CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 5-1-2011 01:07 PM | Show all posts
Reply  shahrinas


    tak ada sapa boleh jangka jika berhadapan dengan orang berdendam ni...
fazss Post at 5-1-2011 12:38


kalu org dah dendam erkkk...x kira sapa yg penting dpt balas dendam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 02:58 PM | Show all posts
makin parah dendam Rusdi ni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 03:28 PM | Show all posts
rusdi dah layak masuk tanjung rambutan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 04:23 PM | Show all posts
rusdi saja nak tunjukkan dia
senang2 boleh buat sesuatu yg
xdijangkakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply 944# uda08_za


    betul jugak, al maklum lah.. dia ada banyak kabel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply 942# nallepooh


    kira dendam bawa mati lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2011 04:34 PM | Show all posts
Reply 943# bb_75


    tanjung rambutan dah closed. tak cukup katil..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 07:49 PM | Show all posts
kerana dendam...org akan buat mcm2..tanpa menggunakan akal fikiran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2011 08:46 AM | Show all posts
salam semua.. selamat pagi.. pagi ni Kuantan diselebungi hujan lebat. sampai pejabat basah.. hai la badan.....
***************************************************************************
Satu bungkusan berwarna merah tanpa kad di pandang tepat. Bungkusan yang bersaiz lebih kurang kasut sukan saiz 6 dibiarkan di meja halaman. Lisa memandang, serba salah untuk mengambil atau tidak. Mak Som pun tidak sedar bila bungkusan itu diletakkan disitu.
Lisa menelefon En Hubby nya, mungkin dia tahu.

“I tak nampak pun waktu nak keluar tadi.” Lisa melihat wajah Shah di skrin telefonnya. Jelas cuak.

“are you sure dear..?”

“yes..tunjuk bungkusan tu” Lisa menghala kamera telefon bimbitnya ke arah bungkusan itu.

“sayang you ada usik tak tadi?” Lisa menggeleng.

“ok, biarkan situ. I balik jap lagi. You pergi butik tak?”

“Lisa tak sedap hati la..”

“it’s ok, kalau tak ada urgent duduk rumah aje la. Butik ada diaorang kan?” sekali dengar pun tahu, nasihat yang sebenarnya satu arahan.

“ok, I’m waiting you here” Shah senyum senang. Sekurang2 nya dia tidak susah hati dengan keselamatan Lisa.

Kereta Shah yang memasuki perkarangan rumah pagi itu diikuti dengan kereta peronda polis. Keluar Inspektor Ibrahim dan beberapa orang yang hanya dikenal rupanya. Lisa menghidangkan air, semua berkumpul. Tiba pula satu kereta pacuan empat roda yang berpelekat polis.

Seakan budak sekolah membuat eksperimen lagaknya. Mereka berdiri mengelilingi bungkusan itu. Lisa hanya memerhati dari muka pintu.

“clear Tuan” seorang anggota polis memberitahu Inspektor Ibrahim.

Lisa masih terbayang2 isi bungkusan yang dibuka oleh Inspektor Ibrahim pagi tadi. Rasa seriau usah di kira, masih dalam tahap yang paling atas.

“sayang..tido” Shah mula terganggu apabila Lisa kerap bergerak.

“you fikir apa ni?” tangan Shah memeluk Lisa, matanya masih tertutup.

“sayang..tak tido lagi?” Shah masih dapat rasakannya.

“Lisa teringat kucing tadi” perlahan Lisa berbisik, takut Adam yang lena di katilnya terjaga.

“tu la..i tak bagi tengok, nak juga tengok. Zikir lah dalam hati. Nanti mesti lena. Atau nak I dodoikan?” manja sahaja tutur Shah.

“dah lama puasa ke ni?” sindir Lisa.

“ye la sayang..hari tu cuti seminggu, tadi I nampak you dah solat” tanpa menunggu reaksi Lisa, Shah bermula.

Sejak pelbagai perkara berlaku, Lisa dikuarantin kan dalam kawasan rumah. Lisa hanya boleh keluar jika bersama Shah. Urusan Kira ke sekolah pun Lisa tidak dibenarkan, urusan itu kekal menjadi tugas pemandu Mak Yah.

“dear..you ok?”

“fine”

“any progress pasal melati?”

“nope”

“the cat?”

“Inspektor Ibrahim kata, tak ada langsung kesan cap jari pada mana2 bahagian pun.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 08:48 AM | Show all posts
“ye ke? Tak kan langsung tak ada?”

“I’ve no idea sayang..itu lah yang diaorang bagitahu”

“diaorang tak chek benda lain ke?”

“maksud u sayang?”

“DNA ke?”

“DNA??!” Shah memandang pelik. Kepala yang berserabut tadi hilang tiba2, terasa lawak pula cadangan si isteri tadi.

“Lisa selalu tengok CSI, macam2 diaorang boleh buat. DNA dari kulit la, DNA kuman2 yang ada la…sengih pula” Lisa mula geram melihat sengih Shah yang memang sedang memperkecilkannya.

“pengaruh TV kuat la sayang ni…” Shah mengusik. Segala kertas dan fail di simpan kemas. Tubuh isteri yang masih bermuka masam di rangkul keluar.

Hari yang berlalu Lisa mula selesa berada di rumah. Semua urusan admin kedai akan di ambil oleh Shah untuk di bawa pulang. Lisa akan menyemak dari rumah data2 yang disiapkan oleh Intan. Nasib baik Intan mahir menguruskan butik dan sedia menerima tugas itu. Biasalah dengan gaji yang naik, kerja pun bertambah.

Suatu petang, entah apa angin yang bertiup. Melati menelefon rumah Mak Yah. Lisa sendiri pelik. Melati bukan rapat, malah kenal pun sekali lalu begitu.

“I ada benda bagitahu you, Lisa” ‘Lisa??’ Lisa pelik, salah dengar ke? Kebiasaan staff2 Shah akan memanggilnya Puan (untuk menghormati). Agak janggal berbual dengan Melati.

“tentang apa?”

“tentang I dan Shah”

“kalau awak dengan Shah buat apa saya nak tahu?” Lisa sengaja memanaskan perbualan mereka.

“you tahu kes Shah dengan SPRM?”

“SPRM? Maaf saya tak masuk campur” Lisa ingin lihat apa rancangan Melati sebenarnya.

“wah..hebat isteri yang selalu di puja. Susah suami pun tak tahu. Harta suami ambik tahu!!” berdesing telinga Lisa. Gelak tawa Melati jelas di hujung sana.

“apa sebenar yang awak nak cik Melati”

“banyak yang awak kena tahu tentang kami. I dan Shah. Kita jumpa”

“jumpa? Tak perlu lah Cik Melati. Cakap aje by phone ni”

“I nak jumpa you, De Rhu, pukul 10 pagi esok”

“insya Allah”

“insya Allah? Kalau you tak datang, you akan terlepas berita hangat. Delegasi baru Shah”

Talian terus dimatikan. Lisa termangu. Beberapa jam lagi Shah akan balik, apa yang harus dilakukan. Berbincang seperti biasa atau pergi senyap2?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:00 AM | Show all posts
LISA bincanglah dengan SHAH...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 11:29 AM | Show all posts
lebih baik lisa berbincang dgn shah....
mungkin juga melati bersekongkol dengan
rusdi utk memerangkap shah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:16 PM | Show all posts
mcm2 ..melati la pulak..susah ramai sgt org dengki..kita xkacau idup diorg..ade je yg xleh tgk org senang kan..dunia2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 12:55 PM | Show all posts
LISA bincanglah dengan SHAH...
shahrinas Post at 6-1-2011 09:00



    lisa teringin nak buat suprise...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 12:55 PM | Show all posts
lebih baik lisa berbincang dgn shah....
mungkin juga melati bersekongkol dengan
rusdi utk memerang ...
Ju'a Post at 6-1-2011 11:29



    speku??? ermm....boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 12:56 PM | Show all posts
mcm2 ..melati la pulak..susah ramai sgt org dengki..kita xkacau idup diorg..ade je yg xleh tgk org s ...
naza81 Post at 6-1-2011 12:16



    masing2 ada agenda nya tersendiri kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 12:59 PM | Show all posts
lisa teringin nak buat suprise...
fazss Post at 6-1-2011 12:55


time2 cam nie jgnlah wat suprise...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 03:14 PM | Show all posts
janganlah lisa buat kerja gila...
gi jumpa melati tanpa berbincang dgn shah dulu...
tentu melati ada agenda tersendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 06:38 PM | Show all posts
dah 2 hari takdak n3.... fazss....n3 please....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 12:06 AM | Show all posts
ramai betul yg dengki dengan kebahgiaan shah dan lisa...
masing2 punyai dendam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071650 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list