|
![](http://3.bp.blogspot.com/_8D5ldcaNToc/S73YkuyBGxI/AAAAAAAAAWs/wnaPOb7MsvA/s1600/sepi+sendiri.jpg)
Memendam rasa
Jiwa terluka
mungkin diguris tajam sembilu kata
mungkin ditusuk runcing selumbar dusta
mungkin ditusuk jarum sengketa
semuanya mencengkam jantung rasa
menghimpit ruang tenang di dada
hati berbunga dendam kecewa
meracun emosi merebak barah duka
punah minda tindakan kian lara
banyakkan istifar kepada yang Esa
moga diberi ketenangan jiwa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ5tpDzu9nUHBNGW7B07EwTr4JAppGjoSqnbUGprSMs_KfzDqo&t=1&usg=__OO2XILDtae4mau1zy7SbymSmPBU=)
Sedar diri
Usah diharap simpati
siapalah yang sudi mengerti
kejerihan keperitan di hati
tak akan ia pergi
jika kita terusan menagih simpati
usahalah sendiri
penuhi impian dihajati
kita akan berpuas hati
atas penat lelah sendiri
membina peribadi
dengan jati diri
keperibadian terpuji.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 7-11-2010 09:03
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ-QoC7iXlHx96VS8L_bO21IVT35On43Ykkpa28wAbIFCHqcFw&t=1&usg=__F6AbDGMlzNmOrvaeiOFza_8hJbk=)
Keruh di kuala
Lihat pada awan
ditiup angin ke pergunungan
lalu mencurah hujan
membasahi seluruh lembah pepohonan
menakungi curahan
kumpulkan bekalan
air yang jadi keperluan
namun kini jadi igauan
atas nama pembangunan
segala macam sisa kekotoran
pelacongan, pertanian, perindustrian
dibuang sewenang-wenang
terus masuk ke longkang
tanpa menjalani rawatan
aliran jadi keruh kehitaman
membawa lumpur dan ampaian
jadi keruh di kuala.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTL9JInFDtLUZn7-r8DVHW4hQ9UpN82i548BXaVYoY8tRD3QXM&t=1&usg=__i7qjT7LPQnhx_lCdl0h-kYRfG4g=)
Remaja
Sering bertindak ikut selera
tak fikir kesan akibat tindakan membuta
dah terantuk baru nak buka mata
bukan apa
fikaran belum 'tua'
tak cukup petua
main redah saja
jadi pesan saya
penuhkan ilmu di dada
berkawan dengan yang dewasa
contohi ulama
tinggalkan yang sia-sia
moga hidup berjaya
terselamat dari noda dan dosa
tipu daya kota.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSw0Jn2EYL7SELk34oSV6R3mJutbA4IOZQ96WRsSOJKx-BgcS8&t=1&usg=__d2oKwQOA7T1s0szhwiXLQFh-EeA=)
Lihat pada mata
Ada tanda-tanda
ingin diluahkan kata
tak terkeluar suara
bisu seribu bahasa
bergenang air mata
menahan sebak di dada
menyimpan gelodak di jiwa
mencengkam rasa
menghimpit minda
kecewa
terpancar di sinar mata.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 13-11-2010 10:49
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSJmX674CF--XJDe7Y96g2AN4WvTGF2pdP8p4CTbwwW0g0gfGQ&t=1&usg=__bqLzmB1I3m0U7FkFnyDL_Lv-HTw=)
Cinta mendustakan rasa IV
Bila dilamun cinta
semua indah di mata
hati rasa berbunga-bunga
dipuja dan dimanja
haruslah waspada
terkena panahan cinta dusta
hati berdarah luka sengsara
derita menakluki rasa bahagia
air mata kecewa akan melanda
membanjiri istana cinta bernoda
hampa menjerut jiwa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTJu2asVT1kUqMAnK_m1r2yM_R9izMhAd29RS9qhmJORLTfoK4&t=1&usg=__o6LwpHloWoM6X8GLo9sGc_CPbLU=)
Salahnya kita
Sering kali lupa
leka dan lalai dalam bicara
ada yang terasa
mengundang sengketa.
Sering kali tak bersuara
membiarkan saja
sedangkan kesalahan depan mata
rosaklah masyarakat kita.
Sering kali memanja
akhirnya tak terjaga
jadi sampai pijak kepala
dah tak tahu nak buat apa.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTSMZ7zY88PWPCZgB70FqzCJ1gDJMx6giTh472d1iMF_F9GWuI&t=1&usg=__MVp4mIOS4Wblc82VthH8slBhI9I=)
Ruang dan peluang
Kita ada ruang
kita diberi peluang
mencuba dan mencuba
memperbaiki kesilapan
jangan diulang
jadikan pengajaran
dalam menggapai impian
ambillah peluang
yang terhidang
jangan asyik beralasan
kelak kerugian
dihimpit penyesalan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Pedoman
Teguhkan iman
hayati rukun iman
banyakkan shalawat ke atas junjungan
moga mendapat shafaat pada hari pembalasan
Sabda junjungan
berjayalah golongan
orang yang sentiasa mengucapkan syukur kapada-Nya
orang yang sentiasa menyebut dan mengingati-Nya
orang yang bersabar dengan segala ujian-Nya
isteri-isteri yang menjaga kehormatan dan harta suaminya.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 8-11-2010 17:11
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSWNn5UVSyN2KuWuI9KSa-6rV5RkOkS60njmxyseKa0OqktN1U&t=1&usg=__pE-sGuH1PJ2cN91sjbqWFy2ugPA=)
Aku bahasakan
Aku bahasakan mereka
kerana apa?
kerana mereka alpa
tiada kesungguhan belajar
sekadar mengikut kemahuan ayahbonda
masuk periksa ala kadar
jawapan hentam ikut suka
bukan jawap soalan
tapi merapu serata alam
buat hati aku geram
diajar tak masuk ke akal
kalau tak ingin belajar baik berhenti
cari kerja lebih baik
atau kahwin saja
dapat juga hasil.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 8-11-2010 17:50
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTg4enH7sLB2_kBVOAnb9g6fAPOv-Z8DThAXfECvAcpf8vT7pw&t=1&usg=__8nhVaHjQg29ID4BWyhyGrxqpVpg=)
Panas hati
Tak sesejuk panas mentari
membakar salur-salur nadi
merobek emosi
hilang pertimbangan diri
merosak peribadi
tertonjol sikap benci
marah berapi-api
boleh terkeluar kata maki
puaskah hati?
melepaskan emosi
bersorak seronok si batu api
berjaya mempengaruhi
jangan kita lupa diri
cepat-cepat sejukkan hati
wudhuk sujud pada Ilahi
merendah diri
tenang hati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Harta jiwa
Aku tak punya wang berjuta
untuk melimpahkan kemewahan berganda
aku cuma ada
sebuah jiwa
yang telahku semat ke dada
curahkan kasih setia
padamu jua
tidak dua
tidak tiga
hanya kamu saja
yang kupuja
berkongsi rasa
tumpang bercerita
mengharap kasih mesra
ke hujung nyawa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuka hati
Mengapa begitu keji?
binatang pun ada hati
tahu sayang anak sendiri
apa sudah jadi
dengan insan zaman ini
masalah buang bayi
tak henti-henti
sungguh aku benci
manusia tak takut Ilahi
buang sesuka hati
macam tak takut mati
insaflah saudari-saudari
jangan hidup dalam dimurkai
kelak bencana menimpa diri
teramat ngeri
Ya Allah jauhkan kami
dari bala dosa ini.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTt4Ck6ovHxNIkmZ3-yCyoU9tUHR3K2L0xROTW2aT1kUFQLp7s&t=1&usg=__GptiHRmV_z4GwRUOVJou394pYUQ=)
Gawat Kini
Senja ini
hati hangat sekali
mengenang masalah sosial kini
jadi barah menular sana sini
merosakkan anak bangsa muda mudi
apa nak jadi?
dunia makin berseligi
ramai yang punahkan diri
terpesong jauh dari syariat Ilahi
tiada iman di hati
lemahnya pegangan diri
tidak berpandu kepada kitab suci
kalah kepada nafsu nafsi
kembalilah kepada agama yang diredhai
moga kita dikurnia hidayah suci.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 8-11-2010 19:13
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9A-xaXgLQVZJs6n5pWMiw9RwTOBl3DJWaMkRsyGVbrgRCWBo&t=1&usg=__T_6AL29RYZUDy79wHfLBRUB_Gak=)
Perjuangan
Teruskanlah
hingga ke titisan tinta terakhir
masih ada ruang dan waktu
untuk kamu mengubah sesuatu
jangan berputus asa
usaha sampai jaya
lupakan seketika
hal-hal buang masa
fokus pada peperiksaan
jangan hilang tumpuan
cikgu doakan
kejayaan buat kalian
hati tenang
menghadapi persoalan
pasti isi yang diberikan
menepati skema jawapan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Harta jiwa
Aku tak punya wang berjuta
untuk melimpahkan kemewahan berganda
aku cuma ada
s ...
Goldkey Post at 8-11-2010 18:12 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
untuk siapa ni?![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
untuk siapa ni?
sayawifenikmie Post at 8-11-2010 20:44 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
untuk isteri saya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 9-11-2010 18:03
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQymxHnt3yb69uyWCiXIwDU92BTftYzCb1GVuF9O_HKNgxdKFk&t=1&usg=__BWy0Mwq0tcuX3dJP1q3mGoLDokY=)
Dah Perlahan
Usia
buat aku "slow"
tidak seligat dulu
pantas berlari
kuat menendang
tenaga berlebihan
tak pandai duduk diam
kuat daya ingatan
kini
semua makin hilang
tak dapat bertahan
semua jadi perlahan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 9-11-2010 18:05
Hitam
Hitam anugerah Tuhan
jangan dipersendakan
hitam suci lagi menawan
bukan hitam jati ukuran
kebersihan jiwa jadi sandaran
keikhlasan hati jadi pautan
hitam jadi warna kegemaran
lambang mutu gaya dan keunggulan
bila hati sudah berkenan
hitam jadi intan
hitam jadi berlian
hitam jadi idaman
hitam jadi buruan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i380.photobucket.com/albums/oo244/rembol123/blog/makan.jpg)
Macam-macam makan
Makan hati
makan suap
makan luar
makan saman
makan beradab
makan minggu
makan bulan
makan tahun
makan jalan
makan dalam
makan tak habis
makan tanggung
makan keringat
makan tak kenyang
yang bestnya bila makan kenyang!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|