|
syanamir posted on 1-4-2013 04:23 PM
sesuatu kan???...
so eddie minta bantuan jiha ada muslihat rupanya....
Sadap u....
|
|
|
|
|
|
|
|
team Eddie dah ramai...
nampaknya mcm nalle seorg je team rahul.. |
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 2-4-2013 07:15 AM
team Eddie dah ramai...
nampaknya mcm nalle seorg je team rahul..
Eh, teamRahul ramai maa! Tapi depa tu bergerak dlm senyap. Ops senyap gitu!
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 2-4-2013 07:15 AM
team Eddie dah ramai...
nampaknya mcm nalle seorg je team rahul..
dont wolly...im wif u... & ramai lagi blm muncul...
go..go..rahul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 2-4-2013 09:46 AM
Soalan Matematik Tambahan Tingkatan 5
Selesaikan hubungan persamaan di bawah dengan menyatakan fu ...
Nicki ni musti tersampuk dek thread budak genius tu khenn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Meh kita lihat formula nicki boleh diguna pakai atau tidak...
---
BAB 36
Hmm... Lelaki ini selalu memprovokasi forumer. Namun soalannya tidak sia-sia. Kalau tak dijawab, dia akan terus berada di dalam kegelapan.
Orang Islam memang sentiasa dibayangi oleh syurga dan neraka. Syurga digambarkan sebagai tempat keseronokan abadi manakala neraka pula sebagai tempat siksaan. Hakikatnya, sebagai hamba, manusia hanya perlu TAAT. Apabila diminta melakukan sesuatu maka patuhlah. Apabila diminta meninggalkan sesuatu juga patuh. Itulah ikhlas.
Namun, Allah sering memberi janji-janji keindahan syurga. Allah juga mengingatkan tentang neraka. Kerana apa? Kita hamba adalah lemah. Manusia sering alpa. Jadi kedua-duanya sering diperlukan. Keseronokan syurga membangkitkan ghairah hamba beramal sebaliknya kengerian neraka menjadi penggera amaran. Tidak semua manusia itu sama level keimanan mereka. Jadi usah dipersoal tentang syurga dan neraka.
TAAT... Apakah aku hanya hamba-Mu yang hanya pandai berkata-kata?
********** Last edited by ladyFinger12 on 2-4-2013 10:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 2-4-2013 07:15 AM
team Eddie dah ramai...
nampaknya mcm nalle seorg je team rahul..
saya pun team rahul...kita geng !
kot kot eddie tu mmg dah kenal rahul. tapi cinta dia tak berbalas sbb jiha ..ermmm
Last edited by wardah75 on 2-4-2013 10:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama dahinya mencecah sejadah. Dia tak akan pernah jemu untuk memohon dan terus bermohon. Sebagai hamba, dia cuma perlu taat.
“Ya Allah! Aku cuba untuk mentaati-Mu, namun sekali-sekala aku gagal mengawal rasa hatiku. Ya Allah... Kau yang menjadikan aku. Hidup dan matiku adalah dalam genggaman-Mu. Derita atau bahagia semuanya atas ihsan-Mu. Perlukah aku meneruskan apa yang direncanakan? Apakah ini kehendak-Mu? Apakah ini jalan penyelesaian-Mu untuk ku?"
Usai bersujud, kepalanya didongakkan kembali. Pipinya yang basah dikeringkan dengan telapak tangannya sejurus salam kedua diberi.
Jiha... Aku tak jujur dengan kau. Perlukah aku menggunakan Dona untuk kepentingan diri aku?
“Wahai Rab, tunjuki aku jalan yang lurus.”
********** |
|
|
|
|
|
|
|
cepat cepat tambah bab seterusnya .dah ready nak baca nih ! |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya akan mengadu kepada Allah SWT. Hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu dan tempat meminta pertolongan."
"Semua orang akan diuji. Allah akan melihat siapa yang sabar dan tabah dalam menempuhi ujian-Nya."
Silih berganti kata-kata Jiha bergema di pendengarannya. Tangannya masih diletakkan di dahi manakala matanya membundar merenung siling. Puas dia cuba melelapkan matanya namun dia gagal. Kemudian badannya dikalihkan. Masih dia tak mampu lelap.
Kemudian dia teringat pula kata-kata yang pernah diucapkan oleh lelaki yang sering mengganggu naluri kelakiannya.
"Aku takut kepada Allah."
"Tapi Allah yang jadikan kita begini. Perasaan ini bukan kita yang pinta."
"Kau silap. Ini fitrah aku, bukan kau. Tapi kau masih boleh kembali kepada fitrah yang sebenar. Dan aku... aku anggap ini ujian dari-Nya. Atau mungkin juga ada sinar kebahagiaan sedang menanti buat aku."
"Kau memperalatkan dia."
"Bukan... tapi aku memerlukan dia untuk membantu aku."
Gagal untuk melelapkan mata, Eddie bingkas dari perbaringannya. Dia duduk di atas katilnya sambil matanya merenung ke dinding. Ruang biliknya yang cantik tersusun dengan hiasan warna yang sepatutnya mendamaikan jiwa. Biru laut... namun masih tak bisa memberi ketenangan kepada jiwanya yang bercelaru. Terasa hidupnya begitu kosong sekali.
"Kenapa aku tak boleh menyintai dan dicintai? Kenapa Kau beri aku perasaan ini? Kenapa!" Luahan hatinya dijerit kuat-kuat. Tiada siapa yang mendengar. Malam yang sunyi ketika ini manusia sedang diulit mimpi, tapi dia... begitu resah sekali. Hatinya gundah. Cintanya tak kesampaian...
********** |
|
|
|
|
|
|
|
"Jiha! Saya tak boleh tidur."
"Kenapa?"
"Saya asyik teringatkan dia."
"Awak ada cuba ingatkan Allah?"
Sejenak Eddie terdiam. "Apakah Allah ingatkan saya?" Soalnya kemudian.
"Kenapa tidak?"
"Pendosa macam saya, mana mungkin Allah pandang."
"Awak percaya bila saya kata saya tak pernah pandang jijik terhadap awak?"
"Percaya... Saya percaya. Awak tak sama dengan perempuan lain. Saya dapat merasakan keihklasan awak berkawan dengan saya."
"Kalau awak percaya saya ikhlas berkawan dengan awak, awak tak rasakah bahawa Allah itu lebih menerima dan menyayangi awak sebagai hamba-Nya?" Dan Eddie terdiam kembali setelah mendengar kata-kata aku. |
|
|
|
|
|
|
|
"Eddie... awak ada solat?" Namun Eddie tidak menjawab pertanyaan aku.
"Yakinlah, dengan sembahyang awak akan beroleh ketenangan. Dengan sembahyang Allah akan menjauhkan awak dari kemungkaran."
"Kalau awak tak boleh tidur, apa kata awak bangun dan bermunajat kepada-Nya?" Aku menyambung bicara lagi.
"Sembahyang lima waktu pun saya tak lepas Jiha."
"Awak tak nak cuba? Hari ini buat satu, esok lusa buat dua. Kemudian hari, awak tambah jadi tiga... Lama-kelamaan jadi empat, dan seterusnya menjadi lima."
"Jiha... awak bercakap seolah-olah semuanya mudah." Eddie mula meninggikan suaranya. Aku tahu, bukan senang hendak berdakwah kepada orang yang sudah lama meninggalkan Allah. Hati mereka sudah gelap. Hitam akibat disuntik oleh virus-virus al-ammarah.
"Betul, bukan senang Eddie. Saya faham. Awak memerlukan kekuatan. Untuk mendapatkan kekuatan itu awak memerlukan Allah. Berdoalah kepada-Nya agar awak diberikan kekuatan itu." Kuhela nafas seketika bagi mengumpul keyakinan. Aku tak akan mudah berputus asa dari membawa lelaki ini kembali kepada fitrah. Ini adalah satu jihad!
"Eddie... awak pernah dengar cerita mengenai seorang penjahat yang mahu bertaubat?" Aku menyoal.
"Ada banyak sangat Jiha. Yang mana satu?" Tersenyum aku mendengar kata-kata sinisnya.
"Kisah di mana seorang lelaki yang telah melakukan pelbagai jenis kejahatan... Segala kejahatan telah dilakukannya termasuklah membunuh orang. Sudah 99 orang dibunuhnya. Suatu hari dia mahu bertaubat. Dia bertemu dengan seseorang lalu bertanyakan samada Allah mahu mengampun segala dosa-dosanya. Lelaki yang ditemuinya itu mengatakan dia terlalu banyak dosa jadi Allah tak akan mengampunkannya. Awak tahu apa jadi selepas itu?"
"Tak tahu." |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|