CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: budakshinchan

[Tempatan] Edisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazlin

  [Copy link]
Post time 14-6-2016 12:05 AM | Show all posts
Kronologi kes Nurin Jazlin

20 Ogos 2007: Nurin Jazlin Jazimin, 8 dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Sekysen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

28 Ogos 2007: Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes culik.

29 Ogos 2007: Operasi mencari Nurin Jazlin beroleh petunjuk. Polis menerima maklumat Nurin Jazlin dilarikan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah van berwarna putih pada malam kehilangannya.

3 Sept. 2007: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan merayu orang ramai membantu mencari Nurin Jazlin kerana mereka ketiadaan petunjuk tentang kehilangannya.

6 Sept. 2007: Polis mengesahkan penemuan sebuah van berwarna putih di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dikatakan boleh memberi petunjuk baru kehilangan Nurin Jazlin tetapi ia tiada kaitan dengan kes itu.

11 Sept 2007: Ulang tahun kelahiran kelapan Nurin Jazlin.

17 Sept: Polis menjumpai mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48. Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil dan ibunya, Norazian Bistaman dipanggil untuk pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mereka menafikan mayat berkenaan ialah anak mereka.

19 Septr 2007: Polis memulakan gerakan mengesan seorang wanita yang gambarnya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lot kedai tempat mayat kanak-kanak itu ditemui.

Wanita berkenaan dirakamkan berlegar-legar tanpa tujuan di luar lot kedai itu sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh orang lain.

20 Sept 2007: Keputusan ujian DNA mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg sebagai Nurin Jazlin.

21 Sept 2007: Mayat Nurin Jazlin dituntut oleh keluarganya dan jenazah kanak-kanak malang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak.

Polis menubuhkan satu unit siasatan khas yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee.

27 Sept 2007: Polis menggunakan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera llitar tertutup (CCTV) dalam siasatan kes pembunuhan kejam Nurun Jazlin.

28 Sept 2007: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 12:15 AM | Show all posts
Penjaga’ Nurin ditahan -- *Wanita Indonesia direman seminggu *Beri makan sepanjang mangsa ‘disimpan’

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai bertanggungjawab memberi makan kepada Nurin Jazlin Jazimin sepanjang tempoh mangsa ‘disimpan’, ditahan polis di bazar Ramadan, Nilai, Negeri Sembilan berhampiran pasar raya besar Giant, tengah malam tadi.

Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu kini lima orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Wanita yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual pakaian itu juga akan disiasat sama ada dia merupakan wanita berbaju merah dan berseluar biru yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi penemuan mayat Nurin Jazlin.

Rakaman itu memaparkan wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an berada paling hampir dengan tempat mayat mangsa ditemui.

Sumber memberitahu, sebaik ditahan pada kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis daerah Petaling Jaya, wanita itu terus dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan.

Polis turut merampas dua buah telefon bimbit serta lima keping kad SIM daripada wanita berkenaan.

Sumber itu memberitahu, siasatan awal mendapati wanita yang ditahan itu tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan lain.

“Kita tahan wanita itu cuma untuk membantu siasatan. Saya harap semua orang terutamanya media bersabar dan memberi laluan kepada polis untuk menyiasat kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini, wanita yang memakai baju berwarna kuning serta berseluar coklat itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini.

Bagaimanapun, wanita terbabit tiba-tiba rebah di pintu masuk mahkamah sehingga memaksa polis memapahnya masuk ke dalam mahkamah.

Majistret Maimunah Aid kemudian mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kelmarin, polis menahan lima orang berusia 27 hingga 33 tahun termasuk sepasang suami isteri dalam beberapa serbuan di Shah Alam pukul 11.30 malam sebelum membebaskan wanita itu selepas keterangannya direkodkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, wanita yang ditahan itu membuat beberapa panggilan telefon kepada Rakan Cop untuk mengetahui perkembangan dalam tugas polis mengesan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ketika itu masih hilang.

Sumber polis berkata, siasatan awal menunjukkan wanita berumur 23 tahun itu menggunakan sekurang-kurangnya lima kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan) dan dua telefon bimbit untuk membuat panggilan itu serta menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepada Rakan Cop.

Dia juga dipercayai menghubungi Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, ketika kanak-kanak itu mula hilang dan memberitahu bahawa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya, kata sumber itu.

Ketika menahan wanita itu, polis merampas dua telefon bimbit dan empat kad SIM, kata sumber itu.

Bagaimanapun, tanpa disedari polis, wanita itu meletakkan satu kad SIM, iaitu kad kelima, di bawah lidahnya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit cuba menelan kad SIM itu, dipercayai mengandungi maklumat berhubung panggilan yang dibuatnya kepada Jazimin, semasa dia dibawa ke mahkamah tengah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya selama tujuh hari.

Ketika itulah dia rupa-rupanya tercekik kad itu dan hampir pengsan, kata sumber itu lagi.

Bernama difahamkan pegawai penyiasat ASP Loh Pei Pei kemudian membawa wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mengeluarkan kad SIM itu.

Polis turut membawa wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang ini untuk diambil darahnya bagi ujian DNA.

Hubungan antara wanita itu dengan empat suspek lelaki yang ditahan semalam masih belum dipastikan.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang selepas dia bersendirian ke pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini pada 20 Ogos.

Pada 17 September, mayatnya yang tidak berpakaian dijumpai dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah lot kedai di Petaling Jaya. Dia juga mengalami penderaan seksual.

source


kalo tak silap pompuan indon tu dilepaskan dan dihantar pulang ke indonesia, sbb tak cukup bukti kukuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian u tuk adik jazzlin kejam sangat pelaku jenayah sexual . But dari article yang dibuat bagi i pity untuk her parent akan terkenang kisah lama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:22 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 14-6-2016 12:24 AM

Msia di tangga no. 130 drpd 197 negara.



Jaringan Hak Kanak-kanak Antarabangsa (CRIN) meletakkan Malaysia di tangga ke-130 daripada 197 negara yang diundi bagi kategori akses kepada keadilan untuk kanak-kanak.

Menurut jaringan sokongan hak kanak-kanak dunia itu, penarafan antarabangsa pertamanya ialah dari segi bagaimana kanak-kanak boleh menggunakan mahkamah untuk mempertahankan hak mereka dengan berkesan.

Berada di tangga teratas ialah Belgium, Portugal dan Sepanyol, dengan Kenya menjadi satu-satunya negara di luar Eropah yang tersenarai di antara 10 teratas.

Negara jiran, Singapura dan Indonesia berada pada kedudukan lebih baik, dengan masing-masing mengambil tempat ke-120 dan 122.

Malaysia berada pada kedudukan yang sama dengan Antigua, Barbuda dan Vanuatu.

Penarafan itu berdasarkan kepada 4 kategori: status undang-undang Konvensyen Hak Kanak-kanak, status undang-undang kanak-kanak, remedi dan praktikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Kanak-kanak Benyam Dawit Mezmur berkata, ranking negara bukan saja untuk menonjolkan siapa melakukannya dengan baik dan siapa tidak, tetapi untuk menunjukkan kebolehan negara berkenaan menggesa negara mengambil tindakan dan memperbaiki diri bagi mendapatkan ranking yang lebih tinggi.
“Jawatankuasa ini mengalu-alukan kajian itu dan sudah membayangkan sumbangan kukuhnya kepada pelbagai penglibatannya dengan negara.”

Sementara itu, Pengarah CRIN Veronica Yates berkata, akses kepada keadilan ialah mengenai mencabar tanggapan terhadap kanak-kanak hanya mangsa atau kurang bernilai berbanding orang dewasa.

“Ia mengenai mengiktiraf kanak-kanak, sama seperti orang dewasa, mempunyak hak asasi dan apabila hak itu dilanggar, mereka sepatutnya boleh mempercayai dan menggunakan sistem perundangan untuk mendapatkan keadilan.”

CRIN dalam laporannya mengenai Malaysia menyatakan, walaupun bersetuju dengan Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), ia tidak menguatkuasakan undang-undang itu dan tidak boleh dikuatkuasakan mahkamah.

“Malaysia bersetuju dengan CRC pada 1995 dengan beberapa rancangan untuk menyelesaikan percanggahan antara peruntukan dalam CRC dan perundangan negara, termasuk undang-undang syariah.

“Bagi membolehkan perjanjian antarabangsa ada penguatkuasaan dalam undang-undang Malaysia, ia perlu betul-betul dimasukkan menerusi undang-undang,” kata laporan itu.

Ia juga menyatakan Malaysia mempunyai 2 sistem perundangan, iaitu bermaksud keputusan boleh dibuat sama ada di bawah undang-undang sivil atau syariah.

“Jawatankuasa Hak Kanak-kanak melahirkan kebimbangan keadaan itu akan meningkatkan layanan tidak konsisten kepada kanak-kanak.

“Undang-undang syariah dipaksa kepada umat Islam, sementara sivil kepada bukan Islam, dan 2 sistem perundangan boleh menyebabkan ketidaktentuan bagi keluarga dengan latar belakang agama berlainan dan berpotensi menyebabkan tahap perlindungan tidak saksama bagi kanak-kanak berbeza latar belakang di mahkamah,” kata laporan itu.

Malaysia juga bersetuju dengan Protokol Pilihan kepada CRC mengenai penjualan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak dan Protokol Pilihan mengenai pembabitan kanak-kanak dalam konflik bersenjata, tetapi belum menandatangani atau mengesahkan Protokol Pilihan ke-3 mengenai prosedur komunikasi, kata laporan itu.

Penarafan dunia itu kembali menarik perhatian dalam beberapa bahagian di mana hak kanak-kanak diabaikan di Malaysia.

Salah satu contoh terbaharu ialah pertarungan hak penjagaan anak berlainan agama membabitkan guru tadika M Indira Gandhi, di mana anaknya yang masih di bawah umur ditukarkan agama kepada Islam dilakukan bapanya yang memeluk Islam.

Pada 30 Disember, Mahkamah Rayuan mengekalkan pertukaran agama kanak-kanak itu, Tevi Darsiny, 19, Karan Dinish, 17, dan Prasana Diksa kepada Islam dilakukan bapa mereka.

Susulan keputusan itu, Majlis Peguam Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap keputusan berkenaan dan berkata antara lain, pihak berkuasa perlu menghormati hak kanak-kanak bawah umur dan ibu mereka sepatutnya dilibatkan ketika membuat keputusan membabitkan pertukaran agama anak mengikut pematuhan Malaysia di bawah CRC.

Sepanjang tahun lalu, persatuan sivil dan wakil rakyat pembangkang menggesa Malaysia memperkenalkan Akta Pendaftaran Pesalah Seksual susulan statistik menunjukkan wanita dirogol setiap 15 minit di negara ini, di mana separuh mangsa ialah gadis di bawah umur 16 tahun.

Sembilan tahun sudah berlalu sejak ia kali pertama diilhamkan oleh polis pada 2007 dan disokong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dirogol dan dibunuh dengan mayatnya dibuang dalam beg.




Kes rogol termasuk termasuk kanak-kanak 11 tahun dirogol abang iparnya berusia 35 tahun dan satu lagi kejadian di mana wanita dirogol berulang kali oleh guru tuisyennya sejak berusia 14 tahun.

Mengenai pornografi kanak-kanak, pada Mei tahun lalu, negara kecoh mengenai berita seorang pelajar Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin yang belajar di Imperial College UK, disabitkan bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej pornografi kanak-kanak dan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Southwark di London, pada April 2015.

Polis United Kingdom mengklasifikasikan imej itu sebagai “Kategori A”, dengan antaranya imej pornografi kanak-kanak paling teruk iaitu termasuk penetrasi seksual terhadap kanak-kanak.

Peguam Malaysia dalam komen mereka berkata tidak ada undang-undang dalam negara untuk menangani masalah pemilikan gambar pornografi jika ada pesalah seperti Nur Fitri melakukan perkara sama di sini.

Ini kerana Seksyen 292 Kanun Keseksaan ialah bagi kesalahan menjual dan mengedar bahan lucah, sementara Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan kesalahan membuat, mencipta dan menghantar bahan seumpama itu.

Kedua-duanya tidak menyentuh isu pemilikan dan menonton. – 15 Februari, 2016.

source

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 13-6-2016 08:45 AM

Tiada undang undang masalah pemilikan pornografi kanak kanak??????  Maksud sesiapa sahaja boleh memiliki pornogragrafi kanak kanak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
my aunt pun time tu anak2 perempuan dia baya2 arwah, seminggu dia takde selera makan..dok terbayang klu benda tu jadi kt anak2 dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 04:49 AM | Show all posts
tak sanggup nengok la masa tu  deng
hati tak kering lagi masa tu

baca2 berita ja





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 04:51 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-6-2016 12:22 AM
Msia di tangga no. 130 drpd 197 negara.
@spiderman80

harap sudi bagi tacang lebih
Informative Article

Terimakasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku trauma ceta ceta bgni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
skinsandstars replied at 13-6-2016 09:43 PM
Kes nurul huda tu pun macam kes nurin ni ke? Taun bila jadi tu sebab iols mcm x ingat kisah tu.

kes nurul huda x silap meols 2004..hingga mengilhamkan lagu Terlalu Istimewa by Adibah Nor
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:26 AM | Show all posts
aku still x puas ati..mcm mn mak dia leh lpskn dia sorg2 g psr mlm..
x tercapai aku la weiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah yang tragis. Tengok gambar kat paper, terbawa dalam mimpi tau. Pembunuh tu mmg berpenyakit lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:35 AM | Show all posts
dani-rox replied at 13-6-2016 11:53 PM
ada yg cakap jumpa dia mengemis di Thailand, China, Pontian Johor etc

lg kesian parents nya ber ...

Sampai hati kan yang buat gitu,amik kesempatan kat parents diaorg tu semua.

Rumah aku kat johor kan dapat TV singapore,jd saja nak share kes pembunuhan kanak-kanak kat singapore.
Yang paling aku ingat kes pembunuhan huang Na,budak kecik.comel je.yang bunuh tak silap aku pekerja pasar ke gitu lah.
Dia olok-olok main hide n seek dgn budak tu dlm store,Lpstu dia rogol budak tu,bunuh,dia bungkus budak tu dalam plastik berhelai2, masuk
Dalam kotak,Lpstu sealed kotak tu.3 minggu polis cari kehilangan huang Na ni.tapi dalam ASTRO ci dia pernah tunjuk kes ni budak ni dia bubuh dlm MCM tong ikan duduk bilik sejuk sbb tu tak jumpa.

Lepastu kes ritual murder kat singapore.kat Malaysia ada mona fendi kan?kat sana ada adrian Lim.dia dgn pembantu dia 2org, salah sorg tu isteri dia. Dia bunuh 2 Org budak kecil sorg Cina,sorg melayu.dia buat ritual apa Ntah.dia bunuh kemudian minum darah budak tu.mmg gila lah.

Lagi satu aku ingat pasal tan Children murder.tinggalkan anak dia kecik kat umah.mak pak keje.mak dia nak kejut anak dia tak bangun,suruh jiran kejut jiran cakap tak bangun.malam2 mak dia balik tengok semua anak dia mati kena bunuh dah.jumpa dalam bilik air. Mayat diaorg di hempap kan antara satu sama lain,ala di susun bertindih,beratus suspek dipanggil TP hingga sekarang tak tahu sape bunuh budak-budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:37 AM | Show all posts
Star_el replied at 13-6-2016 03:23 PM
eh Sharlini tu yg lelaki kucing tu kan?
Aku rs cam xde closure on whatever happened to her?
Bole ...

yup..kes adik sharlinie macam terus lesap.. dulu2 selalu nampak iklan adik sharlinie dekat tol..

sekurang2nya arwah adik nurin, dijumpai jugak mayat, walaupun pembunuh masih bebas
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh mungkin warga asing. Semoga orang ni dijumpa, ditangkap dan dihukum sepenuhnya utk pengajaran pedo2 yg berkeliaran diluar
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:05 AM | Show all posts
Changa replied at 13-6-2016 05:52 PM
tapi kan sister, kalau polis betul2 rajin heshe boleh jah request call log untuk cell tower di kaw ...

From what I red - cap jari pembunuh/perogol Nurin yg terdpt pada badan Nurin tidak match sebarang rekod di JPN dan immigresen. Kemungkin besar PATI or mana2 bangsa asing yg masuk secara haram. Dan ketika itu PrePaid tidak berdaftar - sesiapa sahaja boleh beli nombor - pakai dan buang. Nombor yg dicallnya pun mungkin no prepaid jugak. Sejak itu la Prepaid kena daftar if I am not mistaken.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 08:11 AM | Show all posts
skinsandstars replied at 13-6-2016 09:43 PM
Kes nurul huda tu pun macam kes nurin ni ke? Taun bila jadi tu sebab iols mcm x ingat kisah tu.


tak silap lepas adik Nurin nye kes.. Nurul Huda hilang terus lenyap kenot find..
Tak tau jumpa ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:22 AM | Show all posts
Edited by Syd at 14-6-2016 08:24 AM

gambar-gambar pulak

















Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:35 AM | Show all posts
sedih sgt kan.. membayangkan keadaan arwah je dah cukup menyesakkan dada, berlinang air mata..apala sgt kudrat budak kecik ni.. Allahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 89851 Replies : 815
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11549 Replies : 89
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9676 Replies : 48
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13898 Replies : 187
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 107017 Replies : 2932
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 303950 Replies : 7508
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11474 Replies : 71
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14975 Replies : 66
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6769 Replies : 37
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8857 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.075037 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list