CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan

[Copy link]
Post time 14-12-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Akalditipumata replied at 14-12-2024 09:06 AM
Dia mgakui khilaf xbwk bini g buat buku pink check perut. Terus netizen lembut hati. Tp ramai je per ...

Amboi kemain nak suh kerajaan sediakan kenderaan nak gi check up.  Masa nak mengesek kerajaan dah kasi kondom percuma kau x ambil lak tau x mampu ke nak kerajaan pakaikan sekali kat nonek laki.  Kalau cam tu baik kerajaan yg ngesek dgn laki kau dah alang2 nak suh sediakan semua pree.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 14-12-2024 10:24 AM
nuril86 replied at 13-12-2024 07:41 PM
tp dia x rasa bersalah pon sebarkan aib org tu..


Dia yakin kata waris setuju. Kalau waris tu cukup otak tak de dia biarkan bini dia x gi checkup langsung.  Dah sampai x tau bila due date bila dah sakit nak beranak baru nak gerak.

Rasa dia ni mungkin x pernah buat kes yg jenazah waris x tuntut kut lama dalam morgue sbb dia tak habis2 up kan baby beku. Tengok yg mandi kan baby pun air paip punya kuat jirus dekat muka baby oklak tak rasa seksa jenazah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mekpah2 replied at 11-12-2024 01:32 AM
baca kt fb wan chai tu katanya..setelah tolak depo n nursery..bil tinggal 2400++ jer..dlm masa 16har ...

Ada org bayarkan another 1800 kan.?

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni dlm 2bln dah blh buat anak lg la ni.tp jgn lupa bukak buku pink ye.x mhl la banding masuk HBR
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Akalditipumata replied at 14-12-2024 09:06 AM
Dia mgakui khilaf xbwk bini g buat buku pink check perut. Terus netizen lembut hati. Tp ramai je per ...

Tp ada pulak duit utk internet,ker wifi free??
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-12-2024 06:28 AM
i baca jgk post Dr Imelda yg tu..Yg xleh blah, netz dok argue pulak doc kerajaan mau amik patient  ...

oh ada yg bru2 ni dr tu cerita..iols jrg bukak fb skg ni sb semak tgk feeds kluar pasl 1chai tu...ni u ckp ada terus belek balik fb ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok sambung cerita semalam….

Chek pun ada pengalaman ini. Seorang ibu hamil yang tiada buku, tiada antenatal check up sepanjang kehamilan, tetapi bila nak bersalin je tiba-tiba muncul di hospital swasta.

Hari itu, chek lah doktor pakar O&G oncall di hospital swasta. Pandemic. MCO

Siapa entah yang hantar ibu hamil ini? Dia kata sepupu dia yang bawa dia ke hospital. Mana sepupu dia? Sudah hilang.

Ujian saringan ibu hamil ini positif untuk COV19.

Alamak…kena pakai PPE nak pi jumpa perempuan mengandung COV +ve yang dah start labour dan tak pernah pergi klinik mengandung sepanjang kehamilan dia. Aduh. Chek kena sabar. Kalau perempuan itu ingat dia kena serah diri ke hospital, hakikatnya ialah chek yang dah serah diri untuk dia. Chek yang pasrah.

Chek pun pakai macam teletubbies nak pi jumpa patient.

Chek pun tanya dia, banyak soalan-soalan.  
Dia jawab ini kehamilan keempat. Dia pernah Caesarean Section 3 kali. Sekarang sudah hampir due date dan sudah start contraction.

Untuk contact tracing, chek kena tahu siapa lagi yang tinggal dengan dia. Dia jawab dia tinggal seorang diri saja.

Chek tanya, eh anak-anak tiga orang tinggal dengan siapa? Dia jawab seorang dengan ex-husband, seorang tinggal dengan ibu dia, seorang dijaga oleh sepupu dia.

Oh OK. Dia dah bercerai. Ini anak siapa? Tapi chek tak jadi tanya soalan ini, tak penting langsung. Tak ada masa nak tahu hal peribadi dia. Dia tengah sakit contraction. Chek cepat-cepat buat ultrasound scan. Kepala baby itu menekan ke parut Caesarean section bila ada contraction dan kelihatan dinding rahim itu sangat nipis hampir pecah.

Adoi…chek pun panggil team, buka OT (Operating Theatre) untuk COVID Caesarean Section sekarang!!!

Lepas tu datang billing officer, kata, patient ni tak bayar deposit lagi.

Chek jawab, saya tak mahu kematian di dalam tangan saya, not on my shift. I dont care dia bayar deposit ke tidak, take her to Operating Theatre now, you all kira duit kemudian. Chek jadi chengey oooi bila orang berkira duit bila ada emergency macam ni. Billing officer pun kecut bila chek chengey.

Chek nasihatkan patient tu. Kalau awak tak boleh jaga diri sendiri sampai tak pernah pergi klinik mengandung, saya cadangkan untuk Caesar kali keempat ini kita ikat terus dengan BTL. Patient pun setuju dan sign kebenaran untuk Caesar dan terus ikat. Dah dia tak ada suami, chek tak payah cakap dengan suami.

Selesai bersalin dengan selamat. Memang parut lama di rahim dia sudah hampir pecah, kita panggil uterine dehiscence. Memang itu satu kecemasan dan tak boleh tunggu-tunggu.

Selepas bersalin, patient dibawa ke bilik yang diasingkan untuk pesakit COVID. Kosnya di hospital swasta untuk pesakit COVID ialah RM1000 sehari. Pada masa itu baru je start pandemik, protocolnya kena duduk sepital quarantine 10 hari.

Chek pun tanya dia, siapa nak tanggung bil dia di hospital swasta? Dia jawab dia tak ada duit, tapi bagi bil kat ibu dia. Dia pun beri phone number. Billing officer talipon berkali-kali, tak ada jawapan.

Alamak. Chek pun beritahu patient, saya akan pindahkan awak ke hospital kerajaan sekarang juga, sebab lagi lama duduk di sini, lagi tinggi bil sepital. Dia pun angguk-angguk je. Ahli keluarga dia seorang pun tak jawab talipon, seorang pun tidak tampil untuk bayar bil dia.

Tak cerdik la kan kalau tahan patient di hospital swasta atas sebab tak bayar bil. Lagi lama dia duduk, lagi tinggi lah bil dia kan, lagi tinggi lah hutang dia kan. Buat apa nak tahan patient di hospital. Katil dia boleh digunakan oleh pesakit lain yang perlukan perkhidmatan dan boleh bayar bil kan.

Chek pun terus talipon hospital kerajaan. Minta transfer patient COVID positive yang baru bersalin emergency Caesarean dengan baby untuk quarantine di hospital kerajaan. Jawapannya ialah ‘wad kami dah penuh, tak ada tempat, awak lah jaga dia.’

Chek pun jawab, boleh je saya jaga dia di sini, tapi awak ambil nama dia dan details dia dulu. Bila awak ada tempat esok, awak boleh contact saya untuk transfer patient, OK? Saya whatsapp details dia kat awak, awak simpan dan call saya bila awak ada katil OK?

Chek pun whatsapp kepada doktor-in-charge di hospital kerajaan nama patient: Tengku XXXX XXXX XXX XXXXX XXXXXXX. Panjangnya nama dia. Nama kerabat raja kot. Chek pun tak pasti. Mungkin laa. Chek mana tau apa….

15 minit je selepas tu, chek terima beberapa panggilan talipon bertubi-tubi dari hospital kerajaan dari doktor O&G, doktor paediatric, doktor infectious diseases, dan ambulance services, semua kata, “Kami akan ambil patient dan baby sekali dan kami akan hantar ambulance pick up hari ini.”

Wow. Dengan cepat ibu dan baby di bawa pergi. Bil hospital 50 ribu untuk ibu dan baby tidak dibayar.

Sampai sekarang, chek tak dapat terimakasih pun dari patient itu atau ahli keluarga patient itu. Sudah tentu mereka tak berani hubungi chek untuk kata terimakasih sebab mereka masih berhutang kepada chek dan kepada pihak hospital. Takpa, chek maafkan dan chek halalkan. Yang penting, mereka selamat dan chek tidak abaikan tanggungjawab chek. Bukan semua doktor swasta fikir tentang duit saja. Ada patient yang chek tak sampai hati nak charge pun, terutama sekali jika keguguran atau baby meninggal dunia. Mereka tahu siapa mereka dan chek nak kata chek ikhlas halalkan.

Yang chek tak boleh maafkan dan tak halalkan ialah hutang seorang ‘kawan kepada seorang doula’ yang beranak anak songsang di dalam kolam plastik di ruang tamu rumah dia, dan anak itu meninggal dunia. Cerita itu viral dan ramai netizen kecam dia.

Tetapi dia kemudian hantar surat NOD ugut nak heret chek ke mahkamah jika chek tidak bayar dia 700K. Chek pun cari lawyer kaw kaw, kumpulkan semua bukti dan tunggu je surat saman dari dia. Dia kemudian heret chek ke mahkamah atas tuduhan yang chek telah berkata fitnah. Di mahkamah chek bersama lawyer yang hebat bawa bukti dan bawa 6 orang saksi. Apa yang chek kata itu berdasarkan fakta yang dapat dibuktikan di mahkamah.

Bila Yang Arif hakim mahkamah tinggi kata chek berkata benar dan tidak buat fitnah, Yang Arif hakim memerintah dia balik kos yang chek sudah bayar sebanyak 71K tetapi dia bayar 21K saja. Selepas satu tahun dia masih berhutang kepada chek lagi 50K. Kalau awak nak saman orang, awak mesti bayar bila awak kalah. Tiada maaf, sampai ke akhirat chek akan tuntut hutang awak. Berbuatlah baik dan berjasa kepada masyarakat. Jangan jadi orang yang memudaratkan orang lain.

CnP Fb Imelda
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sisakitati at 14-12-2024 03:28 PM
mrsamz replied at 14-12-2024 07:18 AM
https://www.facebook.com/profile.php?id=100007094146818&mibextid=ZbWKwL

https://www.facebook.com/ ...


Ex-mrsm KKB? So budak cerdik jugalah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sisakitati replied at 14-12-2024 10:50 AM
Ex-mrsm kB?

Iolls syak family dia ada kerja askar.. Ermm.. Syak je ye☺️
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenangacempaka replied at 14-12-2024 02:36 AM
Sy antara yg Komen di post doc tu..ada sekor mangkaq mana ntah Mai bangkang..org remind psl adab u ...

Tengok tadi nampaknya drama Dr jack Naim Vs wan chai lak. Btw, buruk bahasa wan chai tu. Mcm rempit. Xmacam byk agama je. penunggang agama versi pengurus mayat ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 14-12-2024 10:19 AM
Amboi kemain nak suh kerajaan sediakan kenderaan nak gi check up.  Masa nak mengesek kerajaan dah  ...

Kannn.. Aku klau baca kt FB ni.. jenuh menahan tgn..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
piahsemah replied at 14-12-2024 10:40 AM
Tp ada pulak duit utk internet,ker wifi free??

Haish.. ade iolzz terbaca komen mcm ni.. tp ade back up.. maybe tmpt tggl jauh dr kk. (org tu duk andalas tu hah je).. Pasto mgkin xde duit myk nk bwk..blablaa tetibe ade komen kerajaan kne sediakn transportation utk ibu mgndung g check up..iollzz xthu la otak netizen ni.. kk ibu mgndung ni free kn.. Rasa mcm xkne byr pape.. duit myk motor pn xkn xde?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 14-12-2024 10:56 AM
Iolls syak family dia ada kerja askar.. Ermm.. Syak je ye☺️

Masa kebumi baby tu ade fmly diorg dr 2belah pihak turun ke? Atles makpak diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 14-12-2024 01:48 AM
Kk katanya... tu iols musykil...kalo ref dr swasta nak jumpa pakar gomen rsnya yg kena charge reg  ...

hmm iols pun tak sure sebab tak de knowledge bab charge ref tu. tapi kalau betul tak ke lagi pelik, kalau dh miskin kenapa buka kat swasta then ref ke gomen. netizen ni nak bela pun makin melalut2 fakta dan auta
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 14-12-2024 10:21 AM
Dia yakin kata waris setuju. Kalau waris tu cukup otak tak de dia biarkan bini dia x gi checkup la ...

Bila tulis kata terpaksa mandikan dgn air panas..lagi seriau iols baca tau...tp sebenarnya air suam la kan...
Actually ada doc tu tulis mayat ni kalo 2-4 hari voleh la simpan dlm 2C...kalo 10 hari of course la -ve la...cuma keluarkan kena tunggu mayat tu defroze skit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 14-12-2024 10:56 AM
Iolls syak family dia ada kerja askar.. Ermm.. Syak je ye☺️

Kakak dia lecturer kat uni askar yg femes dgn kes seterika. Fishy la sorang family members pun xde muncul. nampak kat FB, family macam berduit juga. Bukan miskin melarat. baby pun X kebumi kat kampung. Kata anak no.2 dah meninggal? Anak no 1 kat Melaka, rumah mertua la kan? Biasanya mesti nak kebumi kat 1 area kubur.

Jiran yg menghantar pun masih X muncul2 sampai sekarang. Aneh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Akalditipumata replied at 14-12-2024 03:17 AM
Haish.. ade iolzz terbaca komen mcm ni.. tp ade back up.. maybe tmpt tggl jauh dr kk. (org tu duk  ...

pendek kata amik mudah sangat. baby yang tak dirancang, pastu malas nk gi klinik sebab who cares, dalam hati kata baby is fine maaahhh, rezeki duit belum ada nk buat camne, just go with the flow, rilek je dulu. eh ini ada apps yang, boleh scan perut lagi pakai Android oppo. tau tau edd pun kelaut, anak pun ada fatal disabilities.


nak citer, masa iols pregnant anak first, nurse tanya ur husband mudah contact tak time keje nanti, plan nak bersalin kat mana? tau jalan tak? kalau suami tak dpt contact time keje, just call ambulance, bagitahu yg awak emergency nak bersalin, serta merta akan dibawa ke pusat bersalin

tu silapnya bila x buat buku pink, at least nes garang2 pun dia ajar cemana nk call ambulance. mcm mana nk detect awal2 tanda bersalin, bila nak siapkan luggage segala.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sisakitati replied at 14-12-2024 04:08 AM
Kakak dia lecturer kat uni askar yg femes dgn kes seterika. Fishy la sorang family members pun xde ...

jiran tah2 tak wujud pun. setakat kambing hitam jelmaan. one lie leads to another
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 14-12-2024 11:57 AM
Bila tulis kata terpaksa mandikan dgn air panas..lagi seriau iols baca tau...tp sebenarnya air sua ...

Itu yg dikatakan saja nak orang emo. Sedangkan sebelum tu dia urus baby kena beku 57 hari, xde pula cerita kena guna air panas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:26 PM | Show all posts
buapakperut replied at 14-12-2024 12:12 PM
jiran tah2 tak wujud pun. setakat kambing hitam jelmaan. one lie leads to another

I pun rasa jiran tu mcm tak wujud. Depa reka byk watak dlm kes ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.168734 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list