Anak_Nogori posted on 17-4-2014 02:16 PM
karpal walaupun seorang pemimpin politik..dan pembangkang...setidak2nya dia bangkang pada tempatny ...
Tunaikan Wasiat Terakhir Karpal – Anwar Harus Bertaubat
WALAUPUN mendiang Karpal Singh ini dari parti lawan, tapi kita para penyokong BN/UMNO digalakkan menghormati dan mengucapkan takziah atas kematiannya dalam satu kemalangan jalan raya di Perak awal pagi tadi.
Benar, kalau nak diikutkan hati serta mengenangkan ‘sumbangan’ mendiang kepada politik negara kita, bukan ucapan takziah yang harus kita berikan sebaliknya kematian itu perlulah diraikan dengan cara masing-masing, tapi itu nampaknya terlalu kebudak-budakkan. Agama pun tidak menganjurkan perkara sedemikian, yang sudah, sudahlah. Apa pun kejahatan yang dilakukan Karpal semasa hidupnya, satu yang pasti dia juga ada melakukan kebaikan yang perlu kita kenang sehingga sekarang. Paling utama, kalau bukan kerana pendedahannya di Parlimen mengenai sikap buruk Anwar Ibrahim pada 1997, sampai hari ini kita tidak akan tahu bahawa lelaki itu adalah seorang peliwat. Silap-silap Anwar sudah jadi Perdana Menteri pun sekarang, lagi naya kita. Mendiang juga pernah mengeluarkan kenyataan (malah satu-satunya pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan itu) – Anwar Ibrahim harus bertaubat pada 2009. Wasiat mendiang itu masih belum ditunaikan sehingga sekarang. Soal dia dalam masa sama turut menjadi peguam Anwar Ibrahim dalam soal liwatnya, itu soal lain. Prinsip dan cari makan tidak boleh dicampurkan. Sukar, memang sukar nak menyuruh orang seperti Anwar untuk bertaubat. Dia lebih suka mati dalam egonya sendiri dari meninggalkan tabiat songsang yang dilarang serta dikutuk Allah swt itu.’ Tapi sekurang-kurangnya kita (terutama penyokong pembangkang) boleh membantu melaksanakan wasiat tersebut dengan tidak menyokong Anwar Ibrahim dan culai-culainya yang lain dalam apa jua perkara yang dianjurkan mereka. Hanya dengan itu sajalah kita seluruh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dapat membantu melaksanakan apa yang pada satu ketika dulu pernah menjadi impian mendiang Karpal Singh.
sumber: http://www.mykmu.net/?p=41923
|