CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #828 Rosputih's post

Elok sangat tu Kak Ros...saya pun bukan sahaja nak pegi Umrah sekali lagi tapi haji pun nak pegi sekali lagi...damainya hati bila di sana..semoga hajat ini dimakbulkan Ilahi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 05:20 PM | Show all posts
INFO HAJI..

Azan Ketika Berangkat Haji

Pertanyaan:

Assalamu'alaikum.wr.wb
UstaZ yang dimuliakan Allah,
Apakah termasuk sunah Azan pada saat keberangkatan dari rumah untuk menunaikan
ibadah haji atau Bid'ahkah. Tolong kiranya penjelasannya.
Terima kasih.

HAMBA ALLAH

Jawaban:

Assalamu `alaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Alhamdulillah, Washshalatu wassalamu `ala Rasulillah, wa ba抎.



Sayang sekali kami tidak menemukan sebarang dalil yang sharih dan qathi` dilalahnya yang menyebutkan
masyru`iyah mengumandangkan azan bagi jamaah haji yang mau berangkat ke tanah suci.

Paling tidak seandainya ada, maka seharusnya kitab-kitab fiqih terutama bab haji pastilah membahasnya,
bahkan meski dengan hadits dhaif sekalipun. Namun dari beberapa kitab fiqih yang kami telusuri,
rupanya kami belum beruntung karena tidak mendapatkan keterangan demikian.

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:24 PM | Show all posts

Reply #827 lemons's post

memang berkobar...itu-lah sebabnya sekarang do' survey travel agent mana yang dekat dgn masjidilharam tapi harga berpatutan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:25 PM | Show all posts

Reply #829 aziefa's post

terima kasih azi....itu-lah hajat yang yang tak pernah padam dalam ingatan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:26 PM | Show all posts
:flower: Doa ketika di Raudhah :flower:

Segala puji-pujian tertentu bagi Allah seru sekelian alam.
Puji-pujian yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya,
wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan
dan kebesaran kekuasaan Mu, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,
keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, dosa kedua-dua ibu-bapaku,
datuk nenekku dan semua kaum kerabatku,
saudara-maraku dan guruku seterusnya sekalian orang-orang mukmin dan mukminat
juga muslimin dan muslimat sama ada yang hidup mahupun yang telah mati,
dengan limpah rahmatMu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah Lagi Amat Penyanyang.

Ya Allah, Ya Tuhanku, engkaulah telah berfirman dan firmanMu adalah  benar.
擩ika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri lantas mereka datang kepada-Mu
lalu memohon keampunan kepada Allah,
Rasul pun memohon  ampun untuk mereka tentulah mereka mendapati
Allah itu Maha Penerima Ampun Lagi Maha Penyanyang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 10-7-2008 01:13 PM
Baru terperasan... selim betul kak ros ni ek?


Memang selim masa tu ustaz berbanding sekarang.
Yang nak tergelak  tengok gambar tu, siap dengan spek hitam besarnya

hehe....hehehe.....heeee.
kakak teringat hussian dan rina lah .

Manalah anak-anak ibu  ni pegi.  Rindunya pada mereka.

Rasa kurang je  kat rumah ni  tanpa mereka.

[ Last edited by  Rosputih at 10-7-2008 05:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 05:30 PM | Show all posts

Reply #852 aziefa's post

SALAH PASTE GAMBAR...
Gambar track Kerusi Letrik tu yang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:33 PM | Show all posts

Reply #856 aily's post

Aily merasa haji Akbar ye...
Saya pun merasa Haji Akbar pada Tahun 1991...
Ya..Allah ramainya orang...
Saya buat tawaf masa subuh Hari raya Haji..
Bas kami tak dapat masuk Mina...
Orang terlampau ramai..
Bas kami terpaksa ke Mekah..selepas bermalam or lalu di Muzdalifah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 05:33 PM
Aily merasa haji Akbar ye...
Saya pun merasa Haji Akbar pada Tahun 1991...
Ya..Allah ramainya orang...
Saya buat tawaf masa subuh Hari raya Haji..
Bas kami tak dapat masuk Mina...
Orang terl ...


Sempatlah Azie merasa suasana Hari Raya di sana ya. Kami buat Tawaf Haji selepas balik dari Mina.

Yang jadi letih sangat tu pasal pada malam sebelum berangkat ke Makkah, kami melontar jamrah dan selepas solat subuh melontar sekali lagi. Kami ikut muassasah duduk selepas terowong muaasim jadi sekali pergi melontar 2.9km  pergi balik dah lebih kurang dekat 6km. Bayangkan malam melontar subuh pun melontar lepas tu terus balik rehat sekejap dan terus pula gi buat tawaf & saie. Kami tiga beranak dah letih sangat masa tu tapi sebab tak nak tangguh dan nak sempurnakan haji kami gagah juga. Nasib baik buat saie kat tingkat atas, itu pun tanya suami dah nak habis ke belum. Maktab kami pulak lebih kurang 770km jauhnya rasa tak nak balik nak tidur kat masjid je.

[ Last edited by  aily at 10-7-2008 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 07:42 PM | Show all posts

Reply #869 aily's post

Pekerjaan Haji ni memang jihad bagi kita orang perempuan.
Boleh bayangkan betapa penatnya aily ye..
Macamana emak aily...ok tak dia..
Nasib baik ada anak bersama yg menjaganya..
Ya ..Allah jauhnya berjalan nak pi melontar..
Boleh bayangkan..
Tapi mesti rasa puaskan selepas tu...
Lagi susah kita nak menyempurnakan Rukun Haji...
Dan kita sabar...makin banyaklah pahala yg diperolehi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #869 aily's post

Merasa mengerjakan Tawaf di pagi Hari Raya Haji.
Ramainya gelombang manusia ...subhanallah..
Nasib baik Allah mengerak hati ini bila rasa nak masuk waktu subuh
kita orang beransur keluar sebaik aje tamat tawaf 2 pusingan utk solat subuh.
Dengar cerita Jemaah yg sama rombongan yg tak sempat keluar terpaksa
berhimpit di dataran dgn berpeluh peluh menitik nitik..
Lepas solat sambung lagi tawaf sampai selesai..
Nasib baik suami ada sebab masa nak sampai ke garisan hitam kalau
tak kuat boleh tercampak.dgn gelombang orang yang dah habis tawaf
dan yang nak masuk mula tawaf..
(Agaknya sebab tu dihapuskan garisan hitam tu..sebab Jemaah suka berhenti kat garisan tu)
Nanti kita sambung cerita lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 07:42 PM
Pekerjaan Haji ni memang jihad bagi kita orang perempuan.
Boleh bayangkan betapa penatnya aily ye..
Macamana emak aily...ok tak dia..
Nasib baik ada anak bersama yg menjaganya..
Ya ..Allah ja ...


Mak tak ikut melontar pasal dia tak larat nak jalan jadi dia wakilkan suami je. Kesian juga masa buat tawaf tu tanya dia nak pakai kereta sorong ke dia kata tak apa dia ok tapi memang kena himpit betul. Masa saie lagi kesian kat dia, tanya dia ok ke dia kata tak apa lah jalan lah perlahan lahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 07:52 PM
Merasa mengerjakan Tawaf di pagi Hari Raya Haji.
Ramainya gelombang manusia ...subhanallah..
Nasib baik Allah mengerak hati ini bila rasa nak masuk waktu subuh
kita orang beransur keluar sebai ...


Boleh bayangkan betapa ramainya. Berapa lama masa nak habiskan tawaf tu? Azie pegang suami tak masa tawaf tu?

Memang elok pun garisan hitam tu dihilang. Dekat situ lah yang selalu sesak bertolak tolak, yang paling saya takut terjatuh je. Saya takut sangat masa sampai kat garisan tu takut terpisah dengan mak, itu yang pegang dia kuat kuat. Dengan suami tak apa kalau berpisah pun masing masing tau jalan pulang ke maktab.

[ Last edited by  aily at 10-7-2008 08:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-7-2008 05:26 PM
:flower: Doa ketika di Raudhah :flower:

Segala puji-pujian tertentu bagi Allah seru sekelian alam.
Puji-pujian yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya,
wahai Tuhan kami! Kepad ...


Zie,

Tersentuh membaca dan mengingati kembali doa ketika di Raudah.
Teringat ketika membacanya di Salah Satu Taman Syurga,  dengan linangan air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:12 PM | Show all posts


Tak sangka gambar yang diambil suami pada tahun 1992 ini masih  elok lagi
dan boleh jadi tatapan rakan-rakan di tahun 2008.
Sudah tentu ada di antara forumer yang masih belum lahir lagi kedunia ketika itu..

Sedang mengutip anak-anak batu untuk melontar di Muzdalifah, siap dengan torch lightnya, bukan pakai pun.

bukan nak angkat batu yang besar tu yeee.
kebetulan  pulak ada  batu besar  depan tu !

hehehe..hehehehe....

[ Last edited by  Rosputih at 10-7-2008 09:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 10-7-2008 08:08 PM


Mak tak ikut melontar pasal dia tak larat nak jalan jadi dia wakilkan suami je. Kesian juga masa buat tawaf tu tanya dia nak pakai kereta sorong ke dia kata tak apa dia ok tapi memang kena hi ...


Subhanallah...
Kadang kadang kita tak boleh nak cakaplah bahagian yg Allah nak beri pada hambanya..
Kita nampak payah n susah semasa mengerjakan tawaf tu..
tapi mungkin Allah mempermudahkan utk emak aily...
walaupun ramai org dia tak merasa apa apa susahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 09:26 PM | Show all posts


Ketika mengerjakan umrah  3 atau 4 tahun lalu.
Berdiri di atas batu tempat Nabi SAW menyampaikan Khutbah Wida' di Padang Arafah sebelum kewafatanya.

Sekarang batu itu tidak nampak lagi di situ kerana telah dibuat sesuatu ,dah lupa apa yang diceritakan kemudiannya, samada diratakan, atau dikepong atau disimin rata untuk mengelakkan kejadian khurafat.
Mungkin ada yang boleh membantu memberi penerangan lanjut tentang batu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 10-7-2008 08:24 PM


Boleh bayangkan betapa ramainya. Berapa lama masa nak habiskan tawaf tu? Azie pegang suami tak masa tawaf tu?

Memang elok pun garisan hitam tu dihilang. Dekat situ lah yang selalu sesak be ...


Suami pegang kita dari belakang...
Memang terasa sangat masa nak menghampiri garisan hitam
terdengarlah jeritan org yang kena himpit dan kena tolak...
Tapi alhamdulillah..dapat disempurnakan.
Ada juga jemaah yg sama rombongan bercerita yang dia yg terhimpit tak boleh bergerak
bila tiba waktu solat suboh...sebab dia tak sempat nak keluar.
Dia tersekat kat tengah tengah...berdiri berhimpit...peluh menitik nitik..
dia cerita macam nak mati..
Dia solat selepas habis orang solat...bila pusingan tawaf tu bergerak semula..
Bahagian masing masing yang Allah beri...ada org mudah..ada org susah..

[ Last edited by  aziefa at 10-7-2008 11:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:32 PM | Show all posts


Pohon kurma yang sudah ranum buahnya ang  terdapat di tepian jalan di Madinah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:32 PM | Show all posts

Reply #875 Rosputih's post

Kak Ros simpan gambar tu baik baik..
Semua tu kenangan...
Memang pun torchlight tak pakai pun..
Bukan apa dia takut kita terkutip tahi unta pulak instead of batu..
he..he..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.108311 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list