CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[KOLEKSI] Kisah Seram dari Buku 555 Penulis oleh theflash-thread sudah tamat-

[Copy link]
 Author| Post time 8-2-2013 09:31 AM | Show all posts
Misteri Kampung Melayu Raya ,Pontian PART II


nota kaki-  kejadian berlaku semasa penulis hilang dari Cari. sibuk berkerja. dalam masa itu. ada pulak yang nak 'berkenalan'. hehe
                 agaknya sebab seronok bercerita dekat sini. tu yang kene kacau kot. hahahaha






Malam itu aku rasa sangat sangat panas.
tak penah aku rasa macam ni
setahu aku. kwasan dan kampung di sini memang kategori sejuk macam aircond bila malam
maklumlah. dekat dengan Gunung Pulai. dan di kelilingi pokok2 sawit. memang sejuk
bukan ini kali pertama aku singgah di sini jika ada kerja di Johor.

berpeluh.
aku penah rasa panas yang sebegini. masa tahun 2004.
terpikir dalam otak.
"mungkin aku ni terlalu fikirkan Cari kot. ( sebab risau korang tertunggu2 update. ) mungkin smpai terbawak2 takutnya di realiti"

tiba2 teringat aku bakar tangkal tu siang tadi.
malam itu senyap. padahal baru lepas ujan. cuma sesekali kedengaran bunyi angin2
memamg musim tengkujuh di Johor. di area Pontian ni. memang bila jam 10pagi smpai malam. berangin je.

DANG!!!!!!

bunyi seperti ada benda yang menghempas dinding rumah!

rumah CD rumah papan. cuma sudah di renovate separa batu. tapi dinding nya masih kayu!

DANG!! sekali lagi!
ini bukan burung belatuk.
ini mesti ada yang terkena!


terus aku bangun.
menelan air liur.
serius. aku sudah lama benar tak berhadapan dengan benda macam ini

"u!" sapa CD dari belakang

aku agak tersentak dan terkejut di sapa begitu!

"hoi! u ni. jangan la tegur cmtu. batuk2 la dulu before tegur" balas aku
memang terkejut.
aku tarik nafas.

capai lampu suluh.
dan aku tanya

"mak. ada parang?"


mak ketika itu sudah bangun. dia juga dengar bunyi tersebut. agak kuat
dan sekali lagi!


DANGGGGGG! bunyi orang menhempas sesuatu ke dinding rumah!

tersentak kami bertiga
cepat Mak menhulurkan parang.
dan aku mengajak CD untuk meneman aku turun ke lantai rumah di bawah


CD memegang lampu suluh juga. dan aku juga memegang lampu suluh dan parang.

perlahan2 aku turun.
langkah kami perlahan.
sambil mulut aku membaca ayat kursi..


keadaan di luar ketika itu. senyap.
takde bunyi cengkerik.
cume sesekali angin menderu.
memang sedikit seram
teringat kejadian 2004. ketika angin menderu.


segera aku ke hadapan rumah.
kami berdua suluh menyuluh. di bawah rumah.
tiada ada apa2.

cuma nya.
sedang aku melihat ke arah pokok sawit di hadapan rumah
kerana pada pandangan aku,
seperti ada orang berdiri.!

cEMPAKA MENJERIT!!

" man! YA ALLAH!. tengok ni!"

cepat2 die menyuluh ke arah lantai!

aku segera memaling dan.

KELIHATAN ADA KESAN DARAH DI LANTAI. DAN DIHUJUNG LANTAI. TEPI TANGGA.

KELIHATAN ADA AYAM JANTAN , YANG SUDAH MENJADI BANGKAI DAN BADANNYA SEPERTI SUDAH LEMBIK. KERANA BOLEH DI LIHAT BADANNYA SUDAH TIDAK SEPERTI AYAM. MACAM KENE LANGGAR DENGAN LORI.

ADA BANGKAI TUPAI. DAN
YANG BUAT AKU AGAK TERKEJUT

ADA BANGKAI BIAWAK.
YANG KEPALANYA SUDAH HAMPIR2 PECAH.

CEPAT2 AKU SULUH KE ARAH DINDING.

TAK DE KESAN DARAH!

DAN CEPAT2 AKU PALING KE ARAH POKOK SAWIT!

KETIKA ITU.
SUDAH RASA seram ..
dan CD.

"u. jom la masuk dalam. i takut" pendek

aku juga takut.
"tapi. bangkai ni?" soal aku.

"amik kayu. kite letak dalam plastik sampah. sok pagi tanam."

aku setuju. cepat2 CD berlari minta mak plastik hitam

selesai. aku letak di lantai rumah.
dan darah2 itu aku sekadar simbah ala kadar. keadaan gelap
sebab tiada lampu
Mak memang dah lama tak tukar lampu pntu depan. cuma pintu tepi sahaja ada lampu.

aku naik ke atas. basuh kaki dan sengaja aku amik wuduk.

sempat aku lihat jam.
145am.

"Man. kite tidur luar sekali la" pinta Mak.

aku angguk. sebab aku pun takut.

segera aku bentang tilam dan toto untuk mereka berdua.
dan aku tidur di hadapan tv
jarak kami
memang aku sukat.

5 langkah orang dewasa.

tapi aku memang tak boleh mahu lelap.
tapi CD dan mak. seakan sudah tidur mungkin.
dan aku akhir lelap.

jam 3 pagi.
aku terjaga, sebab CD merengek dan bercakap2 di dalam tidur. semacam meracau
cepat2 Mak mengejut CD.
" CD. bangun. nape ni nak?"

dan aku segera membuka lampu. dan kelihatan die berpeluh

dan sejurus itu

AKU SEPERTI DEJAVU
SEMACAM AKU PERNAH MELALUI KES BUKAK LAMPU DAN AKU RASA SEPERTI MALAM INI AKU MELAKUKAN BENDA YANG SAMA.
ah sudah.
apa yang tak kena
cuba aku buang jauh2. bukan sebab tangkal itu
sememangnya kadang2 zaman sebelum ini. setakat Mak dengar benda2 terbang dan orang ketawa malam2 tu sudah biasa.
maklumlah. kawasan sawit. mungkin ada yang 'tinggal'
tapi takdelah sampai kena macam malam ini


cepat2 aku suh CD membaca ayat kursi dan aku beri die air.
dan terus aku mencadangkan.

"bukak lampu la tidur. ok"

mereka setuju.

pagi berikutnya.

aku cerita pada CD.
yang aku seakan macam mamai.

seperti ada orang yang berbadan besar melihat aku sedang tidur. seperti dalam keadaan sedang rukuk. melihat aku dari hujung kepala.
"mungkin i cam mamai or mimpi kot" balas aku

"EH TAK! U TAK MIMPI!"
CEPAT2 CD BALAS

" u tau ape yang nampak. entahla. mimpi ke realiti. I NAMPAK ADA ORANG TENGOK U. SEBIJIK MACAM U CAKAP. THEN DARI TILAM U. DIE SEAKAN2 BERALIH. TERAPUNG2 KE TEMPAT I,"

"badan dan susuk tubuh macam u. time tu gelap.! macam tak bukak lampu.! dia macam nak ajak i suruh ikut dia. dia kejut i suruh ikut die.! balas CD

memang malam tadi CD meronta berkata " jangan. taknak. sudah. apa ni"
aku meremang bulu roma mendengar cerita CD pagi itu

"i rasa panas sangat malam tadi. tak penah i rasa panas cmtu kat rumah!" sambung CD.

dan ada satu misteri malam itu
seperti yang aku katakan,kami tidur membuka lampu
dan yang peliknya.
masa subuh.
selalunya MAK akan bangun awal. jam 540 mak bangun
katanya. memang lampu dah di tutup
dia sangkakan aku yang tutup
sebab dia tau. memang aku susah nak tidur kalau terang benderang

"TAK MAK.SAYA TAK BANGUN DAN LEPAS TU." Balas aku pendek.
cukup untuk buat kami bertiga rasa seram dan tertanya2.

"man. betul i nampak benda tu macam u. i mati2 ingat u. tapi masa u ajak i suruh ikut u. u senyum kat i. LAIN MACAM BETUL MUKA U MACAM TU. U SENYUM PELIK DAN SERAM."

"i tak rasa u mimpi CD... sebab i seakan2 mimpi benda yang lebih kurang. selepas i rasa ada orang tengok i. i macam berpaling ke belakang. nampak macam ada org berdiiri di kepala u. tunduk ke arah u." balas aku

"dia duduk dekat hujung kepala u kan?!" cepat2 aku tambah

CD hanya menangguk.

aku menghembus nafas,
memang ada yang tak kena.

selepas sarapan. mandi. dan minum Kopi O
aku dan CD ke plastik hitam yang ada bangkai
masih ada lagi


aku cepat2 gali lubang. dan masa aku keluarkan bangkai2 tu

mata aku tertancap pada kaki bangkai haiwan2 tersebut

di kaki tupai.ayam dan biawak itu


ADA 3 KAIN YANG AKU BAKAR SEMALAMNYA.

MENGUCAP PANJANG AKU
tekejut sehinggakan aku mencampak cangkul!

terkejut!!
mustahil
tapi melalui pengalaman.
syaitan ini memang ada cara untuk buat manusia takut pada mereka

cepat aku beristighfar. dan seram pun ada.
dan CD. hanya terdiam. aku tau.
dia fikirkan Sahol. kekasih lama dia sebelum aku
dan memang si Sahol ada guna2 kan si CD.
( akan aku ceritakan)

sebelum ini. dia macam tak endah bila aku cakap
tapi bila dia nampak cebisan kertas surat dia dalam tangkal itu
baru dia mula fikir.

dan tengah hari itu.

aku ,CD dan Mak dalam perjalanan ke Pontian utnuk berbelanja barang dapur

CD mulai cerita apa yang dia kena dan dia ingat tentang kisah dia dan Sahol.......






AKAN BERSAMBUNG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2013 09:32 AM | Show all posts
punkerzoe posted on 8-2-2013 09:07 AM
TT dok melayan komen peminat tu...
jangan lupe sambungannye...

baru je lepas publish! sila baca

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:05 AM | Show all posts
Dia main ajak ikut pulaakkk. Haish
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:10 AM | Show all posts
tak sabor nak bace kisah cempaka digune-gunekan...
memang cempaka tu tinggal berdue aje ngan mak die ?
die takde adik beradik lain ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 10:15 AM | Show all posts
punkerzoe posted on 8-2-2013 10:10 AM
tak sabor nak bace kisah cempaka digune-gunekan...
memang cempaka tu tinggal berdue aje ngan mak di ...

ada tapi semua da kawen
tinggal die je

hehehe


bapak dah lama meninggal masa die sekolah rendah

jadi tinggal dengan mak die. temankan mak die

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:18 AM | Show all posts
theflash posted on 8-2-2013 10:15 AM
ada tapi semua da kawen
tinggal die je

oh gitu..
Johor ni pun memang sesuatu jugak kalo
kat area2 kampung kan ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2013 11:01 AM | Show all posts
punkerzoe posted on 8-2-2013 10:18 AM
oh gitu..
Johor ni pun memang sesuatu jugak kalo
kat area2 kampung kan ?

salah satu area yag sesuatu adalah pontian.heh

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:12 AM | Show all posts
besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt


kahwin jangan lupe jemput yew... hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 11:18 AM | Show all posts
hehehe9...patutla TT xnak tulis citer utk kitorg dah..asyik dgn CD ghupenye...dah terbau nasik mihyak dah ni....mkn ngan rangka ayam gorg..hehehe9.besttt!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 11:21 AM | Show all posts
samshuri posted on 8-2-2013 11:18 AM
hehehe9...patutla TT xnak tulis citer utk kitorg dah..asyik dgn CD ghupenye...dah terbau nasik mihya ...

ceh mana ada
pergi johor sebab outstation

saje singgah situ

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:25 AM | Show all posts
theflash posted on 8-2-2013 11:21 AM
ceh mana ada
pergi johor sebab outstation

elelelelellelelelelelelelelele...malu nak ngaku la tu...hehe9.. tp, xpe!!!yg pntg, jgn lupa, kenduri nanti, doorgift kawen tu,pastikan ada rangka ayam sorg satu, ye?????
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 11:46 AM | Show all posts
yeeeee tt is back
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 12:02 PM | Show all posts
Misteri Kampung Melayu Raya ,Pontian PART III


hari ini aku perlu ke Johor Bahru. untuk urusan kerja.
ikutkan hati. mahu sahaja aku terus duduk di hotel bajet di sekitar JB
selalu nya memang macam tu. aku hanya singgah rumah CD utk bermalam sehari dua
kemudian aku tinggal di hotel.

tetapi bile mengenangkan perkara yang terjadi malam semalam
ditambah dengan pelawaan Mak untuk tinggal hingga aku selesai kerja
membuatkan aku rasa serba salah kalau aku tinggal di JB
aku bersetuju. sekurang2 nya boleh jimat duit. ( padahal aku ke JB dan beli resit dari hotel untk di claim. hahahaha jahat )
dan boleh aku tengok2 mereka.

aku pulang dari JB kira2 jam 8 malam aku sudah ada di rumah
hujan lebat. sempat aku singgah di Dataran Bandaraya.,untuk membeli beberapa batang cucuk stembot. sememangye terkenala dengan stimbot lori. dan harga nya murah. dan aku memang penggemar stimbot!

sewaktu aku pulang. sempat aku mengerling ke arah Villa Nabila.
rumah berhantu . villa berhantu. banglo berhantu
namakan.
memang tempat itu famous di mulut orang Johor dan pengemar cerita seram
macam aku

sampai di rumah. cepat2 CD menerpa aku.
"u. maghrib tadi.masa mak nak amik wuduk..."

rumah CD mempunyai pelantar untuk sumber air.
jamban nya memang di luar rumah.
sememangnya aku seram bile melibatkan toilet di luar rumah ini.
bercinta betul rasanya nak membuang air besar malam2.

"mak dengar macam orang berlari atas bumbung. dan mengilai.. dari depan ke belakang" sambung CD

"ah sudah. yeke?" balas aku. kelihatan mak sedang menonton berita di tv sambil mengangguk..

aku cepat2 menyalin baju. capai torchlite. mandi dan makan.

dan kira2 jam 9. CD menyambung kisahnya..

"u tau tak. masa i balik tadi. ular tedung 3 4 ekor melintas." ujar CD

bagi aku. normal la ular, biawak melintas di kawasan sawit. aku pun pernah kena semasa datang
dan kadang2 boleh di lihat di atas jalan raya. banyak biawak, ular mati kene lenyek dengan kereta.

tetapi kali ini aku tak berkata begitu. kerana aku tau. agak pelik kalau 3 4 ekor sekali melintas.
ular bukan jenis seperti serigala. memburu secara berkumpulan

"yang buat i seram... dorang mengembang leher dorang tu. tengok i. then i hon. bagi beam. macam acah2 nak langgar. dorang tak gerak pun. then i baca 3 qul. perlahan.dorang beransur. tambah pulak i memang bukak CD orang baca yassin kalau balik nak magrib2" sambung CD

aku hanya diam.
mujur masa aku balik. takda apa yang berlaku


malam itu. hujan.
sekejap2. tak lebat.

sesudah menonton tv. aku tidur. di depan tv.
mereka di dalam bilik.

aku sudah lama tak tiba2 terjaga tengah malam.

315am.
aku tiba terbuka mata. segar. memang seperti tersentak.
cepat2 aku istigfar dan bangun.
sejuk. selimut aku entah ke mana. di hujung kaki.

tarik selimut
cuba tidur.
tapi rasa nak terkencing


"aduh. " keluh aku sendirian.

gigih aku bangun dalam keadaan pening2 lalat

menuju ke ke pelantar

tiba tiba

!@@#!$@%@@&&##*#

KEDENGARAN SUARA ORANG BERCAKAP
TAPI BUKAN DALAM BAHASA YANG AKU FAHAM

BUKAN JAWA. BOYAN ATAU APA2 KAUM DI MALAYSIA.

MACAM KEADAAN MARAH.
DAN SEMESTINYA BUKAN BAHSA SIAM

MACAM SEORANG PEREMPUAN. DAN SEORANG LELAKI.

DAN TIBA2. KETAWA!!
hahahahahahah!!


berlari aku patah balik ke depan tv!

ADUH.

AKU ke tepi bilik CD. aku ketuk2 pintu biliknya.
mujurla dia ni jenis senang nak di kejut.

"teman kencing" ujar aku


"ye.. ok.. jap" ujar CD.
1 minit kemudian. die terpacul. die berjalan di belakang aku.


$#%#%^$&$*&$
hahahahahahah!


kedengaran sekali lagi!

terhenti. dan CD tiba menerpa aku!!

"apa tu!!!!" ujar dia, muka nya terus aku lihat segar bugar


"sebab itu i ajak u teman!" balas aku!

kami berpandangan hampir 2 minit lebih.
curi2 dengar.
di sebabkan kawasan rumah CD jalan nya batu2 besar. kalau orang berjalan. boleh di dengar bunyi derap kaki.
dan 'mereka ' itu berborak seperti di hujung dapur. bawah pokok nangka.

bila rasa macam reda. cepat2 aku meluru masuk ke pelantar
kencing

mata dan kepala aku tunduk ke bawah
takut.
dalam pada itu. CD berdiri di pintu.membelakang kan aku

selesai.
sekali lagi.


$##%#^#&^#&#

dan kali ini

"HOI"

pendek. dan kasar. dari 'mereka'

dan seperti di tujukan pada aku!

cepat aku berlari ke CD.
memang berbunyi lantai kayu di pijak aku.

"apa tu. Ya Allah" CD mengeluh

semestinya dia dengar aku di sapa 'mereka'

"dah. u pergi tidur..sok u kerja kan. " balas aku.

CD masuk tidur dan aku. amik torchlite.
capai yassin. dan aku baca yassin dalam nada serendah mungkin malam itu.

3 kali aku ulang.
dan bernasib baik kerana esoknya tengahari baru aku perlu melapori diri di JB

malam itu, hujan lebat.

dan bangun pagi.


aku senagaja berjalan2 di sekitar rumah sebelum mandi.
takde bekas tapak kaki.

dan aku dapat rasakan.

ada yang tak kena


AKAN BERSAMBUNG

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 12:05 PM | Show all posts
az4620 posted on 8-2-2013 11:46 AM
yeeeee tt is back

malik is back

cuti sekolah dah abis bro haha

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 12:11 PM | Show all posts
maklang pun nk doogift rangka ayam...........   

'lama beno teman nunggu cerita geng peghok ni....     ....pasei sayong, kuale, ipoh...  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 12:12 PM | Show all posts
haa.. bile TT nak menikah ni ye ?
bukan ape.. bile dah ade ikatan yang sah senang sikit
untuk TT menjaga yang tersayang tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2013 12:23 PM | Show all posts
Misteri Kampung Melayu Raya ,Pontian PART IV


nota kaki- berikut adalah kejadian yang berlaku semasa penulis Outstation di Johor.

              Cempaka Dahlia - CD
              Mak- Mak si CD
              aku- penulis


sejak semalam lagi.
aku terfikir2 juga. apa yang mengganggu aku di kampung CD

rasanya sebab tangkal yang aku bukak.

hari rabu. aku harus ke Johor seawal pagi.
ada meting dengan ketua jabatan

balik dari JB seawal jam 5pm
jalan yang jem. kira2 jam 730pm baru la aku tiba di rumah

kelihatan mereka sudah menunggu aku untuk makan sama2
memang aku lapar.
dan kelihatan di atas meja

AYAM RANGKA.
ketawa aku. sebab aku tau CD sengaja macam nak kenakan aku. haha macam perli pun ada
lagipun dia memg suka ayam rangka. dan hari rabu memang ada pasar lambak dekat kampung

makan. tengok tv. isyak.
dan aku duduk di depan tv.
tengok CSI sambil minum kopi o

kira jam 1040.

DUNGDUNGG DUNGGG DANNNNNNG!

MACAM ADA YANG BERLARI DI ATAS BUMBUNG.

SETAHU AKU. TUPAI JARANG LA NAK BERLARI BILA MALAM
DAN SEAKAN BUNYI NYA BERAT
MACAM ORANG YANG BERLARI
BUKANNYA TUPAI

cepat aku mengecilkan volume tv.
ketika itu CD sedang mengadap laptop. buat kerja.
terhenti.

cepat dia ke arah aku.
"apa tu u?"

aku geleng. aku tak pasti.

SRRRRRRRRRRRRRRRRREEEEEEEEEEET!


BUNYI SEPERTI ADA ORANG MENCAKAR ATAP ZINK.

DAN CEPAT2 MAK KELUAR DARI BILIK
( MAK DAH MASUK TIDUR AWAL)

"pegi tengok ape tu Man." ujar mak.

aku memberanikan diri.

torch lite dan parang.

keluar.

CD ada mengekor

cepat kami suluh di atas bumbung!

takda apa.
hanya zink. yang di tiup2 angin
dan aku berjalan di sekitar2 rumah. suluh sana sini.
tiada ada apa.
hampoir 5 minit di luar

akhirnya
aku dan CD bercadang hendak masuk ke dalam.
sedang aku hendak menanggalkan selipar.

SREEEEEEETT!!

cepat2 aku berlari ke tanah lapang dan suluh!

akhirnya. setelah berhari2 aku di ganggu.
baru la aku nampak.

MEMANG ADA YANG MENUNGGU TEMPAT DI DALAM TANGKAL ITU

IMAM ZAIN PERNAH BERPESAN.
KALAU BENDA2 MACAM TU. ADA KHADAM YANG TUNGGU.

"KALAU KAMU JUMPA. SURUH JE DIA BALIK. DIA AKAN IKUT. DIA TAK BERTUAN. TAK BERUMAH. MACAM PENGEMIS. KALAU KITA BAGI DIA DUIT...KAN DIE BEREDAR DARI MEJA KITA" ujar Imam ZAin

Masih terngiang lagi kata2 IZ.

cepat2 aku membaca ayat kursi.
dan CD. terpacul.

dan cepat2 aku arahkan CD

"jangan suluh!"

dapat kami lihat.
susuk tubuh manusia,
tiada kain putih. kafan atau darah.
macam orang biasa

cuma nya.

badanya besar dan berdiri di atas bumbung rumah...

dan di tangannya.
aku pasti ayam hutan. atau ayam mak yang jadi mangsa.

( sebab esoknya. mak cakap ada bangkai ayam bawah rumah.)

terjuntai ayam di tangannya.

tidak bercakap. cuma melihat kami
dalam kegelapan. hanya da cahaya bulan
dapat aku lihat.

dia berbaju. tetapi serba gelap

selesai aku membaca ayat kursi. aku melaungkan

"sudah. pergi balik. apa lagi yang kamu nak duduk dekat sini"

dalam terketar aku menjerit.

HEEERRRRRRRRRMMMMMMMMMM

makhluk itu mendengus. semacam marah atau memahami.

zassssssssssssssssssssss!

hilang dari pandangan! kelihatan dia berlari ke arah belakang dan zassssssssss!
hilang!

yang ada cuma kedengaran bunyi orang ketawa dan deruan angin,
serta bunyi cenggekerik.

cepat2 aku masuk. dan basahkan kepala. amik wuduk
si CD pun sama.
mukanya pucat

mungkin ini kali pertama dia nampak benda2 begitu.


malam nya. kira2 jam 2 pagi.
memang kedengaran orang berlari2 di sekitar rumah.

memang tak tidur malam di buatnya

paginya.
aku segera capai telefon
dan aku mendail number telefon Imam Arshad ( bukan nama sebenar)
kawan baik kepada IZ.

iZ sempat berpesan. kalau bertemu benda2 ghaib seperti itu. kol IA untuk kepastian dan cara2 nak mengubat. etc

hampir setengah jam kami berbual.
dan IA ada menerangka pada aku tentang benda2 yang tak berumah ni.

dan esoknya khamis.
dan esoknya juga aku akan buat apa yang IA suruh.



AKAN BERSAMBUNG

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 12:24 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 8-2-2013 12:12 PM
haa.. bile TT nak menikah ni ye ?
bukan ape.. bile dah ade ikatan yang sah senang sikit
untuk TT ...

INSYA ALLAH

HUJUNG TAUN


HEEHEEE

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 12:25 PM | Show all posts
maklang2011 posted on 8-2-2013 12:11 PM
maklang pun nk doogift rangka ayam...........   

'lama beno teman nunggu cerita geng peghok  ...

KENE SUH ALI SPONSOR DOOR GIFT LA CMNI HAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 12:26 PM | Show all posts
theflash posted on 8-2-2013 12:24 PM
INSYA ALLAH

HUJUNG TAUN

oh.. bagus tu... mende baek elok la disegerekan ye dok...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.248759 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list