|
Post Last Edit by Goldkey at 13-11-2010 23:53
![](http://bigpondmusic.com/images/AlbumCoverArt/373/XXL/Terang-Sang.jpg)
Sesat dalam terang
Pemuda-pemudi zaman ini
lahir dalam terang
hidup dalam senang
'gelap' sikit lintang pukang
tak reti cari makan
duk tibai hak orang
menyusahkan kawan
suka benda haram
nak test power konon ikut zaman
tak sedar melawan ajaran Tuhan
sedar-sedar dan tiada iman
nak berbalik dah segan
terusan duduk dalam kejahilan
rujuklah pedoman
moga nampak jalan pulang
ke umbi kebenaran.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQRyGQUj5OKSuoLFC2jcMvV0FxbeBKovSL3BVO6vPq0eCYQYr6aQQ)
Jangan main wayang
Jangan nak main wayang
kalau tak faham cakap tak faham
senang
boleh tukar plan
sama-sama fikirkan
kenal pasti apa kelemahan
senarai apa kelebihan
atasi segala halangan
ambil segala peluang
apa strategi nak digunakan
agar misi dan visi kesampaian
bukan angan-angan
bisa merealitikan harapan
bukan main wayang.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-11-2010 10:37
Penyamun
Adik beradik lanun
kerjanya menyamun
selalu kena makin hamun
dek orang yang kena samun
hidupnya tak boleh nak mengelamun
dosa dah bertimbun
hidup pun tak keruan
sering jadi buruan
lari tak cukup kawasan
akhirnya kena tembakan
mati tak sempat balik ke pangkal jalan
sia-sianya kehidupan
dimurkai Tuhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Doa dan harapan
Doa dan harapan
mengiringi sisa perjuangan
setelah berusaha siang malam
pasrah kepada-Mu Tuhan
kurniakanlah kebaikan
daripada apa yang kami usahakan
jangan Engkau jauhkan
rahmat dan keberkatan
sesungguhnya kami kenaifan
mengharap belas dan kasihan
dari-Mu Tuhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Doa dan harapan
Doa dan harapan
mengiringi sisa perjuangan
setelah berusaha siang malam
p ...
Goldkey Post at 14-11-2010 11:17 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Saban hari tak pernah alpa
seluruh jiwa raga
dah terpahat segala doa
denyut nadi dan gerakan naluri jiwa
walaupun doa tak pernah terkabul
namun tak pernah jemu menyebut nama-Mu jua
dalam resah dan gelisah mengharapkan
tetap pasrah dan redha
pada-Mu ya Tuhan
hanya pada-Mu aku memohon segala doa
takda yang lain selain diri-Mu..
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTfByn7mQM9NTO1Mu4pRKqFmREX_dibVwD18ABB_s4h-ZNuZ559)
Urut
Malam-malam berurut
betulkan urat yang berserabut
laju darah mengalir dalam kapilari yang kecut
badan rasa segar hilang semput
jangan terkejut
keluar angin bersahut-sahut
semua di keliling menutup hidung dan mulut
angin mengalahkan bau minyak urut
tanda serasinya dengan pengurut.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku seorang bapa
Aku seorang bapa
sungguh berat status ini
membesarkan anak-anak anugerah Ilahi
bukan mudah mendidik
jadikan anak-anak insan mulia
patuhi ajaran agama
taat pada ibubapa
menghormati orang tua
berjaya dalam pelajaran
Ya Allah
anugerahkan kepadaku kekuatan
bersabar dengan segala ujian-Mu
memimpin keluargaku ke jalan diredhai-Mu
tetapkan hati-hati kami
sentiasa mengingati diri-Mu
dalam setiap hela nafas ini.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTNRF_Y_ONZmUf0WK0FISralv3LDqdii17U6mB0AB05ac9_aefU4g)
Aku seorang Guru
Aku memilih bidang ini
bidang mendidik insan
jadikan manusia orang
dalam dunia serba mencabar
tugasnya bukan mudah
segala cemuhan dilempar
kalau ikut hati boleh hilang sabar
masyarakat luar tak banyak membantu
seringkali mencari salah guru
jarang sekali mendapat ucapan terima kasih cikgu
sebaliknya komplen yang bertalu-talu
lihatlah anak-anak zaman maju
tiada sifat malu
cikgu bukan lagi dihormat sebagai guru
selalunya jadi musuh yang tak mahu maju
kutempuhi semua itu
sudah lumrah pekerjaanku
berdepan kerenah ibubapa dan penjaga muridku.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR89yUvANSSET8t-8QAbdC3Jh9X_XYe2-i4EeLjCGsvUBJbDmS4)
Ubat
Dimakan untuk sihat
doktor telah memperingat
jangan sesekali mengelat
nanti penyakit kian tenat
lumrahlah pahit atau kelat
nama lagi ubat bukan coklat
syukurlah yang masih sihat
tak perlu makan ubat
makan ikut adat
berhenti sebelum sendat
makan ikut masa yang tepat
puasa ubat yang mujarab
bagi yang berkudrat.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ4PqWQRfYdQfgK6nttlGt2PoSaUhZdNgU8Tx3X3FOs-MlApRiAXA)
Jemari
Jemarian laju berlari dengan rela
ke kiri ke kanan bersahaja
mengikut alunan gelombang minda
mengetuk lajuk keyboard skrin bercahaya
menganyam bait-bait kata
menyusun indah bicara
dalam ayat-ayat puisi dari tinta jiwa
berkongsi rasa
dalam ruang tanpa suara
untuk tatapan tetamu setia
jadikan panduan melayari bahtera
kehidupan penuh pancaroba
moga kita
mendapat pentunjuk yang Esa
beruntunglah sepanjang masa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTqIr_UB6gw4qlGAevzyD-Ik5Kq-maGP_baLqEhSviONY74FwRaMQ)
Hujan dan panas
Hujan panas petang tengah hari
itu kita tak dapat lari
biasakan diri
hadapi dengan tabah hati
semua takdir menguji
keimanan diri
baik buruk ketentuan Ilahi
redhai apa yang terjadi
barulah damai di hati
tidak rugi
jauh sekali menyesali.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQhebcQGukP1BAz4aiM8M1bFwwGvwZQcM1yLxTZlvZxOZfJI-utgQ)
Hasad dengki
Jauhi diri
dari hasad dengki
lebih baik buat hal sendiri
tidak dimurkai Ilahi
hidup lebih bererti
ada personaliti
punyai jati diri
tak mudah dipengaruhi
virus merosak peribadi
mampu mempertimbangkan yang baik dan yang keji
buat keputusan terpuji
menegakkan syariat Ilahi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTnURoCMSZGV_7cqYlqncmn5Ze5PiKUVDz2WxmcIdKecJP3UM7s_w)
Jangan berputus asa
Kita ada masa
kita ada upaya
jangan mudah kecewa
gerakkan segala tenaga
perah segala informasi yang ada
tentu ada idea-idea yang sasa
disusun indah terkesan membaca
moga ada yang jadikan panduan berguna
buat melayari bahtera
menempuhi gelombang pancaroba dunia.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSCj3OJiUwf8idPJ82ANoqqem2viFnbfnI7l8LSukRZQFrtX0hU)
Tulislah
Tulislah apa saja
gerakkan minda
bicara seperti dirasa
usah simpan di jiwa
kongsi dengan semua
itu lebih bermakna
dari memendam rasa
merana jiwa
lebih baik berceria
bersama kawan-kawan anda
hidup lebih gembira
sihat sentiasa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTIFOXph2NEkgFAUIAH_ezUKivTympAsn7-_2dwGODNywuTD9FV)
Baca jangan tak baca
Banyak membaca
luas ilmu di dada
minda penuh terisi dengan fakta
dapat mendidik dengan selamba
ada saja idea nak diperkata
murid jadi bangga
punya guru bijak berkata-kata
dihormat setiap masa
senanglah membentuk akal mereka
tidaklah menghadapi kerenah saja.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 15-11-2010 18:04
Harta jiwa
Aku tak punya wang berjuta
untuk melimpahkan kemewahan berganda
aku cuma ada
s ...
Goldkey Post at 8-11-2010 18:12 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Akan sengsara hidup tanpa harta benda
itu kata mereka yang dah kaya
namun aku insan sederhana
yang tak punya apa-apa
cuma sekeping hati yang adakala suka dan adakala lara
namun aku tetap inginkan bahagia
biar pun seketika
namun aku tetap tidak pernah lupa
memanjat doa
kepada yang Maha Esa
dan Dialah yang Maha Kaya.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 16-11-2010 12:50
![](https://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT2kVuVmSziYiqfY7RT0o7ektBWQA5RJi7vHhIKbgTDdjeUlUI4)
Hari terakhir sesi 2010
Ramai studentku datang mohon restu
memohon kemaafan atas salahlaku
tiada apa yang terbuku
cikgu sentiasa merestui kamu
jaga diri dan kesihatan selalu
dalam cuaca yang tak menentu
penyakit boleh hinggap menganggu
persediaan yang telah lama dipadu
menghadapi peperiksaan lagi satu minggu
moga tabah dan terus maju
sampai ke puncak yang dituju
cikgu doakan kalian mampu
menjawap persoalan tanpa buntu
cemerlanglah anak muridku
Ya Allah bantulah permudahkan anak didikku.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 16-11-2010 12:47
![](https://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR63HJ1lU0WI14iJ91NIokOJLTeR-o_xgMyoFXAOGS50JPq7JkN)
Pengorbanan
Demi sebuah tuntutan
bukan sedikit pengorbanan
masa, tenaga dan juga wang
bukan jadi perkiraan.
Perasaan
keilmuan
persahabatan
turut jadi rencah pengorbanan
untuk mencapai segunung impian
dalam batas-batas ketentuan.
Tiada kejayaan
tanpa perit jerih pengorbanan
sebatikan diri dengan keredhaan
menerima ketetapan
sebagai ujian memperkuat keimanan
moga akhirnya tergolong kita dalam kalangan
orang-orang yang dimuliakan
Ya Rahman.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 16-11-2010 18:40
Secangkir cuma lagi
Katakan apa saja
aku tetap berdiri di sini
memberikan apa saja yang ada
walau berhati duka
resah
gelisah
dengan apa yang kalian persembah
aku tetap yakin
aku tetap pasti
kejayaan milik kalian
bertabahlah
secangkir cuma lagi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRTrWEIyAiQworS7zB7hvl3zngfrOfTpxbX9X4yPWVJcqGQKWL-qg)
Perjalananku
Perjalanan aku ke sini
tempuhi liku-liku
hidup jerih
hidup perit
bersulam air mata
sering kali cemburui insan berada
bertuah punya segala
berbanding aku
tak punya apa-apa
demi sebuah cita
kugagahi jua
kepadamu bonda
segala pengorbanan takkanku lupa
akanku kenang izinmu
doamu
membekalkan ilmu di dada
buat menerus kehidupan di kota
syukur kejayaan milik kita
hasratmu bonda kutunai jua.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|