CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 16-5-2011 09:01 AM | Show all posts
nak taw smbongann.. apsal smbgn dia cam saspender plak neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 09:17 AM | Show all posts
nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:23 AM | Show all posts
selamat hari guru buat Cikgu Zul & Cikgu Amir.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:35 AM | Show all posts
huhuhuhuhu
x der ag la........
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:12 AM | Show all posts
suspen tul ni..tp rasa dahlia masih hidup lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:20 AM | Show all posts
kak smiley x moh bako...
nak n3 jer...
blh ler...
suspen ni....
kecoh tul ler cikgu amir tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 11:02 AM | Show all posts
ingatkan dah ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:09 AM | Show all posts
alaaaa...ape sket sgt sambungnye kaka smiley??? lg la....lg laaa...
tp mmg kompem danial yg eksiden kan....bukan lia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 01:54 PM | Show all posts
x de n3 lgi ke??
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:54 PM | Show all posts
cepatla akak smiley...mcm2 speku dah keluar...tp yg sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:14 PM | Show all posts
masih menunggu next n3
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:40 PM | Show all posts
mana kak juna pegi ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:41 PM | Show all posts
smiley mendera perasaan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:00 PM | Show all posts
Cik Pai ayam tgh jaga Daniel..tmbh2 lg tgh merajuk sbb tu x jenguk cikgu Amir. Tu la Amir, asyik buat x peduli jer ngan perasaan Cik Pai Ayam...baru tau sakitnya kehilangan Cik Pai Ayam....sib baik ada pai ayam buatan Cik Pai Ayam. Berapa bnyk perkataan Pai ayam daaaa...

Happy teacher's day to Cikgu Amir n Cikgu Zul!

Kak Juna..nak lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:18 PM | Show all posts
mn n333
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 08:58 PM | Show all posts
selamat hari guru untuk cikgu zul n cikgu amir

kak juna...cikgu amir tak mai lagi...p sambutan hari guru ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2011 11:09 PM | Show all posts
maaf lah lambat sambung
tak bagi hadiah kat cikgu amir ka?
penat penat dia ajar kelas biologi
.................................................................................
Dahlia membaca  Ya Latif  129 kali memohon kelembutan dalam segala qada dan qadar. Sejak ibunya meninggal, dia tak pernah di timpa dugaan sebegini hebat. Suami terlantar tak sedarkan diri berhari hari, adik kesayangan bertarung nyawa. Ya Allah kau tabahkan aku. Permudahkanlah segala ujian. Janganlah kau ambil nyawa orang orang yang aku sayangi. Dia meraup muka sekaligus menyeka airmata.  Telekung di lipat dan di letak di rak.

Telefon bimbit yang dalam mode “ silent” di ambil dari kocek seluar. 3 missed call dan 2 mesej membuat darahnya berderau. Belum sempat dia membaca, pintu surau di terjah.

“ Lia, Mir dah sedar” Puan Sri Sabihah terus memeluknya. Pipinya basah dengan airmata kegembiraan

“ Betul?” bisik Dahlia. Degupan jantungnya kencang. Ya Allah! Syukur pada Mu. Terasa beban berat sudah di angkat dari pundaknya.

“ Kita call dan hantar mesej tapi you tak jawab. You tengah solat kot masa tu” tambah Nia yang menyusul di belakang Puan Sri.

“ Dia okay kah? Boleh Lia jumpa dia sekarang?”

“ Dia tengah tidur. Tapi jomlah kita pergi ke bilik dia. Mesti dia seronok kalau Lia ada masa dia bangun.”

“ Amir ada tanya pasal Lia?” Mata Lia bersinar

Puan Sri dan Nia terdiam. Sejak di bilik Amir, mereka agak pelik dengan reaksi Amir. Langsung tak cari atau tanya apa apa tentang isterinya. Paling menghairankan dia minta Hj Zul bawa dia ke kubur. Pelik.

“ Dia.. dia mamai lagi. Kita pun tak dapat berbual lama dengan Amir sebab Dr Goh kata dia kena rehat. Tak boleh cakap banyak banyak.” Jawapan ibu mertuanya tidak menggembirakan Dahlia. Mesti Mummy cuba menyembunyikan sesuatu.

“ Otak dia boleh berfungsi macam biasa? Dia tak hilang ingatan?” Keceriaan Dahlia luntur sedikit.

“ Nampak macam okay setakat ni. Dr Goh tanya soalan dan dia boleh jawab. Lia , cepatlah. Jangan berborak dalam surau, tak baik” gesa Puan Sri Sabihah. Janganlah Amir tak ingat siapa Lia. Kasihan Lia. Matanya berlingkar hitam dan wajahnya cengkung. Berhari hari dia menjaga Danial dan menemani Amir, kesihatannya sendiri terabai.

Amir tidak berkutik tatkala mereka bertiga masuk. Dahlia senyum melihat Amir tidur. Tiada lagi peralatan dan wayar berselirat. Wajah Amir tenang seperti bayi, cuma agak pucat.

“ Duduklah Lia. Mummy dengan Nia nak balik ke rest house. Ini ada baki pai ayam yang Lia bawa. Baik Lia makan. Ingat baby dalam perut tu.” Puan Sri Sabihah mengusap bahu Dahlia. Dahi Amir di cium sebelum dia dan Nia pulang.

Dahlia membetulkan gaun hospital Amir.  Buruk lah nampak betis berbulu. Kenapalah hospital tak boleh buat baju yang stylo tapi masih menepati fungsi? Tapi apa pun Amir tetap nampak segak. Cuma rambut Amir panjang dari biasa. Biarkanlah, kalau macam rambut Gambit Saifullah pun okay juga. Dahlia membelai rambut Amir. Memang dia berkecil hati dengan Amir tapi bila melihat suaminya terlantar tak bermaya, hatinya tersentuh. Kasihan Amir! Kalau dia tak ikut aku ke sini semua ini tak akan terjadi.

“ Eh.. ur… .. uh… jangan kacau lah. Aku nak tidur” Amir bersuara dengan mata terkatup. Tangan Amir menepis udara. Dahlia menyimpul senyum. Akhirnya, dia dapat dengar suara suaminya. Dia menarik kerusi ke sisi katil dan menopang dagu. Tak sampai beberapa saat kepalanya terlentuk di tilam. Kepenatan melanda. ZZZZZzzzzzzzzzzz
………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 11:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 16-5-2011 23:11

“ ARGHHHHH… tolong …tolong… NO! GO AWAY!” jeritan Amir mengejut Dahlia dari tidur. Dahlia menenyeh mata. Aku tertidur rupanya. Senyuman senget terukir di bibir.

Muka Amir makin pucat. Matanya terbeliak dan mulutnya terlopong. Tubuhnya di jarakkan dari Dahlia. Dengan tenaga yang ada dia gagahi diri untuk bangun. Tangan yang di cucuk dengan jarum IV drip terasa pedih tapi tidak di hiraukan.

“ Kenapa Abang? Are you okay? Nak pergi mana tu?” Dahlia membetulkan rambutnya yang mengurai. Mengigau kah Amir? Dia menekan butang untuk memanggil jururawat. Mata Amir liar memandang sekeliling bilik. Macam orang kena sampuk.

“ Tidak…tidak… ini bukan Lia. NO WAY! Lia dah mati. GET AWAY FROM ME! A'uzubilahimiasyaitonnirojim. Bismillahirahmanirrahim …’ Amir terus membaca ayat Kursi. Nafasnya tersekat sekat.  Cuma jarum drip yang masih di tangan menahannya dari membuka langkah seribu. Tapi kalau lembaga ini datang dekat aku akan cabut lari, biarpun aku kena seret benda Allah untuk gantung drip.

Airmata Dahlia terus tiris ke pipi. Sampai hati Amir! Dia ingat aku hantu? Memang patut aku cekik dia pun. Biar mampus! Seronoklah dia dengan Sarah kalau aku mati. Hatinya bagai di sagat.

“ Cikgu Amir, kenapa bangun! Doktor suruh rehat “ Jururawat yang melangkah masuk terpinga pinga melihat aksi Amir. Gelaran Cikgu masih sinonim dengan Amir biarpun dia sudah lama berhenti jadi guru.  

Dahlia pantas mengenakan tudung dan  meluru ke arah pintu.

“ Amir, anggaplah I memang dah mati. Jangan cari I lagi. Dari saat ini, you dah tak wujud dalam hidup I. Stay out of my life! “  Esakkannya menggetar jiwa Amir. Amir terduduk di katil. Peluh sejuk menitik di pelipis. Takkan hantu boleh emo. Tapi macam mana Dahlia boleh ada di sini?

“ Cikgu, are you okay? Apa jerit  hantu hantu ni? Cikgu mengigau kah?” Jururawat  itu agak cuak. Pesakit seperti Amir masih dalam pengawasan ketat doktor pakar.

“ That… Perempuan tadi itu … akak pernah nampak dia?” Amir menunjuk ke arah pintu.

“ Mestilah akak pernah nampak  isteri Cikgu. Dia anak Hj Zul , kan?  Hari hari dia datang sini temankan Cikgu. Dia selalu berbual dengan Cikgu walaupun Cikgu tak sedar. Dia sabar sangat, selalu senyum tapi mata dia sedih.” Jelas jururawat yang memakai tag nama Akmar itu.

Amir menarik nafas. Dia dipalit rasa gembira yang tak terhingga. Allah masih sayangkan aku. Dahlia masih hidup. Dalam masa yang sama dia di landa rasa sesal. Aku panggil Lia hantu? Arghhh… aku konpius.

“ Macam manalah dia tak sedih. Cikgu terlantar tak bangun bangun, adik dia pula patah kaki .” Kepala nya di geleng sambil mengambil suhu badan dan tekanan darah Amir. Kasihan betul Dahlia, sehari suntuk dia di hospital. Kalau pulang ke rumah pun cuma untuk mandi, salin pakaian dan memasak untuk adiknya.

“ Danial cedera? Kenapa Kak Akmar? ” tanya Amir.

“ Accident. Danial dengan dua orang kawan cedera teruk. Seorang dah meninggal, seorang lagi di bawa ke Hospital Besar Ipoh. Kasihan betul. Muda lagi. Pandai pandai pula tu. Kakak dengar deme tu nak jadi doktor” Akmar berdecit. Amir turut mengeluh. Barulah dia faham apa yang terjadi. Kereta Dahlia di pandu oleh Danial. Alfatihah di sedekahkan pada kawan Danial yang pergi menyambut panggilan Illahi.

“ Saya salah sangka Kak. Saya ingat Dahlia yang accident. Masa saya sampai di tempat kemalangan tu saya terdengar orang kata anak cikgu Zul accident. Lepas itu saya nampak tubuh berlumuran darah di tarik keluar. Saya betul betul ingat dia dah tak ada .Masa saya sedar tadi pun cuma family saya yang ada..”

“ Oh patutlah. Kecoh hospital hari tu. Tiga orang cedera parah. Cikgu Amir pula pengsan. Sayang betul Cikgu kat Dahlia, ya” Usik Akmar sambil mengemas peralatannya.

“ Mestilah sayang. Susah nak dapat isteri macam tu. Lama saya membujang sebab  tunggu orang macam dia.” Amir tersengih. Semangatnya yang hilang sudah kembali. Dahlia masih hidup. Aku masih punya isteri tercinta.

Namun kata kata terakhir Dahlia terngiang ngiang di telinga. Bolehkah dia maafkan aku? Its not my fault. Aku tak sengaja, otak aku kusut. Macam mana aku nak pujuk Cik Pai Ayam ni? Tapi kalau suruh aku merangkak dan melutut pun aku sanggup. Demi Dahlia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:14 PM | Show all posts
akhirnya de gak n3 arini..thanks kak smiley..nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:16 PM | Show all posts
thnx kak juna...hehhe..kelakar lak si amir ni..siap boleh terfikir hantu lia....
selamat hari guru cikgu amir..pasni pandai2 la pujuk cik pai ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057950 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list