CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 26-12-2008 11:06 PM | Show all posts

Balas #860 tangopapa\ catat

kena tambah lagi charlie nih nampak gayanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 09:38 AM | Show all posts

Balas #861 windof\ catat

Errr... tak payah tambah, yang ada tu pun dah sampai hours masuk sana

Lepas ni, bolehlah kita tengok charlie kita convert ke C130-30 MJ
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 09:39 AM | Show all posts
Polis kenal pasti dalang laman blog

IPOH 30 Dis. - Polis telah mengenal pasti beberapa lelaki yang dipercayai terlibat dalam penulisan dan penyiaran gambar dalam sebuah laman blog yang menghina Nabi Muhammad.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, siasatan kes tersebut masih berjalan dan belum selesai.

Menurutnya, satu pasukan khas di bawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) bagi mengesan dalang penerbitan laman blog itu.

''Kita juga dapat tahu laman blog itu menggunakan pelayan (server) di luar negara dan ini satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan beret Pasukan Gerakan Khas (PGK) kepada 48 anggota 69 Komando dan Unit Tindakan Khas (UTK) yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan sebuah laman blog yang didakwa milik seorang wanita Melayu, menyiarkan artikel yang disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis hari ini, Ismail memberitahu, anggota yang tamat latihan harus berbangga kerana berjaya menyertai dua unit elit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

''Bukan semua anggota polis boleh lulus ujian memasuki 69 Komando dan UTK kerana kedua-dua unit khas itu memerlukan disiplin, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi selain kepakaran seperti mengendalikan senjata, terjun udara dan serangan menyelamat,'' katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kumpulan terbaru ini merupakan generasi baru berusia 20 hingga 30 tahun dan mereka akan diserapkan bagi memantapkan unit sedia ada.

''Kita masih kekalkan mereka yang sudah berkhidmat 30 tahun supaya kekuatan lama digabungkan dengan kekuatan baru,'' ujar beliau.

Ismail berkata, PDRM sentiasa bekerjasama dan bertukar maklumat dengan polis negara lain seperti Thailand, Amerika Syarikat dan Australia bagi meningkatkan aspek pengetahuan dan taktikal pasukan dari semasa ke semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:29 PM | Show all posts
Malaysian military is deploying locally-made Aludra UAV
KLS:The Malaysian military is deploying locally-made Aludra UAV to enhance existing monitoring operations along our borders.
Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST), the consortium company comprising of CTRM, System Consultancy Services Sdn Bhd, and Ikramatic Systems Sdn Bhd is operating their Aludra MKI UAV under a COCOM (Company Own, Company Operate & Maintain) concept.
At the same time, they are also working on Aludra MKII, an enhanced version of their current UAV fleet.

Meanwhile, Noraida Aman, a spokesperson from the System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS) UAV research team, stated that on top of the aludra UAV project, SCS is continuing to learn from their previous Nyamok UAV project, and also working on several derivatives of the program, including a mini Unmanned Aerial System codenamed 'Agas'.

The Agas Mini UAS was initiated to address the mini UAV market, and the local military and civil need for a small, fast deployment, and easily operated unmanned 'eye-in-the-sky'.
First displayed at DSA (Defence Services Asia Exhibition & Conference) 2008, its hand-launched capabilities allows it to be deployed from small ships and untreated grounds.

"Agas Mini UAS has attracted inquiries from some private and military agencies, but we will continue to research and develop Agas to its fullest potential," she told KLS at the 4th Electronic Warfare Conference & Exhibition which was held at KLCC convention Center from 18th-20th November 2008.

source from: http://www.klsreview.com/HTML/2008Jul_Dec/20081230_02.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 07:49 PM | Show all posts
betul ke 69 komando nak dibubarkan?? rujuk link ni.. http://pasukankhasmalaysia.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 12:05 AM | Show all posts

Balas #865 yusri191090\ catat

cerita lama ni....bukan depa dah dapat balik warna asal beret depa ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2009 10:37 AM | Show all posts

Reply #865 yusri191090's post

Budak2 belajar buat blog.. ntah artikel lama sapa dia copy n paste..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:34 PM | Show all posts
owh.. bru tau.. cte tahun ble tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 08:33 PM | Show all posts

Balas #868 yusri191090\ catat

itu zaman bkt jenalik daa...dated 2002
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 10:14 PM | Show all posts

Balas #869 windof\ catat

tak de sape nak bukak citer bukit jenalik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by yusri191090 at 4-1-2009 06:34 PM
owh.. bru tau.. cte tahun ble tu??

di olah dari penulisan seorang anggota VAT 69, sekarang dah bersara
dulu masa perbarisan hari merdeka, masa VAT 69 kene pakai beret merun PGK, dia maintain pakai sandy beret

-aneep-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 09:09 AM | Show all posts
Two face terror charge
By WONG CHUN WAI and LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Two men being detained at Guantanamo Bay are likely to become the first Malaysians to be charged with terrorist activities in a US court.

Mohd Farik Amin @ Zaid @ Zubair, 34, and Mohammed Nazir Lep @ Bashir Lep @ Lillie, 33, who have been regarded as “dangerous” by the international intelligence agencies, could also be relocated to other federal detention centres.

However, it is understood that there could be a third option — they could be deported here on the Malaysian Government’s request.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said he was informed by the US authorities during an informal meeting recently that the two would likely be charged in a civil court.

“We are waiting for further details from the US,” he said.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was reported as saying in Dubai that Malaysia would seek permission from the US government to allow Malaysian policemen to meet with the two detainees and then have them imprisoned in Malaysia.

The status of the 250 detainees at Guantanamo remains unclear following the order by President Barack Obama to shut down the centre within a year. The former naval camp located in Cuba was turned into a detention centre after the Sept 11 attacks in New York.

Mohd Farik and Mohammed Nazir are members of the outlawed radical Jemaah Islamiah, which wanted to set up a pan-Islamic region spanning Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei through violent means.

Both men, who had received arms training in Afghanistan, were arrested in 2003 in Bangkok in a special joint operation involving the Thai national police and the US Central Intelligence Agency.

Their arrests led to the capture of Hambali, a key man for Osama bin Laden’s al-Qaeda network in South-East Asia.

Hambali’s wife, Noralwiza Lee Abdullah, 39, a Malaysian from Sabah, was also detained under the Internal Security Act in 2003 but was released in 2007.

It is understood that she was allowed to exchange correspondence with her husband with the assistance of the International Red Cross Society.

Both Mohd Farik and Mohammed Nazir have been listed among 14 key terror suspects by the United States, and are being held in Camp Delta in Guantanamo Bay.

All three (Hambali, Mohd Farik and Mohammed Nazir) were implicated in the nightclub bombings in Bali in 2002, in which 202 people were killed, and also the 2003 bomb attack at the JW Marriott Hotel in Jakarta, which killed 12 people.

Sources said the Malaysians have also been implicated in a planned al-Qaeda plot to crash a hijacked plane into the 73-storey Library Tower/US Bank Tower in Los Angeles.

“No date was given for the mission but the plot, named Project California, would have been the biggest since the Sept 11, 2001 attacks in New York,” an official said.

Sources said Mohd Farik and Mohammed Nazir had accompanied three Malaysians — now under detention in Kamunting under the Internal Security Act – to pledge their allegiance to Osama.

“The other three Malaysians, fired up by Osama’s sermons, met Khaled Sheikh Mohamed, a top al-Qaeda leader now also imprisoned in Guantanamo Bay, to plan their plot.

Khaled is described by the United States as “one of history’s most infamous terrorists” and is regarded as the suspected mastermind behind the Sept 11 attacks. “Project California was supposed to be the second wave of attacks by the al-Qaeda, but it failed when intelligence forces got wind of it. Two of the Malaysians were arrested when they returned to Malaysia in 2002,” the sources revealed.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 06:34 PM | Show all posts
TUDM lahir anggota kental pelbagai cabaran

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
[email protected]


(dari kiri) Jurutera Penerbangan Kapten Izran Hazry Malik TUDM, Jurumalim Lt Norhasnizah Bahanudin, Pramugari P/Sjn U Munerah Mohd Noor dan Kuartermaster Udara P/Sjn U Tuan Mohd Razali Tuan Abdullah merai saat gembira bersama selepas terpilih sebagai penunt ut terbaik semasa Majlis Pemakaian Sayap Jurumalim, Jurutera Penerbangan, Kuatermaster Udara dan Pramugari di Pengkalan Udara Subang, baru-baru ini.

DEWASA ini, masyarakat umum didedahkan dengan pelbagai episod latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan terlalu bersifat keras dan ekstrem.

Bagaimanapun, kenyataan ini disanggah sebilangan besar anggota-anggota tentera yang menganggap latihan sedemikian sekadar sekelumit keringat berbanding situasi sebenar ketika menempuh peperangan.

Kenyataan ini juga disokong beberapa kelab veteran ATM baru-baru ini yang mengatakan modul latihan lasak bersesuaian dengan corak kerja anggota tentera.

Kata mereka sudah menjadi tanggungjawab setiap anggota ATM mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi bagi memastikan kejayaan sesuatu operasi.

Sehubungan itu, istilah 'berpantang ajal sebelum maut' mereka seolah-olah nadi semangat juang perajurit-perajurit negara ini untuk terus berbakti kepada nusa dan bangsa.

Keadaan ini juga tidak terkecuali kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjadikan latihan yang ketat dan penuh disiplin sebagai langkah untuk terus melahirkan penuntut-penuntutnya yang bukan sahaja cemerlang ketika menuntut malah ketika melaksanakan tugas sebagai sebahagian anggota tentera

Justeru pada Siri 01/07 sahaja, TUDM telah melahirkan 25 pengawai dan anggota lain-lain pangkat yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Kesemua mereka adalah penuntut bagi kursus jurumalim, jurutera penerbangan, kuartermaster udara dan kursus pramugari

Ketika di Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Siri 01/07, Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Rodzali Daud berkata modul dan latihan ketat disediakan sebagai titik permulaan untuk mengharungi tugas yang lebih mencabar ketika berkhidmat.

Katanya, penuntut yang berjaya menamatkan kursus tidak bermakna akan terus cemerlang ketika bertugas kerana perjalanan ketika menjadi 'aircrew' masih lagi jauh dan mencabar.

''Banyak lagi pengalaman dan rintangan yang akan ditempuhi setiap mereka terutama sekali dalam zaman yang semakin mencabar ini.

''Setiap dari anggota TUDM perlu meningkatkan ilmu hal ehwal penerbangan dan tahap kecekapan masing-masing supaya tugas yang dilaksanakan menjadi lebih berkesan,'' katanya.

Rodzali turut menasihati setiap anggotanya supaya mengambil iktibar konflik peperangan di di Iraq dan Afganistan yang menjadikan angkatan tentera udara sebagai kuasa penentu situasi peperangan.

Katanya, zaman ini, angkatan tentera udara dijadikan unsur terpenting dalam ketenteraan kerana ia bertindak sebagai barisan hadapan ketika ketegangan dalam negara tercetus.

''Konflik di beberapa buah negara bergolak seperti di Iraq cukup membuktikan bahawa tentera udara lebih relevan sebagai benteng utama ketika berlakunya peperangan.

''Oleh itu, setiap anggota TUDM diseru untuk lebih cekal ketika bertugas dan pada masa sama turut meningkatkan tahap kecekapan dalam ilmu penerbangan,'' katanya.

Tambahnya, pelbagai perancangan turut direncana TUDM khususnya dalam mencapai tahap kemahiran ketenteraan udara agar setanding dengan tentera udara luar negara

''Selain sentiasa merancang untuk terlibat sama dalam pelbagai operasi udara antarabanga, TUDM turut menyeru setiap daripada anggotanya tekun dalam meningkatkan tahap perkhidmatan masing-masing,'' katanya.

Menurutnya lagi, pertunjukan udara ketika Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara (LIMA) turut menjadi kayu pengukur tahap kecekapan dan kecemerlangan TUDM dalam menjadikan kuasa udara negara disegani pelbagai pihak.

Operasi kemanusiaan dan misi bantuan bencana alam juga menjadi bukti TUDM adalah amat berperanan penting dalam pelbagai isu di dalam atau luar negara.

BARU-baru ini Tentera Udara Diraja Malaysia telah menobatkan empat pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk menerima anugerah pelatih terbaik bagi kursus masing-masing pada Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Siri 01/07.

Terbaik kursus Jurutera Penerbangan, Kapt. Izran Hazry Malik, 27, berkata dia tidak menyangka sikap 'ringan mulut' ketika berkursus berjaya melayak dirinya menjadi penuntut cemerlang.

''ketika berkursus ramai rakan risau untuk terus bertanya dengan anggota senior mahupun jurulatih tetapi bagi saya, jika terus berdiam diri, kita tak akan kemana.

''Di situ, saya bukan sekadar berkongsi masalah dengan jurulatih malah rakan-rakan seperjuangan sekali. Jika saya tidak faham, mereka dijadikan tempat rujukan juga,'' katanya selepas Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Siri 01/07.

Hazry memberitahu, menjadi krew penerbangan TUDM adalah tugas yang begitu menarik kerana ia melibatkan tanggungjawab untuk menguruskan pesawat tentera.

''Setakat ini, saya dan anggota lain memantau pesawat C130HT yang merupakan salah satu aset kepada negara,'' kata pemegang Diploma Mekanikal Aeronautical ini.

Terbaik kursus jurumalim, Leftenan Hasnizah Baharudin, 25 pula berkata kecemerlangannya adalah berkat doa dan semangat yang ditunjukkan bapanya yang pernah menjadi anggota tentera.

''Ketika itu, saya berazam untuk menjadi seperti ayah, lebih-lebih lagi dia turut sumber motivasi untuk menceburi bidang ini,'' katanya.

Anak sulung enam beradik ini memberitahu, segalanya latihan kursus dapat diatasi dengan mudah oleh keran minat mendalam untuk menjadi pemandu arah membantu juruterbang.

Pelatih Terbaik Kuartermaster Udara, Sarjan U Tuan Razali Tuan Abdullah, 23 pula mengatakan, sasaran awal menyertai tentera ini adalah hanya untuk berubah diri sahaja tetapi tidak menyangka dia menjadi antara yang cemerlang

Katanya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nya tidak begitu membanggakan oleh itu dia mengambil keputusan untuk menyertai TUDM sebagai pendorong untuk terus berjaya.

''Saya harap akan terus berjaya dalam TUDM dan sedaya mungkin untuk terus berbakti pada masyarakat,'' jelasnya.

Pramugari terbaik TUDM, Sarjan U Munerah Mohd Noor, 24, pula berkata, menjadi antara yang terbaik dalam kursus itu bukan tugas yang mudah.

''Bila bercakap tentang pramugari, masyarakat tentu fikir tugas kami seperti pramugari biasa lain tetapi ia sebenarnya tidak kerana kami tetap anggota tentera yang melakukan kerja-kerja lain juga,

Katanya, tugas itu memerlukannya sentiasa bersemangat cekal dan keyakinan tinggi

''Ketika bertugas kami akan sentiasa dikelilingi kenamaan khas atau individu berprofil tinggi jadi sudah tentu, setiap gerak atur memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi,'' katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 02:04 PM | Show all posts

ATB2 dapat bot tempur untuk pengawasan maritim Sabah

TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) yang dipertanggungjawab menjaga dan mengawasi maritim di perairan pantai timur, akan menerima bot tempur dan peralatan sokongan untuk meningkatkan keupayaan pengawasan di kawasan itu, kata Panglimanya Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor.

Beliau berkata, bilangan bot tempur dan peralatan maritim itu ditambah adalah sebahagian daripada pakej program pemasangan sistem pengawasan radar inisiatif 1206.

Berucap pada perasmian sistem pengawasan radar inisiatif 1206 di Bukit Tinagat, dekat sini hari ini, beliau berkata sistem pengawasan radar inisiatif 1206 adalah yang pertama daripada sembilan buah yang dijanjikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada kerajaan Sabah.



"Lapan lagi akan dipasang secara berperingkat-peringkat di kawasan tertentu,termasuk pulau dan ia dijangka siap dipasang menjelang Disember 2010," katanya.

Sistem pengawasan radar inisiatif 1206 itu diserahkan oleh Amerika Syarikat kepada Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan keupayaan angkatan tentera negara-negara sahabat yang sedang membangun dalam mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman anasir keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Allatif berkata, radar yang direka khas itu mampu membantu usaha pemantauan maritim sepanjang kawasan pantai Timur Sabah iaitu dari Kudat hingga Tawau yang berhadapan dengan laut Sulu dan Sulawesi.

Katanya, radar yang akan dikawalselia di Markas ATB2 Kem Kukusan, dekat sini itu berupaya mengesan sasaran sejauh 70 kilometer.

"Apabila digunakan sepenuhnya ia memudahkan pihak keselamatan mengawasi serta bertindak dengan lebih cepat dan cekap bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. - Bernama


------------------------

CB-90 ker.......?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 11:13 AM | Show all posts

Reply #874 jofizo's post

idakpun bot rover TDM...kalau navy baru CB90
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 08:47 AM | Show all posts
Pesawat Hawk
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]

PESAWAT Hawk yang menggunakan sistem digital sepenuhnya.

Masih gah membelah awan uji kemampuan bakal wira angkasa

WALAUPUN sudah lebih sedekad diberi tanggungjawab memelihara ruang udara negara serta menjadi platform utama melatih juruterbang pejuang, pesawat Hawk jenis Mk108 dan Mk208 sehingga kini masih gagah membelah awan menguji kemampuan bakal wira angkasa.

Mula memasuki inventori Tentera Udara Malaysia (TUDM) pada 1994, sebanyak 28 pesawat Hawk dibeli dengan 18 daripadanya digunakan untuk latihan, manakala selebihnya diberi peranan sebagai barisan pertahanan udara negara.

Melihat sejarahnya, pesawat yang dibekalkan British Aerospace Systems (BAE) menerusi kontrak bernilai RM2.4 bilion itu adalah generasi keempat pesawat pejuang negara yang diamanahkan mengawal kedaulatan ruang udara Malaysia.

Sebelumnya, tugas itu dipikul Canadair CL- 41G atau Tebuan pada 1967, diganti dengan Northrop F-5E Tiger II dan Northrop F-5B (1975) dan McDonnel Douglas A-4 PTM Skyhawk (Skyhawk) (1984).

Pada eranya, Hawk dikategorikan antara pesawat pejuang penggempur terbaik dalam kelasnya dengan reputasi cemerlang berkhidmat selama lebih 30 tahun dengan Tentera Udara Diraja Britain.
RASHID berpengalaman 10 tahun mengendalikan pesawat Hawk.

Hawk dikatakan berkemampuan tinggi dalam operasi persenjataan yang mencabar membabitkan penerbangan kelajuan tinggi pada paras rendah, dengan kepakaran utama melakukan serangan dari udara ke darat untuk memusnahkan aset penting musuh.

Kini, dengan teknologi peperangan udara yang semakin canggih, tidak dapat tidak, perlu diakui keupayaan Hawk sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan pesawat pejuang lebih moden terutama F/A-18 Hornet dan Sukhoi MKM-30.

Pun begitu, walaupun Hawk yang suatu ketika dulu sering terbabit dalam beberapa insiden kemalangan sehingga mengorbankan beberapa juruterbang, sebenarnya masih lagi mampu berbakti kepada negara.

Peranan utama Hawk kini ialah melahirkan juruterbang pejuang yang cekap dan berkemampuan tinggi untuk mengendalikan senjata pertahanan udara utama kebanggaan negara iaitu MiG-29N, F/A-18 Hornet dan terbaru, Sukhoi MKM-30.
ANTARA juruterbang pesawat Hawk bersama jet latihan Aermacchi.

Menurut Pegawai Memerintah 15 Skuadron Pangkalan TUDM Butterworth, Kolonel Rashid Majid TUDM, pesawat Hawk yang mempunyai sistem digital sepenuhnya itu adalah antara pesawat latihan pejuang termoden ketika ini.

揃anyak negara maju menggunakan pesawat jenis ini untuk tujuan latihan dan kita sebenarnya tidak ketinggalan. Semua pelatih juruterbang perlu mahir mengendalikan pesawat ini sebelum diserapkan sebagai juruterbang pesawat pejuang lebih canggih,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 08:48 AM | Show all posts
F/A 18 D Hornet gah pertahan ruang udara
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]

BARISAN juruterbang pesawat F/A 18 D Hornet bersama kru 18 skuadron TUDM di Pangkalan Udara Butterworth.

TUDM ada pakej lengkap babitkan pesawat canggih, barisan juruterbang yang mantap dan hebat

MENGGEMPUR dan memintas! Itulah motto yang menjadi pegangan utama juruterbang pesawat pejuang F/A 18 D Hornet kebanggaan negara yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan ruang udara Malaysia daripada sebarang ancaman musuh.

Motto itu nyata bukan sekadar ungkapan tetapi mampu dilaksanakan setiap juruterbang pejuang 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan senjata pertahanan udara canggih berkenaan.

Mendukung motto itu pula tidak dirasakan sebagai bebanan bagi juruterbang pejuang kerana mereka sememangnya dilatih khusus untuk menjalankan misi berbahaya dengan pesawat berteknologi tinggi itu.

Pesawat tempur F/A 18 D Hornet keluaran McDonnell Douglas/Boeing Northrop yang mempunyai pelbagai peranan mula berkhidmat dengan TUDM pada 1997 sekali gus membuka dimensi baru sejarah pertahanan udara negara.

Ia berikutan pesawat jenis itu satu-satunya pesawat pejuang milik negara yang mampu melaksanakan misi dalam semua cuaca dan persekitaran termasuk penerbangan malam yang tidak dapat dilakukan pesawat generasi sebelumnya.
Abdul Rahim Jusoh

Pesawat yang mempunyai dua enjin kipas turbo General Electric F404400 seberat 7,257 kilogram itu mampu terbang pada kelajuan 1,915 kilometer sejam atau Mach 1.8 dan menjangkau ketinggian 15,000 meter atau 50,000 kaki.

Sistem persenjataan F/A 18 D Hornet juga tidak ketinggalan hebat dengan secara umumnya dilengkapi mesin gun binaan dalam dengan lebih 500 butir peluru serta boleh membawa sehingga 6,215 kilogram peluru berpandu, roket, misil dan bom bagi tujuan serangan udara ke udara dan udara ke darat yang mempunyai kadar ketepatan tinggi.

Dengan kemampuan sebegitu hebat, tidak hairanlah F/A 18 D Hornet menjadi antara pesawat penangkis dan serangan paling sesuai mengawal kedaulatan ruang udara negara sekali gus menggerunkan musuh.

Kehebatan pesawat kawalan maritim ini pasti tidak sempurna tanpa juruterbang berkemampuan tinggi yang dapat mengendalikannya sehingga ke tahap maksimum.
PESAWAT canggih bantu pertahan kedaulatan ruang udara negara.

Ia diakui Pegawai Memerintah 18 Skuadron TUDM Pangkalan Udara Butterworth, Kolonel Mohd Faudzi Ahmad TUDM yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun mengendalikan pelbagai jenis pesawat pejuang.

Baginya, juruterbang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu operasi atau misi kerana tanpa mereka pesawat tidak dapat bergerak sendiri melaksanakan tugas yang diamanahkan.

揔ita berbangga kerana mempunyai barisan juruterbang pejuang yang berkemahiran tinggi dan disegani serta setanding dengan negara lain termasuk negara maju.

揔emampuan juruterbang kita sudah terbukti dalam latihan bersama negara lain termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand.

揂ngkatan udara negara terbabit mengakui kehebatan juruterbang kita dan memberi pengesahan kehebatan mereka mengendalikan pesawat F/A 18 Hornet dalam latihan peperangan,
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 09:45 AM | Show all posts

Reply #874 jofizo's post

harap2 CB90.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #874 jofizo's post

penjajahan secara halus... lepas nih pasang gap filler plak utk air surveillance...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 04:09 PM | Show all posts

Dulu Pasukan Polis Marin kini Pasukan Gerakan Marin

Johor Bahru, 6 Februari 2009 - Pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan pada 1 September 1947, kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Marin sejajar dengan fungsi dan peranan yang diamanahkan bagi memastikan kedaulatan dan keamanan perairan negara terus terjamin.

Pengisytiharan nama Pasukan Gerakan Marin telah disempurnakan oleh Dato' Seri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri yang turut disaksikan oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara, di Pangkalan Marin Wilayah Selatan, Tampoi, Johor Bahru, Johor.

Menurut Dato' Seri Syed Hamid, pengisytiharan Pasukan Gerakan Marin bertepatan dengan skop penugasan yang semakin meluas dan mencabar dalam menjaga kedaulatan undang-undang di perairan negara.

"Selain bertugas membuat rondaan di perairan, mereka juga bertugas di Pondok Polis yang terdapat di pulau, tasik, persisiran pantai dan sungai-sungai di seluruh negara", kata Datoメ Seri Syed Hamid ketika berucap di majlis yang turut dihadiri Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua Polis Johor.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan bendera dan lencana baru Pasukan Gerakan Marin. Bendera lama diturunkan dan dinaikkan pula bendera baru.

Dato' Seri Syed Hamid telah menyematkan lencana baru kpada SAC II Isa Munir Komander Pasukan Gerakan Marin dan seterusnya kepada ACP Zainul Abidin Hassan Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara, ACP Mohd Salleh Mat Jani Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, ACP Abd. Manaf Othman Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sabah, ACP Hj. Taib Sabot Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sarawak dan Supt. Khamsani Abd. Rahman Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Selatan.

Ciri-ciri yang terdapat pada lencana baru Pasukan Gerakan Marin yang berlatarbelakangkan warna biru muda membawa maksud kawasan operasi dipersisiran pantai, biru tua ialah operasi merangkumi laut dalam dan sauh pula melambangkan penugasan di perairan seluruh negara.

Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Tali yang melingkari sauh melambangkan peraturan yang ada dalam pasukan mesti dipatuhi dan kepala harimau di tengah-tengah sauh pula melambangkan Pasukan Polis Diraja Malaysia yang disayangi dan disanjungi.

Manakala keris yang bersilang melambangkan kedaulatan negara menjadi teras perkhidmatan dalam pasukan.

"Dengan nama baru Pasukan Gerakan Marin ini adalah diyakini akan memperkasakan lagi pasukan tersebut dan menjadi sebuah pasukan yang sentiasa sensitif, progresif dan inovatif dalam menyampaikan khidmat bakti kepada masyarakat, selaras dengan konsep kepolisan masyarakat yang diamalkan oleh PDRM", kata Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan ketika menyampaikan ucapan di majlis yang bersejarah itu.


source: www.rmp.gov.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.285753 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list