|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ETERNAL PATH
[Copy link]
|
|
|
|
Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:
مستريح ومستراح عنه
"Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya". |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baginda menjawab:
العبد المؤمن يستريح من نصب الدنيا وأذاها إلى رحمة الله، والعبد الفاجر يستريح منه العباد والبلاد والشجر والدواب
"Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.
Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi]
(ARAR, 17/9/2013 - AAM) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangisan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Ummati!, Ummati!”.
Nabi saw sentiasa mendahului masalah umat melebihi diri Baginda sendiri
(al-ithaarالإيثار - ). Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah swt serta merta. Maka setiap nabi telah berdoa semasa di dunia. Namun, Nabi saw telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat kelak bagi menyelesaikan masalah umatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
عبد الله بن عمرو المحدث: أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ تلا قولَ اللهِ عزَّ وجلَّ في إبراهيمَ:
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [إبراهيم: 36] الآية
وقال عيسى عليه السلام : (إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم)[المائدة: 118]
فرفعَ يديهِ وقال اللهمَّ! أُمَّتي! أُمَّتي! وبكى.
فقال اللهُ عزَّ وجلَّ: يا جبريلُ! اذهب إلى محمدٍ، - وربُّكَ أعلمُ -، فسَلهُ ما يُبكيكَ؟
فأتاهُ جبريلُ عليهِ الصلاةُ والسلامُ فسَألهُ. فأخبرهُ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بما قالَ. وهو أعلمُ.
فقال اللهُ: يا جبريلُ! اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ: إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُكَ. رواه مسلم رقم: 202.
Abdullah bin ‘Amru ra meriwayatkan bahawa: Rasulullah SAW telah membaca ayat al-Quran tentang Nabi Ibrahim yang bermaksud:
{Wahai Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Ibrahim: 36] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baginda kemudian membaca ayat tentang Nabi Isa yang telah berkata:
{Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [al-Maidah:118] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baginda kemudian mengangkat kedua tangannya sambil berkata: “Wahai Tuhanku, Umatku! Umatku!” Sambil menangis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah swt pun berfirman: “Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad, beritahu kepadanya: Kami akan berikan apa yang engkau redhai dengan umat-mu dan kami tidak akan menyusahkan-mu.” [HR: Muslim] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?
Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu, walhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah. Salah satu caranya adalah dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, berbuat baik serta berlaku ihsan kepada haiwan juga adalah merupakan suatu sifat yang perlu kita semaikan dalam diri kita. Benar, memelihara haiwan ini memang amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah contohnya seperti ikan, kucing, arnab dan sebagainya, berilah makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya, jagalah kebajikan mereka dengan baik agar haiwan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidupannya dengan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang diseksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari) |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|