|
FLY TO THE SKY (Hwan Hee + Brian Joo) [Brian Joo Live In M'sia on 10 July 10]
[Copy link]
|
|
td KBS World tunjuk Open Concert yg ada FTTS tu.
mak aiihh, best gile lah.
terasa nk tgk diorg nyanyi live in action je  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #865 rukiaichigo\ catat
memggggg hensem walaupun rambut pendek .....mata aku tak berenti2...melihat fany...
[ Last edited by errasazza at 28-4-2009 13:17 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Last Stage screen caps credit to Newsen
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #871 skymania's post
weeeeeeeeeeee ~~ komawo yo, sekai sshi!!
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tu ler lupa nak wish hari tu!!! tengah layan Brian dalam strong heart. Lawak giler citer dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tu ler lupa nak wish hari tu!!! tengah layan Brian dalam strong heart. Lawak giler citer dia. |
|
|
|
|
|
|
|
sayang kita dah x leh tgk diorg berdua gi...
no more FTTS...
but this year Fany dah ckp dia akan berlakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semangat Brian Joo
Lahir di Amerika, menyerlah di Korea
SECARA perlahan-lahan, bakat dari benua Asia mula diterima diAmerika. Kali ini ialah Brian Minkyu Joo atau lebih dikenali sebagaiBrian Joo, jejaka berdarah Asia yang sedang aktif mencipta nama dinegara yang menjadi pusat industri hiburan antarabangsa.
Walaupun dilahirkan di Los Angeles pada tahun 1981, tetapidarah Asia cukup tebal. Ini kerana kedua orang tuanya berasal dariKorea Selatan sebelum berhijrah ke Absecon, New Jersey.
MenurutBrian, meskipun lahir sebagai rakyat Amerika tetapi jati dirinyasebagai orang Korea memang tidak hilang kerana dia memang dibesarkan dipersekitaran yang dipenuhi dengan rakyat Korea.
Brian sebelum ini adalah antara anggota kumpulan Fly to Skyyang terkenal dengan muzik R&B. Dia pernah melahirkan album solopertamanya berjudul The Brian pada Disember 2006. Album solo keduanya,Manifold pula dikeluarkan pada Disember 2009.
Menurutnya, dia memulakan kerjaya nyanyian secara kebetulansaja apabila pada umur 16 tahun, seorang rakannya mengajak diamenyertai sesi uji bakat pertandingan nyanyian anjuran BrothersEntertaiment tanpa pengetahuan keluarganya.
SyarikatBrothers Entertainment menemui beberapa anak muda berdarah rakyatAmerika berketurunan Korea untuk mengembangkan kerjaya dalam duniahiburan di Korea Selatan.
Selepas beberapa bulan menjalani latihan, dia kemudiandihantar ke SM Entertainment di Korea pada pada Disember 1999, Joomembuat kemunculan dengan menjadi anggota kumpulan Fly to Sky padaumurnya 17 tahun. Kembali ke Amerika, dia meneruskan pengajiannya diRutgers University tetapi hanya separuh jalan saja. Disebabkan sambutanyang cukup menggalakkan di Korea, dia memutuskan untuk tidak meneruskanpengajiannya di Amerika.
Sebaliknya apabila dia balik ke Seoul, Joo menyambungpengajiannya di Dongguk University daalam bidang Teater dan Filemsehingga tamat.
Ketika bersama Fly to the Sky, Joo digandingkan Hwanheedengan bertindak sebagai penyanyi utama dan penari rap. Apabilakumpulan ini mengalami peralihan daripada pop kepada R&B, rakannya,Hwanhee berasakan Joo mempunyai keupayaan vokal yang mantap. Joo jugakerap muncul di televisyen. Sejak tahun 2005, Joo sudah muncul dalampelbagai program hiburan, termasuk menjadi pengacara untuk MBC - MusicCore pada tahun 2006 selain pengacara bagi program SBS Green Gold padatahun 2009. Pada Ogos 2009, Fly to the Sky dibubarkan apabila merekamembuat keputusan untuk bergerak secara solo. Sepanjang bersama Fly tothe Sky, mereka menghasilkan lapan album iaitu Day By Day (1999), ThePromis (2001), Sea of Love (2002), Missing You (2003), Gravity (2004),Transition (2006), No Limitations (2007) dan Decennium (2009).
Kerjayasolo Joo bermula pada tahun 2006 apabila dia mengumumkan kemunculanalbum solo pertamanya berjudul The Brian. Album itu menggabungkan muzikpop klasik, soul dan jazz. Menerusi album ini, Joo berharap dia lebihdihargai sebagai seorang artis berbanding dikenali sebagai ‘Fly to theSky’ tanpa Fany merujuk nama kawannya, Hwanhee.
“Saya memang bersungguh-sungguh untuk album ini. Saya jugamahu menunjukkan boleh berjaya sebagai Brian. Apabila menyanyi denganFly to the Sky, ramai yang beranggapan Fany sebagai vokalis utama, dansaya dipandang sebagai penyanyi kedua dan seorang rapper. Saya tidakmahu menyebut namanya, tetapi apabila seorang penerbitan bercakapkepada Fany, “kamu memang penyanyi yang bagus’ apabila dia hanya kata‘kerja yang bagus’ kepada saya.
“Jadi, saya mahu buktikan saya juga boleh melakukan menjadi penyanyi yang bagus,” katanya.
Album The Brian mengikut perancangan awal memuatkan semua lagudalam bahasa Inggeris, tetapi disebabkan kesuntukan masa, semuanyadiubah dirakamkan dalam bahasa Korea, termasuk lagu All I Know yangasalnya dicipta bahasa Inggeris. Joo muncul dengan dengan singlepertamanya, Don’t Go.
Brian juga berminat untuk mengembangkan kerjayanya dalambidang lakonan. “Memang saya ada simpan impian untuk menjadi pelakon diHollywood,” katanya.
Walaupun sekadar menjadi pelakon drama bersiri,sekurang-kurangnya impian itu tercapai juga apabila dia berlakon dalamdrama mini siri, Homey Korean bersama dengan rakan baiknya, ChrisPemberton. Dalam drama itu dia mengajar bahasa Korea selain bercakapmengenai budaya, mercu tanda, tempat tarikan pelancong dan kehidupanharian orang Korea kepada orang asing.
Brian Joo tidak lupa pada tahun 2002 apabila membuatkenyataan yang mencetuskan kontroversi. Ketika itu, Fly to the Skydiundang menjadi tetamu untuk sebuah program radio. pada waktu itu, duaremaja perempuan Korea mati menjadi mangsa keadaan kerana berlakurusuhan anti-Amerika. Disebabkan itu, Joo yang memegang kerakyatanAmerika, tetamunya, Hyun Jin Youg ditanya mengenai pandangannyamengenai perkara itu. Joo mengatakan walaupun askar Amerika seharusnyamenegakkan keadilan, dia tidak mahu hubungan antara Korea dan AmerikaSyarikat menjadi tegang. Malangnya, kenyataan itu salah petik iaitu“Kamu tidak boleh bercakap yang buruk mengenai Amerika di depan saya.Saya rakyat Amerika. Kamu boleh benci askar Amerika yang terbabit dalamkejadian itu saja’.
Akibatnya, dia menerima kecaman. Keadaan itu menjadi reda sedikit apabila Joo membuat penjelasan menerusi laman web 1010 Club.
“Malang sekali program itu, saya sudah bercakap sesuatu yangdisalah tafsir oleh ramai pihak. Saya ingin jelaskan bahawa mereka yangdidapati bersalah dalam kejadian itu, patut menerima hukuman setimpal.Itulah yang sebenarnya. Tapi disebabkan saya bukanlah 100 peratusKorea, kenyataan itu sudah menyinggung ramai orang. Saya minta maafkerana salah faham ini.”
Mengenai album terbarunya, Manifold, ia memuatkan 10 lagudalam bahasa Korea, manakala tiga lagu lagi dalam bahasa Inggeris.Album berkonsep R&B itu diterbitkan sendiri oleh Brian.
Malahan album Manifold membuktikan dia berupaya menghasilkanlagu-lagu R&B dan club music dan tidak sekadar R&B balada. Tigalagu bahasa Inggeris dalam album Manifold ialah Do It Move It, TearsRun Dry dan Bullet. |
|
|
|
|
|
|
|
ok, spt yg telah dirikues oleh hana, aku tolong naik kan rumah ni. bersempena dgn kedtgn brian joo tuk showcase kat KL. xsure la nk pegi ke x sbb dh lama giler aku x dgr lagu2 dorg ni. yela, dh asik dok dgn suju jer kan... tp kan best kalo brian angkut sekali hwanhee dtg showcase ni...  
"Brian Joo Mini Showcase Live in Malaysia 2010"
Date: 10 July at 17:00 |
|
|
|
|
|
|
| |
|