|
mcm dah terbagi spoiler jer cik ilah
langit_biru18 Post at 16-12-2011 12:33
ha...ha..peminat cik es..sudah bersuara....oklah ilah faham... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih syg.. pengalaman ini biar sudah lama berlalu namun setiap detik yang berlaku, sanga ...
cik_es Post at 16-12-2011 12:12
sama2 kasih...dear..ilah dah bls pm Cik Es.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 883# ilahkhatibrani
As Salam Ilah... baby Ilah kedua tu lelaki ke perempuan ? Kaka Twins dah jarang sangat2 dpt masuk Cari... banyak benda dah ketinggalan.... |
|
|
|
|
|
|
|
tips untuk cik es....
kurangkan melayan 'kerenah mereka ' dlm mimpi..sebab terlalu 'melayan' te ...
ilahkhatibrani Post at 16-12-2011 11:57
eh ada spoiler lagi ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
berdebar lagi... apa yg ayah es nk bgtau yer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 16-12-2011 16:41
eh ada spoiler lagi ke ?
want2bhappy Post at 16-12-2011 16:06
aduihlah..lagi sorang..cuba fahami ayat ilah.....mendalam maksudnya...nasib baik Sha faham maksud ilah....aduihlah..
komen ilah tersebut berkenaan dengan aura dalaman ..lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ogata at 16-12-2011 17:48
nak tanya cik es..bila agaknya cik es sedar dan perasan bahawa cik es memiliki deria ke-6??adakah sejak kecik (dlm lingkungan umur bdapa tu) or selepas tjadinya apa2 je la..kemalangan ke demam panas ka.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya cik es..bila agaknya cik es sedar dan perasan bahawa cik es memiliki deria ke-6??adakah se ...
ogata Post at 16-12-2011 17:44
soalan yang ini, jawapannya ada dalam sambungan akan datang, tapi secara generalnya sy menyedari semua itu sejak sy sekolah menengah, umur dalam belasan tahun cuma pd waktu itu, sy tak terlalu memikirkan dengan serius. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa-apa spoiler, just ignore. Tidak perlu dibincangkan lagi, sy mengambil iktibar atas peristiwa lepas. Silence is golden. By the way, thanks Ilah, sy berbesar hati awk kongsi pendapat dan nasihat awak amat sy hargai.
Terima kasih semuanya. Dan baru sy perasan jugak, Prince Brunei, Ilah & sy sendiri berasal dari borneo. Kebetulan atau..? Hehe! Bye! |
|
|
|
|
|
|
|
Wah2...semakin berdebar baca cerita cik es ni... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam
Saja2 naik kan thread dah kebawah daa..
Wahh orang3 borneo semau berkebolehan laa...PENAMPAKAN...beruntung adalah orang terpilih...TAHNIAH...ANUGERAH serta Ke ISTIMEWAAN anda ...Ilah,Prince Brunai n Cik Es |
|
|
|
|
|
|
|
As salam
Saja2 naik kan thread dah kebawah daa..
Wahh orang3 borneo semau berkebolehan laa...PENAMPAKAN...beruntung adalah orang terpilih...TAHNIAH...ANUGERAH serta Ke ISTIMEWAAN anda ...Ilah,Prince Brunai n Cik Es |
|
|
|
|
|
|
|
aduihlah..lagi sorang..cuba fahami ayat ilah.....mendalam maksudnya...nasib baik Sha faham ...
ilahkhatibrani Post at 16-12-2011 16:40
ooppss ok.. me pun misunderstand.. sorry ilah.. Peace |
|
|
|
|
|
|
|
As salam
Saja2 naik kan thread dah kebawah daa..
Wahh orang3 borneo semau berkebolehan laa...P ...
sofiera Post at 17-12-2011 01:06
Sorang lagi forumer yang pandai bercerita, Aizawa pun orang Borneo kan...? Orang Sabah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang lagi forumer yang pandai bercerita, Aizawa pun orang Borneo kan...? Orang Sabah....
Fieza-mira Post at 17-12-2011 08:56
Yess indeed....terforget laa pulok...Aizawa...mmg orang2 Borneo waa Tabik Spring Kereta laa |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Es ni suka bikin suspenda. Ha'a la, kalau baca cite Cik Es, mesti teringat Jennifer Love Hewitt! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fuyupoktek at 17-12-2011 22:54
akibt terlalu menjiwai watak aku didlm crita ni,abeh kisah2 peribadi cik es ign ku tahui. huahua.nk add pesbuk lah gni |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 19-12-2011 09:04
15 ...
Aku memandang wajah ayah,serius. Dia pun sama.
"Ayah ada rahsiakan apa-apa dari Sha?" tanya ku terus tanpa ada sebarang intro manis.
"Rahsia apa pulak?"
"Tadi ayah sembang dengan Danny dan sorang lagi entah sape entah,ayah cakap,Sha dari kecik macam ni,selalu tengok benda bukan-bukan. Ayah cerita sekarang dengan Sha, apa yang Sha tengok?" kataku. Ayah terdiam.
"Sha bukan tau dari Danny tau,Sha dengar sendiri. Sha terdengar ayah sembang tadi dengan dorang. Kalau ayah boleh share dengan dorang,kenapa dengan Sha tidak? Please?" Pinta ku lagi. Ayah,diam lagi.
Ayah menarik nafas panjang.
"Ok..kalau Sha nak tahu,ayah cerita. Tapi Sha janji, jangan ambil serius. Mungkin semuanya kebetulan je,siapa tahu?" kata ayah. Aku menganggukkan kepala,tanda setuju.
" Panjang ceritanya .." Kata ayah.
"Tak mengapa,kita punya banyak masa kan?Kalau tak sempat habis malam ni,esok masih ada kan?" kataku, ya..agak mendesak.
Danny dan Adib tiba-tiba muncul dari arah dapur dan masih lagi bergelak ketawa, entah ape entah yang lucu sangat dari tadi, aku pun tak tau. Danny muncul dengan sepinggan roti canai segera, susu pekat manis, teko, beberapa biji cawan. Walaupun kategori orang bujang, tapi cara mereka melayan tetamu, aku kagum sangat. Anak sapo lah ni? Rupanya ayah aku dah buat keputusan nak bermalam je di rumah mereka malam ni sebab hujan yang terlalu lebat, belum lagi reda dan ribut yang agak kuat di luar sana, tambah-tambah lagi dengan keadaan aku yang mereka sifatkan 'bahaya' untuk keluar malam, risau ada lagi yang mengganggu, jadi ayah pun setuju je tinggal di rumah Danny,malam ini.
Ayah memulakan ceritanya. Aku,Danny dan Adib mendengar, kusyuk dan penuh penghayatan.
Nota : Jalan penceritaan di bawah adalah hasil olahan semula, bukan cara penceritaan ayah Sha yang sebenar. Pengolahan semula adalah untuk memudahkan pemahaman cerita namun ia nya tetap jalan cerita yang asal cuma penambahan dari segi dialog watak tertentu. Harap maklum.
Kisah bermula ..
Sha.. waktu ayah tahu mak kau mengandung lagi, ayah gusar. Ayah bimbang. Bukan ayah menidakkan kehadiran kau sayang, kau anak ayah, mana mungkin ayah tak suka. Cuma ayah takut ayah tak mampu beri kemewahan, kesenangan pada ahli keluarga baru, semuanya tanpa dijangka. Untuk pengetahuan Sha, sewaktu mak disahkan mengandung lagi, ayah baru sahaja membeli sebuah rumah. Ya, dalam usia 34 tahun, ayah sudah punya 3 anak dan Sha anak ayah yang keempat. Ayah bekerja sekuat mungkin dengan harapan ayah boleh dapat kelebihan dalam kenaikan pangkat dan menambah pendapatan.
Mak kamu menghubungi ayah waktu itu, dengan nada gembira. Kami bakal dapat anak lagi, dan mak kamu mengharapkan kali ini biarlah anak perempuan kerana tiga anak yang sebelumnya semua lelaki. Ayah tahu, mak suka menghias anak-anak dengan pelbagai jenis fesyen, kalau dapat anak perempuan, pasti banyak lagi fesyen terkini dan hiasan dari rambut hingga hujung kaki, ayah pun teruja bila mengingatkan betapa seronoknya ada anak perempuan. Pasti perasaannya berbeza. Ayah sudah pasang angan-angan, kalau dapat anak perempuan, ayah akan namakannya Aishah,ayah sukakan nama itu. Ayah juga akan sediakan bilik khas, maklumlah anak perempuan kan, takkan nak sama dengan anak-anak lelaki ayah yang nakal-nakal tu,pasti mereka akan buli Sha nanti. Perasaan risau yang terbit dalam hati ayah hilang begitu sahaja bila membayangkan yang indah-indah.
Bila kandungan semakin membesar dan hampir waktu untuk bersalin, ayah bawa mak kamu balik ke kampung untuk arwah ibu ayah jaga pada waktu tu. Arwah ibu ayah tu bidan kampung, tapi ayah tak mahu ibu Sha bersalin di rumah, biarlah bersalin di hospital kampung sahaja untuk keselamatan yang lebih terjamin. Ayah ambil pelepasan dari pihak majikan untuk cuti dan sememangnya jadual ayah tidak lah begitu padat pada waktu itu. Disebabkan ayah sangat jarang memohon cuti, maka permohonan ayah diluluskan. Kami sekeluarga pulang ke kampung, waktu tu cuti sekolah tau Sha, abang-abang Sha yang 3 orang tu pun ayah angkut sekali. Apa lagi, seronok lah mereka sebab boleh mandi sungai.
Arwah ibu ayah selalu tolong urutkan arwah mak kamu Sha, mak kamu mengeluh sakit belakang. Setiap kali itu lah arwah ibu ayah cakap mak kamu mengandungkan anak lelaki lagi, ayah pun tak tahu macamana arwah ibu boleh tahu, tapi disebabkan dia memang bidan, jadi ayah pun percaya. Ayah terima sahaja kalau anak lelaki lagi, tapi mak kamu tidak. Ayah tahu dia kecewa bila ibu ayah cakap kandungannya menunjukkan kami bakal dapat anak lelaki, kerana harapannya menggunung tinggi untuk dapat anak perempuan. Puas ayah pujuk ibu kamu, apa pun jantina anak kami, kami harus menerima dengan redha, ramai lagi pasangan lain yang tidak dikurniakan anak tapi kami sudah ada 3, dan bakal masuk 4 lagi termasuk Sha, bersyukurlah. Ibu kamu diam, tapi ayah tahu dalam hatinya tetap mengharapkan mudah-mudahan anak perempuan.
Pada satu hari, ibu kamu baring di ruang tamu sambil matanya terpejam,tapi ayah tahu dia tidak tidur,cuma merehatkan badan sahaja. Ayah pandang wajah keibuannya, ayah doa pada Tuhan, Ya Allah kau kurniakan lah kami anak perempuan, ayah tak sanggup lihat ibu kamu kecewa. Tapi tidak juga bermaksud ayah menolak sekiranya rezeki anak lelaki. "Kurniakan lah anak perempuan Ya Allah.Kabulkanlah" kata ayah cuma dalam hati sambil mengimbau kembali saat-saat pertama ayah bergelar seorang ayah, perasaan gembira, sebak, terharu, bangga, bercampur-baur. Ayah lihat semula wajah ibu kamu, masih cantik seperti dulu walaupun wajahnya sudah mula dimakan usia.
Tiba-tiba ibu kamu kata "Haa..dah tau sy cantik, jangan nak mengada-ngada cari lain tau. Hihi..Takpe lah bang,dapat anak lelaki pun ok,banyak hero apa salahnya". Ayah memandang ke arah ibu kamu, ibu kamu masih memejamkan matanya tapi kata-katanya cukup jelas sekali. Ayah terperanjat,seolah-olah ibu kamu dengar apa yang baru sahaja ayah bisikkan dalam hati. Ayah mengerutkan dahi, kebetulankah atau apa?
"Mana awak tahu?" tanya ayah.
"Tahu apa bang?" kata ibu kamu, sambil membuka matanya.
"Macamana awak tahu abang cakap awak masih cantik,macam dulu?" tanya ayah,ingin tahu.
"Aik...abang yang cakap macam tu tadi, tanya kita balik pulak" ibu kamu tergelak kecil.
"Tapi abang cakap dalam hati je, macamana awak dengar?" ayah terus bertanya. Tapi, ibu kamu terdiam dan memandang tepat ke mata ayah.
Ibu kamu tak pernah jawab soalan itu, jadi ayah pun tak pernah bertanya lagi dan lama-kelamaan ayah pun terlupa.
Waktu kami di kampung, ibu kamu kerap mengadu bunyi bising anak-anak kecil jiran sebelah yang asyik bermain. Ayah kata, biasa lah, musim cuti sekolah, macam kita jugak, bawa anak-anak balik kampung. Ibu kamu rasa tertekan,nak rehat pun tak boleh sebab bunyi terlalu bising, hendak dilarang pun, anak-anak jiran sebelah, nanti kecil hati pula ibu bapa mereka. Tanpa ayah duga, satu hari tu, ibu kamu hilang. Tiada di rumah. Ayah jangkakan mungkin dia ke kedai runcit berhampiran sebab sebelumnya dia ada kata nak beli barang untuk buat kek, katanya ada anak saudara kami yang nak belajar buat kek tu. Ayah pun biarkan sahaja tp bila dah hampir maghrib, ibu kamu masih tiada, ayah mula risau. Ayah cuba mencari dia di rumah sebelah,mana tahu mungkin dia lepak-lepak ke walaupun ayah tahu ibu kamu bukan jenis rajin bersembang begitu di rumah orang, tapi ayah usaha juga cari. Tapi, tiada. Ayah mula mengadu pada ibu ayah waktu tu, ibu kamu hilang. Kelam-kabut ibu ayah beritahu orang kampung untuk cari. Nak kata ada kes jenayah, macam tak logik pula, perkampungan kecil tu tak pernah ada kes-kes culik ke apa.
Setelah penat mencari, rupa-rupanya ibu kamu sedang duduk seorang diri di kawasan perkuburan sambil tangannya memegang erat sekuntum bunga raya. Orang kampung dah heboh waktu tu, tapi ayah diamkan sahaja bila terlalu banyak yang bertanya kenapa ibu kamu begitu. Ayah nak jawab macamana kalau ayah tak tahu kenapa dan mengapa? Ayah tertekan, orang kampung sudah mula membuat pelbagai andaian. Dirasuk hantu la, kena sembunyi bunian lah, kena sampuk jin lah, macam-macam, ayah letih mendengar. Akhirnya ayah hanya mendiamkan diri sahaja.
Beberapa hari sebelum kamu lahir, ibu kamu makin kerap membawa dirinya ke kawasan kubur,apabila ditanya, katanya semuanya berlaku di luar sedar hingga ayah terpaksa memerhatinya setiap masa, bimbang kiranya dia membawa diri, hilang dan tidak ditemui lagi. Bukan tidak pernah berlaku kes kehilangan misteri di kalangan manusia biasa ke alam lain, walaupun ayah tidak tahu sangat tentang itu, tapi bila mendengar cerita-cerita dan dakwaan orang,ayah jadi takut, menjadi seorang yang terlalu berhati-hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Kamu lahir dan apa yang paling menggembirakan, jangkaan ibu ayah yang mengatakan kami bakal mendapat anak lelaki adalah salah sama sekali. Ternyata yang lahir adalah kamu, anak perempuan yang sudah kami nantikan selama 12 tahun. Dan kamu,ayah namakan Aishah. Kulit kamu jauh lebih cerah, persis mak kamu, sedangkan abang kamu yang lain semuanya agak gelap,persis ayah, hehe! Seperti biasa, ayah sendiri yang menguruskan pelbagai perkara, ayah sudah biasa hasil pengalaman menguruskan kelahiran 3 orang anak sebelumnya. Uri kamu, ayah tanam di tepi halaman rumah, ayah tanam bersama pensel dan buku, ini petua lama, kononnya kalau uri ditanam bersama pensel dan buku, besar nanti jadi orang bijak pandai. Ayah percaya sahaja, kata-kata orang tua dulu-dulu adakalanya benar juga.
Keesokan harinya, mak kamu bertanya, di mana ayah tanamkan uri tersebut, ayah cakap lah, di tepi halaman rumah. Mak kamu secara tiba-tiba meminta bantuan ayah untuk menggali semula uri itu, dan dia meminta untuk uri itu ditanam di kawasan perkuburan. Ayah tercengang,kerana permintaan itu tidak masuk akal dan ayah merasakan itu sesuatu yang tidak perlu. Ayah bertanya apa tujuannya,katanya dia bermimpi ada orang tua berpakaian serba putih asyik meminta dia memindahkan uri itu ke kawasan kubur dan biarlah ditanam di tepi sebuah pokok besar supaya ianya teduh. Ayah menasihatkan bahawa itu hanyalah mimpi, mainan tidur semata. Mak kamu diam. Pada malam itu, mak kamu sekali lagi bermimpi perkara yang sama dan terjaga di tengah-tengah malam dengan keadaan berpeluh-peluh dan ketakutan. Mak kamu menangis dan meminta ayah gali semula uri itu, tanamkan di kawasan kubur bersebelahan pokok besar. Ayah sudah cuak apabila mak kamu meminta ayah melakukannya malam itu juga. Malam itu juga? Pergi ke kubur? Ayah mengaku,ayah tak ada keberanian.
Tapi mak kamu benar-benar mendesak dan akhirnya ayah tiada pilihan. Ayah kejutkan abang sulung kamu yang pada waktu itu baru berusia 12 tahun, untuk temankan ayah ke kubur untuk urusan itu. Untuk pergi berseorangan,ayah tidak berani. Ayah pergi tanpa pengetahuan ibu ayah, bimbang dimarahi. Kerana permintaan mak kamu yang waktu itu sudah agak tidak terkawal emosi, ayah turuti walaupun hati ayah agak marah dan terkilan atas sikap mak kamu yang terlalu percayakan mimpi karut. Kalau ayah tak turuti, kami akan bergaduh hingga ke pagi mungkin. Mak kamu tak pernah begitu sebelum ni. Sebelum ayah keluar rumah, mak kamu berpesan, uri itu mesti ditanam di kawasan perkuburan, jangan ditanam di tempat lain,kalau ayah takut, lawankan sahaja perasaan itu. Ayah cuma ya kan sahaja. Ayah cepat-cepat ke tempat asal uri itu ditanam, bila ayah jumpa balik uri kamu, ayah terus masukkan ke dalam plastik,bersama-sama dengan pensel dan buku yang sudah kotor.
Dengan hanya bermotorsikal, ayah membawa uri itu ke kawasan kubur, tak lah jauh sangat pun dari rumah. Kira-kira 10 minit perjalanan dengan motorsikal. Malam itu sunyi, tiada hujan, tiada angin. Langit kelihatan tenang, bintang-bintang begitu banyak sekali bertaburan. Sampai sahaja ke kawasan kubur, ayah mengarahkan abang kamu untuk membawa plastik berisi uri,pensel dan buku itu manakala ayah pula bawa cangkul, sarung tangan dan lampu pelita. Ayah cuba nyalakan lampu pelita itu untuk menerangi kegelapan malam tapi akhirnya ayah menyumpah diri sendiri kerana baru menyedari ayah tidak membawa mancis atau pemetik api bersama. Macamana nak nyalakan? Ayah tidak habis-habis menyumpah kerana kecuaian itu, untuk berpatah balik ke rumah pun ayah sudah malas, akhirnya ayah redah sahaja kegelapan malam itu dan terpaksa bergantung dengan cahaya bulan sahaja. Malam itu bulan amat cantik sekali, mengambang penuh dan bercahaya,ayah kagum seketika melihat. Nasib baiklah ada juga cahaya bulan, tak lah gelap sangat pun.
Ayah sudah berpesan pada abang kamu, kalau terdengar atau terlihat apa-apa sahaja yang pelik atau menakutkan, jangan ditegur dan jangan ditanya. Diam sahaja. Ayah sendiri takut tapi ayah beranikan diri, ayah tak mahu layan perasaan itu. Kalau ikutkan perancangan asal, ayah mahu sahaja tanam uri kamu di mana-mana tempat lain asalkan bukan di kubur,di tepi jalan ke? Di kebun ke? Tapi ayah ubah fikiran,tak mengapa lah ayah ikut permintaan mak kamu untuk kali ini. Akhirnya ayah sudah jejak kaki di kubur, kawasan sekitar kelihatan agak menyeramkan dengan batu nisan terpacak sana sini. Biasalah kampung, kawasan perkuburannya agak berselerak,tidak tersusun. Ayah memberi salam di dalam hati "Assalamualaikum ahli kubur" dan berasa lega, kerana tiada yang menjawab. Tiba-tiba abang kamu memberi salam "Samekommm!!" katanya selamba. Ayah terperanjat. "Kalau nak sebut salam, Assalamualaikum, bukannya Samekom! Itu salam orang malas!" tegur ayah,sempat lagi berceramah. Nasib baik tiada suara yang menjawab salam, kalau ada, memang ayah buka langkah seribu.
Ayah dapati memang ada beberapa pokok besar di situ dan ayah memilih pokok yang paling hampir kerana ayah tidak mahu berjalan jauh lagi ke dalam, ayah mesti uruskan uri kamu segera. Cangkul mula digenggam dan ayah mula menggali. Ayah gali dengan agak dalam kerana bimbang uri itu menarik perhatian anjing atau haiwan liar lain untuk dimakan. Setelah menggali dengan kedalaman yang sesuai,ayah menanam uri itu,sekali dengan buku dan pensel. Ayah ucap terima kasih pada uri itu kerana jadi pelindung kamu selama 9 bulan 10 hari kamu dalam kandungan. Ayah rasa bersalah, kerana ayah tak tahu,apakah tindakan ayah ini betul atau tidak. Mudahan tiada perkara buruk yang bakal berlaku. Uri selamat ditanam tanpa ada apa-apa kejadian buruk, cuma sebelum ayah pergi dari situ, ayah sempat menoleh semula ke arah tempat uri kamu ditanam dan ayah melihat seorang gadis berbaju kurung putih dan berselendang putih sedang berdiri di situ bersebelahan pokok, tersenyum melihat ayah seolah-olah sebagai tanda terima kasih. Ayah tidak menunggu lama, ayah terus berlari mendapatkan motorsikal, begitu juga dengan abang kamu. Ayah tahu abang kamu melihat gadis yang sama kerana mukanya sudah pucat ketakutan, mujur abang kamu kuat semangat dan ingat pesan ayah iaitu, jangan tegur ..
Bila ayah balik rumah, ayah mandi bersama abang kamu, walaupun abang kamu tidak mahu, tapi ayah paksa juga. Bersihkan diri dulu,mana tahu ada benda kotor melekat atau.. mengikut? Mak kamu sudah nyenyak tidur. Ayah tidak mahu mengejutkan mak kamu, jadi ayah terus sahaja baring di sebelahnya, dan ayah sempat menjenguk kamu yang nyenyak tidur. Ayah cium pipi kamu yang mulus, ayah harap bila ayah besar nanti, anak perempuan ayah ini boleh membahagiakan orang lain dan jadi orang berguna, membawa manfaat dunia akhirat.
Pejam celik pejam celik, kamu sudah pun berusia 7 tahun dan ayah mendafarkan kamu ke sekolah rendah. Melihat kamu berpakaian sekolah, membuat ayah rasa sebak. Anak ayah sudah besar rupa-rupanya. Ayah yang pada waktu itu sudah naik pangkat ke jawatan yang jauh lebih tinggi, menarik nafas lega kerana ayah mampu besarkan anak-anak ayah dengan kesenangan,walaupun mungkin tidak mewah. Tapi kamu ada tempat tinggal dan pelajaran yang sempurna. Ayah selalu tanya kamu, dah besar nanti nak jadi apa. Kamu selalu cakap, nak jadi doktor sebab kamu mahu tolong orang mati. Ayah tersentak. Nak tolong orang sudah mati untuk apa? Salah tu, untuk tolong orang sakit lah, baru betul sayang .. Tapi, kamu degil. Kamu asyik cakap "Sha nak tolong orang mati,jadi doktor" Ok ok ayah setuju saja, nanti banyak pulak bangkangnya.
Peristiwa ayah menanam uri di kawasan kubur itu sudah lama berlalu dan ayah tidak pernah ingat lagi. Hinggalah pada suatu hari, kamu datang pada ayah dan meminta ayah belikan mainan baru. Ayah tanya,mainan apa kamu mahu, banyak sudah patung dan mainan masak-masak ayah belikan,tapi kamu kata kamu mahu telefon macam ayah punya. Mak aih,telefon? Untuk apa pula? Telefon pada waktu itu bukan macam telefon zaman sekarang Sha, dulu handphone besar-besar saiznya, baling kat anjing,boleh kot anjing tu koma 5 hari. Ayah pun janji nak belikan telefon mainan, sebelum ayah balik kerja, ayah singgah ke pasar dan mula mencari telefon mainan seperti yang dijanjikan, ayah jumpa tapi ia tak serupa seperti telefon ayah, rupa bentuknya lebih kepada walkie-talkie. Ah, boleh lah, lebih kurang saja ni,ayah pun beli. Bila ayah sampai rumah, kamu gembira dapat telefon tu,walaupun sebenarnya ia hanya lah walkie talkie mainan.
Siang malam kamu asyik dengan walkie-talkie dan selalu berpura-pura menelefon orang dan mengarahkan sesuatu. Sehingga ayah mula mengesan sesuatu yang pelik bila kamu,yang baru berusia 7 tahun tapi mula bercakap benda pelik-pelik. Kamu kata, ada orang suruh kamu pulang ke rumah. Rumah mana lagi, kita kan memang sudah di rumah? "Ala,rumah la..yang kat kubur sana tu" kata kamu. Ayah mula bimbang, dan peristiwa ayah menanam uri kamu di kubur itu, terimbas kembali dalam ingatan.
Rumah yang itu kah..?
Bersambung .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|