CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-2-2015 11:40 AM

Viana curiga dengan sikap prihatin dan kemesraan yang ditunjukkan lelaki bernama Zulkarnain itu terhadap Jie. Bukan Viana tak kenal Zulkarnain. Malah lelaki itu pernah cuba  menawan hatinya sewaktu mereka menuntut di University Southampton UK. Viana juga tahu Zulkarnain adalah senior sekolah tempat Jie belajar yang kerap mengirim salam kepadanya.

Namun, apabila Viana memilih Khalid sebagai kekasih, Zulkarnain dilihat menjarakkan diri. Takut Zulkarnain menggunakan adiknya untuk membalas dendam kerana cintanya ditolak dulu. Hati manusia tak siapa tahu. Tak mahu adiknya menjadi mangsa lelaki tak guna lagi.

Tambahan pula , Jie masih lagi bergelar isteri Rayyan yang sah. Kadang Viana nampak Zulkarnain seperti tidak mengendahkan status Jie. Pandangan mata Zulkarnain terhadap Jie jelas mengandungi makna tersirat. Justeru Viana yakin Zulkarnain pasti ada agenda tersembunyi. Masakan tidak, Zulkarnain bersungguh membantu Jie untuk memastikan Rayyan menceraikan adiknya secepat mungkin.

Malah, Dato' Hanafi juga sangat mempercayai Zulkarnain. Tidak pernah menghalang lelaki itu dari berhubungan rapat dengan Jie sedangkan Jie masih lagi isteri orang. Daddy juga berkenan untuk menjadikan Zulkarnain sebagai menantu sekiranya lelaki itu sudi mengahwini Jie.

Kadang Viana rasa tindakan Daddy tidak adil terhadap Rayyan. Walaubagaimanapun, Rayyan masih ada hak terhadap Jie. Entahlah..  Keliru dengan tingkah Dato' Hanafi. Mungkin satu tindakan drastik patut diambil. Fikirnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mawibotak replied at 21-2-2015 10:47 AM
a'ah..larasati aisyah watak dlm citer bkn puteri lindungan bulan...kesian dier..hubby dier curang. ...

Oh.. ini hubby dia x curang.. cme sengal jer...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:22 PM

" I bengang betullah !" Tak sempat duduk Rayyan terus saja meluahkan isi hati. Khalid dan Zack hanya mampu mendengar.

Kebetulan sewaktu Rayyan menghubungi Khalid untuk berjumpa, Khalid sedang dalam perjalanan singgah ke rumah Zack. Sekadar ingin bertanyakan khabar adik bongsunya.

Mujur, Zack berjaya memujuk Zeeta untuk kembali. Bersyukur perkahwinan mereka tidak goyah. Jadi alang alang mahu bertemu Zack, Khalid mengajak sekali Rayyan untuk ke sini.

Zeeta dan Zack mencadangkan mereka berkumpul untuk makan malam bersama. Maka Khalid terus saja menghubungi Viana untuk menyertai mereka.

Isterinya terus bersetuju kerana ada hal yang ingin dibicarakan. Lagi pula, Faridah , ibu mertua tirinya ingin menghabiskan masa bersama Khalisha. Senang untuk Viana bergerak bebas tanpa risaukan bayi mereka. Yakin Khalisha dijaga baik neneknya.

"Apa yang buat you bengang sangat ini Ray?" Zack menyoal sambil tangan menghulurkan minuman sejuk ke arah abangnya. Mengharap hati Rayyan juga akan tenang sedikit. Faham Rayyan masih lagi serabut untuk memujuk isterinya. Kisah Jie menuntut diceraikan juga sudah diketahui.

"Iskandar Zulkarnain.. " Masih terbayang wajah lelaki itu diruang mata Rayyan. "I dah tau Jie dekat mana. Tadi I jumpa Jie dengan seorang mamat ini. Boleh pula Jie kenalkan dia sebagai future husband !  Siap cakap soon I will become her ex husband. Benganglah I ! I tak pernah ceraikan die kot tapi dia dah stand by lelaki lain !" Rayyan meraup muka. Stress !

Khalid tersentak mendengar nama itu. "Jadi Iz tak tipu youlah bila dia cakap Iskandar Zulkarnain tu bakal suami Jie !" Pada sangkaan Khalid, Ku Iz sengaja berkata begitu untuk menaikkan api cemburu Rayyan.

"Tapi I perasan Daddy memang 'favour' Iskandar Zulkarnain tu. I pun Daddy pandang sebelah mata saja sekarang. Tak layan sangat macam dulu !" Khalid mengerti kini perasaan Jie yang selalu dipinggirkan oleh Tengku Safiah bila dirinya tidak dipedulikan Dato' Hanafi.

"Cuma I tak sangka pula Jie setuju kalau Daddy nak kahwinkan dengan dia." Khalid juga sedar dalam diam Dato' Hanafi merancang untuk menyatukan Zulkarnain dengan anak bongsunya. Malah, Zulkarnain sendiri pernah menyatakan hasrat mengahwini Jie dihadapan Dato' Hanafi. Viana sudah menceritakan semua kepada Khalid.

"Jadi betullah lelaki itu pilihan Daddy?" Rayyan inginkan kepastian. Tak mungkin membenarkan hasrat Dato Hanafi jadi kenyataan. Jie masih isterinya ! Daddy tak ada hak untuk berbuat begitu. Hati mula memprotes dalam diam.

Khalid hanya mengangguk tanda mengiyakan. Timbul simpati pada Rayyan. Akan tetapi, Khalid sedar Mama dan abangnya sendiri punca Dato Hanafi bertindak begitu. Mungkin untuk melindungi anaknya dari disakiti lagi.Maka kali ini Dato' Hanafi menetapkan sendiri lelaki yang bakal dikahwini Jie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-2-2015 09:49 PM

Viana muncul tepat pada masa Zeeta menghidang makan malam. Kesesakan trafik punca kelewatannya. Tanpa membuang masa Viana terus saja menyertai Khalid adik beradik duduk semeja. Mengah dirasakan kerana terkejar masa.

"Ray.." Viana tak mahu bertangguh lagi. "I rasa you gotta do something ! Jie dah nekad nak cerai dengan you dan terima Zul sebagai suami ! I nampak Zul melamar Jie tadi and Jie says yes." Walaupun Jie adiknya, Viana tidak setuju dengan tindakan Jie yang berhubungan dengan lelaki lain sedangkan diri masih bersuami. Lainlah kalau Jie sudah rasmi bercerai.

"What?!" Selera Rayyan mati. Wajah Viana dipandang. "Maksud you Iskandar Zulkarnain tu melamar isteri I dan Jie terima ? Hey, they all gila ke apa ? I masih hidup lagi !" Makin kusut dirasakan. Nampaknya lelaki itu dan isterinya dah melampau !  Langsung tak menghormati statusnya sebagai suami.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 08:45 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 21-2-2015 12:48 PM
elia201 replied at 21-2-2015 06:26 AM
" I bengang betullah !" Tak sempat duduk Rayyan terus saja meluahkan isi hati. Khalid dan Zack hanya ...


asal aku  gelak baca hat post ni? :/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 21-2-2015 08:45 PM
asal aku  gelak baca hat post ni? :/

Sebab ape ek? Speku le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2015 10:27 PM | Show all posts

Spekunya, Zuk adalah punca rayyan tolak jie. Diolah yg hantar mesej menggunakan software ke fon jie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-2-2015 02:06 AM
Esmiria replied at 21-2-2015 10:27 PM
Spekunya, Zuk adalah punca rayyan tolak jie. Diolah yg hantar mesej menggunakan software ke fon ji ...


Ada kemungkinan.. zul ke zack? Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2015 09:25 AM | Show all posts
elia201 replied at 21-2-2015 06:05 PM
Ada kemungkinan.. zul ke zack? Hehe

typ0 #Zul ………………………
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 09:44 AM | Show all posts
pdn la muke rayyan...sape suh sengal...hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 12:53 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-2-2015 07:24 PM

Sejambak bunga ros merah dan sekeping kad dicapai. Ibu tirinya mengatakan ada orang yang menghantar kepada Jie. Tanpa membuang masa Jie membaca nota yang terselit. Ingin tahu siapa gerangan yang mengirim.

Mawar merah untuk seseorang yang istimewa seperti you
Tanda pertemuan semula kita
I nak ajak you hang out tonite
I datang jumpa you around 9 pm
P/s -Pakai cantik cantik even I tahu you tetap cantik pakai apa pun

Happy Valentine's Day Jiha !
Iskandar Zulkarnain

Jie senyum sendiri selesai membaca nota tersebut. Sejak kebelakangan ini Zulkarnain dilihat gemar menemani dan cuba menghibur hatinya. Berterima kasih dengan kehadiran lelaki itu. Cuma yang menimbulkan tanda tanya,  Zulkarnain boleh saja mengajaknya berdepan siang tadi. Tak perlu berbunga dan berkad bagai. Membazir ! Jie tidak gemar Zulkarnain menghabiskan duit ke atas dirinya.

Entah kenapa fikiran Jie teringatkan Rayyan. Sukar untuk menerima hakikat suami yang dicintai sepenuh hati sanggup mencurigai dirinya hanya semata mata satu SMS ! Mudah benar Rayyan termakan provokasi Tengku Safiah.  Disebabkan itu Jie nekad berpisah. Biarlah dia hidup sendiri. Menjadi janda dalam usia muda memang bukan impiannya.

Namun jika itu takdir yang tertulis Jie redha ! Mungkin saja kisah cinta antara Rayyan dan dirinya bakal berakhir bila talak dilafazkan suaminya. Pilu teramat dirasakan tetapi itulah yang terbaik buat mereka berdua !

Semoga you bahagia Ray... Jie melihat jam. Hampir pukul 8 malam. Bergegas bangun untuk bersiap menemui Zulkarnain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 05:23 PM | Show all posts
elia201 replied at 22-2-2015 04:53 AM
Sejambak bunga ros merah dan sekeping kad dicapai. Ibu tirinya mengatakan ada orang yang menghantar  ...

Aku rsa..pemint misterinya...bkn ...ermm..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 05:25 PM | Show all posts
elia201 replied at 22-2-2015 04:53 AM
Sejambak bunga ros merah dan sekeping kad dicapai. Ibu tirinya mengatakan ada orang yang menghantar  ...

Aku rsa..pemint misterinya...bkn ...ermm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:03 PM

Tepat jam 9 malam seperti yang dijanjikan Zulkarnain sudah terpacak menanti Jie diruang tamu rumah Faridah. Faridah yang sememangnya menyenangi Zulkarnain sempat berbual kosong dengan anak muda itu. Tambah pula, mereka memang sudah kenal lama dan Zulkarnain juga dianggap seperti anaknya.

Kalau saja Jie adalah anak kandungnya, mungkin Faridah tidak teragak agak untuk menjodohkannya dengan lelaki dihadapannya ini. Sedar anak tirinya masih isteri Rayyan maka hasratnya dipendamkan. Tidak bermakna Faridah membenci Rayyan namun naluri keibuannya sukar menerima hakikat Jie yang di anggap seperti anak sendiri dilayan sebegitu rupa oleh seorang suami yang sepatutnya melindungi bukan mengasari. Padanya Rayyan dan Tengku Safiah keterlaluan !

"Zul nak minta izin Ibu bawa Jiha keluar sekejap. May be lewat sikit baru balik." Walau tahu Faridah hanya berpangkat ibu tiri kepada Jie namun Zulkarnain tetap menghormati wanita dihadapannya. Merasakan keizinan dari Faridah itu perlu.

"Ibu ok saja, cuma Zul dengan Jie kena jaga batas perhubungan. Apa apa pun Jie tu masih isteri orang. Ibu harap Zul faham..."  Faridah sekadar mengingatkan. Tak manis jika dibiarkan Zulkarnain dan Jie berduaan tanpa sebarang keperluan mendesak.

"Itu tak ada hal punya Ibu ! Bisa diatur !" Zulkarnain sengih. Sedar Jie masih isteri orang.

"Dah boleh gerak ke?" Jie terus mendapatkan Zulkarnain dan ibu tirinya. Zulkarnain terpaku melihat Jie. Cantik ! Hanya memuji dalam hati kerana Faridah ada bersama. Tak mahu disalah erti.

Zulkarnain cuma angguk. Usai bersalaman dengan Faridah, Zulkarnain dan Jie terus berjalan keluar menuju ke kereta. Pintu dibuka mempersilakan Jie untuk masuk sebelum Zulkarnain beralih ke tempat pemandu.

Sempat Jie yang duduk disebelahnya dicuri pandang.  "Sekarang I faham kenapa hubby you selalu rasa insecure dan cemburu buta." Spontan dialog itu keluar. Meski hanya bermekap tipis dan berpakaian simple cukup untuk membuat mata lelaki sepertinya tak berkelip merenung dari tadi.

"Maksud you?" Jie tidak faham. Tak pasti kenapa Zulkarnain berkata begitu.

"Sebab kalau I lah suami you, I takkan bagi lelaki lain tengok you. Serius ! I akan simpan you dalam almari , lock terus , secure sikit !" Zulkarnain sempat berlawak. Terkekeh ketawa.

"Dah lah ! Malas I nak layan you ! Kalau setakat you nak 'bahan'I,  next time sajalah kita hang out." Entah kenapa Jie rasa semak dengan jenaka Zulkarnain yang mengarut. Emosinya memang tidak menentu. Mudah terasa dan marah walaupun benda remeh temeh.

"Ok.. ok.. minta maaf banyak banyak Tuan Puteri ! Tak mahu marah marah ok." Zulkarnain tak ambil hati. Arif dengan keadaan emosi Jie yang tak menentu. "I ada surprise untuk you." Satu kotak berbalut cantik dihulur. "Bukalah !" Zulkarnain senyum ke arah Jie yang tampak serba salah untuk menyambut.

Jie hanya akur. Pembalut hadiah dikoyakkan dan kotak dibuka. Kelihatan teddy bear berwarna pink. "Motif you bagi I teddy bear ini?" Serius Jie tak faham dengan kelakuan Zulkarnain. Tadi lelaki itu memberinya bunga dan kad sekarang teddy bear pula. Pelik !

"Motif... " Zulkarnain berfikir sejenak. "Nanti I jawab boleh tak? Kita pergi satu tempat dulu." Usai berkata begitu kereta meluncur laju membelah jalan raya. Ada satu destinasi yang ingin dituju.



Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:44 AM | Show all posts
JIE jgn layan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 10:57 AM | Show all posts
ape bg teddy bear? ingat bdk kecik ke ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 11:08 AM | Show all posts
elia201 replied at 22-2-2015 06:56 PM
Tepat jam 9 malam seperti yang dijanjikan Zulkarnain sudah terpacak menanti Jie diruang tamu rumah F ...

Cantik tapi kosong buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 01:48 PM | Show all posts
mcm pelik si zulkarnain ni... mcm pelik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 08:03 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-2-2015 09:13 PM

Mata Jie yang ditutup dengan kain menyukarkannya untuk melangkah. Gelap !  Kehendak Zulkarnain yang beriya inginkan begitu. Jie hanya menurut. Percaya lelaki itu tidak akan berbuat sesuatu yang memudaratkan dirinya. Hanya melangkah mengikut arahan Zulkarnain. Tangannya dipimpin erat.

"Surprise !" Zulkarnain membuka penutup mata Jie. Jie terkesima melihat deretan bunga mawar merah yang disusun cantik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
"I just nak buat you happy Jiha ! Hope you sudi spend time dengan I malam ini." Zulkarnain inginkan Jie senyum dan ceria selalu. "Anggap ini untuk celebrate pertemuan semula kita." Gelas berisi minuman grape sparkling dicapai. "Minumlah." Mempelawa Jie yang masih lagi terpaku.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.819350 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list