|
|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
|
Reply 938# Syd
betul tu Syd,pengajaran untuk kita semua supaya bertindak ikut akal dan bukan perasaan...
kalau tak mcm ni la jadinya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 941# helena_dzam
kalau ikut logik, mana laa ibu sanggup buat mcm tu
sbb tu mesti ada sthing wrong nak emak si syakir nehh
minda dia tak sihat sangat
lagi2 dia tengah mengandung time tuhh
moga2 dapat rawatan susulan dalam penjara
dan sihat walafiat hendaknya
bukan nak salahkan orang lain
tapi laki (yakni ayah si syakir nehh)
mmg takde otak
sanak saudara takde ker? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 940# ice98
padahal dia yang jantan sundel kan?
kena tangkap pung
waktu dah jabat tangan tok kadi
nak menikah ngan gf dia
polis ambush umah tuh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply helena_dzam
kalau ikut logik, mana laa ibu sanggup buat mcm tu
sbb tu mesti ada sthing w ...
Syd Post at 24-12-2010 09:48 
Betul la tu, seorang ibu takkan tergamak tengok anak dia sakit....apatah lagi nak mendera anak sebegitu sadis, maybe dia kena meroyan kut,
sebab tu jadik stress nak2 tengah mengandung lagi, tak boleh nak tangani masalah rumahtangga.....yg si ayah lak boleh wat xtau dan ambil
ringan pasal anak sendiri padahal sebelum tu arwah adik Syakir ni pernah dibawak ke hospital tak silap sebab patah tangan dibuat oleh mak dia
jugak..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ice98
padahal dia yang jantan sundel kan?
kena tangkap pung
waktu dah jabat tangan to ...
Syd Post at 24-12-2010 09:50 
sundel sangat jantan nih...sanggup salahkan bini
sebab gilakan betina lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 943# Syd
tapi sekarang die dok sorg2 jugak... kerjakan kebun sendiri...
yg jaga die, adik badik die je.. dah tua dah kan?
die dapat pengampunan dr YDP Agong.... tu yg leh lepas... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ea208964
itu lah tanda yang dok kat umah tu mental-mental belakang
emak sendiri - ment ...
Syd Post at 24-12-2010 06:14 
betul tu ..klu mak nya ada msalah mental ...yg bapaknya apa alasan tak sedar anak sakit berhari2 ... takan tak perasan anaknya dah biru sana sini ... species tahu buat anak je .. jaganya tak reti ...boleh pulak percaya si abang yg umur 14 tahun tendang adik dia sampai separuh mati ...rela tarik anak tu ke balai ... bapak jenis tak guna betul .... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 946# ice98
dapat pengampunan ker?
kalau tak silap,
dia lepas kes nehhh
maksudnya pendakwaraya kalah kes nehh
so dia lepas
lama gak kes dia neh berlangsung
tak boleh ingat sape nama dia
kalau tahu sape nama dia
mmg boleh carik kot artikel pasal kes tu...
siyes lupa bangat sape nama mangkuk nehh
sorang ker skrg?
motip laaa ada pempuan nak kawen dengan orang mcm nehh
elok laaa elakkan kawen
esok2 dibuatnye bunuh orang lain?
parah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 947# ea208964
agaknya laki makcik mental nehh
drebar teksi yang sewa tu kot
yang alang2 ntah berapa hari jahh sebulan balik umah
selebihnya keje bawak teksi sewa
hantar orang merata tempat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 949# Syd
agaknya ... tapi 4 april tu bapaknya ada balik rumah ..tapi xde sape bukak mulut cete psl arwah tngh sakit ... mak dia lak ala2 ineseng tanya kat si anak tiri knape adik dia jadi gitu ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 950# ea208964
adegan yang biasa2 kita tengok dalam drama2 melayu lama / melayu terkini
ada jahhh mak bapak yang pangai mcm tu
depan laki atau orang lain, pandai tul berlakon
neh spisis bapak yang tak bermesra ngan anak2 nehhh
tengok2 mcm tu jahh...
kalau kita jenis yang main2 ngan anak, gurau2 senda
haruslahh kita nampak semua2 luka, tahu kesakitan anak
apa orang tua tuh
tahu poen jerk ker?
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 951# Syd
tulah nmpk sangat famili ni bukan famili dlm kata sebanrnya ... kurang2 nmpk anak terbaring je ..bukak lah mulut tanya knape..hopefully anak sulung tu pon dapat kaunseling ...rasanya dia sendri pon ada kesan ..jgnlah besar nnti jadi sakit jiwa pulak klu dia dibiarkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 952# ea208964
sian abang dia tuh...
doa yang terbaik tuk famili nehhh
kesan bukan pada famili dorang jahh
nehh kita yang hanya mampu mbaca nehh
rasa mcm tak tertahan2 sedih nya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 953# Syd
tu lah smlm pon terbaca papegi buter ..sedih tul teringt keadaan arwah syakir baru 3 tahun ..berapa hari kesakitan baru sampai ajal .. abang dia pon ta thu nak buat apa agaknya tu yg lari ...
Al Fatihah tuk arwah adik Syakir |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 940# ice98
kuala pilah .. kes apa ni eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 948# Syd
nnt ice risik2 ngan org tua... heheh...
jgn tersilap kes dah arr...
maklum skrg kan kes bunuh & bakar bini bkn suatu yg asing dah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 955# want2bhappy
kes sang somi bunuh n bakar binik die lam kebun... sbb tuduh binik die curengg!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tau kat mana and bila... apsal aku tak pernah dgr pun? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 12/04/2011
Kes bunuh isteri: Bekas pengurus katering dibebaskan
12/04/2011 12:35pm
Oleh SITI NOORALINA AHMAD
SHAH ALAM 12 April – Bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas mayat Fazlina dijumpai di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang. – Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 959# Syd
Published: Isnin April 18, 2011 MYT 5:58:00 PM
Kesilapan Teknikal Rezeki Mohafri
SOROTAN MINGGUAN Oleh SALWA SHA'ARI
PEMBEBASAN bekas pengurus katering, Mohafri Mohamed daripada pertuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad pada Selasa lalu, merupakan antara yang mendapat perhatian masyarakat.
Pembunuhan tersebut mendapat jolokan sebagai pembunuhan almari ekoran keadaan mayat Fazlina, 38, yang ditemui dalam almari di bilik tidur utama rumah teres yang didiaminya bersama Mohafri dan dua anak mereka pada 30 Disember 2009.
Lebih tragis, mulut dan hidung Fazlina ditampal dengan pita-pita pelekat sebelum dibalut dengan kain selimut tebal, sedangkan wanita yang bekerja sebagai eksekutif swasta tersebut merupakan penghidap asma kronik.
Bagaimanapun, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Anuar Zainun pada perbicaraan, dinyatakan kematian tersebut bukan disebabkan oleh asma, sebaliknya akibat kelemasan.
Kematian itu juga bukan berlaku dengan serta-merta dan Fazlina mungkin masih hidup antara setengah hingga satu minit selepas diperlakukan sebegitu oleh pembunuhnya.
Berita penemuan mayat itu kemudiannya 'dihangatkan' dengan berita kehilangan Mohafri, manakala teman wanitanya, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, ditahan sehari selepas kejadian.
Kewujudan Anis dalam perkahwinannya turut disedari oleh Fazlina, 38, yang memaklumkan kepada kakaknya, Faezah bahawa dia dan Mohafri menghadapi masalah rumah tangga dan ingin bercerai disebabkan oleh individu ketiga.
Selepas beberapa hari gambar Mohafri diedarkan, dia akhirnya ditahan dalam keadaan kebiingungan dan munda-mandir di perkarangan Zoo Negara pada 3 Januari 2010 - iaitu lima hari selepas kejadian sebelum kes itu akhirnya dibawa ke mahkamah.
Keterangan pada perbicaraan menyebabkan kes tersebut yang pada mulanya hampir dilupakan kembali menjadi perhatian apabila Nazratul Anis atau lebih senang disapa sebagai Anis mengakui bahawa mereka ada melakukan hubungan seks di hadapan almari yang tersimpan mayat Fazlina.
Menurut Anis, dia hadir ke rumah itu bersama Mohafri kerana mereka akan berlepas ke Perlis dengan menaiki kereta api sebelum melintasi sempadan untuk bernikah di Thailand.
Ada yang mengatakan amat malang untuk Anis kerana semua perkara terssebut didedahkan di sebuah perbicaraan mahkamah yang dihadiri media menyebabkan berita tersebut terpampang - termasuk di muka hadapan akhbar pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, niat untuk mendirikan masjid itu tidak kesampaian apabila Anis ditinggalkan oleh Mohafri di stesen Rawang.
Turut disebut di mahkamah ialah penafian seorang rakan Fazlina, Safiyaton Omar,39, terhadap cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohafri bahawa dia dan mangsa mempunyai hubungan intim.
Bagaimanapun, perbicaraan kes yang pada awalnya menarik sedikit merundum apabila saksi utama, iaitu seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah itu gagal ditemui.
Sedangkan, wanita bernama Yayok itu adalah kunci kepada penemuan mayat itu - memandangkan dialah yang menghubungi Safiyaton selepas curiga kerana tidak bertemu Fazlina sedangkan keretanya masih berada di halaman rumah.
Perasaan curiga itu nyata makin kuat apabila dia diarahkan oleh Mohafri agar tidak memasuki bilik tidur tersebut mahupun menyentuh almari atas dakwaan almari hendak roboh.
Lumrah manusia, makin dilarang makin dibuat - itulah yang berlaku apabila Yayok melanggarkan arahan majikannya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Safiyaton tentang apa yang dilihatya di dalam bilik tersebut.
Walaupun merupakan saksi penting, pengawai penyiasat Siti Nathiroh Abu Bakar gagal untuk memastikan Yayok yang berstatus 'Pendatang Tanpa Izin (PATI) gagal untuk memastikan dia hadir di mahkamah.
Siti Nathiroh pada keterangannya juga mengakui bahawa satu kertas siasatan telah dibuka terhadap Yayok yang kemudiannya dihukum penjara di Penjara Kajang, dihantar ke depoh tahanan pendatang sebelum diusir pulang menerusi feri di jeti di Johor.
Menyedari kehadiran Yayok adalah penting, Siti Nathiroh kemudiannya mengambil langkah-langkah sepatutnya iaitu menbuat iklan di surat khabar.
Penulis hanya terfikir, bagaimana seseorang yang sudah berada di Indonesia boleh membaca surat khabar yang diterbitkan, dicetak dan dijual di Malaysia?
Sudah pastilah untuk mencari Yayok di negara yang dihuni oleh berjuta-juta penduduk tersebut ibarat mencari jarum di dalam jerami.
Ketidakhadiran Yayok ini menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki melepas dan membebaskan Mohafri daripada pertuduhan tersebut atas alasan berlaku kelompangan di dalam kes pendakwaan.
Ada cakap-cakap yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, tetapi apa yang dapat dibuktikan jika saksi penting yang berada di tempat kejadian sewaktu jenayah tersebut didakwa dilakukan tiada?
Itu adalah rezeki untuk Mohafri yang berhasrat untuk memulakan kehidupan baru bersama dua anaknya, Norin Irdina, 9, dan Maryam Ardiana, 7.
Bagaimanapun, pembebasan tersebut mungkin belum mukatamad kerana pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Apa yang diharapkan agar tiada lagi kesilapan-kesilapan teknikal seperti ini berlaku bagi memastikan keadilan kepada pihak-pihak terutamanya kepada mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|