|
[Merged] Gambar-gambar Excidenttt.. (Ngeri dan 18SG)
[Copy link]
|
|
lelame tu nnt dh lali la tu...cam polis gak diowang lg teruk smpi berulat2. |
|
|
|
|
|
|
JoeJambul This user has been deleted
|
berita harian
Saksi lihat dua kereta berlumba
MARANG: "Saya nyaris dilanggar Honda Civic Ferio ketika menghampiri kawasan kejadian kerana kenderaan itu dipandu laju," kata Mohd Shahril Ismail, 24, saksi kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan di selekoh Kampung Kelulut, Kilometer 24, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, petang semalam.
Beliau dari Kampung Rhu Renggeh, di sini menunggang motosikal dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun, adalah antara saksi yang melihat kejadian itu berlaku.
Mohd Shahril yang ditemui di tempat kejadian dan masih terkejut hanya terpaku apabila kejadian itu berlaku di hadapannya sebelum disedari orang ramai terutama yang tinggal di kawasan berhampiran.
"Saya melihat bagaimana Honda Civic yang dipandu laju terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Wira dinaiki tujuh sekeluarga.
"Pertembungan itu menyebabkan Proton Wira melambung dan Honda Civic sekali lagi bertembung dengan Honda Odyssey yang juga datang dari arah bertentangan.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terkejut walaupun melihat mangsa tersepit dan hanya menunggu bantuan tiba selepas 20 minit kejadian berlaku," katanya.
Sementara itu seorang penduduk Kampung Kelulut, Abdul Razak Musa, 42, berkata dia melihat bagaimana Honda Civic berlumba dengan BMW ketika dia dalam perjalanan ke bandar Marang beberapa minit sebelum kejadian berlaku.
Katanya, kedua-dua kenderaan itu saling memintas antara satu sama lain sebelum kejadian itu berlaku.
"Melihat keadaan kedua-dua kereta itu, kemungkinan kenderaan itu dipandu laju lebih 120 kilometer sejam," katanya yang ditemui di tempat kejadian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
JoeJambul This user has been deleted
|
Utusan Empat sekeluarga, satu lain maut nahas tiga keretaMARANG 28 Sept. - Lima termasuk empat sekeluarga maut, manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 24, selekoh Kelulut, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan petang ini.
Empat yang maut ialah daripada sebuah kereta Proton Wira iaitu pemandu Hazaimudi Mat Hassan, 28; ibunya Siti Fatimah @ Zainon Yusof, 56; serta dua anak saudaranya, Nabila Azmi, 10, dan Rabiatul Adawiyah, 3.
Seorang lagi yang terbunuh ialah penumpang kereta Honda Ferio, Mohd Izzyakmal Jusoh, 25.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini petang ini, berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.50 petang dan semua mangsa mati di tempat kejadian.
Tiga daripada yang parah ialah penumpang kereta Proton Wira iaitu Zulhilmi Mohd Zulkifli, 21, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun; Husnu Tajudin Mat Hassan, 17, pelajar Sekolah Menengah Pulau Serai, Dungun; dan Nurul Syafiqah Azmi, 12.
Dua lagi ialah pemandu dan penumpang kereta Honda Ferio iaitu Idris Hussin, 29, dan Fadil Mohd Noor, 26.
Enam lagi penumpang kereta Honda Odyssey yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak cedera.
Ayub berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu oleh Hazaimudi dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu, manakala kereta Honda Ferio yang dipercayai dipandu oleh Idris dari Kuala Terengganu ke Kemaman.
揂kibat rempuhan yang kuat itu, kesemua lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi yang cedera parah dirawat ke HSNZ, |
|
|
|
|
|
|
JoeJambul This user has been deleted
|
video nya ......
"Assalamualaikum..
Video ini dirakamkan oleh saudara kita yang mana kemalangan itu terjadi dihadapan rumah beliau.
Video ini dipaparkan sekadar untuk renungan kita..
Al-Fatihan untuk kesemua mangsa..
http://www.youtube.com/watch?v=XlZBnQjYsVo
[ Last edited by JoeJambul at 30-9-2007 05:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bell at 18-8-2007 09:02 AM
Boleh bawak laju kalau kena dengan cara dan keadaannya. Guna philospoy pelumba F1. Pelumba F1 tersgt alert ketika memandu. Their intensity of altertness is so high that their hearts beat 200 ...
aku tak tau la camner hang leh nak sama kan suasana di litar F1 dengan di jalan raya. kalau kat litar hang nak eksiden ke apa ke bukan ada orang lain yang tak berkenaan malah ada insuran nyawa lagi. ni g anggap jalanraya sebagai litar sepang jadi la bahana macam si mangkuk Honda Ferio. tak pepasal nyawa orang lain melayang kot nyawa dia sendiri bagus juga. ni ntah ada ker idak insuran nyawa. kot nyawa boleh beli kat kedai spare part tak per juga.
kalau dah gila sangat nak lumba, g sewa litar sepang tu, lumba pepuas. hang nak tergolek ke apa ke tak da sapa yang larang. bagi aku, jalan raya tetap jalan raya. tolong jangan nak samakan jalan raya dengan litar lumba.
memang betul, kalau dok dalam rumah pun, kereta boleh langgar, tapi bila di jalan raya, kalau kita dah bawa dengan cermat, berhati-hati, ikut peraturan then kemalangan juga. itu barulah namanya sudah nasib tapi ni sengaja cari nahas dengan bawa laju tak tentu pasal. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #845 CharlieDale's post
Jgn compare secara direct. Litar F1 speed sampai 350km/h. Di jlnraya kereta kita pun tak sampai 350km/h. 130-180km/h dah kira matching la.
Litar Sepang tu bukan mudah nak masuk berlumba. Kena fee itu ini. Aritu litar batu 3 kan dah elok utk golongan amature racing tapi pergi tutup. So optionnya berlumba/bawak laju di jlnraya la. Silap kerajaan Selangor jugak. Lagipun litar sepang tu tak sesuai utk beginners. Litar tu lebar sgt. Aritu aku dgn member besit 170km/h kat Elite highway. Perkhhhh!!!!! best!!! Ingat nak tekan sampai 200km/h tapi tak jadi lak. Tayar dah lama. Kalau tukar tayar baru mcm F1, sure no problem. Can you see the similarity! Kereta tip-top (including tayar) sure no problem bawak laju.
[ Last edited by Bell at 30-9-2007 10:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat youtube tu..passengger honda civic ferio tu hidup lagi masa eksiden tu kan..lepas tu baru meninggal..
untuk semua ambillah ikhtibar dari kemalangan tersebut..tengok macamana seksanya menangung kesakitan..bawak laju memang seronok.enjin V-Tec 1.6 memang best tapi enjin tu tak menolong kalau berlaku kemalangan.
sedihnya nyawa orang yang tidak berdosa menjadi taruhan. tambahan tak lama lagi kta menyambut lebaran..sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa kemalangan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venom1 at 1-10-2007 08:16 AM
kat youtube tu..passengger honda civic ferio tu hidup lagi masa eksiden tu kan..lepas tu baru meninggal..
untuk semua ambillah ikhtibar dari kemalangan tersebut..tengok macamana seksanya menan ...
semua meninggal ke dlm civic eg tu? ke yang belakang je?...tulah kalau bawak kete tu berhati-hati..nak2 pulsk musim raye nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by altimi at 1-10-2007 08:33 AM
semua meninggal ke dlm civic eg tu? ke yang belakang je?...tulah kalau bawak kete tu berhati-hati..nak2 pulsk musim raye nie....
kekadang tu org yg bawak keta berhati2 pun jadik mangsa gak ..... hanya krn sikap pemandu kenderaan lain. mcm kes honda ferio ni, tak pasal2 org yg dlm keta wira yg turut menjadi mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venom1 at 1-10-2007 08:16 AM
kat youtube tu..passengger honda civic ferio tu hidup lagi masa eksiden tu kan..lepas tu baru meninggal.....
ehh.. ada kat youtube ke?.. bagi laa link..
malas laa aku nak gi searchh.. .hehehee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venom1 at 1-10-2007 08:16 AM
kat youtube tu..passengger honda civic ferio tu hidup lagi masa eksiden tu kan..lepas tu baru meninggal.....
ehh.. ada kat youtube ke?.. bagi laa link..
malas laa aku nak gi searchh.. .hehehee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bell at 30-9-2007 10:27 PM
Jgn compare secara direct. Litar F1 speed sampai 350km/h. Di jlnraya kereta kita pun tak sampai 350km/h. 130-180km/h dah kira matching la.
uiks, tang mana plak aku compare secara direct? lagi terang dan bersuluh aku kata :
tolong jangan nak samakan jalan raya dengan litar lumba.
bagi aku hang nak bawa laju impak maksima bukan kat jalan raya. tambah lagi yang banyak garis berkembar, selekoh, bukit. p lumba kat memana litar lumba. ni jalan dah banyak kereta lagi dia pecut.
Masalahnya, dalam otak ramai pemandu anggap dialah pemandu F1. dah kena camtu,.... sendiri pikir le |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #852 takumi86's post
link ader kat post #844
aku pon perasan dier idup lagi mula2 tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CharlieDale at 1-10-2007 06:27 PM
bagi aku hang nak bawa laju impak maksima bukan kat jalan raya. tambah lagi yang banyak garis berkembar, selekoh, bukit. p lumba kat memana litar lumba. ni jalan dah banyak kereta lagi dia pecut.
Part selekoh, bukit, double line tu yg best. Dia punya lateral G force menyebabkan badan mengeluarkan adrenalin. Adrenalin nie yang menyebabkan rasa thrill yg teramat sgt. Mcm orgasm ketika seks la. Engkau jgn tak tahu tu.
Spt yg aku cakap dekat ko - Litar Batu 3 yang menjadi medan pelumba amatur telah dimusnahkan. Salah kerajaan kalau pelumba berlumba di jalanraya. Litar Sepang tu tak sesuai utk amatur. |
|
|
|
|
|
|
|
idup lagi passenger ferio tuh....pastu kepala die lentok blkg....baru meninggal......mcm mana dia hadapi saat2 mcm tuh....semua org akan mati cuma tak tahu cara mati mcm mana.......
insaf aku...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #856 spirkaklampuru's post
Ferio lumba dgn BMW. Silap besar la. Lumba la dgn Proton ker, Toyota ker. Takde la mati mcm tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bell at 1-10-2007 10:19 PM
Ferio lumba dgn BMW. Silap besar la. Lumba la dgn Proton ker, Toyota ker. Takde la mati mcm tu....
Ntah ye......nak lumba BMW...1600cc nak lawan 2500cc.....patut le keta Wira tuh melayang......
Jgn ko Bell...Kancil Terubuk pun boleh kalahkan Vios ape...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spirkaklampuru at 1-10-2007 10:21 PM
Ntah ye......nak lumba BMW...1600cc nak lawan 2500cc.....patut le keta Wira tuh melayang......
Jgn ko Bell...Kancil Terubuk pun boleh kalahkan Vios ape......
vios tu tengah stop isi minyak kott.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Jumaat yg menyedihkan. Salah sorang mangsa yg meninggal adalah member aku. IzzyAkmal penumpang seat blkg EG tu. Ptg tu aku dapat tau dari bebudak vtec tggnu...cakap pasal civic tu xcdnt...naik sebak aku dengar....sebab baru jek seminggu aku jumpa dia..tak sempat nak ucap farewell pun...dia just senyum je sblm dia nak blah. Kiranya dia tu tempat aku berguru ilmu vtec lah. Dia baru je resign dari tempat aku kerja skang ni sebab dia dah ada bisnes. Baru plak tu berkawin. Mamat yg drive EG tu aku tak kenal...tapi mmg bangang la driver tu....menyusahkan org lain yg tak bersalah. Izzy tu dah lama gak stop xtvt drag kat litar. Keta dia siap jual lagi sebab komitmen nak berkawin.....alih2 meninggal ketika jadik penumpang.....jodoh n ajal adalah kehendak Allah. Arwah Izzy tu sorang pekerja yg rajin dan baik orangnya....semoga roh mereka yg terkorban tu di rahmati Allah dan tergolong dalam golongan ahli syurga...Amiin. Meninggal pada hari Jumaat dan pada bulan yg penuh dengan keberkatan ; Ramadhan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|