|
maut menanti
insan yang keras hati
tidak mahu lari.
p/s ..macam kenal je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Every Moment
I’m loving every minute I spend with you,
There is nothing I would rather do,
Than spend every minute I can with you,
Yeah, there is nothing I would rather do.
I don’t know how long it will last,
Right now, it’s better than anything past,
I have no idea when it might end,
That day might come, but until then,
I’m loving every minute I spend with you,
There is nothing I would rather do,
Than spend every minute I can with you,
Yeah, there is nothing I would rather do. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Every Moment
I’m loving every minute I spend with you,
There is nothing I would rather do,
Th ...
Puteri_Naning Post at 2-11-2010 23:22 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ayam mematuk, itik menyudu
what i can do..
baca puisi syahdu he he |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTmrkYvjfNKH2a5jL-3ywLNq9Bu4qQXMMB7oLnxSFSw_wE_VTo&t=1&usg=__xEY7C6s2_2UskwkkH3YhCvAfeVc=)
Angin Malam
Angin malam menyapa di jendela
menyingkap tirai sutera menampak wajah purnama
bulan bercahaya terang dipagari beribu bintang setia
awan berarak tenang setenang air di kuala
membawa seribu kenangan yang tak luput di jiwa
indahnya malam mengimbau kisah cinta
saat-saat indah bertemu ratu yang bertahta
bertaut kasih menyatu mesra
kekal bersemi menugu di dada.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRczB80M4LANWjeeinFCbxIPK2RyEM9K3I8U8lIT4XPc_ji5Ww&t=1&usg=__JFRi4AGfW3uv2GnB_hQ46fAFI1Y=)
KERANA ALLAH
Sering kedengaran
Luahan " Aku berbuat ini kerana Allah"
Dan sering juga hati bertanya
Benarkah untuk Keredhaan-Nya?
Penuh keikhlasan kerana hukum hakam NYA
Tidak lain tidak bukan semata kerana barkah Allah
Bila ingin membantu rakan
Kerana Allah kah yang lebih
Atau kerana ganjaran?
Bila hati sukar berikhlas
Kenapa menyatakan "Kerana Allah"
Berkawan kerana Allah
Atau adakah udang di sebalik batu?
Bila menderma ilmu dan harta
Kerana Allah kah?
Bila bercinta kerana Allah kah?
Kerana cinta monyet dan palsu
Kenapa manusia sering ucapkan "kerana Allah"??
Sedangkan hatinya layu menipu diri sendiri
menyembunyi bintik bintik hitam sekali
Bukan kah lebih baik tidak mengucapkannya
kerana menipu adalah menzalimi diri sendiri
Dan memurkakan Allah Ya Ilahi
~Prof. Psikologiku~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KAU HADIR BERSAMA
Musim bunga yang segar
benih yang disemai
tunas dedaun kehijauan
betahtih aku mempelajari
jatuh bangun kau yang sambut
betapa rianya mengetahui
Kau hadir bersama
Musim panas mengertak terik
keringat nan jatuh membasahi pipi
namun redup di dahi sanubari
Kerana Kau hadir bersama
mengurangkan api membara
jiwa bergelora alam remaja
cabaran insan dewasa
Tiba pula musim luruh
daun kemasan berterbangan
menghiasai persada bumi
tiadaku rasai tekanan luruh itu
Kerana YA Rabb Kau hadir bersama
Lewat musim salju
sejuk dingin ketulang rusuk
mencengkam urat nadiku
selimut mesra Kau hamparkan
Kau Hadir bersama melindungi
Demikianlah catitan semua musim
kuharungi sedaya upaya
ada ria ada gembira
ada duka dan nestapa
Pasti yang lebih penting
Ya Rabb Ya Rahman Ya Allah
Kau hadir bersama
setiap musim hidup insan
Memberi petunjuk dan hidayah
bila jiwa resah gelisah
~Prof. Psikologiku~
17hb Oktober 2010 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSpGwEIPeBYlhEAupIhodKQ58DY3ymDX9nZMzUz4WQ-cEt3E7k&t=1&usg=__rhpztuepISy86dqjoDjJD_sEFE8=)
Cerek
Rupa cantik
sangat menarik
berfungsi dengan baik
tapi kuat menjerit
tanda air sudah mendidih.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQSNl61OkHrlJjdUudgRWidUhxJ01obzLYDrm1awpHYDmY_ExA&t=1&usg=__dqTcsJsF9WJMQ1tjApLJZz5colk=)
Kaki Bodek
Sikap yang tak molek
jangan di kelek
nanti diri tergolek
bila orang sudah celik
jangan pelik
mereka jadi serik
kena main dengan pembodek
dendam menaik
mengundang sengketa jelek
silap-silap mata kena korek
muka jadi robek.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-11-2010 09:26
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTY6Oxn4NtmbjwClqVkQD2dnImO2xRmjxJGGL0x14iOTFie-6M&t=1&usg=__PABDasSNWQ_k5oSWn2HcztugHHE=)
Semalam yang hilang
Semalam
dia datang
dalam memori kelam
tak tenteram
tiada apa yang terkesan
kosong berbalam-balam
hitam
terpampang
calitan-calitan usang
mengundang rasa suram
terkenang bila malam
hati merintih geram
pada hari semalam
hilang dalam ingatan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR6OhXgCDOo5rcn_RpT0EnveiPYm8E_3pN4R3wUmx5sZDNDSvE&t=1&usg=__q50eEkYQer6BtCu1_c9WsuN4QnU=)
Pagi yang tenang
Langit tak berawan
terang benderang
langit kebiruan
angin meniup tenang
burung terbang tinggalkan sarang
mencari rezeki bawa pulang
mengisi perut anak yang kelaparan
bila sudah kenyang
berlagu nada riang
ingin cepat terbang
tinggi di awan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS2cJpuBYQQyDmo-Qlqno2yuu8SN3cRrkkWxYYjFiLq6DHpy4o&t=1&usg=__-IEBN873VC_xBsTfWWvjrgblqOc=)
Kawan Lama
Hati berbunga-bunga
jumpa kawan-kawan lama
walaupon di alam maya
mengundang memori lama
seronok kenang alam remaja
zaman persekolahan di desa
jumpa kembali sudah di kota
namun hati tetap sama
kawan-kawan tak dilupa
masing-masing dah berusia
ada keluarga bahagia
anak dah ada dua tiga.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRDEeIqckIgRXEeXvbZAo_KUbZkzwBYhYsgBtauZIH7RP-UfXQ&t=1&usg=__aCL-ooIRrmlj1haS1MptzalTD0o=)
Cuti
Lima hari Kunci diberi cuti
cuti sempena Deepavalli
ok lah dapat rehatkan diri
sambil menggarap puisi
sedih juga di hati
nanti raya haji
tak pula dapat cuti
apa nak buat ikut je dah makan gaji.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-11-2010 19:44
Andaiku dapat III
Andaiku dapat melukis di dinding langit
akan kulukis potret cinta sejati ...
Goldkey Post at 1-11-2010 22:17 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jika kau tanya
apa yang aku mahukan?
aku akan jawab
bukan wang berjuta
bukan emas permata
bukan berjalan ke serata dunia
aku akan jawab lagi
aku mahukan perhatianmu
aku mahukan pengertianmu
aku mahukan kepercayaanmu
aku mahukan bimbinganmu
aku mahukan teladanmu
aku mahukan tunjuk ajarmu
aku mahukan kasih sayangmu
aku mahukan rindumu
aku mahukan cintamu
aku mahukan jujurmu
aku mahukan setiamu
kesemuanya aku telah dapat darimu sayang
terima kasih memberi segalanya buat aku
terima kasih memberi segalanya buat kami
bukan tiada tersulam pedih
bukan tiada tersulam duka
bukan tiada tersulam derita
tapi itu semua tiada apa-apa
kerana aku punyai kamu
kerana aku punyai cintamu
kerana aku punyai kasih sayangmu
kerana aku punyai rindumu
kerana aku punyai jujurmu
kerana aku punyai setiamu
kerana aku punyai segalanya tentang kamu
terima kasih sayang
memilih aku menjadi surimu
memilih aku menyeri hidupmu
memilih aku menjadi temanmu
aku sedar
aku bukan insan gemilang
aku bukan isteri cemerlang
aku bukan kekasih yang terbilang
aku hanya insan biasa
isteri yang punya kurang dan cela
maafkan aku
andai tidak dapat memenuhi ekspektasimu
aku bangga menjadi isterimu
aku bangga menjadi kekasihmu
aku bangga menjadi temanmu
aku bangga menjadi isteri Cikgu Kunci
muahhhhhhhhhhh......
~Isteriku~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply bintang
Kala bermuram
hati bersawang
mencari jawapan
curahan persoalan
dalam fikiran
yang kian menekan
rujuk pada yang berpengetahuan
dapatlah jawapan.
Goldkey Post at 2-11-2010 16:58 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sore yang buram hati yang suram
melakar puisi di teras, dingin yang menggigit
menarikan jari-jemari di dalam bait yang penuh tanya
dan meraba seluruh lekuk tubuh sang sunyi
padahal rindu tidak pernah usai menggelegak
sesingkat waktu terbaca di detak-detik jam tua di dinding itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-11-2010 20:37
Sore yang buram hati yang suram
melakar puisi di teras, dingin yang menggigit
menarikan ja ...
bintang Post at 3-11-2010 18:32 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jam tua tak pernah celika
menunjuk detik pada pemuja
sore ini tergarap kata
buat bicara
pada bintang bermuram durja
kejap lagi malam menjelma
bintang terang berseri menerpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-11-2010 20:32
Jika kau tanya
apa yang aku mahukan?
aku akan jawab
bukan wang berjuta
bukan emas permat ...
Goldkey Post at 3-11-2010 18:00 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sore ini
aku duduk di sofa seperti selalu
sofa gebu yang kian lumu
hati menguntum kelopak ria
ingin menitip kata bicara
untuk isteri tercinta.
Sayangku
kaulah ratu
yang bertahta di hatiku
kaulah yang satu
temanku
kekasihku
isteriku
kaulah yang memenangi cintaku
takkan kupersiakan kesetiaanmu
takkan kupersiakan pergorbananmu
aku juga bangga memperisterikanmu
kau cukup bermakna dalam hidupku
andai ada duka di hatimu
andai ada kesakitan di dadamu
andai ada gurisan di jiwamu
andai ada racun di nuranimu
atas perilakuku
mohon maaf buat sekian kalinya
aku insan biasa jua
tidak bebas dari kesilapan
janjiku
selagi ada hayatku
kaulah yang satu isteriku.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:WFUyAJtNVK6ktM:b)
Sambal Cinta
Walau pedas di berahi jua
bisa mengundang lelehan air mata
bukan adunan cabai atau lada
campuran suka duka tangis ria
enak dicicah ulam cinta
daun setia
pucuk asmara
rebung bahagia
tanpa sambal cinta
tidak lengkap menu bercinta.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS8KdPBs1V-ny9qt3Tyd7vxz0XRBKbbR9u5hxMC3mhUaevAeE0&t=1&usg=__MWDqy9jGIz0CXsI20QsN-V_qHvE=)
Sebelum ditakbirkan
Ucapkanlah kalimah syahadah
tanda bersaksi tiada tuhan melainkan Allah
angkatlah tangan bertakbir dirikan solat
tanda mendirikan tiang agama
berpuasalah di bulan Ramadhan
dalam usaha menyuci jiwa
keluarkanlah zakat
memberikan hak orang lain
tunaikan haji
jadi tetamu Allah
moga terlaksana
sebelum kita ditakbirkan
dengan empat kali takbir.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR7vRVjkogpTtLfQZccStF727V2iQ5pZDbFWBU_f4jEi54HLug&t=1&usg=__GCPM0EATL7J3Aj51GMpgz6JGwcQ=)
Laut Kasih XIV
Angin laut kasihmu
meniup kata rindu ke telinga hatiku
Ombak laut kasihmu
membadai gelora asmara ke naluri lelakiku
Deruan bayu senja laut kasihmu
membelai mesra ke pipi nuraniku
Alunan ombak laut kasihmu
mengalunkan lagu senda ke pintu hatiku
Camar putih dari laut kasihmu
menerbangkan janji setiamu ke sangkar jiwaku
Lalu aku terpaku sendu
menikmati keasyikkan limpahan laut kasihmu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTu6DSs9-T1GpseyDMnIJnCd5t01sp6hL1zfSPd_drUteUbY9g&t=1&usg=__cXJpm-7aomnQ7j6kF6-mUeZT8uc=)
Merunggut
"Tapak 'kaki'ku dimakan jalan
terlalu banyak berjalan
aku tidak tahan
sering kali jatuh lubang
baik tuan tukarkan
nanti tergelincir masuk longkang
tak pasal-pasal duit tuan melayang
aku pon rosak badan
silap haribulan tuan kena saman"
merunggut keretaku.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|