CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 18-5-2011 09:36 AM | Show all posts
sis tuk ari nie xkn x der??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 09:58 AM | Show all posts
salam semua...
pagi2 dah senyum dpn pc...
nmpknya adegan merajuk & memujuk nie x habis2 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 09:59 AM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:16 AM | Show all posts
merajuk besar kali ni Dahlia........
teruklah amir nk pujuk kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:08 PM | Show all posts
merajuk besar kali ni Dahlia........
teruklah amir nk pujuk kali ni
cewey2 Post at 18-5-2011 11:16


merajuk besar campur dgn pembawakan budak...susah-susah cikgu amir nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:22 PM | Show all posts
sian cikgu amir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 12:39 PM | Show all posts
jenuh le amir nak pujuk dahlia pasnie.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:30 PM | Show all posts
uikss...
jenuh la amir nak pujuk dahlia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 01:47 PM | Show all posts
gasaklah ko amir...
pepandai lah ko nak pujuk lia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:03 PM | Show all posts
cepatla akak..nak tahu mcm mana cikgu amir pujuk cik pai ayam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 08:20 PM | Show all posts
akak nak entryyy.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:51 PM | Show all posts
nak n3..
kak juna..
plz!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:46 PM | Show all posts
Atikah tak dapat menyembunyikan rasa terkejut pabila pintu di buka. Dahlia sedang berdiri di luar sambil menjinjit beg kecil.

“ Kak Lia! Jemputlah masuk” Pondok yang usang sudah di baiki dan di ubahsuai. Kini rumah berbilik tiga dengan kemudahan eletrik dan bilik air moden berdiri di tapak lama. Meskipun tidak besar tapi sudah cukup selesa untuk mereka anak beranak.

“ Maaf kalau akak ganggu keluarga Tikah malam malam begini. Mak Tikah ada?
Akak… er.. kalau boleh… akak nak Lia tumpang tidur?” Suaranya teragak agak. Aku tak mahu sesiapa pun tahu keberadaan aku. Kalau aku tidur di rumah Usu atau Kak Azlin, Babah mesti tahu. Dan kalau Babah dah tahu, mesti Amir boleh cari aku. Itupun kalau dia nak cari aku lah. Entah entah aku saja yang perasan.

“ Mak tengah menjahit kat dalam bilik. Kak Lia  nak tumpang tidur? Mestilah boleh. Tapi kenapa Kak Lia tak tidur di rumah?”

Dahlia senyap seketika. Macam mana aku nak jelaskan? Aku sedang di landa masaalah negara. Aku tak mahu sesiapa mengganggu aku.  Biar aku leraikan sendiri kekusutan yang bersarang dalam kepala. Aku pun tak tahu apa arah tuju aku selepas ini. Tapi yang penting aku tak mahu jumpa Amir atau ahli keluarganya. Pasti Mummy akan memaksa kami kembali bersama  sedangkan Sarah lebih penting di hati Amir. Darahnya menyirap bila teringat SMS berderet dari Sarah ke telefon Amir. Sejak Amir tak sedarkan diri, macam macam rahsia terbongkar. Memang Sarah yang lebih lebih tapi Amir pun apa kurangnya. Kenapa Amir harus layan setiap permintaan Sarah?  Geramnyaaaa! Akhirnya, Iphone 3G itu di campak dalam Sg Perak. Biar jadi habuan buaya lapar.

“ Kak Lia tak sihat. Rumah akak penuh dengan saudara yang datang nak tengok Danial. Nanti jangkit pula.” kata Dahlia sambil pura pura menghembus hidung ke tisu. Memang pun ada saudara arwah Mak yang datang untuk ziarah Danial tapi cuma dua orang saja. Bilik kosong masih ada.

“ Oh , camtu. Tidurlah sini. Rumah kami macam rumah Kak Lia juga. Cikgu Amir yang buat rumah ini untuk kami. Kalau tak kerana Cikgu Amir, entah apa lah nasib kami. Kak Lia duduk dulu.  Tikah panggil Mak.” Atikah menghilang ke dalam salah sebuah bilik.

Dahlia melabuh duduk atas sofa. Rasa sebak menyesak dada. Di mata keluarga Atikah, Amir hampir sama tahap dengan malaikat. Walhal sebenarnya jauh panggang dari api. Tapi mungkin aku yang tidak bernasib baik. Biarpun dia sendiri yang melamar aku, tapi itu sebelum Sarah  muncul kembali dalam hidupnya. Aku pasrah. Akulah yang sepatutnya mengundur diri.

“ Dahlia, apa khabar? “ Ibu Atikah, Rosni muncul. Wanita hitam manis itu berisi sedikit berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Dia memeluk Dahlia dengan erat

“ Sihat , Kak. Cuma selsema sikit.”

“ Oh, pembawakan budak lah tu.” Kak Rosni memandang perut Dahlia. Walaupun tak nampak perubahan ketara di sebalik baju kurung Johor tapi matanya yang tajam dapat mengesan perubahaan pada bentuk tubuh Dahlia.

“ Mana Kak Rosni tahu?” Dahlia kehairanan. Kak Rosni ketawa menampakkan gigi.

“ Kakak dah mengandung tujuh kali. Kalau nak jadi bidan pun dah boleh. Tengok badan Lia,  ini mesti dah tiga bulan lebih., dekat empat bulan. Bunting pelamin rupanya.  Seronoklah Cikgu Amir. Dia suka budak budak”

Sekali lagi hati Dahlia terasa di silet. Dia mengebam bibir sambil mengangguk. Amir memanglah seronok. Tak lama lagi dapat dua orang anak “instant”. Sepasang pula tu. Tapi yang dalam perut ini aku punya. Biar aku besarkan dia sendiri. Aku nekad mencari kerja secepat mungkin.

“ Dahlia ada masaalah kah? Muka Dahlia cengkung” Susah nak menipu wanita yang hidupnya penuh liku dan onak.

“ Penat Kak. Kak Rosni tahulah jaga orang sakit macam mana. Danial tu tak suka makanan hospital. Kesiankan adik punya pasal, saya  kena masak. Bila Babah tak larat, saya teman dia di hospital.”

“ Cikgu Amir macam mana? Kakak nak pergi melawat tapi tak ada masa. Banyak tempahan baju sekarang.”

“ Dia dah sedar tapi doktor suruh rehat” jawabnya ringkas.

Rosni meraup muka. “ Alhamdulillah. Hari hari kakak buat sembahyang hajat untuk Amir dengan Danial”

Atikah keluar membawa teh o panas dan lempeng pisang. Selera Dahlia terbuka dengan bau lempeng yang masih panas. Dia terlupa makan malam kaedahnya, sebab terlalu kalut memikirkan nasib diri yang malang.

Tiga keping lempeng di habiskan. Matanya mula layu.

“ Lia masuklah tidur dalam bilik Tikah. Biar Tikah, Ecah dengan Min tidur dengan Kakak.” Usul Kak Rosni

“ Maaflah. Lia menyusahkan semua orang saja”

“ Tak lah Lia. Lia dah banyak tolong kami. Keluarga Lia dah macam keluarga kita. Kakak besar hati sangat Lia sudi datang tidur di rumah kakak yang kecil ni.”

Atikah segera mengangkat beg Dahlia ke bilik. Selesai membersihkan diri, Dahlia baring di bahagian bawah katil double decker yang menjadi tempat tidur Min dan Ecah. Lampu sudah di padam tapi matanya enggan lelap. Kata kata Kak Darina dan Datin Elly kembali ke minda. Masin mulut mereka rupanya. Aku kena cekalkan hati. Hari hari indah aku sudah berakhir. Perutnya di usap perlahan. Apa nasib anak aku nanti? Apapun aku kena lepaskan Amir…. Lepaskan Amir… lepaskan Amir…akhirnya dia terlelap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 18-5-2011 23:58

“ Ivan, macam mana ni? Still no news ah? Lembab!” Suara Amir meninggi. Dia betul betul terdesak. Kemana hilangnya Dahlia? Mummy asyik menangis. Aku pula rindu setengah mati.

“ Aiya.. relax lah.  I’m trying my best. Not easy lorr.. Kalau orang jahat, I know how to find. Many gangster are my friend. Tapi your wife baik punya perempuan. Apa pasal you tak pandai jaga.” Kata kata Ivan menaikkan amarah Amir.

“ You punya mulut jaga sikit. I bayar you untuk cari Dahlia, bukan kutuk I.” jerkah Amir

“ Aiyaaa.. cool lah brader. Joking only maa. Okay , okay don’t worry. I sudah suruh orang survey rumah kawan kawan dia di KL. Lu punya rumah, lu punya emak punya rumah semua kita sudah check tapi dia tak ada. “

“ Cari lagi. Lagi cepat jumpa, lagi banyak I bayar” Telefon di matikan.

Dadanya berbuku. Hebat betul rajuk Dahlia kali ini sampai sanggup tinggalkan adik dan bapanya tanpa berita. Ke mana kah perginya Dahlia? Kawan baiknya Ellisya dan Najwa mati matian kata mereka tak tahu. Sampai sanggup bersumpah dengan nama Allah. Bukan saja Ivan tapi polis dan penyiasat upahan Puan Sri Sabihah juga masih belum dapat mengesannya. Semua menemui jalan buntu. Macam mencari jarum dalam jerami. Harapan Amir cuma satu. Biarlah Dahlia dan kandungannya selamat, di mana pun dia berada.

“ Macam mana Mir? ” tanya Hj Zul. Dia menebar pandangan ke sekeliling bilik wad kelas pertama itu.  Dr Goh masih enggan membenarkan Amir keluar walaupun Amir puas merayu.

” Tak jumpa lagi. Bayang Lia pun tak nampak. Ivan pun dah buntu. “

Dia menyandarkan kepala dan memejam mata. Atikah orang yang terakhir berjumpa Dahlia. Katanya awal pagi lagi Dahlia sudah keluar. Sangkanya Dahlia pulang ke rumah atau pergi hospital.

“ Babah dah tanya semua saudara kita. Baik yang di sini dengan yang di Kedah. Lia tak contact sesiapa pun.” Nalurinya kuat mengatakan yang Dahlia selamat. Anaknya cuma merajuk sakan dengan Amir. Tapi di mana dia berada? Bila rajuknya akan reda? Dia dan Amir berteleku kebingungan.

Ketukan di pintu bilik di susuli dengan ucapan salam. Tanpa menunggu jawapan, seorang wanita menerpa masuk. Amir menoleh. OH…. TIDAKKKK!

“ Amir! I tak tahu pun you sakit. Kenapa tak bagi tau? “ Sarah menarik kerusi di sebelah Hj Zul. Amir memandangnya dengan wajah tanpa riak. Aku kena cari jalan untuk loloskan diri. Fikir… Amir, fikir. Otaknya ligat berputar.

“ I telefon dan text banyak kali tapi tak ada jawapan. I risau sangat pasal you. Bila I call office you , PA you bagi tahu yang you ada di sini. I terus drive ke sini. How are you now?” Sarah membetulkan selimut Amir. Jari jemari Amir di sentuh. Hj Zul yang memandang tajam tidak di pedulikan. Biarpun tidak pernah bertemu mata, Hj Zul meneka yang wanita di depannya ialah Sarah kekasih lama Amir. Nia pernah bercerita tentang wanita yang menjadi duri dalam daging Dahlia. Sungguh kurang sopan perangainya.

“ Er… I’m sorry. Tapi Puan ni siapa? Do I know you?” tanya Amir sambil mengerut dahi.

“ Amir! Takkan you tak kenal I? Ini Sarah lah. Don’t tell me you can’t recognise me.”  Mukanya di dekatkan hingga Amir dapat mencium bau nafasnya. Urghh.. mesti baru makan lauk tempoyak. Amir mengubah posisi. Dia menjungkit bahu lalu memandang Hj Zul. Babah… tolong selamatkan aku! Hj Zul mengukir senyum tanda faham.

“ Puan Sarah, Amir terhantuk kepala bila dia pengsan. Lama juga dia tak sedarkan diri. Doktor kata memori dia belum pulih sepenuhnya. Dia boleh ingat orang yang rapat dengan dia saja.”

“ Pakcik ni siapa?”

“ Saya bapa mertua Amir. Bapa Dahlia” Sarah senyum tawar

“ Oh, mana Dahlia? Suami sakit pun dia tak jaga?”

“ I suruh my wife balik rehat. Orang mengandung  cepat letih. You ni kawan Dahlia kah?” soal Amir.

Sarah hampa. Hatinya terguris bila Amir tidak mengenalinya. Soalan Amir tidak di jawab.

“ Macam mana you tak ingat I? Kita sama sama belajar di Australia dulu. We were together for many years. Takkan you tak ingat I selalu masak mee hailam kegemaran you? Bila musim sejuk kita selalu duduk dalam selimut depan fireplace makan popcorn sambil tengok DVD. Those were the happiest days of our lives. You tak ingat semua tu?”

Rasa meluat meluap dalam benak Hj Zul. Patutlah Dahlia makan hati. Dangkal nya perempuan ni. Depan aku pun nak buka cerita dalam kain. Kalau pun awak tu tak ada maruah sampai sanggup mengorat suami orang, respek sikitlah kat orang tua macam aku.

“ Sarah, cukuplah. Amir kata dia tak ingat awak.”

“ Saya tak percaya” tukas Sarah. Angkuh.

“ Sorry. I betul betul tak ingat lah. Kita sama university you kata? You mesti senior I kan?” Amir menenyeh garam ke luka Sarah.

Wajah Sarah berubah. Menyesal aku datang ke sini. Buang duit minyak aku saja . Tapi aku tak boleh putus asa. Aku mesti cuba pulihkan memori Amir. Mustahil dia tak ingat siapa aku. Dia kenal aku  lebih sepuluh tahun. Bukan setakat kenal, tapi aku pernah jadi kekasih nya. Kebelakangan ini pun Amir mula rapat semula dengan aku.

“ Baru baru ni kita pergi umrah bersama. You ingat tak?”

Amir meneleng kepala. Bila masa aku pergi umrah dengan dia? Kami cuma bertembung di sana.  Aduh… bila lah dia nak berhenti mengasak aku dengan soalan?

“ I ingat I pergi umrah dengan Dahlia, mak I dan PA dia. You pun ada sama? OH… you ni PA mak I kah? Tapi PA Mak I tak belajar satu university dengan I. Aaah… konfiuslah” Amir memegang kepala. Matanya di katup rapat.

“ Sarah , jangan bagi Amir tertekan. Doktor kata dia tak boleh di desak. Kalau dia tak ingat awak, biarlah dulu. Lambat laun memori dia akan pulih” Suara Hj Zul agak tegas walaupun dia tahu Amir cuma berlakun. Amir sudah pulih 100 peratus.

Sarah menipiskan bibir. Menyibuk saja orang tua ni. Tapi memandangkan Amir sudah  berdengkur perlahan, dia tak ada pilihan lain.

“ Pakcik, saya nak balik ke hotel. Kalau Amir bangun dan cari saya , ini nombor telefon saya. “ Sarah menulis nombornya atas secebis kertas sebelum meninggalkan bilik.

Dalam mimpi kau lah, Sarah oi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:33 AM | Show all posts
cik pai ayam....ilang entah kemana...mai pulak mak jan sarah nie....eeeee tak suker:@

kak juna...cianlah kat cik pai ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:35 AM | Show all posts
yesss..... ada en3...
tak rugi den masok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 12:47 AM | Show all posts
akhirnya...mana laa lia g agaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:36 AM | Show all posts
at last...
eeee...grrrrrrr...gram btol ngan mak jan sarah ney..
mmg la mmalukan kaum btol dok kje laki org..
:pdn mke amir wat x egt si j b****..:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 07:58 AM | Show all posts
meluat tgk perangai sarah....nasiblah cikgu amir still ingat
pada dahlia.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 08:17 AM | Show all posts
sarah ni betul spesis MJ merenyam muka seposen... gatal birah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052715 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list