|
|
Edisi pipah mendoniaa: UPDATE video sidang media pipah #744 statement balas Alip
[Copy link]
|
|
|
KucingBiru replied at 7-8-2017 10:17 PM
I side pipah. Walaupun dia bimbo.. tapi tgk IG pipah dgn IG bella. I tgk dari sebelum kawen pu ...
Sangatlah setuju. Asik si bayla pun kuat drama. Awal2 dulu ada gak orang komen kat ig cakap adiknya yg nakkan alip but alip choose bayla. Dulu alip ada besfren nama lisa chang. Sibuklah derang tolong promote kopi lisa tu konon muka jadi putih flawless. Tibax2 bila bayla alip serious, lisa chang tak wujud dah. Lol. Sesuatu. Dan dengar psl alip xde disiplin tu dah biase sangat. Juga psl bayla kaki control pun dh biase dengar. Adiknya pon klau kapel ngan memana laki hadoimak clingy nak mamps. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kakiah12 replied at 7-8-2017 11:26 PM
akak dah ckp kat benang 1 lg base on pipah punye penerangan ni mmg pihak produksi guna pipah utk puj ...
Betul.
Kalau tengok history perangai, dari IG pun, siapa yang kaki drama berlakin suami mithali isteri mithali? So who are the fake ones selalu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 8-8-2017 12:29 AM
Susah nak percaya sebab kalau betul produksi yg suruh awal2 lagi dia buat kenyataan. Ye la kalau mem ...
Sebab dia tak mudah melatah mahupun batak publisiti.
Bukan jenis drama dan kuat melatah macam fake sweet terlampau kat media sosial pastu buat sentap terus buat polis repot segala interview dgn press tapi lastx2 hanya drama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ayjay replied at 8-8-2017 06:07 AM
Sebab dia tak mudah melatah mahupun batak publisiti.
Bukan jenis drama dan kuat melatah macam fa ...
akak ni anjalna kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 8-8-2017 06:39 AM
akak ni anjalna kah?
Tgelak aku bc komen tulus ko. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ayjay replied at 8-8-2017 06:07 AM
Sebab dia tak mudah melatah mahupun batak publisiti.
Bukan jenis drama dan kuat melatah macam fa ...
Wahhh ayat paduuu... Sy sokong! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat sgt ke alip berlakon? Sampai nak di pujuk bagai... Releven lg ke alip tu???
Alip satar iols sokong laa jgak.. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tau laki orang jangan lah pergi dengan aliff ... kata tgg kawan ... tgg ajelah kat luar ... sekarang baru nak cerita ... sape mau percaya ... bosan ... next .... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sian pipah... satu ketuanan lah d hencap bimbo.. kecerdikan apak x smpai ke anak.. adoiii adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pipah & sisters...clever but not wise..ade unsur bimbos di situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak bella owang kaya. boleh tanggung beres. Tarak hal. bg mat rasa mak alip ajis pun cam tak begitu setuju bila dia kawin. tahu anak dia belum matang, belum stable...
pipah ini bagus tak terus melatah. kasi dorang keluar segala statement. sendiri ludah. sendiri jilat air lior.
sekarang dah tamat....baru dia keluar. bagus!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya nak diarah2 rupanya...haish. Agaknya semua yg pengarah suruh kat luar set, semua diikutnya... Guna otak laa...dah laa laki org, perangai tak pernah senonoh dr dulu...memang cari penyakit laa kalau nak kena 'jaga' jantan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
desperate sgt ke si pipah ni nak berlakon sampaikan sanggup ikut kata pihak production suruh melayan kerenah si alip.
kalau alip ajak masuk bilik hotel nak ikut gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alip dah balas balik kenyataan. *grab popcorn* |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alip melenting plak..ha hah..ko punya pc x da si pipah nak cakap apa walaupon ko cuba bersihkan nama sendiri je....tinggal taik kat pipah sorang....
Bila turn pipah nak clear nama dio ko melenting plak..haktuiiiii...balik singapore la..bawak anak bini balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SETUJU SANGAT!!! P BALIK SINGAPORE!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TAU XPER... MIKE NI SAMA JE
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Produksi Izinkan Aku Mencintaimu akan jawab Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad
[email protected]
KUALA LUMPUR: Produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu akan mengulas dakwaan berperanan berhubung kontroversi Aliff Aziz dan Afifah Nasir dalam tempoh terdekat.
Penerbit Eksekutif Mahligai Serimas Sdn Bhd yang hanya dikenali sebagai Cik Li memberitahu, mereka akan mengadakan sidang media berkaitan perkara itu.
"No komen. Tunggu sidang media kami dalam waktu terdekat," katanya.
Afifah menerusi sidang media yang diadakan di sini, hari ini, mendakwa menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi drama itu 'mempergunakan' dirinya dalam usaha memujuk Aliff melancarkan proses penggambaran naskhah terbabit.
Drama Izinkan Aku Mencintaimu buat julung kali menggandingkan bakat baharu berkenaan dan Aliff sebagai teraju utama.
Kontroversi tercetus apabila kedua-dua pelakon terbabit didakwa menjalinkan hubungan apabila isteri Aliff, Bella Astillah, menemui mereka berdua-duaan di sebuah pusat karaoke, baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjelasan Afifah tak masuk akal - Aliff AzizOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kontroversi dua pelakon drama Izinkan Aku Mencintaimu yang masih dalam pembikinan terus hangat apabila Aliff Aziz mendakwa teman gandingannya, Afifah Nasir 'mengarut' ketika memberi penjelasan pada sidang akhbarnya, semalam.
Aliff mempersoalkan tindakan Afifah membabitkan syarikat produksi dalam kontroversi itu terutama dakwaan kononnya Afifah diminta 'bermanja' dengannya bagi membangkitkan mood ketika penggambaran, selain melayan kerenah Aliff yang lambat serta tidak datang ke set bagi melunaskan baki kerja lakonan.
"Afifah ada menyebut dirinya menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi menyuruhnya melayan kerenah dan bermanja dengan saya. Dia cakap ini dapat beri mood dan saya akan datang ke lokasi penggambaran untuk melunaskan baki penggambaran.
"Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera.
"Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun... Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya?" katanya kepada BH Online.
Aliff menambah, Afifah boleh menolak jika tidak mahu melakukan apa yang disuruh pihak produksi.
"Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya," katanya.
Aliff berkata, secara logik, jika dirinya bermasalah, mengapa pihak produksi tidak mengambil sebarang tindakan.
"Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan.
"Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini.
"Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah," katanya.
Tambah Aliff, sejak mula berlakon, dia tidak pernah berdepan isu besar misalnya, tidak datang ke set hanya kerana teman gandingan menimbulkan masalah.
"Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui," katanya.
Mengenai permohonan maaf Afifah kepada isterinya, Bella Astillah kerana membiarkan tangannya dipegang ketika mereka berada di pusat karaoke, Aliff mempersoalkan motif Afifah.
"Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya.
"Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit.
"Saya terima hukuman 'cash' kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak dalik hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu," katanya.
Aliff turut mempersoalkan bukti rakaman perbualan kakak Afifah iaitu Anzalna dengan individu yang didakwa bekerja dengan syarikat produksi drama berkenaan.
"Saya fikir siapa saja boleh 'berlakon' menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi.
"Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.
"Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu," katanya.
Aliff turut mempersoalkan bagaimana Allana sebagai pelakon yang baru dikenali Afifah, boleh tampil memberi penjelasan pada sidang akhbar semalam.
"Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aliff aziz macam berdendam sangat ngan si afifah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|