CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 23-6-2011 11:25 PM | Show all posts
Salam semua,

Saya sedang cari-cari pakej umrah hujung ramadhan + syawal.
Ada yang pernah pegi waktu tu? Ada yang boleh kongsi pengalaman?

Lagi satu, macam mana you all pilih travel agency?
Banyak sangat pilihan, rasa pening nak pilih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 09:33 AM | Show all posts
Time umrah memang travel agency lambat nak confirm hotel kat Mekah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:34 PM | Show all posts
Salam semua,

Saya sedang cari-cari pakej umrah hujung ramadhan + syawal.
Ada yang pernah pegi wa ...
chanellv Post at 23-6-2011 23:25



Walaikumsalam...
Saya dulu sampai sekarang pi Umrah ambil TH Travel..
Saya akan cari Pakej yg Hotel dia dekat dgn Masjid..coz kalau boleh nak solat tiap waktu kat Masjid..
Tapi harganya mahallah sikit..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 02:02 PM | Show all posts
Salam semua,

Saya sedang cari-cari pakej umrah hujung ramadhan + syawal.
Ada yang pernah pegi wa ...
chanellv Post at 23-6-2011 23:25


AsSalam

Seelok2nya pilih Travel Agent yang berwibawa. Yang kita rasa selamat gunakan perkhidmatan mereka.

Berapa hari punya package. Kalau boleh lagi lama lagi bagus he he
Naik penerbangan apa? Transit kat mana2 ke?  Seeloknya direct flight KUL-MED-KUL atau KUL-JED-KUL
Berapa Harga? Duduk berapa orang sebilik?
Hotel dekat ke jauh ke? Tapi tak penting sangat tapi kalau dekat lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply 844# aily

mmg betul tu kak... kena ambek byk kira juga psl TA nih!! tp kdg2 rezeki lak.. sbb mcm sy yg first TA x jadi so ambek andalusia pulak rezeki dpt yg dekat dgn Masjidil Haram.. mmg rezeki sgt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 04:47 PM | Show all posts
Time umrah memang travel agency lambat nak confirm hotel kat Mekah ke?
HarizAzhari Post at 24-6-2011 09:33


Tak pulak rasanya. Selalunya dah dinyatakan dalam package unless dorang tukar last minutes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2011 04:52 PM | Show all posts
Penerbangan terawal g haji tahun ni hujung bulan Sept2011.. tarikh wukuf di jangka jatuh pada 5hb No ...
haziq_97 Post at 21-6-2011 07:49


Hari tu selak2 borang pendaftaran Haji (daftar 2007), ingatkan dapat turn 2015 rupanya 2017 lama lagi nak tunggu tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 07:08 PM | Show all posts
khutbah masjid tabung haji tadi


Bulan Mei 2011 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) sedangkan hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari  aksi-aksi terror oleh gerombolan bersenjata Yahudi zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampong halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah enam puluh tiga tahun penderitaan itu kini diwarisi oleh tidak kurang dari 5 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama enam puluh tiga tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apatheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak enam puluh tiga tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Walaubagaimanapun ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini adalah kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Bahkan senario pasca Israel mula dibahas oleh penganalisis konflik Palestin-Israel atas unjuran entiti Israel bakal lenyap dari lanskap politik timur tengah. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah, kini Israel yang digelar sebagai rogue state atau negara penyangak. Situasi yang digambarkan oleh guru Sejarah Barat terunggul Arnold Toynbee mungkin tidak lagi benar.

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Dunia kini mula memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk menyuarakan hak mereka. Perkembangan terkini yang melanda dunia Arab memberi ruang yang amat luas untuk rakyat Arab yang selama ini dipenjara oleh rejim-rejim kukubesi di negara masing-masing untuk menyatakan sokongan terbuka mereka ke atas perjuangan rakyat Palestin. Mereka bukan sahaja bebas menyatakan sokongan bahkan mereka bebas bertindak membantu rakyat Palestin dan mengeluarkan mereka dari penghinaan yang ditimpakan selama ini oleh rejim Zionis yang dilindungi oleh pemimpin-pemimpin Arab. Senario ini amat berbeza apabila Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009. Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi  lapangan sasar untuk membunuh rakyat awam yang tidak bersenjata. seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan.

Protes besar-besaran yang dianjurkan di seluruh dunia terutama di kotaraya Eropah dan Amerika Syarikat telah mencetuskan usaha tersusun untuk membantu rakyat Palestin. Seruan untuk memulau dan memboikot Israel diterajui di peringkat global. NGO yang memperjuangkan hak rakyat Palestin mula membentuk jalinan dan mengkoordinasi bantuan di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini akhirnya membuahkan tekad untuk memecahkan tembok kepungan Gaza melalui melalui misi-misi kemanusiaan.

Berbanding siri bantahan yang dianjurkan di negara-negara barat menyokong rakyat palestin dari tahun 2009 hingga 2011, negara-negara Arab terus membisu dan menunjukkan sikap dingin terhadap perjuangan rakyat Palestin. Apabila bantuan datang dari segenap pelosok dunia untuk membantu rakyat Gaza, Mesir terus menutup  sempadan masuk ke Gaza dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Rejim Hosni Mubarak tidak mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa supaya sempadan dibuka dan bantuan segera diberikan kepada penduduk Gaza.  Sebenarnya Hosni Mubarak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel dan mengikut sahaja telunjuk Amerika Syarikat dan Eropah yang ingin memastikan Gaza terus dijkepung. Bagi Hosni Mubarak, keselamatan Israel paling utama dan pengaruh HAMAS perlu dibanteras. Jika sekatan dilonggarkan kedudukan Israel akan tergugat. Senario ini pastinya akan menggoyahkan kedudukan rejim Mubarak. Lantaran itu Hosni Mubarak terus mengambil sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin dan membiarkan mereka berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk di abad ini. Bukan sahaja Mesir, bahkan seluruh Negara-negara Arab termasuk Jordan, Arab Saudi, dan Negara-negara Teluk terus berdiam diri meskipun mereka boleh menggerakkan pelbagai inisiatif dan sumber untuk membebaskan rakyat Palestin dari kepungan dan kezaliman rejim Zionis. Hakikatnya mereka adalah khadam yang berkhidmat kepada Israel. Mereka diupah oleh Amerika untuk memastikan keselamatan Israel terus terpelihara dari ancaman rakyat Arab.  .

Angin perubahan mula bertiup pada awal tahun 2011. Satu demi satu rejim Arab bermula dengan Tunisia ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri. Revolusi ‘Jasmine’  telah menumbangkan rejim kuku besi Ben Ali di Tunisia. Rakyat Mesir yang mendapat inspirasi dari kebangkitan di Tunisia kemudiannya menumbangkan pula rejim Hosni Mubarak. Kini Libya pula dicengkam oleh pergelutan di antara rakyat dan rejim Muamar Gadafi dan bakal menyaksikan satu lagi negara despot Arab ditumbangkan. Beberapa riak kebangkitan rakyat juga sedang berlaku di Syria, Jordan dan Bahrain. Kebangkitan rakyat Negara-negara Arab ini telah membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan kuku besi diktator Arab dan yang lebih penting lagi memerdekakan mereka dari penghinaan yang ditimpakan oleh rejim-rejim Arab yang melindungi Israel. Selama berpuluh tahun rakyat Arab dan umat Islam dihina oleh pemimpin mereka. Kini mereka mula menghirup udara kebebasan untuk menebus maruah yang tercalar di tanah air mereka dan juga di bumi Palestin.

Sesungguhnya angin perubahan yang berlaku di timur tengah adalah berita paling baik bagi rakyat Palestin sejak 63 tahun tragedi Nakbah. Bahkan ia adalah berita terbaik sejak hampir seratus tahun yang lalu apabila Palestin digadai oleh perutusan rahsia yang terkandung dalam Hussein McMahon Correspondents (1915), konspirasi jahat British dan Peranchis dalam perjanjian rahsia Sykes-Picot (1916) dan di Parlimen British dengan sehelai dokumen keparat bernama Deklarasi Balfour (1917). Siri-siri pengkhianatan dan siasat keji di antara pemimpin Arab yang berkepentingan dan kuasa barat seperti yang diputuskan oleh PBB lewat UNSCOP dan Partition Plan dan resolusi 181 telah memberi lesen kepada  zionis untuk merancang siri-siri keganasan ke atas rakyat Palestin yang mencetuskan tragedi Nakbah.

(Khatib meningatkan ummat islam perlu bersatu padu sebagai satu ummah bukannya menyokong konsep nation country atau negara bangsa..dimana umat islam melebihi 1 billion diasing-asingkan berdasarkan garisan geografi yang sengaja dicipta oleh musuh -musuh ALLAH, firman ALLAH Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu.  (Surah Mukminun Ayat 52)

Semua umah patut berusaha tanpa kekal pada sempadan geografi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 10:39 PM | Show all posts
Reply 812# zamnie

betul tu, keindahan yg tak terucap
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:51 PM | Show all posts
Alhamdulillah..saya sekeluarga tlh selamat kembali menunaikan ibadah umrah pd 20 Jun 2011...syukur sgt2 segala2nya di permudahkan oleh NYA...cuma anak yg bongsu (8 thn) demam sikit..

Ucapan trm ksh x trhingga utk sahabat2 di ruang forum ini yg byk membantu & memberi info dlm menyempurnakan sepanjang tempoh ibadah di sana...(6 jun - 20 jun)...rindu & msh trnmpk2 kaabah di depan mata...

Semoga dijemput menjd tetamu NYA lg dlm masa trdekat....Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 09:29 AM | Show all posts
AsSalam

Seelok2nya pilih Travel Agent yang berwibawa. Yang kita rasa selamat gunakan perkhidm ...
aily Post at 24-6-2011 14:02



    Salam Aily,

Thanks jawab soalan saya ye
Saya memang buat survey lalu google search.
Mana TA yang ada tarikh umrah lailatul-qadar + syawal.

Ini antaranya... harap ada yang boleh tolong buat keputusan.
Dalam banyak2 perkara, saya lebih utamakan jarak hotel dengan masjidil haram.
Tambah2 lagi bulan puasa, kalau hotel jauh sangat, saya bawa ibu yang takut dia tak larat.
Kos saya tak berkira, cuma berharap sangat tak ditipu TA sebab ini kali pertama pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:34 AM | Show all posts
ANDALUSIA:
Pergi 29-08-2011
Balik: 12/13-09-2011       
Masa: 16H/14M       
Kos bilik ber2:        RM6190.00       
Hotel Madinah: Fayroz
Mekah: Royal Sultan / aber garden 250m
_________________________________

HASANAH TRAVEL & TOURS
Tarikh: 23 Ogos – 3 September
Kos bilik ber2: RM6700
Hotel mekah: Taj-mahal = 200meter
Hotel madinah = 80meter
________________________________
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:36 AM | Show all posts
J&J MESRA TRAVEL TOURS
Melaka

Tarikh: 28 Ogos – 9 Sept 2011
Tempoh: (14 hari/12malam)
Direct flight
Kos bilik ber2: RM5850

Hotel Makkah: Dyar Inn Hotel, (150meter) – dekat masjid kucing
Hotel Madinah: Fayroz Shatta Hotel (50meter) – masjid nabawi
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:38 AM | Show all posts
AL-KAWSAR
AKHIR RAMADHAN       
21 OGOS - 3 SEPT        RM 7,400

MEKAH: (150METERR)=SARAYA AJYAD / JAWHARAT MONA

MADINAH : FAYRUS AL-SHATTA HOTEL @ SETARAF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.194142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list