CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 18-11-2008 01:41 AM | Show all posts

Balas #840 gancity\ catat

dat was not in pak lah head, when he say this....

He added that Malaysia do not have to face any external threat, the above mentioned factors in the third only to Malaysia to strengthen the deterrent capability, so that rivals any in the hostilities will think twice before


think twice again gancity....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 01:26 AM | Show all posts
bagus la kalau depa mau increase deterrent capabilities agar musuh think twice sebelum menyerang.....harap2 takder yg membangkang pulok nanti.... ni baru nak beli 12 bji helos pon dah banyak cekadak.....sampai nak ganti condor n sibmas pon dah kena delay...belum masuk bab2 aewc, 2nd batch ffg, 2nd mrca sqdn etc lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 08:26 AM | Show all posts
Persediaan negara hadapi perang zaman moden

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar

DI dalam dunia yang bersifat global tanpa sempadan kini, maklumat-maklumat penting keselamatan kini semakin terdedah kepada musuh jika tiada tindakan bijak diambil.

Jika dahulu kebanyakan maklumat tersebut hanya dicari, 'dibeli' dan 'dicuri' daripada individu-individu tertentu, kini ia boleh diakses hanya dengan menggunakan hujung jari iaitu menerusi Internet.

Jadi mampukah rahsia kerajaan khususnya berkaitan keselamatan dilindungi daripada musuh-musuh dari dalam dan luar negara pada zaman moden ini? Jika ya, sejauh manakah tahap ia dikatakan selamat?

Persoalan-persoalan ini menuntut agensi-agensi perisikan negara memantapkan pasukan masing-masing bukan hanya daripada segi kesiapsiagaan modal insan, malah dengan perolehan peralatan terkini bidang tersebut.

Gajet-gajet canggih yang dimiliki sesebuah pasukan risik mampu melindungi maklumat penting pertahanan tanah air daripada jatuh ke tangan musuh.

Lebih penting, ia mampu menembusi sistem data musuh atau ancaman tertentu yang semakin hari semakin sukar dijangka bentuk dan impaknya.

Menurut Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail, yang kini sedang bercuti bersara, Malaysia memerlukan lebih banyak aset canggih dalam menghadapi hari mendatang.

"Dengan adanya aset canggih seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan satelit pencerapan bumi atau remote sensing, maklumat boleh dikumpul dengan lebih tepat.

"Ini seterusnya membolehkan anggota-anggota risik mengkoordinasi maklumat yang diperolehi, seterusnya menjayakan sesebuah misi,'' katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Risik Diraja (KRD) Ke-39 di Kem Sungai Buloh, Selangor pada 7 November lalu.

Hadir sama, Asisten Ketua Staf Perisikan, Brigedier Jeneral Datuk Dahari Hussin dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin.

Benar, ancaman-ancaman yang dihadapi negara-negara bangsa di dunia kini lebih bersifat tidak konvensional seperti kegiatan pengganas, lanun dan masalah-masalah alam sekitar yang semakin meruncing.

Ancaman lain yang turut semakin ketara dewasa ini pula antaranya ialah peperangan elektronik (electronic warfare) dan keselamatan siber (cyber security).

Justeru, perolehan peralatan canggih yang disebutkan Mohd. Salleh tadi terbukti berupaya melindungi keselamatan negara-negara pemiliknya dengan penyaluran maklumat yang menyeluruh dan tepat.

"Koordinasi yang berkesan di antara agensi-agensi perisikan negara pula membolehkan maklumat-maklumat yang didapati digembleng agar gambaran keseluruhan sesuatu perkara atau ancaman itu dapat ditafsir dengan baik,'' tambah Mohd. Salleh yang juga bekas Pengerusi KRD.

Sebagai Pengerusi KRD dan ketua pasukan risik ATM atau nama rasminya Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), tugas yang pernah dipertanggungjawabkan ke atasnya termasuklah memastikan data-data yang diperolehi dianalisis dengan tepat.

Tugas ini memerlukan petugas-petugas BSPP dan KRD mempunyai tahap pemikiran yang amat kritikal agar maklumat-maklumat tadi tidak tersalah tafsir bagi mengelakkan padah.

Oleh itu beliau menegaskan, kecekapan akal para pegawai dan anggota BSPP dan KRD adalah amat mustahak berbanding kecanggihan teknologi namun kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

Sepanjang pertemuan dengan pemberita pada pagi Sabtu tersebut, Mohd. Salleh terus bercerita tentang peri pentingnya sistem perisikan yang mantap.

"Saya tidak mampu lagi menerangkan tentang betapa pentingnya sistem perisikan yang baik serta kepayahan melaksanakannya.

"Kalau anda mengikuti berita semalam, selepas sahaja Barack Obama diundi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), taklimat pertama yang disampaikan kepadanya adalah taklimat perisikan,'' katanya bersungguh-sungguh dan penuh makna.

Seperti yang diketahui umum, AS merupakan antara, kalau tidak negara paling berkuasa di dunia dalam hal perisikan keselamatan.

Remote sensing, GIS, pesawat radar amaran awal (AEW&C) dan lain-lain aset perisikan telah menjadi permainan negara kuasa besar itu sejak sekian lama, antara faktor yang menjadikan ia 'superpower' tunggal dalam era moden ini.

Berbalik kepada teater domestik, ATM sehingga kini masih menunggu perolehan pesawat AEW&C untuk berkhidmat di dalam inventorinya.

Dalam acara 'Sehari Bersama Media Sempena Ulang Tahun Ke-75 ATM' di Banting Sabtu lalu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ada menyebut tentang keperluan pesawat AEW&C dalam memastikan keselamatan kawasan perairan negara.

Khabarnya, ATM memerlukan lapan buah pesawat jenis itu yang berupaya mengesan pesawat musuh dari jarak beratus-ratus kilometer, serta mampu 'mengunci' sasaran berkenaan bagi membantu juruterbang tempur memusnahkan ancaman tersebut.

Abdul Aziz menambah, walaupun peruntukan perolehan itu diminta untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan masih lagi mempertimbangkannya.

"Justeru ATM akan terus berusaha mendapatkan peruntukan (AEW&C) dalam RMK-10 atau RMK-11,'' katanya.

Bagi warga ATM, penggemar dan pemerhati landskap pertahanan dalam negara, sudah pasti mereka tertanya-tanya 'bilakah negara bakal memiliki pesawat AEW&C?'

Kembali kepada risik ATM dan Mohd. Salleh, beliau kini sedang bercuti bersara dan tugasnya sebagai Ketua Pengarah BSPP kini dipangku oleh Abdul Hadi.

[ Last edited by  windof at 20-11-2008 08:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:01 PM | Show all posts
Puspahanas, Pusat Latihan Pegawai ATM Bertaraf Antarabangsa

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta akan menjadi pusat latihan bertaraf antarabangsa bagi melatih para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain menjadi pusat rujukan kebangsaan dalam hal-hal ketenteraan dan pertahanan nasional.

Puspahanas juga akan menjadi pemangkin bagi hubungan dan kerjasama pertahanan antara negara-negara serantau dan antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan dalam usaha mewujudkan keamanan serantau dan antarabangsa, kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu di Presint 1, di sini hari ini.

"Projek Puspahanas adalah salah satu projek yang menyumbang kepada pencapaian misi Nasional di mana ia merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya, seimbang dari segi pembangunan sosiolnya, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.

"Kita kini berada di era globalisasi dalam semua bidang. Selaras dengan itu, pegawai-pegawai tentera perlu dipersiapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dan berkualiti untuk menghadapi cabaran masa kini.

"Menyedari hakikat tersebut, Puspahanas ditubuhkan dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai-pegawai yang mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara," katanya.

Projek itu yang dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2011, akan menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).

Ia berperanan sebagai sebuah Pusat Pengajian Ketenteraan, Keselamatan dan Pertahanan Negara.

Abdullah berkata konsep penubuhan Puspahanas diwujudkan bukan sahaja untuk melatih pegawai ATM tetapi juga pegawai polis, kakitangan awam serta pegawai dari luar negara dari peringkat pertengahan dan tinggi agar seiring dengan perubahan dasar latihan dalam bidang ketenteraan, keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau berkata MPTAT berperanan melatih seramai 180 pegawai berpangkat mejar dan leftenan kolonel atau setaraf termasuk pegawai polis, awam dan pegawai dari negara luar di tahap Pembelajaran Strategi dan Operasi Ketenteraan.

Tempoh kursus selama 48 minggu.

"MPN pula berperanan melatih seramai 50 pegawai berpangkat kolonel dan brigedier jeneral atau setaraf termasuk juga pegawai polis, awam dan pegawai dari negara luar di tahap Pembelajaran Grand Strategy yang menjurus kepada hal-hal keselamatan dan dasar pertahanan negara. Tempoh kursus adalah selama 30 minggu," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:30 AM | Show all posts

UNGERIN...

Pangkalan Polis Marin Dijadikan Balai Polis Pantai

KEMAMAN, 24 Nov (Bernama) -- Semua pangkalan Polis Marin akan turut berfungsi sebagai "balai polis pantai" manakala pangkalan hadapannya dijadikan "pondok polis pantai", kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Langkah itu, yang dipersetujui oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, akan memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan berhubung ancaman di perairan dengan cepat bagi membolehkan tindakan pantas diambil oleh Polis Marin, katanya ketika pada majlis pemakaian beret baru Polis Marin dan pengisytiharan Unit Gempur Marin (Ungerin) serta pelancaran bot jenis Watercat M14 di Pangkalan Polis Marin Wilayah Timur di sini, Isnin.

Beliau berkata penukaran beret lama kepada beret baru berwarna biru muda adalah satu usaha penjanamaan semula pasukan itu yang meliputi perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku anggota.

"Besarlah harapan saya agar penjenamaan semula ini dapat menyuntik semangat baru kepada pegawai dan anggota Polis Marin dalam menghadapi cabaran perubahan dalam organisasi dan dunia maritim serta mempertingkatkan lagi kualiti dan integriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada orang ramai," katanya.

Mengenai Ungerin, Ismail berkata usaha membanteras ancaman jenayah dan keganasan di laut dapat dilaksanakan dengan lebih profesional bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat maritim dunia terhadap komitmen PDRM untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta pelaut di perairan negara.

Ungerin ditubuhkan tahun lepas dianggotai 52 pegawai dan anggota dari setiap wilayah. Mereka diberi pendedahan kepada pelbagai latihan dan kursus taktikal di dalam dan luar negara bertujuan menonjolkan keupayaan dan kebolehan pasukan marin dalam menangani ancaman maritim dalam negara.

Ismail juga beharap dengan perolehan 10 bot ronda jenis Watercat M14 pada tahun lepas, Polis Marin akan dapat meningkatkan lagi keupayaan operasinya bagi memastikan keselamatan pelaut sentiasa terjamin.

"Pasukan Polis Marin perlu sentiasa mengekalkan tahap pencapaian prestasi yang tinggi supaya sentiasa relevan dengan arus pembangunan negara dan tidak dibayangi oleh agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain," kata Ismail.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:34 AM | Show all posts
Huh baywatch..
bleh le tgk abg dan akak polis lari slow motion kat pantai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 08:39 AM | Show all posts
Watercat M14



1.07.2007 MARINE ALUTECH DELIVERS 10 PCS LANDING CRAFTS FOR ROYAL MALAYSIAN POLICE

Malaysian Government has ordered 10 pcs Watercat M14 landing craft for Royal Malaysian Police.
The boats are built by Geliga Slipway Sdn Bhd in Malaysia. The boats are to be supplied 2008-2009.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 11:26 AM | Show all posts

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_02.htm
[quote]PAC buktikan kemampuan

Oleh ZAINI RABAN


meriam 105mm yang boleh melancarkan peluru meriam dari jarak 8 hingga 10 kilometer memudahkan dua kelompok tempur bergerak membuat serbuan.

JAMBATAN Datuk Sagor dan Jambatan Sultan Yusoff di Seberang Perak yang begitu penting kepada penduduk setempat, tiba-tiba ditawan musuh.

Keadaan itu menyebabkan kehidupan orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada pesawah padi dan pengusaha ladang sawit mula tersepit dan terancam.

Malah, nyawa penduduk juga diancam oleh musuh ekoran kejadian itu.

Menyedari mengenai insiden bahaya tersebut, pihak atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat keputusan untuk merampas kembali dua buah jambatan berkenaan.

Tugas merampas semula jambatan itu daripada tangan musuh amat penting bagi memastikan sistem perhubungan atau komunikasi darat dapat pulih seperti sediakala.

Setiap kali kejadian seumpama itu berlaku, pasukan tentera pertama yang pasti dipanggil menyelamatkan keadaan ialah anggota terlatih Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) daripada 10 Briged Para.

Buat permulaan, pasukan tersebut menghantar satu kumpulan elit terdiri daripada 20 anggota dari Kompeni PANDURA bagi menjalankan tugas risikan dan mengenal pasti kedudukan musuh.

Bagi mengelak dikesan musuh, anggota Kompeni PANDURA tersebut dibawa menggunakan pesawat CN 235 dan diterjunkan dari paras ketinggian kira-kira 6,000 kaki tepat pada pukul 3 pagi.

Apa yang membanggakan, dalam keadaan kritikal itu, anggota Kompeni PANDURA terbabit begitu cekap dalam menjalankan tugas malah berjaya mendarat dengan selamat dalam keadaan gelap gelita.

Sebaik sahaja mendarat, mereka dengan pantas berpecah kepada dua kumpulan seterusnya melakukan tugas risikan serta penyusupan bagi mengenal pasti kedudukan musuh di kedua-dua jambatan tersebut.

Dalam tempoh singkat, mereka akhirnya mendapati musuh berada 18 kilometer (km) di sebelah utara (Jambatan Datuk Sagor) dan 20km di sebelah selatan (Jambatan Sultan Yusoff) dari DZ Gaya atau tempat mereka mendarat.

Selepas berjaya menjalankan misi tersebut, sebahagian pasukan elit berkenaan memulakan tugas membuat penandaan Zon Guguran bagi dua kelompok tempur 10 Briged Para yang akan diatur gerak melalui Operasi Paracut.

Ia semata-mata bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk dijadikan Zon Pengguguran kepada anggota dan peralatan berat PAC 10 Briged Para.

Tugas itu sangat penting kerana jika terdapat ancaman musuh, pesawat pejuang udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan 慸iundang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #847 standupper's post

look not bad
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 04:48 PM | Show all posts
Malaysia to postpone airborne early warning competition
By Siva Govindasamy
Malaysia could delay a competition for airborne early warning and control aircraft until the middle of the next decade due to a shortage of funds, says the country's top military officer.

Kuala Lumpur needs up to eight AEW&C aircraft to undertake 24h aerial surveillance of its coastline, says Gen Abdul Aziz Zainal, chief of the Malaysian defence force. While the nation's air force has sought funding for the requirement since the start of the decade, other pressing needs mean that the money is unlikely to be available until the 10th Malaysia Plan, covering 2011-15, or even the subsequent plan, spanning 2016-20, he says.
"We will leave it to the government for consideration. The question is whether we can afford it now or later," says Abdul Aziz, who adds: "We understand the government's financial situation." Malaysia has already cut its defence budget allocation for 2009 to channel more money towards boosting the local economy and on social welfare programmes due to the ongoing global economic crisis.

Abdul Aziz says the cuts will only slash unnecessary expenditure and will not adversely affect the armed forces' preparedness. However, one victim of the belt-tightening has been a planned purchase of Eurocopter's EC725 as a replacement for the army's Sikorsky S-61 "Nuri" utility helicopters. The government scrapped its October selection citing worsening economic conditions, and could delay a new tender until at least 2010.
Kuala Lumpur has held preliminary talks with several companies for its AEW&C requirement, with contenders likely to be the Embraer EMB-145 and Saab 2000 equipped with Saab Microwave Systems' Erieye radar, and Northrop Grumman's E-2C Hawkeye 2000.

Malaysia could hold a competition for additional multirole combat aircraft around the middle of the next decade, although a follow-on order for more Sukhoi Su-30MKMs seems possible. It also has requirements for maritime patrol aircraft and anti-submarine warfare helicopters.

source from: http://www.flightglobal.com/articles/2008/12/03/319691/malaysia-to-postpone-airborne-early-warning-competition.html

[ Last edited by  gancity at 7-12-2008 04:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 06:57 PM | Show all posts
ha...ha..ha...bertambah lagi keyakinan pengeluar2 pertahanan dunia akan tahap cakap2 kosong malaysia yg selalu berakhir dengan penangguhan atau pembatalan sebab tak dak duit....ha...ha...ha...always same excuse forever n ever...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 02:15 PM | Show all posts
direct translate from google translate
Financial difficulties do not hinder the purchase of AWACS, and other large-scale arms purchase plan


KLS: Despite Malaysia is also facing economic difficulties, but the defense will continue to refer to the completion of maritime patrol aircraft, early warning and air control systems, multi-purpose support ships and inshore patrol boats and other large procurement plans.

HW LIMA Sdn Bhd in a press release issued quoted Prime Minister Abdullah and Defense Minister's remarks, saying that despite the global economic downturn led to a number of Department of Defense procurement plan has been extended, but Malaysia will continue to have been planning the modernization of the armed forces plans Especially in the protection of coastal and outlying territories, such as the Straits of Malacca and East Malaysia.

Abdullah said: "We need to continue ongoing projects such as the Royal Malaysian Air Force maritime patrol aircraft and air warning and control system, the armed forces to support the multi-purpose ships, as well as to the Royal Malaysian Navy and maritime law enforcement agencies in recent Shore patrol boats. "

At the same time, Abdullah today to attend the ceremony to promote LIMA 2009, said that the analyst has made the global economic trend analysis on the contrary, they believe in the long term to ASEAN in 2020, 350,000,000,000 U.S. dollars will be spent on national defense and security fields.

"If we include Asia and the Asia-Pacific region, as well as in the field of national defense is about to become the largest user of China, India, South Korea, Pakistan and Australia, figures to be a series of Zaifan."

"A new generation of fighter jets, submarines, surface warships, helicopters, unmanned aerial vehicles and a number of strategic equipment, in many Asian countries the priority list, including Malaysia."

He believed that if they are refined into a number of specific equipment, such as aerial early warning systems and its platform in the Asia-Pacific countries will occupy 50% of the world.

Abdullah did not forget to remind you that the Somali pirates hijacked in the Gulf of Aden two Malaysian carriers of the incident is still fresh in our memory, Malaysia must be prepared to face any security challenges, both in the corner of the world.

According to the Ministry of National Defense on November 13 in reply to the Congress, the Defense Ministry in the Ninth Malaysia Plan (2006-2010) mid-term review, set aside for procurement of 1,000,000 ringgit in the air early warning and control system use.

As for why only a few of 1,000,000 ringgit, the Air Force, Aziz will be accounted for on KLS explained that the defense procurement process in general, the Defense Department must report to the Economic Planning Board (EPU) to register the procurement of weapons, and then set aside a sum of money .

"The money set aside to allow procurement projects' survival 'time, otherwise, if there is no funding will be cut off."

According to the commander-in-chief of the armed forces, the Air Force needs a total of 8 overhead in the early-warning aircraft in order to cover East and West Malaysia, as well as to cope with 24 hours, training and maintenance purposes.

source from: http://www.klsreview.com/HTML/2008Jul_Dec/20081209_01.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:28 PM | Show all posts
direct translate using google translate

Malaysia to receive TRML-3D inspection and surveillance and target acquisition radar system

KLS: Malaysia 2 to receive a formal set of TRML-3D surveillance and target acquisition radar system, and they have been involved in air defense exercises in October.

Malaysia in 2005, the Army announced in LIMA purchasing 2 sets of EADS production TRML-3D radar, the contract value of 20,000,000 euros, or 81,000,000 ringgit, the Malaysian side has reservations over the next 8 sets of procurement intentions.

TRML-3D radar only 2 operators, to monitor the effective radius of 200 km, scanning the time between 2-15 seconds, the time is the deployment of 10 minutes. At present, TRML-3D radar anti-aircraft artillery from the army command.

In the receiving TRML-3D radar shortly after the army on October 21 in Johor in Kota Tinggi Tg Logok the "King of the bow and arrow" exercise (Ex Panah Jaguh 2 / 2008), the test TRML-3D radar performance.

Malaysia to buy TRML-3D radar and "Vera-E" surveillance system is to strengthen one of its low-altitude air defense capability.



Editor's note: "Perajurit" magazine to provide photos



source from: http://www.klsreview.com/HTML/2008Jul_Dec/20081219_02.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:57 PM | Show all posts

Balas #851 gancity\ catat

radar ni depa tayang masa perbarisan hari ATM yang lalu.

radar pertama ATM yang guna konsep phased array rasanya.

untuk early warning bagi GAPU.

mungkin akan menggantikan Giraffe 75 yang dibeli pada tahun 1980an.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 02:27 AM | Show all posts

Balas #852 gancity\ catat

tunggu kena gelak baru nak cakap, but talk is cheap, the requirement is not...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:55 PM | Show all posts
Airod Embarks On Derco-owned C-130 Damaged Aircraft Recovery

KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- Malaysia's maintenance, repair and overhaul company, Airod, has embarked on a major task to recover a heavily damaged C-130H Hercules aircraft owned by Derco Aerospace Inc in Gafsa, Tunisia.

With the Airod-Derco refurbishment programme, the aircraft will be restored to flight in 2009, Airod said in a statement Wednesday.

The aircraft was damaged in 1996 and was stored in the Tunisian desert for more than 12 years.

The disassembly process in Tunisia took less than a month and it involved nine Airod and two Derco specialists.

"The main challenge was that although there were limited resources, Airod personnel were able to improvise and move the project forward," said programme manager Azriman Yahaya.

He said the centre wing removal marked a first for Airod, following a detailed study and process developed by its engineers.

The disassembly process was completed last month and the aircraft has now arrived in Port Klang and will be transported to Airod's main facility at Subang for recovery.

US-based DERCO Aerospace will be responsible for providing all parts requirements, including rotable spares and overhauls, engines, propellers and auxiliary power units.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 01:05 AM | Show all posts

Reply #856 standupper's post

derco nih base kat US, awat depa tak buat kat US jer? apa link airod ngan menda ni? nak jual kat malaysia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:52 PM | Show all posts
Airod Diberi Tanggungjawab Baiki Pesawat C-130H Hercules

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Airod, syarikat pakar dan peneraju utama Malaysia dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, diberi tanggungjawab membaik pulih sebuah pesawat C-130H Hercules miliki Derco Aerospace Incorporation yang terhempas di Gafsa, Tunisia 12 tahun lalu.

Pengurus Program Baikpulih pesawat itu, Azriman Yahaya berkata, Airod berjaya mendapat tender bagi membaik pulih pesawat tersebut pada November 2007.

"Sebanyak 12 syarikat termasuk Airod telah bersaing untuk mendapatkan tender ini. Akhirnya Airod berjaya memperolehinya kerana pengalaman dan kepakaran yang sedia ada pada kumpulan kami.

"Selain Malaysia, antara negara yang bertanding untuk mendapatkan tender ini ialah Singapura, Perancis dan Portugal," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Airod di Lapangan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Beliau berkata pesawat itu dilerai kepada beberapa bahagian untuk diangkut ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut dan kapal itu tiba di Pelabuhan Klang semalam. Kerja meleraikan pesawat itu mengambil masa kurang dari sebulan membabitkan pakar Airod dan Derco.

Menurut Azriman kerja membaik pulih akan bermula pertengahan Januari dan dijangka mengambil masa setahun.

"Pesawat ini telah terbiar selama 12 tahun di sebuah kawasan padang pasir di sana (Tunisia). Pesawat terbabit remuk di bahagian kepala akibat terbabas dan melanggar hujung landasan.

"Kapal laut yang mengangkut pesawat C-130H itu mengambil masa 23 hari untuk sampai ke Pelabuhan Klang dan dari situ, 11 treler digunakan untuk mengangkutnya ke Pusat Operasi Airod di Subang.

"Pesawat C-130H merupakan pesawat pertama dari luar negara yang akan dibaik pulih oleh Airod dan ini merupakan satu sejarah buat kami kerana sebelum ini Airod hanya membaik pulih pesawat yang ada dalam negara," kata Azriman.

Derco Aerospace Incorporation adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Milwaukee, Amerika Syarikat.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:26 AM | Show all posts
KESINAMBUNGAN DR KONTRAK YG MALAYSIA MENANG UTK BAIKI PESAWAT DERCO

Derco Aerospace Inc.,a Milwaukee provider of spare parts and services to the aircraftindustry, has joined with a Malaysian aircraft maintenance company toestablish a C-130 propeller shop in the Southeast Asian country.
Derco and the partner company, AIROD,have signed an agreement to create the shop at AIROD's facility inSubang, Malaysia. Derco, in conjunction with Hamilton Sundstrand, theoriginal equipment manufacturer, will provide all spares, tooling,technical data and training needed for the propeller shop.
Derco is a unit of Sikorsky Aircraft Corp. Sikorsky and Hamilton Sundstrand are owned by United Technologies Corp. (NYSE: UTX), Hartford, Conn.
"Due to the size of the propeller, the logistics associated withtrans-oceanic shipments have always presented challenges for the usercommunity," said Doug Haskins, Derco's director of technical solutions."By establishing a propeller shop at a respected and technicallycapable maintenance facility with which both Derco and the end usershave long-standing relationships, we can immediately improve propelleroverhaul turnaround times."

link >>

            
http://www.bizjournals.com/milwaukee/stories/2008/07/14/daily17.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:53 PM | Show all posts

Balas #859 marsox\ catat

Derco Aerospace Inc.,a Milwaukee provider of spare parts and services to the aircraftindustry, has joined with a Malaysian aircraft maintenance company toestablish a C-130 propeller shop in the Southeast Asian country.


owhh... ini dia timbal balasnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069887 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list