CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hunt_fear

NUHANOVA V : EDISI ROLLER COASTER

[Copy link]
 Author| Post time 9-12-2014 12:12 PM | Show all posts
abahma27 posted on 9-12-2014 12:08 PM
Hahahahah...wakakaak...dasat penangan dak siah..

dasat.....huru hara hidup bbeu dibuatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 12:13 PM | Show all posts
dak siah gangster tapi dlm hati ada taman ..mudah sangat sensitif.. iols baru baca berita ke HM ada ulasan konsert HM hari tue...wartawan ulas siah nyanyi 3 lagu salam untuk kekasih...bukan 2 jer ke... iols konpius..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 12:30 PM | Show all posts
masdiana-ana posted on 9-12-2014 12:13 PM
dak siah gangster tapi dlm hati ada taman ..mudah sangat sensitif.. iols baru baca berita ke HM ada  ...

uiks tiga lagu ker?

kena tanya org yg pi men hujan kat konsert hari tu

cc:meksha @ShaCroft   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 12:30 PM | Show all posts
iols ingat....iols jer yg cari mana dak siah duduk

ramai pulak yg bertanya pada abg wan...siah kat mana siah kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana posted on 9-12-2014 12:13 PM
dak siah gangster tapi dlm hati ada taman ..mudah sangat sensitif.. iols baru baca berita ke HM ada  ...

kat paper hm harini ke kak mas?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hunt_fear posted on 9-12-2014 12:02 PM
janna baru upload gambo nuha dulu2

dia ckp...nuha gengster tp dia juga yg selalu kena buli ngan d ...

manisnya senyum nuha ni. Suka sgt2 tengok dia senyum tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 12:38 PM | Show all posts
hunt_fear posted on 9-12-2014 12:30 PM
iols ingat....iols jer yg cari mana dak siah duduk

ramai pulak yg bertanya pada abg wan...siah ka ...

sbb sume nk start kempen NU_ _ _
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:39 PM | Show all posts
@snh27 posted on 9-12-2014 12:33 PM
kat paper hm harini ke kak mas?

yup HM hari nie..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2014 12:46 PM | Show all posts
Nidji paling menggegar!             0   
     0     0    Google +0  
                             Oleh Michelle Gun

[email protected]                    
Kehadiran band Indonesia Nidji di Konsert Harian Metro (HM) Padat sempena Karnival HM Padat di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam malam kelmarin menghangatkan lagi konsert berkenaan yang turut menampilkan 11 penyanyi tempatan.
Biarpun hanya mempersembahkan empat lagu, Nidji yang dianggotai Giring (penyanyi), Rama (gitar), Ariel (gitar), Andro (bass), RunD (keyboard) dan Adrie (dram)  mengubah suasana konsert menjadikannya lebih meriah.
Apa yang menarik, hampir semua penonton turut menari dan menyanyi bersama Nidji yang membawakan lagu popular mereka seperti Hapus Aku, Teroesir (Menung­gu Karma), Laskar Pelangi dan Biarlah.


Malah, Nidji turut mengubah muzik lagu Laskar Pelangi kepada reggae manakala Giring secara spontan menukar lirik lagu berkenaan dengan mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro selain mengucapkan selamat hari ulang tahun ke-23 kepada akhbar ini yang bakal menyambutnya Mac depan.
"Terima kasih Harian Metro. Semoga anda kekal sebagai akhbar nombor satu serta berjaya menarik lebih ramai pembaca," kata Giring sambil disambut sorakan penonton.
Selain Nidji, turut menghangatkan konsert berkenaan ialah Hyper Act, Amelina, Ajai, Hazama, Fiq, Aweera, Kaka Azraff, Asmidar, finalis Akademi Fantasia 2014 Ewal dan Nuha serta penyanyi baru Syamin.
Konsert yang ditaja oleh Maxis dan Hotlink turut dimeriahkan oleh pelawak terkenal Jihan Muse dan penyampai radio Hot FM, AG selaku pengacara.
Selain Nidji, turut mendapat sambutan ialah persembahan Amelina selepas 15 tahun menyepi daripada industri muzik tanah air.
Konsert HM Padat juga adalah persembahan pertama Amelina sejak membuat kemunculan semula dan menjadi artis naungan Wake The Baby Sdn Bhd milik Ajai.
Pada usia 40 tahun dengan enam anak, dia masih kelihatan anggun memperagakan gaun hitam di pentas. Bahkan penonton terpukau dengan suaranya yang masih mantap seperti ketika zaman kegemilangannya dulu.
Dia mempersembahkan tiga lagu iaitu Seri Langkat duet bersama Syamin, Anak Dara dan pastinya lagu Rindu yang mencetuskan fenomena dangdut pada pertengahan tahun 1990-an.
Amelina berkata, konsert HM Padat sangat istimewa baginya kerana mengubat rindunya membuat persembahan di pentas.
"Ini kali pertama saya muncul selepas sudah lama bersara daripada industri seni. Terima kasih kepada penonton kerana hadir untuk menyaksikan persembahan malam ini," katanya.
Terdahulu, konsert dihadiri ribuan penonton membuka tirai pada jam 9 malam dengan persembahan gandingan Hazama, Aweera, Fiq dan Ajai mendendangkan Madah Berhelah yang dipopularkan Ziana Zain. Ia diikuti lagu Mengapa, nyanyian Nicky Astria.
Ketika itu, hujan mula lebat namun tidak mematahkan semangat penonton untuk terus menyaksikan konsert. Malah, konsert bertambah meriah dengan kehadiran peminat bola sepak yang selesai menyaksikan perlawanan Harimau Malaya dengan Vietnam di Stadium Shah Alam sekitar jam 10 malam.
Konsert diteruskan dengan persembahan Ajai menerusi lagu berjudul Gara Diriku yang diduet bersama Fahmie Mentor Legend sambil bermain piano. Dia turut menyanyikan lagu berjudul Aduh secara solo.
Persembahan seterusnya daripada Nuha mendendang­kan lagu What's Up yang dipopularkan 4 Non Blondes diikuti lagu Pertama Kali dan Salam Untuk Kekasih nyanyian Nadia.
Penonton bersorak sebaik melihat Ewal muncul di pentas. Dia mendendangkan lagu Magic berjudul Rude diikuti Kembali Semula. Konsert terus dimeriahkan dengan persembahan Fiq, Asmidar, Aweera dan Hazama.
Bagi persembahan Kaka  pula, penyanyi itu menjemput seorang penonton lelaki untuk duet lagu Bawaku Pergi. Sebelum itu, dia menghiburkan penonton dengan lagu popular Chandelier, milik penyanyi terkenal dari Australia, Sia.
Tidak mahu penonton bosan dengan persembahan berterusan, Jihan dan AG turut menyampaikan cenderahati kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab beberapa soalan ringkas dengan tepat.
Artis kegemaraan ramai, Hyper Act turut menggegarkan pentas dengan nyanyian tiga lagu hit mereka iaitu Impian, Harapan dan Hanya Aku.
Sebagai penghargaan kepada peminat, kumpulan itu menghadiahkan cenderahati kepada penonton yang menyanyikan korus Hanya Aku.
Terdahulu sebelum konsert bermula, orang ramai menyerbu gerai HM untuk bertemu dengan Amelina, Syamin dan pelakon Amar Baharin pada sesi ramah mesra peminat yang bermula jam 5.30 petang.
Aktiviti lain yang turut diadakan pada ketika itu adalah pertandingan gubahan bunga anjuran gerai meja Gen-Y dan Hati serta pertandingan melukis baju.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan gusti lengan, pameran motosikal serta mengunjungi gerai penaja seperti Maxis, Avon, I-Pmart, Burgerbyte dan Hemariton.



   
          Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 6:24 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14771#foto

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 12:46 PM | Show all posts
mohtip x ada yg cerita nuha nyanyi lagu salam untuk kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:48 PM | Show all posts
salam untuk kekasih ada ke..apasal budak2 FB tue x upload ye.. meksha ada ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:03 PM | Show all posts
siah duduk ngan sape dlm flight?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:03 PM | Show all posts
mana ade salam utk kekasih tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:09 PM | Show all posts
hunt_fear posted on 9-12-2014 11:05 AM
dapat gambo belakang dak siah jer

Leceh kot bila takde pompuan lain
nak pegi toilet ...
nak shopping barang gegirl
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:10 PM | Show all posts
ShaCroft posted on 9-12-2014 01:03 PM
siah duduk ngan sape dlm flight?

Bukan ewal sbb ewal dok dgn Aman
Taktau lah kalau siah- ewal- aman
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:14 PM | Show all posts
hunt_fear posted on 9-12-2014 11:05 AM
dapat gambo belakang dak siah jer

Siah kepenatan kot
bnyk betul aktiviti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ShaCroft posted on 9-12-2014 01:03 PM
mana ade salam utk kekasih tu

Chuolls wrtwn tuh tulis ikut tntative bukan ikut hr kejadian..wakakkaka...sbb tulah jgn percaya sgt apa yg ada dlm paper gn kejadian btol..hehe..wakakak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:55 PM | Show all posts
saper yang hantar hadiah hari ni sila PM iols

iols x tahu nama sebenar uols.

ada 4 hadiah semuanya. dari johor, perlis dll

please PM me
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:56 PM | Show all posts
abahma27 posted on 9-12-2014 01:45 PM
Chuolls wrtwn tuh tulis ikut tntative bukan ikut hr kejadian..wakakkaka...sbb tulah jgn percaya sg ...

salam untuk kekasih mmg ada

tapi nuha nyanyi tuk Ewal jer kat belakang stage

jadi wartawan pun ingat nuha tgh praktice .... hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:02 PM | Show all posts
hi chuolszzaAHH

presiden baru dpt masuk hari nih. tu pun sekejap jah... malam nanti masuk balik

presiden tak bape sihat lepas pegi bercuti motip iols sakit kepala jgk walaupun takde pikir pasal nuha/siah-kassim? serabut haku

ok nak beklog sat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.219713 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list