CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL:KLONG MAI ( Tajuk Asal: Kau Bukan Adamku).Terbitan November 2016 oleh Karn

[Copy link]
Post time 26-8-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayah berjiran ngn iqbal la plak ye...hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 05:12 PM | Show all posts
dh ada RP ya momod? Ipo... cite dh habis ke belum ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 05:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 26-8-2014 05:12 PM
dh ada RP ya momod? Ipo... cite dh habis ke belum ni?

belum lagi zam...ipo ada kerja sikit ni..
nak check report jap..dah ler ipo dah nak habis report buat malam tadi..lupa nak save plak..menangis depan pc..terus tidur..

sabar 2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 07:47 PM | Show all posts
EEE..happynya Dayah nak dpt baby dah...harap2 semua selamat yer Ipo?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah kot epilog 10 thn 20 thn kemudian.. ada plak citer dayah ngan iqbal berbesan hahak... tp nak tau cemaner iqbal jumpa dhia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 09:03 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-5-2015 10:09 PM

delete
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2014 09:25 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-5-2015 10:08 PM

delete
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 09:55 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-5-2015 10:08 PM

delete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai ipo..apa lagi dugaan utk dayah..ezaki eksiden n meninggal ke..sian dayah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 10:15 PM | Show all posts
oh my! tolong lah itu hanya mimpi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 26-8-2014 10:15 PM
oh my! tolong lah itu hanya mimpi...

Tu la psl..tlg lah ipo..itu hya mimpi..xpun klu btul ezaki eksiden bia la cedera ringan..jgn la jd mcm iqbal dl or jgn la matikan watak ezaki nih..huhu...pls ipo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 10:54 PM | Show all posts
dah tajuknya KAU BUKAN ADAMKU..

makanya tiada adam dalam hidup dayah..

kita tunggu plot seterusnya..hidupkah? matikah? atau ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 10:55 PM | Show all posts
ni bab akhir..jadi plot seterusnya adalah penamat citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:04 PM | Show all posts
Ipo posted on 26-8-2014 10:54 PM
dah tajuknya KAU BUKAN ADAMKU..

makanya tiada adam dalam hidup dayah..

camtuu baik letak tajuk AKU TIADA ADAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:10 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-8-2014 11:04 PM
camtuu baik letak tajuk AKU TIADA ADAM

ahhahaah..nak tergolek dok aku baca tajuk ko nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ala Ipo... janganlah mcm ni... kesian dayah... dh mcm2 dugaan dia terima... bagilah can dia bahagia... plssss Ipo... huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 26-8-2014 05:59 PM
belum lagi zam...ipo ada kerja sikit ni..
nak check report jap..dah ler ipo dah nak habis report  ...

alahai kesian Ipo... dh siap taip semula ke report tu Ipo? chaiyokk Ipo... ada hikmah semua tu jd Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:39 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-5-2015 10:08 PM

delete
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:53 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-5-2015 10:07 PM

delete
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 12:55 AM | Show all posts
SUDAH SEMINGU  Ezaki keluar dari hospital. Sejak Ezaki keluar dari hospital, Dayah seperti fobia membiarkan Ezaki memandu sendiri. Kereta Ezaki masih di bengkel. Di bahagian depan keretanya remuk teruk. Dayah menghantar Ezaki ke HUKM dan dia pula ke PPUM. Ezaki berkeras untuk memandu kereta memandangkan dia kini sudah memasuki  lapan bulan kandungannya.Telefon bimbitnya berdering. Dia senyum. Nama Ezaki tertera di skrin. Dayah segera menjawab.  

"Laa..dia nak ke mana?" Dayah berkerut kening. Tadi Ezaki menghubunginya memberitahu yang dia pulang sendiri ke rumah kerana ada hal penting yang perlu diuruskan.

"Hmm..dah nak maghrib ni. baik aku solat dulu sebelum balik." Dayah pandang jam di pergelangan tangannya. Dia mula mengemas.

Usai solat, Dayah bergegas mengunci pintu biliknya.Terpaksa Dayah pulang sendirian ke rumah. Dia menapak ke tempat letak kereta. Keretanya dipandu perlahan keluar dari situ.



SAMPAI di rumah, Dayah berhentikan keretanya di depan laman rumah yang luas. Dia terpaku di dalam kereta. Apa yang terbentang di depannya kini satu pemandangan yang cantik dan indah. Sepanjang laluan batu menuju ke pintu utama penuh dengan kelopak bunga ros merah yang ditabur di sepanjang jalan batu itu. Jelas warna merah kelopak bunga dilihat dalam cahaya lampu yang terang benderang. Perlahan Dayah keluar dari perut kereta. Dia capai kot putih dan beg kerjanya. Perlahan dia berjalan di sepanjang laluan itu yang berbau wangi bunga ros.

Tiba di depan pintu rumah, ada sekeping nota yang melekat pada daun pintu. Dayah capai perlahan. Dia mula baca nota ringkas yang tercatat di situ.

'Nur sayang...pintu rumah ni sedia menunggu mu..'

Dayah senyum. Dia lipat nota kecil itu dan menyimpan dalam beg tangannya. Daun pintu ditolak perlahan. Sekali lagi dia terpempan. Bermula di depan pintu dan menuju ke anak tangga, penuh dengan kelopak bunga ros merah sama seperti di laluan batu tadi. Dia pandang sekitar ruang tamu. Ruang tamu juga dihias indah dengan bunga ros merah segar dan lilin di sepanjang laluan ke tingkat atas. Berhati-hati Dayah berjalan sambil memerhati sekitar ruang tamu. Tiba di anak tangga sekali lagi dia melihat nota kecil ditampal di tepi tangga. Nota itu dibaca lagi.

'Nur sayang...abang tunggu di bilik..'

Dayah gelak sendiri. Dia mendongak ke arah biliknya yang terletak di hujung koridor tingkat atas itu. Sekali lagi berhati-hati dia menapak menaiki anak tangga menuju ke bilik. Sampai di muka pintu yang tertutup itu, ada lagi sekeping nota dilekatkan di daun pintu. Kali ini ada sekali dengan tiga kuntum bunga ros merah yang diletakkan di dalam pasu kecil yang digantung di daun pintu sebelah nota kecil itu. Dayah ambil nota dan baca lagi.

'Nur sayang..bunga ros ni untuk Nur. If I can pick you a rose from Jannah, I will get it for you my dear...'

Dayah capai pula bunga dan dicium seketika. Bau wangi ros merah itu menusuk ke hidung. Perlahan dia menolak daun pintu bilik. Sebaik terkuak, dia terkesima melihat seluruh bilik itu dihiasi dengan bunga ros merah. Di atas katil pula, kelopak bunga ros ditabur berbentuk hati dan ada sebiji kek coklat di atas meja kecil di tepi katil. Suasana suram dan malap diterangi dengan cahaya lilin. Dayah terdiam. Tidak terkata apa. Kelu lidahnya melihat semua itu. Kelibat Ezaki masih tidak ada di situ. Dayah cuba cari di bilik air. Juga tidak ada. Dia mula merasa fobia. Bimbang kejadian pada malam itu berulang lagi. Berkali-kali dia genyeh mata. Mana tahu kali ini juga dia berhalusinasi?

"Sayang.."

Dayah terkejut. Pinggangnya sudah dirangkul erat dari belakang. Dia segera berpaling. Ezaki sudah tersenyum manis di situ.

"Abang...apa semua ni?" Dayah masih terpinga-pinga.

"Abang lakukan semua ni untuk Nur. Ganti semula apa yang tertangguh dulu..suka tak?" Ezaki pandang Dayah yang masih terpinga-pinga.

"Suka sangat bang..." Terus saja Dayah peluk Ezaki. Sebuah kucupan singgah di pipi Ezaki.

"Selamat hari lahir Nur.." Ezaki tarik tangan Dayah ke meja kecil tadi dan bersama  memotong kek. Kek disuap ke mulut Dayah.

Dayah tidak dapat menahan sebak. Dia peluk Ezaki dengan erat. Kedua pipi Ezaki dicium lagi.

"Hmm..abang tunggu si kecil nanti.." Ezaki usap perut Dayah yang hanya tinggal sebulan saja lagi.

"Abang...terima kasih bang..terima kasih kerana terima Nur, kasihkan Nur, cintakan Nur..terima kasih.." Dayah sudah tersedu-sedu di bahu Ezaki.

"Abang sepatutnya berterima kasih pada Nur..Nur sudi terima kasih dan cinta abang...dan sekarang ni Nur hamilkan anak abang.." Ezaki peluk Dayah semakin erat.

Malam itu menjadi malam yang sungguh indah dan bermakna buat mereka. Segala suka duka yang dillalui dulu seperti sudah terbang dibawa angin lalu. Kini hanya sebuah kehidupan indah yang diimpikan mereka. Tiada lagi kisah pahit dan tiada lagi duka melanda. Terasa segala dugaan dihadapi penuh kesabaran dan Allah memberi ganjaran yang amat besar bagi mereka yang bersabar dengan ujian dan dugaan.Kenyataan hidup di dunia yang penuh dengan ujian, musibah dan cabaran sebenarnya menuntut kita semua untuk mempersiapkan diri dengan bekalan yang ampuh iaitu sabar.



Firman Allah SWT dalam Surah az-Zumar ayat 10:

“Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.



Salam dari Ipo..sekian..

maaf jika selama berkarya ada yang tersinggung dan ada tersilap bicara..dialukan semua komen dari pembaca yang mengikuti cerita ipo ni.

*mana yang part pelik tu..ampun dan maaf ek..



~TAMAT~


Last edited by Ipo on 27-8-2014 08:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.168384 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list