauma gile ngan tentara nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:23 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:18 AM
adik ai yang join tentera tuh pun dah meninggal sis..

muda lagi..

Sorry to hear that sis..hugss maaf bertanya puncanya lebih kurang mcm biasa kita baca2 kebelakangan ni ke? Adoiii kenapa lah kjaan tergamakk biar kan benda ni berlakuuu berterusan mcm ni, anak2 muda yg betull nak berkhidmatt utk negara masukk sana yg jd mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:23 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:16 AM
ye.. kita tunggu sama2..

cuma kesian yang satu tuh macam tak ada ahli family yang nak fight bis ...

Sumber:  http://aku-parajurit.blogspot.my/2011/05/relevan-kah-akta-angkatan-tentera-1972.html  Boleh baca ni untuk faham serba sikit pasal tidak hadir tugas, pasal bilik tahanan etc.




Akta Angkatan Tentera 1972, adalah akta kecil yang terkandung didalam undang-undang pelembagaan Malaysia. Akta ini diguna pakai oleh organisasi tentera dan anggota yang bernaung dibawahnya. Memberi kuasa-kuasa yang tertentu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya. Tetapi adakah akta ini masih sesuai diguna pakai bulat-bulat sebagai mana ia dicipta oleh penjajah British yang terang-terang sebagai penjajah. Tidak dinafikan ada yang masih boleh diguna pakai, tetapi ada yang sudah tidak relevan dan patut dikaji kewajaranya. Setidak-tidaknya kaji balik adakah akta ini tidak melanggar HAK ASASI dan kebebasan manusia, sama seperti akta ISA, kerana ketika ini orang ramai sudah tahu hak dan kebebasan mereka. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka sewenag-wenagnya.

Seperti contoh anggota yang tidak hadir tanpa cuti (THTC), mereka tidak diberi pembelaan yang sewajarnya. Mereka tidak boleh mempertahankan diri. Orang yang membuat jenayah lagi teruk pun mendapat pembelaan, diberi jaminan semantara menunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya, tapi lain pula halnya hanya kerana tidak hadir tanpa cuti, ditahan, dikurung seperti haiwan di zoo, ditarik kebebasannya dan sebagainya. Apa semuanya ini, bukanya kesalahan jenayah yang teruk dilakukan.

Fasal 5(1) Kepada Perlembagaan Persekutuan, tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Kerana itu PDRM kalau mahu menahan orang pun tidak boleh lebih dari 24jam, jika mahu menahan untuk soal siasat lebih 24 jam perlulah mendapat kelulusan dan kebenaran dari mahkamah. Jadi mereka yang ditahan atas kesalahan tidak hadir tanpa cuti ini, dikurung dalam sel seperti haiwan, sehingga berminggu-minggu sementara menunggu tarikh bicara, siapa yang beri kuasa.

Apa yang paling kejam, ada juga anggota yang THTC datang menyerah diri dengan harapan boleh berhenti pun menerima nasib yang sama, ditahan dan dikurung sementara menunggu perbicaraan. Pelik hanya arahan pegawai sahaja mereka boleh dilucut kebebasan, kalah Perdana Menteri dan ketua polis negara..

Dan apabila dibicara, mereka tidak dapat pembelaan yang sepatutnya, mereka tidak dapat membela diri dan mempertahankan hak mereka, sudah tentu mereka akan dipenjarakan tanpa mengambil kira sebab dan punca mereka THTC. Sewajarnya berilah mereka peluang untuk membela diri dan ambil kira sebab dan punca mereka bertindak sedemikian, jika benar mereka melakukan dengan sengaja, tanpa alasan yang kukuh, barulah boleh dihukum. Dan bagaimana pula punca mereka THTC, ada ke pihak menyiasat punca mereka THTC, dan apa tindakkan yang diambil. Saya percaya tidak ada penyiasatan yang sewajarnya, kalau ada mengapa perkara ini terus berlaku. Seharusnya mereka perlu diberi kebebasan untuk membela diri dan bersuara.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada satu kejadian kecurian wayar kabel, belum terbukti ianya dicuri, hanya kerana wayar kabel yang sepatutnya berada didalam stor, tetapi atas kecuaian yang tidak boleh dinafikan oleh manusia, wayar itu berada diluar bilik stor dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kononya mahu mendapat nama membuat laporan bahawa wayar itu telah dicuri oleh pihak-pihak tertentu. Akhirnya anggota yang belum terbukti kesalahannya baru OKT, ditahan dibilik tahanan lebih 24jam..siapa punya kuasa.

Selain itu satu lagi kes yang diketahui tapi tidak didedahkan, 4 orang anggota tentera, dikurung, didera seperti haiwan, ditahan dibilik tahanan dengan tangan dan kaki dirantai dah macam penjenayah tegar.. hanya kerana dituduh atas kesalahan menganggu teman wanita pegawainya. Boleh pulak guna kuasa ala firaun.. siapa punya kuasa, yang membenarkan mereka ini ditahan tanpa didakwa dihukum tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya...!!

Mengikut Fasal 8 (1) Kepada Perlembagaan Persekutuan mengariskan bahawa semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang. Banyak lagi kes-kes penyelewengan kuasa dan salah guna kuasa yang tidak didedahkan, sampai bila perkara ini akan berlaku.

Selain itu Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972 memperuntukkan kegagalan mematuhi arahan Pegawai atasan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan.Terang-terang ia boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, selain itu menafikan hak anggota bawahan.

Jika arahan pegawai itu menyalahi undang-undang atau arahan yang boleh memudaratkan orang bawahan, perlukah dia taat dengan arahan itu? Semata-mata tidak mematuhi arahan, terus dipenjarakan.. orang yang tidak mematuhi arahan Allah pun diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertaubat.

Oleh kerana itu banyak anggota yang teranaya dan ditindas dengan sesuka hati. Bagi pihak yang kaki kipas pula, ikutkan aje, sudah-sudahlah..kau senang pun dekat dunia yang sementara, tapi dosa menganayai orang lain nak ditanggung sampai mati. Sewajarnya undang-undang tentera ini perlu dikaji atau dibubarkan mana-mana yang tidak perlu, kerana dia menafikan hak orang yang benar..

Tahniah kepada seorang Staf Udara yang tidak perlu saya sebut namanya, dituduh atas kesalahan mencuri dan menjual enjin pesawat, bijak menggunakan hak kebebasan yang ada, membawa perkara ini ke mahkamah awam, akhirnya dibebaskan oleh mahkamah kerana penahanannya tidak sah.. sememangnya benar. Tapi jika dia mohon di mahkamah tentera, terang-terang akan ditolak bulat-bulat.

Kerana itu ramai anggota tentera yang menyampah dan bosan dengan pentadbiran tentera, akhirnya ramai yang berhenti separuh jalan dan ada yang melakukan jenayah untuk berhenti lagi awal dari tarikh tamat perkhidmatan, ini lah bukti dan punca mengapa dalam banyak-banyak perkhidmatan kerajaan, organisasi tenteralah khususnya tentera darat terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ada yang melanggar undang-undang, semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab ambil tindakkan sewajarnya untuk menangani permasalahan ini, bukan hanya tahu menghukum. Berikan pembelaaan yang sewajarnya, dan jangan menafikan yang hak.

Kita sudah berpuluh tahun merdeka, tapi tentera masih lagi menggunakan undang-undang penjajah yang menafikan hak, selain itu sistem kasta yang diamalkan oleh organisasi tentera pun sudah tidak relevan untuk dipraktikkan lagi.

Anggota bawahan dilayan sebagai orang bawahan, pegawai atasan seperti orang atasan, tidak perlu saya perkatakan.. memang benar, sememangnya tentera memerlukan warganya mempunyai disiplin yang tinggi, tapi tidak perlu menafikan hak, kita boleh lihat bagaimana zaman Rasulullah s.a.w. Bagaimana baginda membimbing dan mengajar tentera-tentera Islam, semuanya berjuang demi ALLAH yang maha esa. Tetapi kita boleh lihat tentera kita sekarang, memang nampak berdisiplin, tapi semuanya lakonan hipokrit.

Terutama pegawai atasan, sesuka hati menindas, menggunakan pangkat untuk periuk nasi sendiri.. itulah hakikatnya tentera kita sekarang. Banyak lagi yang perlu dikaji didalam organisasi ini, tidak kiralah dari apa aspek sekalipun. Apa yang saya ketengahkan ini hanyalah kes-kes tentera semasa aman, kalau diwaktu darurat tak tahulah. Rasanya semakin banyak penyalah-gunaan kuasa, mungkin anda sebagai orang awam pun tidak terlepas. Oleh kerana itu perkara ini perlu dikaji semula, untuk menuntut keadilan kepada semua pihak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:29 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:16 AM
ye.. kita tunggu sama2..

cuma kesian yang satu tuh macam tak ada ahli family yang nak fight bis ...

I pernah terbaca masa dok search internet pasal kes Paan, penulis ni share pasal ada askar yang sengaja ambik dadah dan buat pelbagai kesalahan supaya diberhentikan daripada perkhidmatan. Kalau mangsa yang dikaitkan ngan dadah tu, yang wifenya cakap suami nak berhenti tu; mungkin kes lebih kurang lah dengan apa yang I baca. Dah tak tahan dengan kehidupan tentera. Btw, tentera ni tak boleh nak hantar surat resign ke untuk berhenti? Suami kepada sedara I ada sorang lari dari perkhidmatan, dah tua2 ni pun dia tak dak IC awam lagi. Hidup macam pelarian jah, kutip besi buruk untuk makan pakai keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni thread kedua aku x kan masuk dah slps thread farhan tu..stress aku jdnya..moga2 mendpt pembelaan sewajarnya..nasib dah xde ahli kuarga yg keje tentera smua ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:37 AM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 1-10-2017 01:23 AM
Sorry to hear that sis..hugss maaf bertanya puncanya lebih kurang mcm biasa kita baca2 ke ...

panjang citer dia.. but make it short..

masa dia trainning kat PD dulu, dia lari sebab tak tahan kena buli.. fizikal dia boleh ai cakap sangat2 banyak iras dengan arwah farhan tuh.. sengih2 dia.. lembut dia.. sebab tuh ai sangat terkesan ngn kes arwah farhan.. he tinggi 6 kaki lebih tau.. he player volleyball..

ada pegawai datang umah, carik.. dia kata kat my mom kalau adik tarik diri, mak kena bayar puluh2 ribu juga denda.. so mak pujuk adik untuk balik trainning, adik ok lah (he mmg anak dengar cakap).. dia balik, dia citer, lepas balik tuh, kena taruh cukup2.. dia sampai pasrah kalau nak mati pun mati laaa.. mcm mati lebih baik..

adik habis latihan, kerja separuh hati je.. dia tak happy.. dia mmg tunggu nak berhenti, sampai time ke ops daulat lahad datu dulu, maybe ada siapa2 ai pernah citer masa kejadian ops daulat adik ai kat sana citer banyak hal.. lepas ops daulat, he balik kemurungan, banyak benda dia cerita pada weols yang ai rasa tak perlu ai citer kat sini.. balik kerja dia tak boleh fokus, kemurungan masih berterusan, dia selalu kena tahanan nih.. sampai one day dia pengsan..

he dapat cuti sakit lama sikit.. time cuti sakit nih + cuti raya, satu pagi dia gi main volleyball ngan kawan2 dia.. balik dari main, dia singgah umah nenek, nenek jemput makan, dia kata dia nak mandi dulu, time mandi nih lah dia rebah.. kazen2 hentak pintu untuk buka, dia dah collapse.. bawak gi spital daerah, daerah hantar ke spital negeri.. masa kat sptial, time doktor check, dia sempat cakap ngak doktor, 'doc, sy nampak makin lama makin kabur..' itu ayat last dia.. dia collapse lagi.. habis buat bantuan penafasan apa semua tapi dah sah tak ada..

kami redho.. tak nak posmoterm..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:52 AM | Show all posts
aaz replied at 1-10-2017 01:29 AM
I pernah terbaca masa dok search internet pasal kes Paan, penulis ni share pasal ada askar yang se ...

boleh jadi..

sebab ramai yang kami kesan amik dadah tuh, dorang mcm tak heran pun..

kalau orang awam lain, ada lagi merayu2.. mintak maaf bagai mintak lepas..

tapi kalau tentera nih, jarang amat lah merayu.. wat lek wat pis je dorang tengok kami proceed..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:37 AM
panjang citer dia.. but make it short..

masa dia trainning kat PD dulu, dia lari sebab tak taha ...

Takziah sis atas kehilangan adik tersayang..sedih baca kisah arwah...

Harap kes ni pon dapat disiasat dgn baik
Jgn la senyap ja mcm kes tahanan tentera yg sblm2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.129403 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list