|
Bebola Ikan ‘Kak Su’ Tiada Tanda Halal, Kilangnya Diarah Tutup
[Copy link]
|
|
misleading tajuk article sebab IMPLIED thoughts tu ...
tak sepatutnya penulis buat misleading |
|
|
|
|
|
|
|
so isu lebih paad selewengan label , mengelirukan ...bukan halal ke
u see misleading ...sebab ayat pertama start dengan elemen tak ada sijil halal dan kedai milik bukan islam
so misleading dan tak patut buat macam ni
seolah olah macam fokus teralih paad elemen elemen di atas
|
|
|
|
|
|
|
|
KPDNKK SERBU KILANG FISH BALL JENAMA HONG SENG & KAK SU
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 204 paket bebola ikan kerana gagal mengikut spesifikasi pelabelan pembungkusan di sebuah kilang di Jalan Gangsa, Mergong di sini hari ini.
Pengarahnya, Mohamad Fitri Hassan, berkata tindakan itu diambil selepas produk terbabit menjadi viral di media sosial apabila syarikat terbabit menggunakan dua label nama bagi satu produk bebola ikan sehingga boleh mengelirukan pengguna beragama Islam minggu lalu.
Katanya, operasi bersepadu bersama Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kedah dan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah turut menyita premis terbabit kerana terlalu kotor jam 2 petang tadi.
"Pemeriksaan mendapati kilang terbabit tidak mempamerkan jumlah berat atau kuantiti bebola ikan itu selain tidak tertulis pekilang, pengimport atau pengeluar malah label juga tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
"Kami turut mengambil keterangan empat pekerja termasuk pemilik kilang terbabit yang berusia antara 40 hingga 50-an. Kilang terbabit yang sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu, turut diarah ditutup selama 14 hari untuk sesi pembersihan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan operasi menyerbu kilang terbabit di sini, hari ini.
Mohamad Fitri berkata, siasatan dilakukan mengikut Perkara 3(1)(b) Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu denda maksimum RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff, meminta KPDNKK mengambil tindakan terhadap pengeluar bebola ikan kerana menggunakan label yang mengelirukan pengguna.
Mohd Yusrizal berkata, pihaknya menerima tiga aduan mengenai label bungkusan makanan yang menggunakan nama orang Melayu selepas ia mula diviralkan di laman sosial sejak Rabu lalu.
Katanya, nama itu dipercayai digunakan untuk menarik pelanggan beragama Islam supaya membeli produk terbabit yang tidak mempunyai tanda halal.
"Produk ini dilabelkan dengan nama Melayu dipercayai untuk pasaran di pasar raya atau kedai pemilik beragama Islam, manakala satu lagi label tertulis nama syarikat itu dan kedua-duanya menggunakan alamat yang sama.
"Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh mengelirukan pengguna yang sangat sensitif mengenai produk makanan halal," katanya
FC:
*** isu nya sekarang lebih kepada ada 2 label untuk satu produk yang sama .. melayu terasa sebab rasa tertipu. Bukan sebab halal ke tak sebab dah sah sah tak ada tanda halal.
http://hariannews.com/2017/02/05/bebola-ikan-dua-label-nama-dirampas/
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-2-2017 06:07 AM
KPDNKK SERBU KILANG FISH BALL JENAMA HONG SENG & KAK SU
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam ...
Thank you fc. Yg ni terang lagi bersuluh dakwaannya! |
|
|
|
|
|
|
|
Wal..Hal replied at 6-2-2017 09:38 AM
Ade jugak cine name SU wei keong, SU ah mei,SUzy chong so xsalah gune jenama kak su
Amoi nama Ah Su Dap pun ade
Mmg sedappppp bebola dia haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
X paham la...nape melayu senang konpius
Org melayu buat bisnes letak nama erebbbbb x pe pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Buat sendiri je bebola ikan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
haha ni aku setuju. yang jadi pak sanggup kerja situ pun kena hukuman jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
senario kat sana sangat pelik berbanding dengan di sini
kalau kat sini .. siapa pun pekerja nya
indonesia pakai tudung hidang air pun
kalau makanan tak halal..
auto cina tu akan kecoh datang dah bgtau ..soli oo sini melayu tatak boleh makan
|
|
|
|
|
|
|
|
sesama 
sebenar nya memang ada yang sengaja memainkan sentimen halal haram
|
|
|
|
|
|
|
|
Lupa cop lettew |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Su tak pe lagi...kalau Kak Mah...geli geleman aku. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak menipu...itu bukan...
btol tekaan anda...so boikot...
beli yang ni...orang kita punya
ENARAI PRODUK KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM
1. Roti – Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
– SAJI (FGV-FELDA)
– ALIF (Sime Darby)
– ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis – SAJI (FGV-FELDA)
– ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair – Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera – SajiMee Saji (FGV-FELDA)
– ADABI
6. Beras – FAEZA
– Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
– Langsat Hijau (JUARA SELERA)
– Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis – Kipas Udang
– Tamin
– ALIF (Sime Darby)
– Rohaya
– JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram – ZUZA (Kedah)
– Rohaya
– ADABI
– Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan – Mudim
– Rohaya
11. Tepung Gandum – FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng – ADABI (tepun ayam)
– ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin – Pelangi Delima Oil (FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem – Peanut SunBear (FELDA)
– Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 – ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat – GOODKISS (Noraini’s Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget – RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D’herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim’s
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah2an- jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan – ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan – ZUZA, PAK ALI, FAMA
52.Alat tulis jenama k’didi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|