Post time 10-8-2021 01:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
matjerk replied at 10-8-2021 10:57 AM
Ok dh tgk ig dsv...
Jrg2 aku tgk ig dsv smpai habis..
So basically.. sarah business partner dsv. ...
Mak tiri dia ni one of best friend juga..kiranya raissuddin ni kahwin dgn kawan anak dia sendiri.sbb tu i rasa respect kat sarah wlpn kwn baik mencaras perkahwinan kawan sendiri tp sarah x pernah marah atau buang bapa dia
Post time 10-8-2021 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Soeb akan menanggung kerinduan yg sgt dlm pada isterinya.. tgk video ni... esp part sental.. minit 3.20... and part baru balik main golf... dkt hujung2 sikit...
Lps ni mesti momment2 ni..akan tayang2 kat fikiran dia.. x de lagi yg nak sental2..
Post time 10-8-2021 02:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I klau suami i meninggal pun i akan kawen lain. Tp pilih yg betul2 boleh jdi iman kpada family, family man, xda ciri2 pedo or gay. Sbb bagi i , anak2 perlukan father figure utk mmbentuk dorg.. sbb i klau marah anak xjaln pun. Sbb i cepat kesian.
Kat suami pun i pesan, klau ditakdirkan i mati dlu, carilah pengganti yg boleh syg anak2 kita,
Tp yg paling i risau kalau both of us yg pergi, siapa lah nk jaga anak2 i yg kecik tu..
Sbb tu i tgah plan nk buat rumah yg banyak bilik n tanah luas.. nk wasiatkan pada my sibling utk jaga anak2 i, duduk dlm rumah tu, duit allowances anak2 xpayah risau boleh ambil dri income bisnes suami, or dari rumah sewa.
Klau pasangan meninggal memang kita sedih. Smada nk cari pengganti atau tak xda masalah. Tp anak2 la yg msih kecik. Bukan senang nk cari pengganti tempat ibu/ ayah.
Post time 10-8-2021 02:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
msdummy.2018 replied at 9-8-2021 05:37 PM
Xtau...i tau dia slalu ckp kat paper, stamemnt dia sy maafkan sma org kutuk2 saya..well...mengak ...
Iols kalau mengadu masalah sendiri kat forum dah biasa org perli, siap csi pastu tak caya.
Jarang iols tak caya org dalam masalah. Kesusahan biasanya kita boleh baca. I wonder myself apsal kalini langsung..takcaya.
Hopefully if sarah pun ada kat forum sblm ni, baik2 je kami. Mohon maaf banyak kekhilafan iols. Iols tak follow bisnes atau karier arwah dan suami.
Post time 10-8-2021 03:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dua tiga hari ni asyik dok berlinang airmata je lah baca kisah ni.. Selamat pulang ke negeri abadi Siti Sarah Raissuddin.. kami jua akan menyusul nanti.. semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan..
Selain lagu solo Siti Sarah, iols suka lagu duet dia dengan Shuib tajuk cinta itu nyawa.. tapi kat youtube ada versi live je.. dengan situasi sekarang ni, lirik lagu ni bisa buat bergenang airmata..
Lirik Lagu Cinta Itu Nyawa – Sarah feat. Shuib
Masihkah aku yang bertamu
Di sudut rindu di hatimu
Telahkah lesu langsung pudar
Bila di mata jauh
Bagaimana ku mampu tenang
Sedang kau ku biarkan pergi
Walau hati tak pernah rela
Bibirku tak berhujah
Ada detik-detik dalam hayat ku sesali
Inginku ulangi waktu, ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan
Dan keberanian kerana cinta itu nyawa
Ku pernah punyai segalanya
Kau pernah ada di sisiku
Sepantas petik dua jari
Kau tak lagi ku punya
Ada detik detik dalam hayat ku sesali
Inginku ulangi waktu, Ubah masa lalu
Kusedari cinta perlu ketabahan
Dan keberanian kerana cinta itu nyawa
Betapa pun ku cuba melawan perasaan
Kau tak pernah sepi dari hatiku ini
Dalam laman angan sering aku lawatimu
Ku meminta, ku memujuk kau pulang kembali
Ke sisi
Ada detik detik dalam hayat ku sesali
Inginku ulangi waktu, Ubah masa lalu
Kusedari cinta perlu ketabahan
Dan keberanian kerana cinta itu nyawa
aa..kalau ada dlm story wktu bfast pun dia x tnjuk sgt.. yg abg dgn adik dia tu pun dia x tnjuk..tp kalau g travel mcm mekah dgn australia mmg ada mak soeb kan..mak tiri tu yg sebaya dia tu la kan..kdg2 ada nmpk prmpn muda skli mkn dgn ayah dia dlm story..bru tau yg tu mak tiri dia rupanya...
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
10 Ogos 2021, 4:53 pm
Tangkap layar perkongsian oleh seorang jururawat yang pernah merawat dan menjaga Siti Sarah di hospital sebelum ini.
PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila membaca satu perkongsian seorang jururawat yang pernah menjaga dan merawat arwah penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin di hospital.
Menerusi perkongsian jururawat di laman TikTok yang menggunakan akaun @Missylia itu, dia ada menceritakan beberapa peristiwa dan kenangan manis bersama isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu.
Menurut jururawat itu, salah satu permintaan Siti Sarah sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani pembedahan ‘czer’ (bersalin) adalah dia ingin berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
Kata jururawat itu, ketika itu arwah masih sedar dan boleh bercakap sebelum dibawa ke ICU.
“Sarah juga ada mintak saya amil plastik, air dan tisu, sebab dia nak lap badan dia sebab dia rasa panas.
“Dekat wad Covid memang panas hanya ada ‘aircond portable’ (penghawa dingin mudah alih),” kata @Missylia semasa menjawab pertanyaan pengguna Tiktok.
Tambah jururawat itu, Siti Sarah sangat mesra dan sentiasa mengucapkan terima kasih serta meminta maaf kepada jururawat setiap kali memerlukan pertolongan.
“Perkataan yang susah nurse nak dengar dari patient (pesakit),” katanya yang memuji sikap Siti Sarah sebelum ini.
Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna kagum dengan sikap Siti Sarah yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.
Pada masa sama, mereka turut memuji layanan yang diberikan jururawat terhadap semua pesakit Covid-19 yang siang malam bertungkus lumus serta terpaksa merisikokan diri.-K! ONLINE.
Post time 10-8-2021 05:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Sheila1987 at 10-8-2021 05:17 PM
Satu persatu kebaikan Siti Sarah ni tersingkap setelah meninggal dunia. Secara tak langsung Syuib pon. Nampak sangat dia juga seorang suami dan ayah yang baik. Sebelum ni kat cari.com pasangan ni antara yang kena kutuk. Antaranya pakai telekung sambil kecek duit. Cium ketiak, pakai kasut dan banyak lagi sebenarnya. Sedangkan itu depa. Nasib baik tak pernah join mengutuk. Juz x layan ja. Apa pon selain Almarhumah Sarah yang bertuah ramai doakan dia. Secara tak langsung Syuib pon sebenarnya. Ramai doakan dia dan anak2 sekarang ni. Sangat2 bertuah.