|
[Tempatan]
3 Emas di Sukan Paralimpik, Rio 2016, #261 Skim insentif tertinggi di dunia
[Copy link]
|
|
wana89 replied at 11-9-2016 02:12 PM
Walaupun berbau provokasi tapi Wana hokay
Honestly, agak kecewa ada sesetengah kaum mengungkit su ...
Setuju dgn wana..yg mengata sangat tu,cube suruh diaorang lwn dgn atlet paralimpik..ada je yg x kena kan..dh dpt emas pon still x puas hati..nt kalo olimpik dh dpt emas pon,mst x puas hati lg |
|
|
|
|
|
|
|
Glass_shoes replied at 11-9-2016 02:14 PM
Setuju dgn wana..yg mengata sangat tu,cube suruh diaorang lwn dgn atlet paralimpik..ada je yg x ke ...
Entah2 lawan paralimpik, dia pun tercirit ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 11-9-2016 02:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Syd at 11-9-2016 02:17 PM
Khairy Jamaluddin
Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!
Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada. "Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para." Saya tanya kurang berapa. "Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."
Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya. "Paralimpik ini baharu." "Acara mereka tak ramai penyertaan." "Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang." Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.
Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris. "Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."
Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.
Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA! |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniahhhhh. U make us proud! |
|
|
|
|
|
|
|
itulah mgkn sbb merasakah tak rmi competitors , klulah mereka ni tiada diabilities dan menang gold di olimpik sebenar.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
aku dpt rasekan emas pertama kita org melayu kita yg akan capai
tp dgn bersyarat, kena menang dulu world champ dlm mana2 event
|
|
|
|
|
|
|
|
i baca di ig @nazacorp nak bagi kereta untuk our gold champion... tahniah... alhamdulillah rezeki untuk insan2 yang luar biasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DeeHanania at 11-9-2016 02:48 PM
Tahniah&Bangga...lagu Negaraku berkumandang di Rio... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak nye tgk..
Tahniah la dik. Bangga sgt dgn korang. Walaupun oku korang mmpu berjasa pada negara
Setiap kekurangan korang ada, ada kelebihan nya dik. Tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanna88 at 11-9-2016 07:13 AM
Tahniah..disability or not..dorang deserve dapat ganjaran yg sama..dorang banyak kekurangan tapi semangat juang tinggi..yg tu kita respek ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah . Tabik spring .
#Hatsoff . |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 11-9-2016 03:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Syd at 11-9-2016 03:16 PM
Bekas penjual kuetiau sumbang emas paralimpik
11/09/2016 2:04pm
KUALA LUMPUR - Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.
Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.
Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.
"Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Bangga dan terharu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Ziyad. Baru tahu yg masalah pembelajaranpun dianggap sebagai ketaegori OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by saladin780 at 11-9-2016 03:31 PM
Ambik je duit drpd bajet n dana utk team bola negara yg xde hasil tu bagi kt atlet paralimpik nih.. ..menghabiskan beras je duit berjuta2 tapi xde faedah lansung |
|
|
|
|
|
|
|
Malon kalah lagi bray sama Indon di final mix double Yonex open. Malon jd kucing kampung lagi bray.. Kenape malon selalu kalah ye? ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
genUmi replied at 11-9-2016 03:11 AM
maaf siapa2 boleh share video kemenangan, please
Cek la kt youtubw |
|
|
|
|
|
|
| |
|