|
|
Kita Ada Tanggungjawab
Baru-baru ini saya pergi ke sebuah pusat membeli-belah. Saja berjalan cari inspirasi sambil melihat masyarakat. Mungkin kerana musim cuti sekolah, saya ternampak ramai remaja. Sebahagiannya berkumpulan.
Ada yang duduk berdekatan dengan saya. Bercampur lelaki dan perempuan. Dari ukuran tubuh dan gaya bercakap, saya jangka kalau bukan tingkatan 1 atau 2, pasti darjah 6. Tapi fesyen mereka bukan main. Yang perempuan siap bergincu dan bermekap tebal. Dan sudah pastilah adab dan pergaulan lelaki perempuan antara mereka ke laut.
Tidak lama kemudian mereka berlalu.
Tidak dinafikan, rasa sedih itu ada di dalam hati saya apabila melihat suasana sedemikian.
Kalau kita ambil tahu statistik kebejatan sosial, statistik anak luar nikah, kita akan tahu keadaan masyarakat di negara kita semakin tidak baik. Ada kajian menyatakan antara penyumbang terbesar kepada kerosakan akhlak ialah capaian media yang semakin meluas, lantas mempengaruhi gaya berfikir, pemakaian dan sikap masyarakat, terutama generasi muda.
Bila faham dengan realiti tersebut, bila saya ternampak contohnya video Alif Syukri dan Sajat, atau melihat berita seorang rapper tempatan sedia dikritik sebab masukkan perempuan berbikini dalam klip video dia kononnya agar lebih diterima di peringkat antarabangsa, atau ada pelakon wanita kita sanggup berpakaian seksi kerana diterima berlakon di bawah Marvel, tidak dinafikan ada rasa terkilan dan bengang di dalam diri saya.
Masyarakat sudah semakin bejat, tetapi orang-orang seperti mereka tidak peduli dan sekadar meletakkan garam pada luka ummat.
Hari ini saya ternampak rakan di FB kongsi video Alif Syukri terkinja-kinja dengan Sajat depan bingkai bertatahkan kalimah Allah. Saya bukan Tuhan nak tahu hati mereka ni gelap ke tidak, tapi sikap itu menggambarkan jiwa mereka telah hilang sensitiviti.
Selebriti-selebriti, ikon-ikon, penggiat media, kena ingat, kalian tu contoh. Pencorak massa. Kalian ada pengaruh, boleh yakinkan orang untuk jadi hamba Allah SWT yang baik. Boleh didik masyarakat ke arah yang lebih sopan dan bertatasusila. Sepatutnya boleh hasilkan produk, lagu, filem, drama yang berada di dalam batasan syariat.
Kita kena ingat ya, ibu bapa kadang penat cari rezeki, tekanan ekonomi buat mereka makin kurang masa dengan anak-anak. Kepada guru mereka percayakan pendidikan anak mereka. Tetapi guru di Malaysia banyak dibebankan dengan tugasan selain tugas hakiki mereka(yakni mendidik). Guru di Malaysia tak ada pembantu guru. Pelajar pula lagi ramai dari guru, maka semestinya akan ada yang tercicir dari diberikan perhatian.
Maka selebriti, penggiat media massa, tokoh-tokoh, kamu semua lah yang perlu berperanan menjadi contoh yang baik. Sebab kamu semua hakikatnya mampu mempengaruhi masyarakat, mencorak pemikiran mereka. Kamu semua ni lah benteng untuk masyarakat, agar tidak lebih jauh tersasar.
Malang, Allah bagi kamu rezeki, bagi kamu potensi, kamu sia-siakan hanya fikir untuk poket sendiri, keseronokan sendiri.
Ya ya ya, kamu bayar zakat, kamu bagi sedekah, bla-bla-bla. Buat apa? Kamu ingat duit kamu cukup untuk rawat kerosakan yang kamu buat?
Fikirlah panjang sikit.
Lebih-lebih lagi selebriti Muslim. Kamu ada Tuhan. Kamu sepatutnya beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada Al-Quran, beriman kepada hari akhirat. Mana buktinya keimanan-keimanan itu pada tindak tanduk kamu? Pada karya-karya kamu?
Kita semua ada tanggungjawab.
Lagi besar pengaruh kita, lagi kita ini dikenali ramai, lagi besarlah juga tanggungjawav kita.
Jangan cakap kamu tak kisah dikritik. Ini bukan cerita fasal kamu. Ini cerita fasal masyarakat. Kamu kena faham, tindakan kamu ada kesan kepada masyarakat. Tindakan kita semua ada kesan kepada masyarakat. Setiap kita bertanggungjawab.
Cukup-cukuplah.
Alif Syukri, Sajat, cukup-cukuplah.
Selebriti-selebriti yang lupa batasan syariat tu, cukup-cukuplah.
Hidup ni sementara.
Kita semua akan mati dan segala harta, populariti, 'pengiktirafan antarabangsa', tak memberi apa-apa nilai tambah untuk kita di hadapan Allah kelak. KECUALI, sekiranya semua itu disumbangkan, dicapai, dengan jalan yang diredhai Allah SWT. Dengan jalan yang tidak merosakkan orang lain.
Belum terlambat untuk perubahan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat, sekiranya kita bersegera dan memanfaatkan masa yang ada, sebelum masanya tiba.
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian, dan sesungguhnya akan disempurnakan pembalasan kamu pada hari kebangkitan. Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tidaklah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya." Surah Ali-Imran ayat 185.
Kepada yang fanatik dengan selebriti-selebriti tak patuh syariat ni, ikon-ikon tak jaga tatasusila dan adab sebagai Muslim ni, yang suka sangat nak bela mereka tak kira halal haram, ini firman Allah SWT untuk kita beringat-ingat:
"Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami, oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua yang diikuti itu), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): Tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang sombong (merasa dirinya lebih) untuk mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan." Surah Al-A'raf ayat 38-40.
Siapa bersekongkol, menjadi fanatik kepada penyebar maksiat dan kemungkaran, menjadi pengikut kepada mereka, itu akibatnya yang Allah dah tegaskan dalam firmanNya.
Ini saya nak tegur.
Untuk kita semua juga sebenarnya. Sebab kita SEMUA ada tanggungjawab.
Muhasabah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Motip sgt jumpa pesakit kanser pastu cakap pasal mati... Kawan tu tgh in denial kot...
Rata2 komen yg mcm "Jiran i dulu kena kanser sama gak, kesian umur tak panjang ninggal 2 tahun lps dpt tau."
Tak kira la jiran ke menantu ke cucu tiri ke yg kena kanser meninggal, tak de adab kot kalau bagitau diorg dah meninggal depan2 pesakit kanser yg tgh menanggung beban emosi tu. Sumbat botol pamogok dlm mulut tu baru tau 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni link pasal scientific study mengatakan the c ada kena mengena ngan sugar ye
http://www.iflscience.com/health-and-medicine/the-way-cancer-breaks-down-sugar-can-stimulate-tumor-growth-reveals-study/
Few articles mentioned about these study recently oct nov 2017 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi link
https://www.sciencedaily.com/releases/2017/10/171013103623.htm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kaka el terus kuat yaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 6-12-2017 04:58 PM
Jadi selama ni kita baca gula tu makanan kanser mitos la?
Rasanya diorg dpt idea tu dr 1 test untuk pesakit cancer, pesakit cancer biasanya kna menjalani pet scan, dia mcm ct scan tp pet scan is specefic untuk detect which area ad cancer, sblm scan tu diorg kna puasa overhight n pg tu kita akan cucuk 1 ubat nama fdg, FDG is sugar radioactive la dlm bahasa mudah which is FDG akan pergi ke area yg ada cancer so that bila scan nnti area yg ada cancer akan jadi merah, kecuali certain area such as jantung, kidney, bladder mmg normally merah..gutu la..so diorg dpt la fatwa kata cancer suka gula dr sini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akubest replied at 6-12-2017 06:13 PM
bertabahlah nok ngan acik2 kepamsss kat sini...
kekadang akak rasa elok la topik ni kat board gos ...
Hahahah..iols bg pendapat iols je kaka..kalau org lain blh bg pendapat kata elyana menipu iols pon blh bg pendapat jugek berdasarkn pengalaman yg cetek ni..iols deal beratus ptn cancer, lymphoma n leaukemia je..xlah byk sgt ponn..sikit2 tau la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hudalarva replied at 6-12-2017 07:46 PM
Motip sgt jumpa pesakit kanser pastu cakap pasal mati... Kawan tu tgh in denial kot...
Rata2 kom ...
Btol babe..org ad cancer ni nak denga yg positive2 je..i pernah try dl, kalau i lata chemo ni akan muntah..mmg muntah terok smpai lembik la..tp kalau i xkata pasal muntah elok je pesakit tu..tp smua tu atas org jugak..tp sebagai org keliling xperlu kot ckp yg kesat2 mode acik bawang masa jmpa pesakit cancer.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 6-12-2017 07:49 PM
Ni link pasal scientific study mengatakan the c ada kena mengena ngan sugar ye
http://www.iflscie ...
Owh..tp sis for the article, nti sy baca...sbb lately bila i tnya oncologist and hematologist diorg xagree dgn statmn gula penggerak cancer ni but doest mean blh amek gula sesuka hati sbb still gula xbagus...maybe this one the latest jurnal and research kot..tqtq |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gugurla replied at 6-12-2017 09:05 PM
Hahahah..iols bg pendapat iols je kaka..kalau org lain blh bg pendapat kata elyana menipu iols pon ...
Tq. Penerangan yg menarik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Chuols yg acik bawang ni diharap jgn mnyesal ye satu hr nnt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 6-12-2017 04:25 PM
Aku buat di KPJ..
Memandangkan sejarah/genetik family aku mmg pembawa kanser so aku sukarela bu ...
Beb pegi lah check. Sebab kau ade history. Pejam kan mata kau and kuatkan semangat. Semoga takde ape2 beb..! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rase.cancer ni sejenis penyakit misteri... die serang xkire umur... alfatihah tuk anak bazli UNIC... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabarlah elyana. Selagi chuolss x meninggal.. Redha jela dihencap dgn org2 yg xda common sense kat sini. Meninggal pun msti sbb kanser.. Kalau eksiden ke apa.. Tetapla sampai kesudah kene tuduh propa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 replied at 6-12-2017 10:04 PM
Aku rase.cancer ni sejenis penyakit misteri... die serang xkire umur... alfatihah tuk anak bazli UNI ...
Yup babe..anak bazli tu pon sama dgn elyana..cuma xtau elyana hodgkin atau non hodkin..anak bazli hodgkin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan I pun kena kanser limfoma. Dr bagitau kanser yg dia dpt ni yg plg “baik” sbb high chance of survival, low recurrence rates.
Tapi.. dia relapse lepas setahun completed chemo. Lepas tu buat chemo lagi tapi tak complete sbb badan dia tak tahan. Rupanya second time chemo ubatnya lagi kuat drpd yg first time.
So dia buat transplant. Katanya antara hidup dan mati buat transplant ni, but she survived.
Sebelum transplant I sempat jumpa dia. Dia nampak sihat, boleh drive. Siap travel overseas. So I percaya je ilyana ada cancer |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 6-12-2017 04:30 PM
geng drama bersiri dulu2.. Dunia Baru.. Ann Ngasri.. alah sape lagi ntah nama pelakonnya.. watak a ...
Aku rasa bkn nana atau syura la. Aku rasa salima af kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ziara replied at 6-12-2017 11:54 PM
Kawan I pun kena kanser limfoma. Dr bagitau kanser yg dia dpt ni yg plg “baik” sbb high chance of ...
Lecturer i pernah ckp kalau diberi pilihan nak cancer pilih la hodgkin lymphoma sbb dia antara yg baik among yg jahat, tp cancer still cancer..chance to relapse and so on mmg ada walaupon baik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xsilap semalam masa live ig elyana sebut dia jenis hodgkin. so hodgkin ni macam mana? (harap2 betul hodgkin.. smlm dh hafal.. bgun pagi ni mcm lupa plk)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
uols macam mana nak elak kanser??
dari pemakanan dan gaya hidup
dan macam mana nak check kanser..sebab kanser ni susah nak detect..
boleh ke kita orang awam ni nak buat ct scan or fdg macam uols cakap tu?? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|