|
Reply #15 JFK's post
tak lah beb.. mmg beli... tp 15 acrft jer.. A330-300.
tgk online paper yg fiona tampal tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 PrincessFiona's post
berkerumun dorg tengok kapal terbang...x pernah tgk kapal terbang kot.atau buat demo..sbb ada polis tu...jeng jeng jeng... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 geenie's post
aku rasa ni tektik dorg utk save budget...
patut buat le launching masa nk berbuka ker...
duit dah ilek beli kapal terbang baru kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya, baper tambang ke ostolia? |
|
|
|
|
|
|
|
Tambang murah berisiko
NAHAS pesawat tambang murah One-Two-Go di Phuket yang mengorbankan 90 penumpang lalu menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan yang ditawarkan oleh industri penerbangan murah merentasi Asia sejak setengah dekad lalu.
Insiden yang menimpa One-Two-Go bukan yang pertama melibatkan penerbangan tambang murah. Sejak 2005 terdapat beberapa kejadian seumpama itu antaranya;
* Pesawat MD82 milik LionAir tergelincir di landasan ketika hujan lebat di Solo, Indonesia dan mengorbankan 26 penumpang.
* Boeing 737 Mandala Airlines terhempas di Medan, Indonesia, 149 penumpang pesawat terbunuh.
* Pesawat Antonov 24 milik PMT Air Kemboja terhempas di kawasan pergunungan antara Siem Reap dan Sihanoukville mengorbankan 22 orang.
* Nahas pesawat Adam Air, 102 penumpang serta anak kapal terbunuh.
Tidak dinafikan persaingan sengit penerbangan tambang murah mendorong kepada tawaran tambang pada kadar yang amat rendah.
Senario itu menimbulkan persoalan mengenai sama ada pesawat-pesawat yang digunakan mencapai standard pemeriksaan keselamatan terutama di negara-negara yang tahap kawal selianya boleh dipertikaikan.
Di Malaysia, promosi tambang murah bagi destinasi domestik turun hingga 88 sen. Dua penerbangan tambang murah - AirAsia dan Tetstar, bulan ini memulakan promosi bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne - perjalanan sejauh 6,360 kilometer hanya untuk RM10.
Langkah membenarkan penerbangan tambang murah beroperasi meninggalkan kesan dramatik terutama di Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Syarikat-syarikat penerbangan di Singapura dan Australia bertindak balas dengan memulakan penerbangan tambang murah masing-masing.
Penerbangan serantau Silk Air milik Singapore Airlines International misalnya mengenakan tambang sebanyak AS$400 bagi tiket pergi balik ke Phnom Penh. Bagaimanapun separuh daripada kadar tersebut terpaksa diturunkan apabila Jet Star Asia memulakan penerbangan di laluan yang sama.
Industri penerbangan tambang murah di Indonesia amat berkembang pesat. Negara itu kini memiliki 51 syarikat penerbangan untuk menampung kekurangan yang dihadapi oleh Garuda International. Ia bagi laluan antara 17,000 pulau kecil dan destinasi antarabangsa. Bagaimanapun kesemua 51 pesawat tambang murah itu kini dilarang daripada mendarat di Eropah ekoran faktor keselamatan.
Di India, jumlah pesawat tambang murah di negara itu adalah 44 peratus daripada keseluruhan penerbangan yang ditawarkan berbanding 22 peratus di United Kingdom dan 19 peratus di Amerika Syarikat. Penerbangan tambang rendah telah meningkat 62 peratus setahun menurut laman web OAG Travel Information.
Menurut rencana yang dimuatkan dalam Business Week 2006, jumlah penerbangan tambang murah yang beroperasi ke dan dari Asia tumbuh 66 peratus setahun. Sebanyak 774 pesawat tambang murah terdapat di Asia berbanding 101 pada Oktober 2004.
Pertumbuhan mendadak itu ternyata membebankan keseluruhan industri iaitu dari sudut latihan para pegawai termasuk juruterbang. China dan India misalnya dijangka mengambil 4,000 juruterbang baru setiap tahun. Angka terbaru menunjukkan walaupun terdapat 1.2 juta juruterbang, hanya 14 peratus yang melepasi Professional Airline Pilots License yang melayakkan mereka membuat penerbangan antarabangsa.
Juruterbang
Kebanyakan juruterbang merentasi dunia adalah dari Eropah Timur dan mempunyai latar belakang ketenteraan, bagaimanapun syarikat-syarikat penerbangan tidak begitu berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
China Airlines dan syarikat penerbangan Taiwan misalnya tidak lagi menggunakan perkhidmatan juruterbang bekas tentera selepas mengumpulkan maklumat aspek keselamatan di kalangan mereka.
Di kalangan negara rantau Asia, isu keselamatan pesawat tambang murah amat ketara di Indonesia.
Laporan Asia Sentinel pada Januari lalu menunjukkan bahawa Adam Air paling banyak terlibat dalam kecelakaan udara. Pesawat 737-400 Adam Air hilang pada sambutan tahun baru dan serpihan pesawat ditemui 300 kilometer dari persisiran pantai.
Pada Februari sebuah lagi pesawat 737 mendarat cemas di lapangan terbang Surabaya sehingga mengalami keretakan serius.
Tambahan untuk itu, pada Februari 2006 sebuah lagi pesawat Adam Air terputus sistem komunikasi dan navigasi semasa penerbangan antara Jakarta dan Makasar untuk tempoh beberapa jam dan kemudiannya membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang lain.
Beberapa laporan mendakwa wujudnya penyelewengan termasuk merasuah juruterbang untuk menerbangkan pesawat yang mereka tahu tidak selamat. Adam Air bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Di Thailand, pelbagai persoalan timbul bukan sahaja mengenai rekod keselamatan pemilik One-Two-Go - Orient Thai, tetapi mengenai industri tersebut secara keseluruhannya. Sehingga pertengahan 2004, kerajaan telah mengeluarkan 23 lesen bagi penerbangan perkhidmatan penerbangan berjadual dan perkhidmatan sewa, namun hanya sembilan digunakan. Percambahan pesawat mendesak kepada tuntutan reformasi. Modal berbayar yang diperlukan untuk syarikat penerbangan naik mendadak daripada 50 juta kepada 200 juta baht, namun tiada langkah-langkah keselamatan tambahan diambil.
Penerbangan murah Phuket Air dilarang daripada membuat penerbangan ke England, Perancis dan Belanda malah boleh dikatakan ke seluruh Eropah ekoran masalah kecacatan mekanikal pada pesawat berkenaan.
Pembatalan kawal selia juga telah menggalakkan pertambahan jumlah penumpang. Di Indonesia misalnya, jumlah penumpang domestik meningkat sebanyak 30 peratus setahun di antara 2000 dan 2005. Pada tahun lepas, 24 juta penumpang menggunakan perkhidmatan penerbangan Indonesia, meningkat daripada 7.6 juta pada tahun 2000.
Dengan lebih 235 juta penduduk, Indonesia mempunyai 450 lapangan terbang dengan perbezaan peralatan pendaratan dan navigasi yang amat ketara.
Audit penerbangan di negara berkenaan mendapati tujuh syarikat penerbangan dikategorikan sebagai kurang selamat. Manakala 11 yang lain jatuh dalam kategori gagal mematuhi keperluan atau syarat-syarat penerbangan awam.
Permintaan yang tinggi terhadap penerbangan tambang murah sememangnya merangsang perkembangan pesat industri berkenaan. Namun aspek keselamatan tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja malah slogan yang diuar-uarkan bukan setakat tambang murah sebaliknya penerbangan murah dan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
so far rekod Air Asia masih baik lagi berbanding tambang murah yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 tobby's post
ade jer rekod tak elok.. rekod delay...
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aisey bezz ler
leh gi ostolia![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 JFK's post
latest:
air asia to london! on feb 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by geenie at 19-9-2007 01:03 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ade jer rekod tak elok.. rekod delay...
delay takper. jgn nak cepat tapi terhempas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 tobby's post
delay dan terhempas lagi rekod.. |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar aku pi ostolia..... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh......x sabar nak tgk fares airasia x ke australia braper....baru tengah plan2 nak gi nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
punca2 nahas berlaku di indon sbb nya salah org nya sendiri..
so sesapa yg nak ke indon.. better jgn guna indon punyer airlines..
sbb utama.. rasuah.. passenger rasuah kat airlines officer.. utk masuk lebih muatan dlm kargo..
setiap flight ada max berat muatan..
sblm berlepas.. yg dikira ada lah yg didaftarkan masuk kargo..
so.. ianya x termasuk barang yg dimasukkan secara haram..
sbb lain.. org indon ni suka pakai hp dlm flight..
ari tu ada baca emel dpt dr mamat indon.. pengalaman dia sendiri naik flight diaorg..
kalau jumpa balik.. aku tempek sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada dah website airasia x..
http://www.airasia.com/site/my/bm/pageWithMenu.jsp;jsessionid=2E410F9DDF3F8686401E225F4D80BF30?name=About%20AirAsia%20X&id=12553368-ac1e00ae-138d56e0-69c76d54&rootId=1d278827-ac1e00ae-c5d9c100-cd612a8c&parentId=12553368-ac1e00ae-138d56e0-69c76d54
iklan pun dah kuar kat airasia.com.. lagi 30dys utk ke australia
hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|