CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Mergeddd] ALL ABOUT NEW PROTON SAGA

[Copy link]
Post time 26-1-2008 10:22 AM | Show all posts


semalam nampak kete ni kat stadium MBPJ.. Syed Zainal yg bawak gi tgk bola Proton lwn Kelantan.. exactly the same car with the same plat number..
kira oklaaaa untuk standed proton...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #862 thylord's post

free promotion ktanya......
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:04 PM | Show all posts
dempol suke cara promotion proton..membuatkan kita tertanya2..tertunggu..dan berfikir..cth..cara promotion sebelum keta dilancarkan..berbagai spekulasi timbul...dan cara iklan lepas dilancarkan..cth iklan Saga Baru..yg David jadi pelakonnya tu..membuatkan kita tefikir...ahaksz..good job proton..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 26-1-2008 07:16 AM
Order New Saga dh capai angka 12500 setakat ni


makin jem lerrrr jalannnn.... uwaaa...uuwwaa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 26-1-2008 01:00 PM


makin jem lerrrr jalannnn.... uwaaa...uuwwaa....


statement terbaru... 23k.. peh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 08:56 AM | Show all posts
Proton terima 23,000 tempahan Saga

    Oleh Suffian A Bakar

                               SHAHALAM: Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton), menerima tempahanberjumlah 23,000 unit bagi keluaran terbarunya, Proton Saga, sekali gusmenjadikannya model kereta nasional yang mendapat sambutan palingmenggalakkan setakat ini.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed MohamedTahir, berkata angka tempahan itu mencerminkan keyakinan penggunaterhadap Proton Saga dan kemampuan syarikat mengeluarkan produk yangmemenuhi cita rasa semasa.

"Permintaan terhadap Proton Saga baru ini sangat baik, malahmungkin dianggap luar biasa kerana setakat hari pelancarannya hanyakira-kira 6,000 unit ditempah tetapi kini ia melambung sehinggamencecah 23,000 unit.
        
     "Ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadapkualiti model baru Proton Saga terutama dari segi keupayaan pemanduan,keselesaan, prestasi dan harga," katanya kepada pemberita di majlisHari Penghargaan Pelanggan Proton di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan kunci kepada empatpenerima pertama Proton Saga baru berkenaan yang membuat tempahansebelum model dilancarkan.

Syed Zainal Abidin berkata, berdasarkan sambutan dan maklumbalas menggalakkan yang diterima terhadap model yang dilancarkanPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Januari laluitu, Proton yakin tempahan akan terus meningkat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2008 10:19 AM | Show all posts
Over 20k waiting list !!!   Dem!! Bernanah la nak tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:21 AM | Show all posts
member opis aku bru g book semalam...senarai menunggu dia kata 30K..5 bulan baru dia dpt...
aku de plan gak nak usha2 kete as my first car..tp menunggu smpai 5 bulan x sanggup aku..kalo aku dah de kete nak wat 2nd car saga ni leh gakla aku tggu smpai 5 bulan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2008 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 28-1-2008 10:21 AM
member opis aku bru g book semalam...senarai menunggu dia kata 30K..5 bulan baru dia dpt...
aku de plan gak nak usha2 kete as my first car..tp menunggu smpai 5 bulan x sanggup aku..kalo aku dah  ...


Aku yg book 2 weeks bfore launch pun lum dpt lg, so klau dah list yg ke over30k tu, pham2 je la bape lama... Anggap je la cam bini tngah mengandung... (It is my first car also... )
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by thylord at 26-1-2008 10:22 AM


semalam nampak kete ni kat stadium MBPJ.. Syed Zainal yg bawak gi tgk bola Proton lwn Kelantan.. exactly the same car with the same plat  ...



aku pon ada nampak kete ni kat crown princess, kl masa 23/1 mlm..masa tu giatmara wat dinner...tp aku taktau la sapa yg bwk...gempak+terkejut beruk mat yeh gak la sekejap....  saga yg biasa pon blom ada nampak kat jln...ni tetiba saga red ni plak yg aku nampak...member2 aku yg lain sume wat muka blurr (sbb taktau kewujudan saga red nih..)...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by thylord at 26-1-2008 10:22 AM
http://images.paultan.org/images/Proton_Saga_RED_1.jpg

semalam nampak kete ni kat stadium MBPJ.. Syed Zainal yg bawak gi tgk bola Proton lwn Kelantan.. exactly the same car with the same plat  ...


lawa..lawa...

mmg cun keta ni dgn aksesori yg dipasang

roof tu glass macam merc ke?

plat no tu kl punya ke? dah sampai WYY 9999 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:54 PM | Show all posts
Saga baru laris, 9,063 unit ditempah dalam sebulan
30-01-2008

KUALA LUMPUR: Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) telah mencatatkan jualan laris Proton Saga baru di mana 9,063 unit telah ditempah dalam tempoh empat minggu pertama.

Pengarah Urusan EON Datuk Syed Hisham Syed Wazir berkata minat terhadap model baru itu menyaksikan tempahan pra-pelancaran 2,755 unit yang bermula seawal 1 Jan, 2008, melalui beberapa aktiviti hubungan pelanggan.

"Kejayaan kami dipacu oleh pendekatan jualan baru melalui pendekatan hubungan pelanggan yang rapat dan keyakinan terhadap EON dan kereta Proton," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Syed Hisham berkata dari hubungan pemasaran itu, syarikat itu berupaya melakukan ujian pemanduan bagi lebih 300 orang pelanggan berpotensi melalui "EON Karnival 2008" pada hujung minggu baru-baru ini yang disertai lebih 4,000 peminat.

Katanya, EON, sebuah pengedar utama kereta Proton, mencatatkan minat berterusan bagi Proton Saga baru apabila cawangan pengedarannya terus dikunjungi, sambil mencatatkan jualan laris.

EON mempunyai 40 cawangan jualan dan 66 pengedar jualan di seluruh negara.

EON menyatakan ia mempunyai pelan bagi mengadakan aktiviti perayaan dalam tempoh enam bulan akan datang di kawasan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by thestig at 26-1-2008 11:50 AM
free promotion ktanya......

Ada lagi free promo... kat satu iklan Proton Saga baru ni siap cakap bleh sedap layan lagu Siti Nurhaliza dgn Justin Timberlake lagi time drive, haku ingat mesti mamat yang buatkan iklan ni suka layan Siti Nurhaliza dgn Justin Timberlake...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 02:41 PM | Show all posts
try korang masuk link kat bawah.. pasal perfomance gearbox aichi kikai (m/t) yang pakai kat proton saga..
apa pendapat korang ok ke tak
http://blowwaterguy.blogspot.com ... hi-kikai-mf30a.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 03:49 PM | Show all posts
tak paham daaaa.... ada ka patut gear 5 boleh tarik sampai 6500 rpm
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 03:51 PM | Show all posts
tak paham daaaa.... ada ka patut gear 5 boleh tarik sampai 6500 rpm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 07:04 PM | Show all posts
The oldest is now the newest

By : SHANNON TEOH

2008/01/29


In today's ubiquitous silver paint, the Saga is rather
non-descript, as befits its fuss-free place in life.

After 22 years in the market, the Saga has finally been retired, to be replaced in the Proton line-up with... the Saga! SHANNON TEOH takes a look at the new entry-level national car.

Spartan interior giving you all the basic amenities.
The rear looks like a Mercedes and in fact, fits luggage like one. That's 413 litres, baby.
ON July 9, 1985, the first national car was launched. It was cheap, neat and gave us a glimpse into what Malaysia Inc could bring us to become
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 12:26 PM | Show all posts
Ada 3 iklan baru Proton Saga, semuanya guna 3 duta yang sama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar, David Arumugam dan Dr. Kenny.

Video klip Syeikh Muszaphar kali ni terangkan camaner kekuatan enjin Proton Saga yang setara dgn pecutan 0-100 km/h dalam masa 13 saat macam yang tertulis dalam brochure:-




David Arumugam lak bagitau ruang but 413L kat Proton Saga baru ni sama dengan memenuhkan dier dgn 56 bijik durian:-




Dr. Kenny lak bagitau ruang dalaman Proton Saga baru ni cukup luas dan selesa untuk memuatkan 4 orang Iban yang tinggi selain dia sendiri sebagai driver:-

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 03:52 PM | Show all posts
Aku dah dapat, tnggal register kat JPJ je... Cantek!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by acit_hensem at 3-2-2008 03:52 PM
Aku dah dapat, tnggal register kat JPJ je... Cantek!!!


jeles nyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 1.837611 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list