|
Baru selesai baca Dia Yang Kunikahi. Tajuk cite ni rasa macam tak matchlah dengan perjalanan cerita. Hampir 80% cerita lebih tertumpu pada si Johari je. Kisah dia dolu2, kisah dia sekarang. Kisah 2 watak perempuan (Aisyah dan Nasuha ) dalam cite ni mewakili mungkin 15 % sahaja dari keseluruhan cerita. Dan hanya di bab-bab akhir barulah gabungan ketiga-tiganya ada yang merealisasikan tajuk cite ni. Slow cite ni...meleret dan sikit membosankan. Ini pendapat Lea. Orang lain yang baca mungkin punya pandangan berbeza ...Jangan marah ye Iqbal... |
|
|
|
|
|
|
|
baru selesai dengan Surat Ungu Untuk Nuha (mak aihhhhhhhh...baper punya ketinggalan daaaaaaa) hehehe
cerita yang menarik...ayat yang tersusun indah...tapi entah kenapa saya tiada kesabaran untuk menghabiskannya...tinggal 3 bab lagi lebih kurang, sudahnya saya baca bab akhir dan terus tutup buku...abis cerita..tak terpikir untuk reverse balik ke bab2 sebelumnya...mungkin lain waktu..
mungkin saya ada masalah dengan sajak2 ciptaan alang, atau barangkali bahasa indonesia yang digunakan sedikit sebanyak mengganggu pembacaan saya...barangkali juga watak Nuha terlalu 'ego' diterjemahkan oleh Noor Suraya..
entahlah...mungkin juga masalah dr diri saya sendiri yang gagal menghargai bahasa sastera yang terkandung di dalamnya |
|
|
|
|
|
|
|
oh ya...sebelum tu saya juga baca Tentang...Dhiya (maafkan keterlewatan ini)
Karya yang bagus...tapi takde 'punch line' yang boleh membuatkan saya teringat-ingat akan kisahnya....
contohnya macam novel 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate..
saya masih teringat kata2 along kepada Johana...
"Ana balik...kita bertunang"
simple, tapi masih boleh buat saya terkenang dan terbayang |
|
|
|
|
|
|
|
hampir terlupa yang saya juga baru menyudahkan Menunggu Hujan dari Adileah
baca dalam tempoh 7 jam (pukul 6 petang hingga 1 pagi lebih kurang)
apa yang boleh dikatakan...karya kali ini jauh lebih baik dari karya beliau yang terdahulu.
Adileah semakin matang dalam menyusun ayat dan mengolah plot menjadikan novel ini menarik untuk dibaca berterusan...cuma mungkin barangkali masih ada ruamg untuk penampah baikan kerana terdapat juga plot2 yang agak longgar dan kurang memberi kesan.
apapun tahniah untuk Adileah....3.6 bintang dari saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sudah habis membaca LUVE oleh Pingu Toha..
tapi belum 'ada hati' untuk membaca 1 4 3 maksudnya I love You dari penulis yang sama walaupun novel berkenaan sudah berbulan menghiasi rak buku saya...
perhaps one day....one fine day...saya akan menghabiskan juga novel berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Disember 2011: Sehiris Bulan ~ Hafizah Iszahanid
Hidup ini pelik, dan bahagia itu subjektif.
Sesetengah orang mentafsirkan bahagia letaknya pada cinta. Sesetengah pula bahagia itu adalah kemuncak kerjaya. Sesetengahnya pada membahagiakan keluarga.
Lili Julia, wartawan muda yang hatinya terpaut pada jejaka berjiwa seni, Adlan Huzairi. Malangnya pula lelaki itu berkongsi rasa dengan Zaira. Nota cinta Adlan Huzairi sentiasa menghujani hati Julia namun bagi Zaira, Julia itu bagai ahli sihir yang menghalang segala kehendak hatinya pada Adlan.
Hati, sebenarnya apa yang kau mahu?
Hati, sebenarnya masihkah engkau dihambat rindu?
Engku Effendi masih mengharap cinta tidak kesampaian daripada Kassandra Pullman, namun bondanya Engku Mahani, mahu dia teguh membina perasaan terhadap Lili Julia.
Sehiris bulan di langit mengumpul selaut rasa tulus perasaan seorang manusia dalam pengembaraan rasa untuk menemui cinta. Lili, Zaira, Adlan, dan Engku Effendi, mereka adalah pemain wayang di bawah cahaya bulan berona perasaan!
* * *
HAFIZAH ISZAHANID menukangi Sehiris Bulan dengan bahasa yang indah dan sedap dibaca. Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 kategori cerpen ini tahu apa yang perlu untuk anda ‘lihat’ dan ‘dengar’ dalam karya terbaharunya ini.
Baca bab awal di www.jemariseni.com
_______________________
ISBN: 978-967-5118-71-5
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 16 Dis. 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
cantik cover dia, lembut je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 885# cik_Sally
7 jam baca buku tu... berapa tebal mukasurat nya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply cik_Sally
7 jam baca buku tu... berapa tebal mukasurat nya?
liya71a Post at 7-12-2011 11:07
dalam 500-600 barangkali....
hehehe...tak ingat dah |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Dis. 2011: Mencari Taman di Hati
Penulis: Aidah Bakri
ISBN: 978-967-5118-73-5
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 23 Dis. 2011
Aku menipu hatiku sendiri… benarkah?
Aku bahagia apabila dekat dengannya?
Kerana sepotong janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu ‘lari’ daripadanya. Lima tahun jugalah Syuhada terkapai-kapai dalam ikatan tiada makna; lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya.
Lelaki yang tak kenal erti putus asa itu memang merimaskan. Tak faham-faham langsung orang tak suka. Tetapi jika benar tak suka, mengapa ada rasa lain yang bertunas dalam taman hati? ~ Syuhada
Redup sinar mata itu pernah mencuit hati. Kini, sinar mata yang sama masih mendatangkan getar yang hebat di hati. Tetapi, mengapa sinar itu sayu? Terlalu beratkah deritanya?~ Shahrul Riezman
Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah kita mengecap bahagia, Syu?
Tertikam di sudut kecil sekeping hati… bukan salah sesiapa, cuma aturan takdir-Nya!
****
AIDAH BAKRI membawa kita menyelami hati Syuhada yang terperangkap oleh janjinya sendiri. Setiap orang berhak bahagia; kenapa tidak mahu Mencari Taman di Hati yang membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 892# adalia
Bagus juga Ada inform mcm ni, kawan-kawan JS yg masuk sini akan take note dan leh inform boss diorg. Sayang jugak kan coz selama ini JS dipandang tinggi oleh kebanyakkan penggemar novel kerana kualiti novel2 yg diterbitkan. Lately some of the novel kualitinya kategori suam-suam kuku je...tidak dpt menarik pembaca utk terus setia dr mukasurat pertama hingga akhir, kena lompat katak lompat galah dan segala jenis lompat sebab tak larat nak layan keboringan part-part tertentu. Harap komen Lea tidak disalahertikan. Ambik dia sebagai cabaran buat JS utk lebih berusaha menghasilkan produk yg lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 893# AzzaleaKhaliq
Lea & Lia,
Terima kasih atas komen dan teguran, saya pasti JS pun selalu jengah thread ni dan perkara ini tidak akan dipandang remeh.
Saya bukan bercakap bg pihak JS namun sebagai sebahagian daripada keluarga JS, saya terima teguran dan komen sebagai peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan saya dan insya Allah kita akan perbaiki.
Tanpa pembaca, tiadalah penulis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 891# chit_ana
Cover dan sinopsis menarik..... blh masuk dlm list |
|
|
|
|
|
|
|
Reply chit_ana
Cover dan sinopsis menarik..... blh masuk dlm list
qimi08 Post at 14/12/2011 21:14
nati kak qimi kasi review kat sini ye |
|
|
|
|
|
|
|
Baru habis baca Novel Adamaryam X xarine sebuah novel thriller dan santai
ada part2 mafia .Kisah cinta berlatar belakang sebuah kilang.....adam seorang engineer muda menjadi rebutan gadis dlm kilang.
Jln cerita bertambah menarik dgn 2 org mamat kelantan siap dgn lorat kelantan lagi....
bila masuk part mamat ni mesti ketawa...
Banyak info untuk utk yg berminat nak jadi engineer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 896# chit_ana
Ana blh baca adamaryam ada 2 mamat kelantan dlm tu
siap dgn lorat kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply chit_ana
Ana blh baca adamaryam ada 2 mamat kelantan dlm tu
siap dgn lorat kelantan ...
qimi08 Post at 14/12/2011 21:29
akan dicari.sinopsis pon best ada kaitan dengan kerja penulis sbg engineer kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 893# AzzaleaKhaliq
Terima kasih, komen2 ginilah yang banyak bantu penulis (spt saya yg byk kelemahan) untuk perbaiki cerita dari masa ke semasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|