CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 2-3-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jie.... Jie... Jangan buat benda yg bukan2... Kelak diri sendiri yg terjerat utk kesekian kalinya... Pls think the consequences of ur act...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-3-2015 09:44 PM
Jie.... Jie... Jangan buat benda yg bukan2... Kelak diri sendiri yg terjerat utk kesekian kalinya... ...

Stay tune !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 11:54 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 12:44 AM

Viana merungut sendirian melihat kelibat Zulkarnain. Mamat ini tak kerja ke? Asyik berkepit dengan Jie 24 jam. Namun kata kata itu hanya bergema dalam hati.

"Hi Zul, cari Jie ke?" Sebaliknya ayat lain yang kedengaran keluar dari bibir merah delimanya. Viana senyum menawan. Ingin memancing perhatian lelaki dihadapannya.

Zulkarnain hanya senyum. Sekadar menjaga hati. Kalau dulu mungkin perasaan melonjak gembira mendengar sapaan mesra Viana tetapi kini dia pelik. Tak pernah Viana menegurnya. Pasti ada maksud disebalik semua ini ! Spontan mindanya menterjemah pelakuan Viana. Mata masih melilau mencari pujaan hati. Tiada ! Selalunya Jie akan duduk dilaman waktu begini.

Nampaknya terpaksalah Zulkarnain bertanya kepada wanita dihadapan ini. Bayang Faridah tidak kelihatan pula. "Yup ! Jie mana Vee?"  Ada niat disebalik kedatangannya. Ingin membawa Jie ke satu tempat.

"Jie cakap nak buat surprise untuk you ! Dia minta izin Daddy nak pergi hospital cari you. You tak jumpa dia ke?" Viana memulang semula soalan kepadanya.

"Surprise ?!" Zulkarnain kaget. "La, kenapa dia tak call I dulu? I off duty today." Ralat mula dirasakan. "I pergi dulu Vee . Bye !" Zulkarnain terus menuju ke Audi R8 miliknya yang diparkir di halaman.

"Wait Zul !" Viana segera menghalang. "I need your help !" Tak mungkin Viana mahu melepaskan peluang untuk mengorek rahsia dari lelaki ini.

"Apa dia?" Walau kurang senang hasrat terhalang, Zulkarnain tiada pilihan. Viana adalah kakak Jie ! Tak tega untuk membiarkan Viana tidak dibantu. Berharap sempat untuk menemui Jie.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-3-2015 11:23 AM

Rayyan semak dengan Mama ! Entah kenapa Mama boleh pula membawa Safihah untuk diperkenalkan kepadanya disini. Pejabat adalah tempat  untuknya bekerja bukan untuk mencari pengganti isteri ! Rayyan tak nafikan Safihah itu cantik bertudung malah sopan tatkala berbicara. Akan tetapi Rayyan tak berminat ! Cinta dan kasih sayangnya khusus buat Jie. Tak kisahlah Jie masih membenci dirinya, Rayyan tetap yakin Jie akan kembali dan memaafkan semua kesalahan yang dilakukan. Rayyan sanggup menunggu sehingga saat itu tiba.

"Fiha minta maaf ! Aunty tak cakap pula nak bawa Fiha ke sini. Fiha ganggu abang ke?" Wajah polos gadis dihadapan Rayyan kelihatan serba salah. Air kopi yang terhidang tidak disentuh. Tengku Safiah sengaja meninggalkannya berduaan dengan Rayyan.

Rayyan tersentak. Pertama kali diri dipanggil abang. Janggal rasanya. "Macam inilah you.. Safihah kan? Mama I tu memang suka 'match'kan I dengan mana mana gadis yang dia berkenan. Dari sebelum I kahwin sampailah sekarang ! I love my wife very much !" Itu memang satu kenyataan yang takkan berubah ! Safihah cantik tetapi belum mampu membuat Rayyan goyah. Jantungnya hanya berdetak kencang bila disamping Jie.

Safihah dilihat hanya diam.Rayyan menyambung kemudiannya. "You masih muda dan cantik ! You boleh dapat mana mana lelaki yang you nak ! Jangan ikut plan Mama I yang mengarut tu !" Malas cakap berlapik lagi. Berterus terang lebih mudah ! Rayyan tak mahu peristiwa dimana Zeeta sibuk mengejar cintanya berulang. Cukuplah sekali ! Rayyan sudah serik !

"Tapi..." Safihah mula sebak. "Fiha sukakan abang !" Mungkin kedengaran agak bodoh , namun Safihah jatuh hati pada Rayyan sewaktu pertama kali bertemu di majlis persandingan Rayyan dan Jie. Rayyan kelihatan segak sekali dimatanya.

Pelik tapi benar ! Terus Safihah jatuh cinta pandang pertama. Disebabkan itu Safihah tidak menolak bila dilamar oleh Tengku Safiah sebagai isteri kedua Rayyan. Malah hati berbunga dapat peluang bersama lelaki  yang selama ini dipuja dalam diam.

"What ?!" Rayyan terkesima. Ternyata gadis dihadapannya tidak senaif yang disangka. "I..." Terlepas cawan dari genggaman Rayyan. Air kopi tumpah di kemeja yang tersarung dibadan sasanya.

"Abang ok?" Safihah segera mengambil tisu diatas meja untuk mengelap tumpahan air dibaju Rayyan. Tak sempat Rayyan membantah tindakan Safihah pintu biliknya dibuka dari luar.

Jie tergamam melihat suaminya disisi seorang gadis cantik berhijab. Namun, wajahnya tetap selamba. Senyuman dihadiahkan buat mereka. Air mata ditahan dari jatuh.

"I kacau you all ke?" Jie menyoal Rayyan dan Safihah. "Sorry I datang salah masa." Jie duduk berhadapan dengan Safihah. "By the way, nama I Najiha ! You?" Salam pekenalan dihulur.

"Safihah !" Teragak agak huluran tangan Jie bersambut. Tahu Jie adalah isteri Rayyan. Bakal madunya jika Tengku Safiah berjaya memujuk Rayyan mengahwininya.

"Oh.. I heard  about you from my mother in law !" Jie senyum. Rupanya inilah Safihah yang Tengku Safiah berkenan sangat untuk menjadi isteri Rayyan. Jie tak nafikan gadis itu memang menarik. Cantik ! Berwajah sedap mata memandang dan beralis tebal.

"So bila wedding date you Ray?" Jie beralih menyoal Rayyan. "Boleh I datang memeriahkan majlis you." Masih lagi senyum walau hatinya terluka.

"Please sayang.. Ini bukan macam yang you fikir ! I tak pernah terfikir pun nak duakan you !" Rayyan tak mahu salah faham timbul. Sudahlah perkahwinan mereka dalam krisis sekarang.

Jie malas berpura pura lagi. " I nak balik !" Pantas saja langkah dihala keluar. Panggilan Rayyan tidak diendahkan. Jie sendiri tak tahu kenapa hatinya sakit melihat Rayyan disisi gadis lain sedang dirinya yang beriya iya minta diceraikan.

"You boleh naik cab atau suruh PA I yang tadi tu hantar you balik !" Teringat pesan Mama meminta tolong menghantar Safihah pulang. Setelah berkata begitu kepada Safihah, Rayyan terus saja mengejar langkah isterinya. Malas fikir ! Pandailah Safihah jaga diri sendiri.

Perasaan Jie lebih utama dari segala ! Isterinya perlu tahu perkara sebenar ! Rayyan takut Jie semakin jauh dari sisinya dan tak mampu dicapai lagi !


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:36 AM | Show all posts
thanks for update...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:29 AM | Show all posts
elia201 replied at 2-3-2015 05:17 PM
Rayyan semak dengan Mama ! Entah kenapa Mama boleh pula membawa Safihah untuk diperkenalkan kepadany ...

Kenapa aku rasa nak komen emo tapi tak boleh? kenapa aku rasa benci pada zack,ray dan zul? Kenapa aku tulis kenapa dan nak maki jer watak ni tapi tak boleh sebab jari terkelu? Kenapa aku harap ray mati?Kenapa aku rasa tt nak buat lgi bab?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2015 11:04 AM | Show all posts
Esmiria replied at 3-3-2015 09:29 AM
Kenapa aku rasa nak komen emo tapi tak boleh? kenapa aku rasa benci pada zack,ray dan zul? Kenapa  ...

i suka main conflict ma

you jangan marah marah k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 01:01 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 11:48 PM

Sengaja kelajuan kereta Golf GTI yang dipandu dipertingkatkan. Had laju sudah melebihi 200 kilometer. Jie tak peduli !  Tak kisah membayar saman AES ataupun speed trap.  Tambah pula keadaan jalan raya agak lengang. Sesuai untuk memecut. Segala stress hilang !

Dari arah berhadapan kelihatan seorang gadis sedang berdiri resah di sisi kereta di kiri jalan. Menanti penuh sabar kedatangan tow track untuk menunda keretanya. Tak pasti masalah yang dihadapi kerana enjin Honda City miliknya tidak boleh dihidupkan. Sudahlah ada kerja yang harus dilakukan ! Keluhan dilepaskan. Keadaan jalan sunyi sepi. Tiada satu kereta pun kelihatan.

Jie baru perasan kewujudan kereta terparkir dipinggir jalan. Kelajuan kereta yang dipandu cuba dikurangkan. Sedaya upaya mengelak dari berlanggar.

Jie tiada pilihan melainkan brek kecemasan. Adrenalin rush mula terasa. Mujur anti-lock braking system  berfungsi dengan baik dan Jie mampu mengawal keretanya dari tersasar. Tangan menggeletar ketakutan.

Satu ketukan kedengaran diluar kereta. Jie tersedar. Wajah cemas suaminya ditenung. Kosong. Tak pasti bila masa Rayyan mengikutinya.

"You nak mati ke sayang ?!' Rayyan tak sedar meninggi suara. Tindakan Jie memecut laju sama seperti sengaja membunuh diri ! Entah apa yang merasuk fikiran isterinya. Memandu sesuka hati ! Jenuh Rayyan mengikut dari tadi.

Jie membuka pintu lalu keluar dari keretanya.

" I.. " Lidah  Jie kelu. Trauma makin terasa. Nyawanya hampir melayang kerana menurut kata hati !

Wajah gadis yang hampir menjadi mangsa langgarnya ditenung. Jie dapat rasakan pandangannya kabur dan kepala mula berpinar. Badan longlai. Jie rebah tidak sedarkan diri.

Mujur tubuhnya sempat disambut oleh Rayyan. Rayyan pantas mendukung isterinya ke kereta Subaru  Impreza  WRX yang diparkir dipinggir jalan.

Gadis tadi membantu Rayyan membawa tas tangan milik Jie.

"Thanks sebab tolong I dan wife I !" Rayyan sempat mengucapkan terima kasih kepada gadis yang baik hati membantu.

Gadis itu hanya tersenyum manis. " Welcome ! I nampak kereta wife you speeding tadi." Dari cermin sisi sudah terlihat kereta yang dipandu Jie memecut laju.  "May be dia tak perasan kereta I park tepi jalan kot.  Kereta I rosak !" Rasa bersalah kerana memarkir kereta dikawasan laluan kenderaan lain.

"By the way my name is Rina ! This is my card !" Sekeping kad nama dihulur kepada Rayyan. " Boleh I dapatkan name card you atau wife you? I cuma nak tahu wife you ok ke tak.. " Rina sekadar ingin memastikan Jie selamat.

Rayyan segera mencapai kad nama di dalam keretanya. " You can call me later. Bye Rina !" Kad bertukar tangan. Senyuman dihadiahkan kepada Rina sebelum berlalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 04:09 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 12:50 AM

Doktor wanita yang sedang merawat Jie hanya tersenyum saja melihat Rayyan yang mundar mandir dari tadi. Sejak dari di kaunter pendaftaran sehinggalah isterinya dimasukkan ke wad, lelaki itu tampak resah. Faham dengan perasaan yang biasa dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.

"Encik suami Puan Nur Najiha?" Doktor yang memakai tag nama Azlin menyapa mesra Rayyan.

" Yup ! Call me Rayyan ! Isteri I macam mana doc?" Jelas terpancar kebimbangan diwajahnya.

"Isteri Encik cuma terkejut. Tekanan darah agak rendah.  Mungkin perubahan hormon. Simptom biasa wanita hamil. Tak ada apa yang perlu Encik risaukan." Dr Azlin masih lagi tersenyum.

Rayyan kaget. Jie hamil? Bukankah isterinya sudah lama keguguran anak mereka ? " Isteri I tak keguguran ke Doc?!" Sukar untuk percaya. Mungkinkah Jie sengaja menyembunyikan kehamilannya? Tapi kenapa dan mengapa? Seribu satu persoalan bermain diminda.

Doktor Azlin senyum. Mungkin Rayyan panik maka lelaki itu menyoalnya sedemikian. " Keadaan kandungan isteri Encik stabil !  Anak sulung memang awal awal ini tak nampak sangat perubahan fizikal ibu. Tambah pula isteri Encik memang kurus." Sungguh tubuh badan Jie tak nampak seperti wanita hamil.

Doktor Azlin sendiri terkejut bila mendapat tahu keputusan ujian ke atas sampel darah Jie yang diterima dari makmal menemui hormon HCG membuktikan pesakit itu memang sedang hamil.

" Tapi kami boleh buat ultrasound kalau Encik nakkan kepastian." Wajah Rayyan ditenung untuk mendapatkan jawapan.

Rayyan hanya menganggukkan kepala, tanda setuju. Fikiran masih keliru.

" Saya akan transfer Puan Nur Najiha ke ward Obstetrician & Gynaecologist untuk pemeriksaan lanjut." " Anything Encik Rayyan boleh refer pada staff bertugas.  " Doktor Azlin terus saja berlalu. Ada urusan yang perlu diselesaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:04 PM | Show all posts
Yes...jie mengandung...mesti rayyan pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:23 PM | Show all posts
maknanya kat sini ada org yg dengki bgth semua org yang JIE dah gugurkan...jahat sungguh org tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 05:23 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 12:35 AM

Imej ultrasound dan penerangan dari Doktor Rania membuatkan Rayyan terpaku. Sampai hati isterinya menidakkan haknya sebagai ayah kepada anak dalam kandungan Jie. Memang Jie keguguran anak mereka namun disebabkan Jie mengandungkan kembar maka satu lagi janin masih membesar dalam rahim isterinya. Hasil ultrasound menampakkan dua kantung.

Satu kantung kosong milik bayi yang keguguran manakala satu lagi kantung tumbuh membesar anak yang dikandung isterinya. Jelas terlihat degupan janin ! Perasaan Rayyan bercampur baur. Gembira dalam masa yang sama sedih dengan tingkah laku isterinya.

"Apa semua ini sayang?! Kenapa you tipu I?! You tak bagitahu I pasal anak kita !" Rayyan berhak tahu rasional disebalik semuanya.  Punca isterinya merahsiakan perkara sepenting ini !

Jie hanya membiarkan suaminya.  Bingkas bangun dari pembaringan. Pantas saja langkah diatur untuk keluar. Lari dari hospital ! Lari dari menjawab soalan Rayyan ! Rahsia yang disimpan selama ini sudah terbongkar. Jie pasti Rayyan sudah tahu dirinya masih mengandung !

" You nak pergi mana sayang ?!" Rayyan menghadang di pintu. Hati takkan puas selagi gagal mendapatkan penjelasan dari mulut Jie sendiri.

" I nak balik !" Emosi mula menguasai diri. Air mata  mengalir di pipi. "I tak nak tengok muka you !" Sebetulnya Jie hanya mahu melarikan diri. Penat untuk bersoal jawab.

Rayyan segera merapati isterinya. Titisan jernih yang membasahi pipi Jie dikesat. " I akan bawa you balik ! You masih isteri I and tempat you adalah disisi I !" Nekad untuk memastikan Jie tunduk kepada kehendaknya.  

Tak kisah isterinya setuju atau tidak, Rayyan akan pastikan mereka kembali hidup bersama ! Jie masih haknya sebagai suami !
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:34 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-3-2015 08:09 AM
Doktor wanita yang sedang merawat Jie hanya tersenyum saja melihat Rayyan yang mundar mandir dari ta ...

Aku dpt rsa, Rina ni sma jnis mcm shera.haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:36 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 3-3-2015 09:51 AM
elia201 replied at 3-3-2015 08:09 AM
Doktor wanita yang sedang merawat Jie hanya tersenyum saja melihat Rayyan yang mundar mandir dari ta ...


Dableeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 06:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 12:24 AM

Jie merenung suaminya yang sedang fokus memandu. Rayyan sudah menghubungi Daddy untuk memberitahu Jie selamat bersamanya. Akal masih mencari jalan untuk melepaskan diri dari Rayyan.

"You... I nak balik rumah Ibu.." Suka atau tidak Jie terpaksa merayu kepada suaminya. " Nak ambil barang kejap pun jadilah.. I promise I akan ikut you.." Memang bodoh alasan yang diberikan namun hanya itu yang terlintas diminda.

Sempat menjeling sekilas isterinya. "I kenal you sayang ! You ingat semudah itu I nak lepaskan you? No !"  Pandangan dihala ke arah jalan raya. " You suka main lari lari kan ?" Sekarang I nak bawa you lari.." Rayyan sengaja memulangkan paku buah keras. Isterinya masih lagi gemar lari dari masalah. Tak berubah !

"Malaslah I nak layan you !" Entah kenapa Jie mula terasa hati. Pandangan dialih dari menghadap Rayyan. Merajuk !
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayyan ni memang tak reti putus asa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-3-2015 10:09 PM

Tak sampai hati nak mengejutkan isterinya yang masih lena. Pada mulanya Rayyan fikir Jie berpura pura tidur kerana merajuk permintaannya tidak dipenuhi. Rupa rupanya Jie memang terlelap ! Air cond kereta dibiarkan terpasang.

Rayyan tak mahu mengganggu isterinya. Lantas mengambil keputusan untuk duduk saja dalam kereta sementara menanti isterinya bangun.

Sesekali  jari jemari menyentuh pipi isterinya. Sudah lama tidak membelai wajah itu. Rindu ! Rambut yang terjuntai didahi Jie diselak. Satu ciuman dihadiahkan. Tindakan Rayyan membuatkan Jie terjaga. Terkejut.

" You ni kacau lah.." Mata Jie separuh terbuka. Mamai. Namun perut terasa lapar. "Kita dekat mana? I lapar  !" Kali terakhir makan tengah hari tadi.

"Adalah.." Rayyan sengaja berahsia. "You nak makan apa sayang? Baby nak something tak?" Tangan menyentuh perut isterinya. Jie pantas menepis. Benci ! Rayyan tergamam dengan pelakuan isterinya.

"Kenapa ini sayang?" Rayyan masih lagi tak faham kenapa Jie sukar memaafkannya. "I tahu salah I ! I dah minta maaf, kan? Apa yang you nak I buat supaya you maafkan I?" Sedaya mungkin cuba berlembut. Tak mahu membuat hati isterinya terluka.

Rayyan pernah terdengar nasihat mengatakan wanita mengandung memang sensitif. Mungkin  perubahan hormon punca Jie berubah.

"I hanya akan maafkan you kalau you ceraikan I !" Sempat lagi hal penceraian mereka dibangkitkan. Jie memang ingin dirinya dilepaskan !

Bukan kerana tidak cintakan Rayyan tetapi lebih kepada tak tahan lagi berdepan dengan Tengku Safiah ! Zulkarnain betul ! Hanya ada satu cara untuk Jie bebas dari belenggu Tengku Safiah. Berpisah dengan Rayyan ! Putuskan semua pertalian dengan Tengku Safiah !

Sekali lagi Rayyan tersentak. "You tahu I takkan ceraikan you ! Kenapa you tak nak bagi I peluang? You pernah janji dengan I, you takkan lari dari I..  I tak lupa sayang !" Sebak makin membelit.

"Mana janji janji you?  You janji you akan cintakan I sampai mati ! Sebab satu mistake I.. Satu mistake saja ! You nak buang I terus dari hidup you !" Kesal dengan sikap Jie. Hampa dan kecewa silih bertandang.

" You bunuh anak I ! I tak nak hidup dengan you lagi !" Walau Jie bersyukur seorang dari kembar yang dikandungnya selamat namun ralat tetap ada bila memikir teganya Rayyan mengasari dirinya.

" I akan jaga anak dalam kandungan ini supaya you atau Mama you takkan dapat cederakan dia. Cukuplah I kehilangan anak I sekali !"  Jie yang meminta Zulkarnain supaya memalsukan status kandungannya. Biar saja Rayyan fikir anak mereka sudah tiada. Kebetulan lelaki itu adalah doktor yang merawatnya.

Selain Zulkarnain, hanya Daddy dan Faridah saja yang tahu Jie masih lagi mengandungkan anak Rayyan. Malah Viana dan Mummy pun tidak diberitahu.

Jie mengeluh. Kalau dirinya tidak muncul dipejabat Rayyan siang tadi pasti Rayyan takkan tahu keadaan Jie yang sebenar. Salahnya kerana tidak sabar untuk meminta Rayyan menandatangani dokumen perceraian mereka.

Semua gara gara ugutan Tengku Safiah ! Mama mertuanya memberi Jie masa sebulan untuk memastikan Rayyan menceraikannya. Atau perkahwinan Viana jadi taruhan !

" I tahu you terluka sayang.." Rambut ikal isterinya diusap. " I memang pembunuh anak kita ! Kalau bunuh I boleh redakan sakit hati you. I tak kisah !"Nafas dihela panjang. Tiada respon dari isterinya.

"Bunuh you?!" Jie senyum sinis. " Apa yang I dapat? Anak I bukan boleh hidup balik !" Sempat suaminya dijeling. Menyampah !

"You bercerai dengan I pun apa yang you dapat? " Rayyan memulang kembali soalan yang sama.

Jie mahu membalas kata kata Rayyan namun deringan telefon bimbitnya mengganggu pertikaman lidah antara mereka. Pantas beg tangan dicapai. Note 4 miliknya dikeluarkan.

Namun belum sempat Jie ingin menjawab , telefon bimbit dirampas dari tangan oleh suaminya.

"Iskandar Zulkarnain..." Rayyan menyebut nama pemanggil yang tertera diskrin. "Apa respon 'buah hati' you kalau I yang jawab call ini?" Usai berkata begitu Rayyan segera menyentuh skrin untuk menjawab panggilan.

"Hi Bro..." Rayyan sempat melirik ke arah isterinya. "Najiha ?" Senyum.  " Isteri I tengah berada dalam pelukan I sekarang. Tak ada masa nak layan you !"  Sengaja panggilan dimatikan.

Puas hati dapat mengenakan Zulkarnain. Lelaki itu masih lagi tak putus asa mengejar isterinya.

"You memang sengaja, kan?" Jie faham sangat motif Rayyan bercakap begitu. Untuk membuat Zulkarnain cemburu !

"Salah ke?" Rayyan menyoal balik. " Setakat peluk aje kot ! Kalau I nak cakap lebih dari itu pun boleh ! You still isteri I !" Spontan teringat Zulkarnain pernah mengaku meniduri isterinya. Itu lagi teruk !

"Anything you tak puas hati dengan I, kita discuss nanti." Rayyan tak mahu memanjangkan pertelingkahan mereka. "You laparkan? Kita makan dulu." Ada satu tempat yang ingin Rayyan bawa isterinya pergi. Yakin Jie akan suka !
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:34 AM | Show all posts
selamat pagi semua...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 02:09 PM | Show all posts
nk n3 lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata tak berkelip melihat isterinya yang ralit mengunyah dari tadi. Jarang untuk Rayyan lihat Jie makan banyak sepanjang mereka hidup bersama.

Terbalik dengan Rayyan. Mencium bau tom yam saja sudah cukup membuat tekak mual. Makanan laut yang menjadi kegemarannya rasa janggal untuk ditelan. Memikirkan Jie yang mengidam steamboat Rayyan terpaksa turutkan. Takut isteri yang dicintai merajuk lagi. Sedari tadi hanya brokoli saja yang menepati seleranya. Tak pasti sejak bila Rayyan menjadi vegetarian, namun hanya sayur saja yang boleh dijamah. Selain dari itu, Rayyan akan memuntahkan semula. Mungkin Papa dan pembantu rumahnya benar. Isterinya yang mengandung tetapi Rayyan pula terkena morning sickness !

Mungkin morning sickness bukan istilah yang sesuai kerana sakit ini menyerang Rayyan tak kira masa. Boleh terjadi pagi, petang atau kadang pada tengah malam ! Walau mengganggu rutin hariannya namun alah bisa tegal biasa. Rayyan sudah lali. Anggap saja ini tanda cinta yang tak berbelah bahagi kepada isterinya kalau benarlah ini 'alahan' yang dialami suami bila isteri berbadan dua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.174027 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list