CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 28-3-2013 03:11 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 03:07 PM
Ini bukan terkentut lagi usu...

tertonggeng dah ni....


tulah...

usu rasa...sellie dah kena cari calon ni...nnt biar tgn sellie plak yg ..errr...<tak sanggup nak teruskan....>


btw..cik cougar kita lama tak nmpk yer...
cemana heroin asek2 hilang kat set ni...haiishh...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2013 03:14 PM | Show all posts
sellie003 posted on 28-3-2013 11:55 AM
ikutkn saya baca novel NB tuh sekali jek...tp kita nih kalu ada babak2 yg terkesan dihati mmg mele ...

eh cik Sellie... mak baca PLK? huhu.... Malu sehh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:16 PM | Show all posts
lowgil posted on 28-3-2013 12:21 PM
sellie!!!!!!!! sebenarnya inilah yg saya juga dok fikir2 mungkinkah benar sebegitu, cer bac ...

Baru perasankan siggy cik lowgil. huhu... Malu sehhh...


baidewei... kita saksikan bersama nanti siapakah cik gayah, pasangan songsang yg didambakan Eddie...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:19 PM | Show all posts
Dona juga beria-ia mahu mencuba telekung aku. Segala kemahuannya aku turutkan.

"Cantik tak aku?" Soal Dona setelah puas dia melihat dirinya depan cermin.

"Cantik! Fahmi mesti terpesona kalau dia nampak." Aku memuji lagi.

Aku pantas mencapai telefon bimbitku lalu mengambil gambar Dona yang lengkap bertelekung. "Nanti aku mms gambar ni kepada Fahmi. Confirm dia jatuh cinta." Aku mengusik Dona. Dona tersipu-sipu malu.

"Aku nak tidurlah... Tiba-tiba rasa mengantuk." Tutur Dona kemudiannya sambil membuka telekung yang dipakainya.

"Eleh... malu lah tu!" Aku mengusik lagi. Dona tertawa kemudiannya.

Usai melipat kembali telekung kepunyaan aku itu, Dona melabuhkankan dirinya ke atas katil. Aku membontotinya dari belakang.

**********

“Jiha, kalau aku tak berkesempatan hidup bersama Fahmi kat dunia ni, boleh tak aku request pada Allah supaya aku dapat hidup bersama Fahmi di syurga?” Tak berkutik aku mendengar pertanyaan Dona. Bahkan mataku pun tak berkesip. Wajah Dona aku pandang telus dan kosong.

“Tak pun aku nak request, bila aku dilahirkan semula nanti, aku akan hidup sihat dan bertemu sekali lagi dengan Fahmi. Kemudian kami sama-sama jatuh cinta, berkahwin dan hidup bahagia.”

“Dona!” Hanya namanya yang mampu aku tuturkan.

Dona tertawa. “Kau jangan risaulah... Aku tahu mana ada kelahiran semula dalam Islam. Kau ni... gelabah lah!” Aku menarik nafas lega. Kemudian aku menyungging senyuman tawar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:22 PM | Show all posts
“Kau tahu Jiha... syurga dalam agama Hindu dan Buddha tak seperti gambaran syurga orang-orang Islam. Dalam agama kami, syurga hanya perhentian singgahan sementara. Macam hotel... Roh-roh yang baik akan berjalan-jalan dan singgah sebentar di syurga. Kemudian roh kami akan dilahirkan semula dan hidup di dalam jasad yang baru. Proses ini akan berterusan sehinggalah kami mencapai tahap tertinggi iaitu nirvana... Pada tahap ini roh tak perlu dilahirkan kembali sebab roh sudah bersatu dengan Tuhan. Sebab itu dalam agama Hindu atau pun Buddha, kami tak perlukan syurga sebagai tempat persinggahan abadi.” Aku hanya mendengar cerita Dona.

“Tapi aku sukakan konsep syurga orang Islam. Ia merupakan tempat tinggal abadi dan hakiki. Manusia tak perlu bersatu dengan Tuhan. Tuhan adalah Tuhan... Selama-lamanya Tuhan. Baik di dunia, mahu pun di akhirat. Apa perlunya hamba bersatu dengan Tuhan. Betul tak?”

Aku mengangguk cuma. Sedikit pun aku tak mencampuri masalah itu kerana aku sendiri tak mengetahui tentang agama Hindu dan Buddha.

"Dona, kalau Fahmi sedia nak berkahwin dengan kau, kau sudi?" Aku menyoal pula. Sebenarnya aku bercadang mahu memujuk Fahmi mengahwini Dona. Dengan cara ini, akan lebih mudahlah Dona memeluk agama Islam.

"Jiha...." Tangan aku digenggam kemas. Aku pandang wajah Dona.

"Aku tak rasa Fahmi nak berkahwin dengan aku."

"Mana kau tahu?" Aku lekas-lekas memotong bicara Dona.

"Aku tahulah... Aku dapat merasakan sinar cinta itu tak ada dalam diri Fahmi. Mungkin dia ada orang lain."

Dap dip dup... jantungku berdegup laju.

"Tapi tak apa... Aku tak mengharap sangatlah. Cinta bukan boleh dipaksa, kan? Lagi pun, tak berbaloi Fahmi kahwin dengan aku."

"Kenapa?"
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:23 PM | Show all posts
“Kalau saya kata saya sukakan awak, awak nak keluar dengan saya?”


---------------------------------------------------------------------------



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2013 03:31 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 02:58 PM
hehe... jgn jelessss!

Kena rajin2 pos la kalau cam tu... Jgn SR jahh... Tapi kat tred ni  ...

mana ada...

cuba cek, kat thread lady je.. nick ni byk merapu... .. dr PLK lagi... selalu SR jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:32 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-3-2013 03:23 PM
“Kalau saya kata saya sukakan awak, awak nak keluar dengan saya?”

---------------------------- ...

lady tak minat yuna tp enjoy jugalah lagu ni...

----

"Mengikut perkiraan doktor, hidup aku tak sampai tiga bulan pun lagi Jiha. Kau dah lupa ya?"

"Insya-Allah, aku yakin kau akan selamat selepas pembedahan tu nanti. Dua minggu lagi kau akan jalani kemoterapi yang kedua. Selepas tu, doktor akan buat pembedahan. Be strong, ok. Aku nak kau terus hidup dan menjalani kehidupan kau sebagai seorang Muslimah." Aku cuba menyuntik semangat Dona. Aku tak mahu Dona cepat berputus harap.

"Ajal maut di tangan Tuhan. Kau jangan berharap sangat Jiha."

"Tak... aku nak kau hidup!" Aku pula seperti orang yang tak keruan. Lupa terus tentang qadak dan qadar.

"Jiha... Kalau boleh, memanglah aku nak hidup lebih lama lagi kat dunia ni. Tapi aku pasrah dengan takdir aku. Aku nak kau juga begitu." Dona pula memujuk aku yang sudah mula sebak.

"Jiha... Kalau aku tak ada nanti, kau janji dengan aku yang kau akan sentiasas jengah amma dengan appa aku."

Perit kerongkongku menelan liur yang tersekat. Kelopak mataku juga berkejip laju bagi menahan air mataku dari gugur.

"Lagi satu... Kalau kau bersedia, aku nak kau mengembalikan syurga seseorang."

"Aduhh... Syurga tu milik Allah. Macam mana aku nak kembalikan syurga orang? Syurga aku pun tak pasti lagi." Aku cuba melawak bagi menghilangkan kesedihan aku. Setiap kali Dona bercerita tentang ajal maut, aku pasti sebak.

"Aku serius ni!" Tingkah Dona. Aku pandang wajah Dona dengan penuh persoalan. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang Dona pendamkan.

"Seseorang yang sangat aku sayang. Dulu, hidup dia ceria sangat. Dalam usahanya membina syurga, tiba-tiba saja syurganya terbakar. Boleh kau bantu dia membina kembali syurganya?"

"Apa kau cakap ni Dona? Berkias-kias.... Aku tak faham."

"Tak apalah... Lain kali aku beritahu kau. Sekarang aku dah mengantuk sangat." Lantas Dona membaringkan tubuhnya. Aku hanya memandang dengan terkebil-kebil.

**********



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 03:43 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-3-2013 03:02 PM
sellie....statment tak menahan...batal terus wuduk usu.....

miahahahaha....tu yg pelikkan kalu laki sama laki nak goda-godaan....gelik tau...

Aiseh usu...awat hang dah amik wuduk sempat baca lg...dah solat ke belum nih????

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:44 PM | Show all posts

.....dona....

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:45 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 03:04 PM
Dah sunat ke dah potong habis masuk dalam botol?

Mau meraung team rahul nih karg...ahaks...

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:46 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 03:07 PM
Ini bukan terkentut lagi usu...

tertonggeng dah ni....

.....adehai...mau melompat team eddie lepas nih...jgn lahar daku ....

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:48 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 03:14 PM
eh cik Sellie... mak baca PLK? huhu.... Malu sehh....

Apa pulak...?...mak kita hantu novel macm aku gak...don't worry mak kita sgt sporting....dr dulu pon mak kita mmg suka baca novel tu pasal aku pun ngikut minat dia gak...

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 02:48 PM
Hari ni birthday ladyFinger12.

Genap setahun di forum cari..


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:54 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-3-2013 03:11 PM
tulah...

usu rasa...sellie dah kena cari calon ni...nnt biar tgn sellie plak yg ..errr...

hep....sempt ngata tuh...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 04:00 PM | Show all posts
"Dona, kalau Fahmi sedia nak berkahwin dengan kau, kau sudi?" Aku menyoal pula. Sebenarnya aku bercadang mahu memujuk Fahmi mengahwini Dona. Dengan cara ini, akan lebih mudahlah Dona memeluk agama Islam.

"Jiha...." Tangan aku digenggam kemas. Aku pandang wajah Dona.

"Aku tak rasa Fahmi nak berkahwin dengan aku."

"Mana kau tahu?" Aku lekas-lekas memotong bicara Dona.

"Aku tahulah... Aku dapat merasakan sinar cinta itu tak ada dalam diri Fahmi. Mungkin dia ada orang lain."

Dap dip dup... jantungku berdegup laju.

"Tapi tak apa... Aku tak mengharap sangatlah. Cinta bukan boleh dipaksa, kan? Lagi pun, tak berbaloi Fahmi kahwin dengan aku."


  napa aku sedih sgt nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 04:01 PM | Show all posts
sellie003 posted on 28-3-2013 03:54 PM
hep....sempt ngata tuh...huhu...


alolooo...cik sellie..jgn marah..bkn ngata..

tp cadangan...

kan....



tiba2 teringat citer jodoh.. kelakar scha...



Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 04:06 PM | Show all posts
UsuFie posted on 28-3-2013 04:01 PM
alolooo...cik sellie..jgn marah..bkn ngata..

tp cadangan...

huhu...mukan apa usu...gara2 tingt dokumentari pasal toy boy.......camtu ler gaya nk goda pasgn sesama gay...

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 04:16 PM | Show all posts
Adakah syurga rahul yang Sudah terbakar dan dona mahu jiha yang pulihkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 06:26 PM | Show all posts
redsentra posted on 28-3-2013 04:16 PM
Adakah syurga rahul yang Sudah terbakar dan dona mahu jiha yang pulihkan

jangan jiha...jangan....sian eddie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.156533 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list