|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Dengan tiba-tiba, Fifi merasakan ada tapak tangan yang menyapu lembut air mata dari pipinya. Fifi membuka mata. Fandi sudah duduk di depannya.Fifi malu. Dia hendak melarikan diri kerana tak mahu Fandi melihat dia menangis. Namun Fandi lebih pantas, pergelangan tangan Fifi di genggam erat.
“Macam mana awak boleh masuk bilik saya?”
“Pintu tak kunci. Tadi saya ketuk pintu, awak tak menyahut. So, saya bukalah”
“Ada apa?”
“Saya nak ajak awak makan. Awak tak makan malam lagikan?” Fifi menggeleng. Bukan saja makan malam, rasanya sejak siang tadi dia tidak menjamah apa-apa. Seleranya mati.
“Mama cakap, sepanjang hari awak berkurung dalam bilik. Makan pun tak nak. Kenapa?” Fifi diam.
“Kenapa awak menangis?” Fandi bertanya lembut. Fifi tetap mendiamkan diri. Tidak mungkin dia mahu memberitahu pada Fandi tentang panggilan yang diterima dari Shah.
“Awak ada masalah?” Sekali lagi Fandi bertanya. Masih tiada jawapan.
“Saya ada buat salah pada awak?” Fifi pantas menggelengkan kepala.
“Janganlah macam ni, awak. Kalau awak ada masalah, ceritalah. Awak tahukan, saya sedia tolong awak...”
“Sofea….” Fandi memanggil sekali lagi. Wajah Fifi di usap lembut.
“Awak…”
“Ya…”
Fifi terdiam. Dia hanya merenung Fandi dengan mata yang berkaca.
“Sweetheart, please…” Fifi menarik nafas. Sebaknya di tahan.
“Awak…” Fandi diam. Menunggu saja Fifi meluahkan kata-katanya.
“Awak…” Kali ini tangisannya tidak dapat di tahan. Fifi menangis teresak-esak di hadapan Fandi.
“Sofea…” Fifi dirangkul dalam pelukan. Sungguhpun Fifi tidak berkata apa-apa, Fandi tahu ada sesuatu yang tersimpan jauh di dalam lubuk hati Fifi, dan itu pastinya ada kena mengena dengan Shah.
“I just want to cry…” Fifi masih teresak-esak di bahunya. Fandi membiarkan saja. Dia tidak akan memaksa sekiranya Fifi tidak mahu meluahkan.
“Cry, if that’s makes you feel better…” Fandi berbisik perlahan. Rambut Fifi yang terurai di elus lembut.
Fifi menangis semahu-mahunya. Dia sudah banyak menangis, dia sudah jemu menangis. Tetapi air matanya tidak mahu kering. Dan dia juga tak mampu untuk meluahkan perasaannya tentang Shah kepada Fandi, bimbang akan pandangan Fandi terhadapnya nanti.
“Dah okay?” Fandi bertanya apabila esakan Fifi telah berkurangan. Fifi mengangguk perlahan. Pelukannya dileraikan. Agak lama juga Fifi menangis.
“Ada apa-apa yang awak nak beritahu saya?” Fandi bertanya.
“Tak” Pendek jawapan Fifi. Dia belum bersedia untuk bercerita.
Wajah Fifi yang basah dengan air mata di lap dengan tapak tangan. Rambut Fifi yang berjuntaian tak terurus di kemaskan. Fandi memegang dagu Fifi lalu mereka bertentangan mata sekali lagi. Lama.
“Awak..” Fifi memanggil perlahan. Mukanya dirasakan berbahang kerana di renung begitu.
“Awa…”
“Shhh…” Fandi memintas lalu bibir isterinya di kucup lembut secara tiba-tiba. Fifi tergamam.
“Dah, jom kita makan. Saya lapar” Fandi berkata lalu bangun dari katil. Fifi masih lagi tidak bergerak
“Sofea…” Fandi mengajak lagi sambil tersenyum. Tangannya di hulurkan.
“Jom..” Kali ini Fifi menurut. Tangan Fandi di sambut walaupun dia tidak mampu untuk memandang Fandi saat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
auwww..malu nyerrr
terharu..ada sesiapa ingin lap airmata cheq |
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 15-8-2012 02:41 PM
auwww..malu nyerrr
terharu..ada sesiapa ingin lap airmata cheq
Lap sendirik!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 03:03 PM
Lap sendirik!
Wuargggggggggggghhh sedinhnyaaaa
NEXXXXTTTTTTTTTTT
|
|
|
|
|
|
|
|
Okaylah... that's all for today. Esok dah start coti...takde update sampai lepas raya
Kepada rakan-rakan di alam cyber, readers (SR / tak SR) dan warga board,
walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap mekjadi pojaan hatiku...
Sempena Syawal, saya merendah diri memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, terguris perasaan secara sengaja ataupun tak semasa bergurau / berforum. And thanks sebab sudi baca cerita ni...
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
http://www.youtube.com/watch?v=8QaLiNHY16w
Nak sambung merayap kat benang orang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 03:28 PM
Okaylah... that's all for today. Esok dah start coti...takde update sampai lepas raya
Kepada raka ...
selamat hari raya nicki.. tapi sebelum balik & sambung merayap tu sila la tepek lagi 3 4 epi lagi buat bekalan cuti ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 03:28 PM
Okaylah... that's all for today. Esok dah start coti...takde update sampai lepas raya
Kepada raka ...
Nickiiiii
Selamat menyambut hari raya.Maaf zahir batin andai ada tersilap kata terlanjur bicara
|
|
|
|
|
|
|
|
Loh, igtkn stju je nk tamatkn sblm raya
Ok lah,
Selamat meneruskan ibadah puasa, beramal spuasnya d phujung Ramadhan dan selamat menyambut 1 Syawal 1433
Maaf zahir batin
C u after ry eh |
|
|
|
|
|
|
|
tk boleh tambah sikit lagi ek ? baru kol 4pm ada sejam lagi time balik ( buat-buat tk paham bahasa ) . |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 15-8-2012 12:38 PM
baru nak mintak resepi shark's fin tadiiiii
Sorry, wrong number.... The cook in my family is my en suamiku... Auntie tukang makan jer...
Shark's fin ni kita boleh makan ker? Setengah org kata tak boleh, auntie lupa sebab nya... Hihihi... Sesiapa yg arif, tolong bagi penjelasan sikit...
Yg animal lover melarang kita makan shark's fin soup sbb shark's fin tu dikelar/dihiris dpd shark and then the shark will bleed and left in the sea again... Katanya... Wallahualam...
AUntie rasa yg kat restoran tu kebanyakkannya bukan shark's fin pun, main sebut dan tulis dlm menu jer.... Sebenarnya crab meat jer yg lebih....
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 15-8-2012 06:38 PM
Sorry, wrong number.... The cook in my family is my en suamiku... Auntie tukang makan jer...
Sh ...
Entah la auntie. babe makan je
yang babe tau pun mostly kat sini dorang taruk shark's fin sikit je. yang lain macam ala-ala jelly kot. shark's fin kan mahal. kat supermarket pun tak semua ada jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 16-8-2012 10:36 AM
Termalu pulak iols . Still learning auntie. Hopefully one day impian cheq tercapai nak ada b ...
Salam.
Takder entry ker hari ni? Warrrggghhhh.... Auntie dah terpaut hati dah kat SAK.... Sob...sob...sob... An dan FIfi, ku merindui adegan kamu berdua... Melodramatik tak auntie senja? Hhahahaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
lamenye cutiii Nicki.. huhuu.. rindula kat An cmni.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya maaf zahir batin kengkawan ... jumpa lagi lepas raya ...
nickiiiii .... amik feel ye ... nanti naik cuti boleh letak n3 byk2 |
|
|
|
|
|
|
|
yeah Nicki, pas raye ketame leh trus bg n3 manyak2.. eheheehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|